Pages

Monday, February 20, 2012

Great teacher??? Onizuka... Heheheee...

Assalamualaikum wbt.

Hmmm. Muka rasa tebal. Tak tahulah patut nak nangis atau nak senyum. Atau mungkin boleh nangis sambil mengukir senyum… Adoiya.  Ne apa kes cakap macam orang ting tong ne.

Hmmm tapi ne lah perasaan aku setiap kali habis mengajar budak dua orang ne.  Hwaaaa… Aku bukan orang hebat.  Terima kasih Allah kerana bagi aku kesedaran itu.  Siapalah aku tanpa belas kasih daripada Mu Ya Allah.  Yang menjadikan aku ini terang hati untuk terima ilmu sedari bangku sekolah, ke kerusi universiti, menelusuri meja kerja, dan merentangi permaidani kehidupan.  Betapa setiap kali aku mengajar, kadang-kadang aku hampir putus asa. Betul... tak tipu. Dah down habis sampai rasa nak cancel kelas… Hwaaa...  Murid-murid ku sebelum ini, agak terang hati jugalah. Senang tangkap. Alhamdulillah.  Tapi kali ini Allah uji sedikit dengan menghantar murid yang agak perlahan daya penerimaan, pemahaman dan ingatan nya juga. Adoiya.  Bila aku duduk termenung bermuhasabah, hati aku kuat mengatakan bukan salah mereka. Prestasi aku mengajar yang mungkin merosot. Salah aku kerana gagal menyampaikan ilmu supaya mereka faham.  Dan salah aku juga kerana mungkin aku ada kesilapan-kesilapan yang perlu aku muhasabah agar natijahnya tidak menimpa anak didik ku.  Allahuakbar…. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku.  Mudahkanlah penyampaian ku agar mereka faham tutur bicara ku.  Insafnya aku Ya Allah.  Betulkan niat ku mendidik semata-mata kerana Mu Ya Allah.   Semata-mata kerana Mu Ya Allah… Semata-mata kerana Mu Ya Allah…


Tiada apa milik kita.  Semua milik Allah.  Kita boleh berusaha, tapi Allah jua yang menentukan sama ada ilmu itu dapat kita sampaikan  dan seterusnya diterima dengan baik atau tidak…. Nah di sini Allah menguji kita dan dalam masa yang sama menunjukkan kasih sayang Nya supaya kita tidak sombong mendabik dada, kononnya kitalah guru terhebat…  Astaghfirullahaladzim… Semoga Allah ampun kan kita atas dosa-dosa kita sama ada dalam keadaan sedar mahupun leka, sengaja mahupun tidak.

Hambek aku…. Sekali diuji, sentap sekejap…Adoiya...

Insya Allah, Allah pasti membantu. Aku akan lipat gandakan usaha. Aku tak boleh putus asa. Insya Allah.  Allah kan sentiasa ada…. Put your trust on Allah. Never give up. Nanti syaitan laknatullah tu tepuk tangan bersorak girang…

(great teacher onizuka…. Hehehe… iklan)…

Betapa baiknya Allah bagi aku faham dan terang hati untuk terima ilmu math selama hidup ini.  Baru aku tau bukan senang nak bagi orang faham. Tapi kenapa aku boleh faham ea… Ha itulah hebat nya Allah… Allahuakbar.  Susah juga sebenarnya nak bagi yang tak faham untuk faham kenapa 1/5 tak sama dengan 5/1. Dah macam-macam ABM guna, dia rasa macam faham, tapi sebenarnya dia takut nak cakap dia tak faham.  Hwaaa…. Haku rasa nak hantuk kepala sendiri kat dinding pun ada.  Mesti aku ada buat salah ne. Sebab tu aku susah nak mengajar sekarang ne.  Insaf lagi…

Sebenarnya, dalam mengajar ne, bukan anak murid jer patut terima kasih kat cikgu. Tapi cikgu pun patut terima kasih kat anak murid. Yerlah kalau diaorang tu pandai jer semedang… senang lah kerja cikgu. Makan gaji buta jer lah.  Pastu poyor canang satu dunia “aku lah guru cemerlang, kerana pencapaian murid-muridku 100% A”… Perh…. Poyor habis.  Kita lupa, yang bagi diaorang terang hati tu adalah Allah.  Kalau kau rasa kau hebat, pergi cuba mengajar sekolah paling corot, kelas paling corot.  Tak payah kata 100% A, Kalau kau dapat bagi 50% isi kelas tu lulus (yang sebelum ini 100% gagal) tu pun dah hebat sangat bagi aku.   

