Pages

Friday, December 23, 2011

Jangan Takut wahai Tetamu Allah

Gambar atas, ihsan daripada Tuan Haji Hisham.
Jazakallah tn hj.

Gambar bawah, ihsan dari diri sendiri.
...eh eh eh...



Assalamualaikum wbt.
Hmmm anda tengok gambar kat atas ne, gerun tak rasa? Mungkin anda tak gerun.  Tapi saya gerun. 
Al-kisahnya...

Beberapa hari sebelum bertolak ke Makkah, masa tu saya masih di pejabat dan belum bercuti (kalau tak silap lah).  Saya google gambar Kaabah (memang tak sabar2 nak pergi).  Masa tengok gambar sebelum pergi, ramai macam gambar yang atas sekali tu lah.  tapi tu lagi helicopterview. lagi gerun.
Lepastu saya terdetik dalam hati.  "Ya Allah, ramainya hamba Mu yang datang, yang terpilih menjadi tetamu Mu.  Ramainya manusia di dataran kaabah.  Adakah ruang dan tempat untukku di dataran kaabah untuk bertawaf dan bersolat".

Benar... saya amat takut.  Lepastu tiba-tiba Allah ilhamkan... "Huda, engkaukan tetamu Allah.  Allah yang jemput engkau. Bukan tabung haji, bukan duit engkau yang bawa engkau ke sana.  Tapi Allah yang jemput engkau, jadi Allah pasti sediakan tempat untuk engkau dekat di sisi Nya.  Jangan putus asa. Mohonlah pada Allah dengan ikhlas dan penuh kesungguhan.  Insya Allah tempat untuk engkau pasti ada... Engkau kan tetamu Allah.  Allah takkan jemput engkau kalau 'tak ada tempat'. Mohonlah.... Jangan putus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah"..

Berulang kali kata-kata tersebut muncul dibenak pemikiran saya.  Justeru saya tidak lagi takut.  Saya yakin.  Allah yang jemput saya, lantas, Allah pasti beri tempat untuk saya.  Allah sangat Pemurah.  Allah Sangat Pemurah terhadap semua hamba Nya.  Saya merasai nikmat Pemurah Allah itu.  Saya berbaik sangka dengan Allah.   Saya mohon sepenuh hati pada Allah, agar ada tempat saya untuk tawaf dan solat di dataran kaabah.  Alhamdulillah.  terima kasih Allah.  terima kasih yang tidak terhingga.  Semoga aku menjadi hamba Mu yang bersyukur.

Jadi saya nak pesan pada rakan-rakan dan pembaca yang kot-kotlah tersinggah kat entri ne.  JANGAN TAKUT WAHAI TETAMU ALLAH.  Pasti ada tempat untuk Mu.  Engkau tetamu Allah. Bukan tetamu kerajaan arab saudi, bukan tetamu jemputan tabung haji.  Engkau tetamu Allah.  Pasti ada tempat untuk Mu.  Bukankah rahmat Allah itu luas?  Put your trust on Allah....

Ya Allah, bantu aku menjadi hamba Mu yang bersyukur.... Ameen.

Wednesday, December 21, 2011

Sistem Bodek???

Assalamualaikum wbt.

Tadi ada taklimat tentang sbpa. aku tak baca pun pekeliling ke syarat ke.  terus suruh staff tanda kat mana nak sign, aku sign jer. hehehe... tak ada masa nak baca. tebal pekelilingnya. lagipun, kalau baca pun, do i have any other choice? hehehe... sign ajer.  depa hingaq sangat pasai cerita berapa % gaji naik lah. itu tak puas hati lah. ini tak puas hati lah.  malas aku nak ambil "port". Korang bising-bising pun setakat menambah stress diri sendiri, macam langsung tak memberi kesan apa-apa pun.  Buat penat dan bazir air liur je. Pastu tambah dosa sebab mengata orang tanpa tahu cerita sebenar.

