Pages

Friday, June 21, 2013

Ujian Hari Jumaat - Moga Allah ganti dengan lebih baik.....

Assalamualaikum wbt....

malam tadi, kurang lebih jam 1, hijacked FB cik puan along, dan ternampak posting adek tersayang yang jauh di mata dekat dihati:
"dmn kn kucari ganti, lappy oh lappy... sobbsobbsobb"

erm, 1st impression - saya ingat lappy beliau rosak, 2nd thought - lappy beliau hilang...

tapi apahal hilang tengah pagi buta tew...boleh hilang lappy?  ditanya, tidak dijawab... or mungkin saya dah tido sementara menunggu beliau jawab....

pagi ne, baru tahu cerita... lappy beliau dan housematenya cik puan phia telah hilang... sob sob sob...
saya pulak yang sedeh sebab.... minggu depan dia balik, confirm ar kiteorang yang kena belikan lappy baru kan kan kan... hehehehe...
tapi sedih dan kesian juga kerana beliau ada exam petang ini 12.30 tgh hari waktu malaysia (2.30 waktu melbourne....
harap2, persiapan beliau untuk menduduki exam petang ini tidak terjejas... Semoga Allah beri kekuatan kepada beliau untuk redha dan boleh fokus dalam peperiksaan...

Jika ada yang baca posting ini,  doakan adek saya boleh jawab exam dia dengan cemerlang petang ini (21 Jun 2013) dan minggu depan 24 Jun 2013...
Ameen.... Insya Allah...

sebenarnya serta merta ingatan saya melayang pada ketika kejadian di universiti dulu... saya pernah kehilangan bag (the whole bag kuliah), lepas balik perpustakaan, pergi masjid untuk solat asar (kalau tak silap)... semasa menyumbatkan segala buku + wallet dalam bag sandang ditempat penyimpanan bag di PSZ-UTM saya macam terasa-rasa sedang diperhatikan...  tapi saya jalan buat derk jer menuju ke masjid.

(nota: psz takder surau setahu saya sebab tangga psz bertemu tangga masjid, MSI.... kira kalau kami tengah study, kedengaran azan, tak der sebab ar apsal kau tak boleh bergegas p masjid dan berjemaah.... sbb tu zaman dolu2 bebudak utm bebaik belaka...mehmehmeh....

sampai kat masjid, saya terus ar letak bag kat tangga depan bilik wuduk...(mmg habit letak kat situ...besar gedabak kot my bag, kalau bawak masuk bilik wuduk, pernah terjatuh dan habis basah...)  tapi saya boleh nampak lah bag tu dari tempat wuduk.... cuma cuma cuma... memang sudah takdir barangkali,  ketika saya berkalih cuma seketika, dan saya dapati bag saya hilang..... saya terpempan sekejap, stuck macam tatau apa nak buat, blur.... nak nangis... dengan buku finance dalam tu.... dengan telkung... dengan wallet yang baru kuarkan duit biasiswa..... akhirnya saya duduk kat situ dan nangis.... huhhuhuhuhu... student kot.... minggu depannya saya EXAM subject yang buku itu hilang... subject finance... saya suka subject tu.... nota saya sangat lengkap... saya dah buat banyak latihan.... tapi tiba2 seminggu sebelum exam....(final if tak silap)  the whole nota on finance HILANG./.. semua nya..... kau bayangkan situasi masa tu.... pastu baru teringat.... erm, datang sini tadi nak solat kan... so terus naik atas ke ruang solat dan solat.... dan nangis lagi... dan minta Allah tolong gantikan dengan lebih baik... huhuhuhuhuhu.... 
Alhamdulillah.... saya manage utk gather balik nota dengan p pinjam buku kawan2.... sob sob sob... dan saya dapat A tau subject finance.... tapi saya tak dapatlah ganti balik duit beratus yang hilang dalam tu... Saya ingat lagi saya sempat doa.... janganlah pencuri tu buang bag saya dan buku2 saya... semoga ada manfaat kat sapa2 sama ada kat si pencuri tu, atau orang yang jumpa buku n bag tu kat mana2.... bag faveret tu.....wallet pun yang along hadiahkan....pencil case pun pencil case faveret....sama dengan along (kiteorang mmg suka beli benda sama sebijik)....buku yang hilang subjek faveret.... semua faveret lah.... tapi dah hilang./...
so saya siap sempat doa semoga pencuri tu jangan buang telkung faveret saya.... semoga dia pakai dan boleh jadi budak baik.... dan saya dah halalkan... huhuhuhuhuhu....

so untuk adek yang ngangah sayang.... kamu kena redha dan ikhlas tahu... doa semoga Allag ganti dengan lebih baik...
semoga subject corporate finance kamu dapat A petang ini....
ameen.... 
rabbi yassir wala tuassir.....

Monday, June 10, 2013

PROJEK JOM SEDEKAH... JOM WAKAF...

Assalamualaikum wbt and Good Day...

Alhamdulillah...
Hari ini 10 Jun 2013 = 1 Syaban 1434h

Insya Allah ada 30 hari lagi nak sampai kepada Ramadhan 1434H, which is Ramadhan yang ke-30 buat saya...(tapi start puasa penuh umoq 7 tahun kot... hehehe
Korang? (*_*)...