Huhuhu… mengajar ne melatih aku banyak sifat yang dipanggil S.A.B.A.R…
Kadang-kadang tu dah hampir nak putus dah S.A.B.A.R tu sampai terpaksa urut dada sambil sebut “Sabar huda sabar… senyum huda senyum”…

Tapi Alhamdulillah. Boleh lah juga bersabar lagi. Heheheeee…

Juga, jadi cikgu ne melatih aku yang suka lepas cakap ne, supaya berhati-hati dengan butir perkataan yang bakal dilontarkan. Paling tidak pun, mesti maintain di hadapan mereka.  Kerana sedar atau tidak mereka memerhatikan kita. Mereka menjadikan kita ‘idola’ tak langsung mereka. Perkataan M.A.L.A.S adalah yang paling tak boleh terlepas sebut depan mereka.  Contoh, kalau mereka Tanya “kenapa cikgu tak masak hari ne.  Cikgu malas yer…” Ha… takkan nak mengaku kot.  Kalau kita jawab, "Malas lah… boleh jer beli kat luar".  Cari nahas lah jawapan tu.  Siaplah next time kalau dia tak buat latihan, dan kita Tanya dia kenapa tak buat, dengan selamba jer dia jawab MALAS. Tengok TV lagi best. Masa tu apa hujah kita? Sebab kita ajar dia dengan perkataan MALAS tu…
At least jawablah dengan jawapan yang boleh bagi diaorang touching sket macam ne. “Cikgu tak sempat tadi. Balik office dah lewat.  Nak semak dan sedia soalan korang lagi”…. Ha insya Allah diaorang touching dan ada inisiatif nak belajar rajin-rajin… Insya Allah.

Setiap kali kelas, aku akan latih mereka supaya mulakan dengan berdoa… Kalau kelas yang lain, mereka berebut-rebut nak lead baca doa sebab aku maklumkan siapa rajin berdoa, nanti Allah sayang. Nanti Allah bagi jadi budak pandai.   Tapi tarbiah ne nampaknya belum berkesan untuk kelas yang satu lagi.  Kena ulang tazkirah 3 4 baris baru nak baca doa.  Tapi yang kelakar dan terharu tu, (ne budak darjah 3 yang suruh cikgu huda kawin dengan suami handsome tu lah)… Aku sambunglah doa macam ne.

"Ya Allah, terangkan hati Farah dan Mira.  Bantu Farah dan Mira bagi mudah faham dan mudah ingat ilmu yang kami belajar. Ya Allah jadikan Farah dan Mira anak yang solehah… Ameen."

Jap lagi yang darjah 3 tu boleh sambung. “Ya Allah, bagi lah cikgu huda cepat ada teman…”….
Pastu diaorang amen kan dengan penuh semangat.  Hwahwahwa… cikgu menangis dan senyum dalam hati terharu kot… hahaha… rasa nak pulas telinga pun ada jugak... eiii...budak-budak sekarang.

Apapun, sebenarnya cikgu sayang korang… Cikgu mintak maaflah kalau sebab cikgu korang jadi tak faham apa yang cikgu ajar… Insya Allah cikgu takkan putus asa.

Ya Allah. Beri aku kekuatan untuk membantu mereka.

Aku bukan aku yang ada hari ini kalau bukan kerana kasih sayang dan rahmat daripada Allah.
Aku bukan aku yang ada hari ini kalau Allah tak anugerahkan aku ayah dan ibu yang cukup baik, penyabar dalam mendidik dan membesarkan aku.
Aku bukan aku yang ada hari ini kalau Allah tak hantarkan guru yang hebat dan ikhlas mendidik aku untuk tengok aku (yang suatu ketika dulu pun LEMBAP juga) supaya jadi orang berguna pada hari ini…

Semoga aku menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan memanjangkan sedekah ayah dan ibu serta para guru yang ikhlas mendidik aku, semata-mata kerana Mu Ya Allah…

Chaiyok… Never give up… Put your trust on Allah….
Doakan aku ya... Doakan mereka jua... Ameen.

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)