Aku tak stress sebab aku tak baca. Hahahaha... betul. aku memang betul-betul tak nak baca.  bagi aje borang tu aku sign jer.  sebab aku tak nampak kami ne ada mana-mana pilihan yang lebih baik. so follow jer.
Pastu ne jiran sebelah cubic aku, dok cakap sbpa = skim bodek pegawai atasan.
Hehehe... aku gelak ajer lah.  Yer ke bodek pegawai atasan. Aku rasa pegawai atasan yang kena bodek orang bawah.  Actually kena bodek semua - atas bawah kiri kanan pepenjuru.  sebab penilaian 360 degree...

TAPI.... kita dok kalut tak puas hati dengan semua perkara. Kalut nak bodek pegawai atasan kita.  Hakikatnya kita LUPA untuk bodek PENCIPTA KITA.... Allahuakbar....  Korang ne.... bos korang yang lebih powerfull atau Allah yang lebih powerfull???  Kalau korang ne bijak, baik bodek yang MAHA BERKUASA, YANG MAHA ADIL, YANG MAHA PENGASIH, dan YANG MAHA PENYAYANG.

Selama mana kita bekerja dengan ikhlas, jujur dan amanah.  Jangan takut.  Rezeki yang halal dan berkat itu lebih bermanfaat berbanding harta bertimbun-timbun tapi harta yang dilaknat.  Nauzubillah....

Pastu, cuba belajar BERSYUKUR.  Bukankah Allah dah janji kalau kita bersyukur, Allah tambahkan lagi nikmat kita?  Put trust on Allah.  Sebenarnya, banyak sangat nikmat Allah dah bagi.  Tapi manusia selalu lalai daripada bersyukur...

Cuba kira.... harine, berapa kali kita dah sebut .... Alhamdulillah.... Terima kasih Allah...

"Alhamdulillah.... Terima kasih Allah.... Masih panjang usia ku dalam iman dan taat."
"Alhamdulillah.... Terima kasih Allah.... Masih ada rezeki yang halal untuk aku jamah."
"Alhamdulillah.... Terima kasih Allah.... Masih sihat tubuh badan ku untuk berdiri sebagai khalifah Mu. "
"Alhamdulillah.... Terima kasih Allah.... Atas semua nikmat Mu. "

Kalau ada yang kurang berpuas hati, guna saluran yang betul supaya pandangan dan ketidakpuasan hati anda didengari oleh pihak yang betul.  Cakap belakang buat apa... tak beri kesan pun.

Semoga Allah pelihara kita sentiasa dalam iman dan taat.  Ya Allah, bantu kami agar amanah dalam pekerjaan kami dan menjadi hamba Mu yang bersyukur.  Cukuplah Engkau bagi ku, Ya Allah...

Buah Kiwi Untuk Ili


Assalamualaikum wbt.
Aku ambil gambar buah kiwi ne sebab nak dedikasi kat ili.
Ili.... BEST duduk madinah.
depa bagi buah kiwi saaaaangat banyak....
perumpamaan hidangan "raja sulaiman"...
tapi aku asyik terlupa nak ambik gamba hingga tinggal kenangan dalam hati ja.
hehehe...
tengok kiwi je ingat ili, ingat pavlova.

Sunday, December 18, 2011

money

its really good and cool to have a lot of money.... a lot of blessed money...
hehehe

assalamualaikum wbt...
sebenarnya...

Saturday, December 17, 2011

Rindu...Lagi

Assalamualaikum wbt.

Hmmm... hati masih lagi merindu.  Rindu yang mengundang tangis.  Tangisan keinsafan, tangisan kekerdilan, tangisan rintihan seorang hamba.  Aku kira ini bukan perasaan yang asing buat semua yang pernah menjejakkan kaki ke sana.  Tapi perlu kita muhasabah diri.  Apa yang sebenarnya kita rindui?
Kita rindui bangunannyakah,  kita rindui suasananyakah?  "orang" nya kah? Rindukan ibadahnya kah? Atau kita rindu pada Pencipta kita, Allah yang Maha Kuasa.



