Pages

Sunday, February 19, 2012

Pengurusan Masa, Pengurusan Harta dan Pengurusan Nyawa

Assalamualaikum wbt.
Surah Al Asr:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
1 - Demi Masa!
2 - Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
3 - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Maksud Hadis:
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”.
(Riwayat Ibnu Majah)
(Nota: Mungkin maksud hadis ini lebih sesuai bagi ulasan/ tulisan mengenai insurans).

Sejak kecil, kita sering dibicarakan ataupun membicarakan ataupun menulis karangan semasa peperiksaan tentang isu berkaitan PENGURUSAN MASA, PENGURUSAN HARTA / KEWANGAN, Tapi tak pernah lagi (at least for me) semasa kita dibangku sekolah, di kerusi universiti mahupun di meja kerja, di TAKLIMATKAN mahupun di CERAMAH kan mengenai PENGURUSAN NYAWA.


so, ada sesiapa nak komen? Bagaimana anda mengurus nyawa anda. Kalau kita gagal merancang dan menguruskannya sekarang, takut-takut esok tak cukup bekalan nak bawak balik "sana".


waduh...waduh... kenapakah aku touch tentang tajuk ne hari ini... wallahualam... mungkin kerana merasakan semenjak dua tiga menjak ne blog ne sangat kurang pengisian atau pengisian yang ada kurang bermanfaat... huhuhu...

agak lalai semenjak dua tiga menjak ne... hilang fokus dan sebagainya...kenapa ya.  mungkin hati ada sikit kekotoran yang perlu diservis. perlu buat checklist pada sumber rezeki, pengurusan masa supaya "nyawa" tidak menjadi sia-sia.  Kenapa "nyawa"?  Kerana time is life.


Put your trust on Allah... Insya Allah, u'll find your way.

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)