Selami rasa rindu itu.  Renung-renungkan. Kita mungkin rindu pada semuanya.  iyalah, mana tak rindu.  kehidupan tak terganggu langsung dengan urusan dunia, urusan kerja, nak pening kepala dengan isu-isu semasa (orang ne bergaduh orang tu, orang tu sabotaj orang nun, tah bila nak berakhir).  Tapi hakikatnya, kalau kita perhalusi rasa rindu, kita kenal pasti, rindu kita kerana Ilahi,  rindu kita untuk beribadah,  apakata kita usahakan untuk istiqamah di sini.  Apa yang kita buat di sana,  kita istiqamah juga di sini.   Di sinikah, di sanakah, hatta di mana jua kita berada,  hakikatnya kita masih menumpang kasih di bumi Allah.  semua segenap ruang alam semesta ini Milik Allah.  Beribadahlah.   Konsep dan skop ibadah itu luas.  bukan sekadar solat, puasa semata-mata.  Kerja di pejabat juga satu ibadah,  bersilaturrahim juga 1 ibadah.   

Setiap detik kaki melangkah, setiap detik nadi berdenyut, hati jangan lupa untuk memanjatkan syukur pada Allah, memohon keampunan atas setiap kesilapan.  Bukankah setiap manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan?  Dan bukankah Allah itu Maha Pengampun Maha Pengasih Maha Penyayang.   Dan bukankah hati yang mengingati Allah itu akan menjadi tenang?
Allahuakbar..... Astaghfirullahaladzim.   Selamat beribadah semua walau di mana kita berada.

p/s:  pada rakan-rakan yang membuat permohonan (ceh ayat....) minta upload gambar dan update whole story di blog ini, saya mohon maaf.  Benar gambar yang di ambil itu banyak, benar juga saya ada membuat catatan perjalanan sepanjang di sana.  Tapi penulisannya sedang saya baiki.  Namum begitu setelah saya duduk bermenung, rasanya tak semua akan saya copy paste kan di sini.  Terutamanya gambar.  Saya akan siapkan catatan perjalanan saya dan berkongsi dengan rakan-rakan menerusi emel ya.   Maaf tau....

Wednesday, December 14, 2011

supaya mereka menjadi baik dan betul

assalamualaikum wbt.
just nak kongsi ayat ne. dengar dalam kereta, Imam Masjidil Haram baca ayat ne sampai 3 kali sebab dia menangis (mishari al afasy). jadi saya pun g lah check apakah maksud ayat yang dibaca sampai menangis. berikut terjemahannya.

Surah Al-Baqarah, ayat 186.

Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.

semoga bermanfaat...insya Allah.

p/s: bukan senang nak jadi senang dan bukan mudah juga nak jadi baik. tapi selagi masih bernyawa, peluang untuk jadi hamba Allah yang saleh tetap ada. Insya Allah.

Debit and credit

good tips:

sama ada anda seorang suami, isteri, ketua/ boss, rakan,

bila kita beri pujian = deposit (tambahan) kepada akaun emosi
bila kita beri kejian = withdraw (keluarkan) dari akaun emosi

jadi kalau satu hari kita dok kutuk/marah/ tegur seseorang tu 10 kali, (withdraw -10)  tapi puji cuma sekali (+1) so emosi orang tersebut akan jadi negatif.

jadi sebelum nak tegur orang, kenalah puji dulu.... puji 10 kali beri 1 teguran. insya Allah kita akan menjadikan orang di sekeliling kita lebih positif dan suasana kita lebih kondusif... insya Allah.

Tuesday, December 13, 2011

buat susah fikir ja






buat susah kepala kiteorang je fikir hadiah apa nak beli kat budak duaorang ne.
ceh...
sekali mereka betul-betul punya berminat dengan botol air spray untuk wuduk ne je.
hah ambik ler sorang satu lawan sembur air....

Thursday, December 8, 2011

Hadis mengenai Haji

petikan hadis:


1. Riwayat Al-Bazzar:
"Orang yang kembali dari haji boleh memberi syafaat kepada 400 orang dari ahli keluarganya dan sesungguhnya bila dia kembali dari haji, dia kembali dalam keadaan tiada dosa sepertimana dia baru dilahirkan oleh ibunya".


2. Riwayat Ahmad
"Apabila kamu bertemu orang yang baru pulang dari haji, maka berilah salam kepadanya, berjabat tangan dengannya dan sebelum dia masuk ke rumah, mintalah dia mendoakan agar diampunkan dosa-dosa kamu.  Nescaya doanya akan diperkenan kerana dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah".


3. Riwayat Ahmad, Tabrani dan Baihaqi
"Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk ibadah haji adalah melebihi perbelanjaan yang dikeluarkan untuk jihad pada jalan Allah sebanyak 700 kali ganda".


Petikan diambil dari buku Kembara Hati di Tanah Suci oleh: Ustaz Ghazali Ibrahim

Wednesday, December 7, 2011

Nasheed: Ya Tayyba by alhuda


dengarkan nasheed Ya Tayyba by alhuda
(huda lagi..... hehehehe)

assalamualaikum wbt.
hmmm. nasheed ne almost everyday dengar dalam perjalanan hotel ke masjidil haram.  Sangat best.  Ada satu lagi nasheed erm, liriknya something like "muhammad nabi na"....
Sebenarnya aku dah masuk ke kedai yang pasang lagu nasheed ne kat makkah, kononnya nak beli. betul-betul nak beli.  Masa tu aku balik dari masjidil haram sorang-sorang.  Selalu kalau nak pergi kedai mesti pergi dengan mama atau adek.  ne aku masuk kedai cd tu sorang-sorang.  Jap lagi nak cakap apa ngan orang kedai tu pun aku tak tahu.... huhuhu. aku mana reti bahasa arab.  orang pulak ramai masa tu, lagi lah orang kedai tu tak layan aku yang terpinga-pinga dalam kedai tu.  lastly keluar je tanpa beli cd nasheed ne.  sedey tau.

Jadi,  kenalah tau bahasa arab.  lagipun bahasa arab tu kan ke bahasa al-quran.

Tuesday, December 6, 2011

huda TV atau tv huda???? errrr

Owh...sebelum terlupa...
saya mempunyai "banyak" harta di makkah dan madinah  seperti.
2 buah hotel bernama huda.
1 bas bernama al-hurriyah.
1 kedai bernama huda shop.
dan paling tak boleh percaya, ada channel tv bernama huda TV.
http://www.huda.tv/home

boleh lah kalian menontonnya.  rancangannya sangat bermanfaat (huda, biasalah..... ).



Salam dari tanah air.... er... putrajaya

Assalamualaikum wbt.

Hatiku tertinggal di madinah separuh dan separuh lagi tersimpan kemas di makkah, baitullah to be specific.

Allahuakbar.... akhirnya kaki ini melangkah juga pulang ke tanah air dalam keadaan sangat tidak mahu pulang.
Allahuakbar. kenapa aku jadi begini. bila diungkapkan kata-kata ini kelihatannya aku macam orang kurang bersyukur untuk pulang.  Astagfirullahaladzim.  bukan begitu.  Aku sayang tanah air ku ini.  aku suka rumah aku di putrajaya ne,  tapi aku tidak dapat sembunyikan keseronokan dan ketenangan ketika berada di dua tanah suci yang penuh barakah itu...

Allahuakbar... Allah.... bantu aku untuk menjadi hamba Mu yang bersyukur.... Moga Allah izinkan aku sekeluarga ke sana lagi dan mungkin berada di sana untuk selamanya sehingga nyawa diangkat pergi dalam iman dan taat. insya Allah.

Semoga berjumpa lagi semua....  salam