Hmmm pernah tak kita terfikir,
i) dah puasa katalah dalam 30 tahun (30 tahun * 30 hari = 900 hari), ii)dah solat pulak 30 tahun (365hari * 30 tahun * 5 waktu solat = 54,750 kali dah kita solat)...

Daripada semua beratus-ratus hari dan berpuluh ribu waktu solat ne, berapa banyak lah amalan kita yang Allah terima...
adei... takutnya.... masa "untuk pulang"  semakin hampir... macam terpanggil-panggil jer dah rasanya...
Dalam hati rasa cuak dan suspen weih, nanti mati sok, masa terima buku catatan amalan... harap2 lah ada banyak catatan amalan baik yang Allah terima dan nilai di sisi Nya...
Huhuhu...
Ne dah nak masuk Ramadhan lagi... semoga kita sampai kepada ramadhan dengan sempurna untuk beribadah kepada Nya dengan Ikhlas dan semoga tiap amalan kita diterima Nya... AMEEN...
So, jom start planning apa nak buat... Jangan tunggu ramdhan baru nak buat pelan tindakan....

Hmmmm.... contoh... setiap tahun angpa (termasuk haku ler tew)... khatam Quran ramai2 kat masjid, kat opis, angpa bahagi sikit sorang jer kan surah tu, pastu best khatam ramai2 hujung ramadhan sambil dapat bunga telur...
Baguih... bukan tak baguih... Alhamdulillah... at least angpa (termasuk haku ler tew)buat juga... cuma, apa kata tahun ne, selain daripada angpa khatam Quran ramai2 kat opis, kat masjid/ surau umah ang yang hakikatnya maksimum pun hang dan haku baca 4 or 5 juzuk ja... apa kata tahun ne, kita struggle gak buat projek Khatam Terjemahan Quran...
Berapa ramai dikalangan kita "khatam quran ramai2" tetiap tahun tapi tak pernah tau / khatam terjemaham Quran walau sekali pun seumur hidup??? Huhuhu... sok kalau "masa pulang"  dah sampai, masa ang dan (termasuk haku ler tew) mengadap Allah, apa kita nak jawab bila kita tak tau pun apa isi kandungan Al-Quran tu?  huhuhu... Dah tak tau, sah2 lah amalan kita tak berapa nak sempurna kan?  Kita solat sebab apa?  Cara kita solat tu kita ikut sapa? Betui ka tak betui ka, separa betui ka?  Haku tak tau lah angpa, tapi haku risau ne... sebab haku rasa masa aku dah nak sampai... Huhuhu... kalau lah haku boleh intai2 tengok catatan haku tu... Allah Ya Allah... Guide me all the way to Your Jannah Ya Allah....

Btw, selain seruan JOM BACA TERJEMAHAN QURAN ... ne projek aku bantu/ turut serta setiap tahun... JOM AR... ANGPA PAKAT2 JOIN...

1. Program Iftar Ramadan On The Street 1434H/2013

Ne adalah TAJAAN BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA... yang dianjurkan oleh KELAB HAJI MUDA di bawah kelolaan Dr. Ridzwan Bakar (019-2628585)
 
Dr. Ridz aturkan untuk 2 tempat iaitu indonesia dan Makkah:

i. Mekah Al-Mukarramah (Dengan Kerjasama Tn Hj Mohd Arshad- Mekah).
    Kos sehari untuk 100pax = SR1,200
    Sebulan = SR36,000 bersamaan RM32,000

ii. Indonesia (Dengan kerjasama KHM Indonesia dan DT)
     Kos sebulan satu masjid= RM8,000
    Sasaran 2 buah Masjid = RM16,000

Sumbangan ke Program Iftar Ramadan On The Street, sila gunakan akaun berikut:-

Nama Akaun: KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank: Bank Islam
No Akaun: 1418001-0013422

angpa p tgk kat Blog KHM http://ridzwan-bakar.blogspot.com/ ATAU angpa p call lah Dr. Ridz untuk detail....

Saya dah beberapa kali turut serta dalam program2 KHM, insya Allah, jangan diragui, semua sukarelawan nya menyampaikan sebenarnya sumbangan yang diberi...

2. PROJEK SUMBANGAN UNTUK ANAK YATIM/FAKIR MISKIN & ASNAF ZAKAT SEMPENA RAMADHAN DALAM BENTUK BARANGAN MAKANAN UNTUK BERBUKA PUASA ANJURAN TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN. (TAYT)


OK.... Ini pulak adalah projek yang saya + family + rakan2 tersayang turut serta setiap tahun since (erm tak ingat bila - 2008 or 2009)... kalau pun tak turun padang mengagihkan, kami beri sumbangan dalam bentuk kewangan....  dan pengasas dia Puan Hajah Mahawa... (ini cerita lama - boleh baca kat SINI - semasa agihan tahun 2010....


Sumbangan daripada dermawan diperlukan dalam bentuk wang tunai atau makanan.
TAYT akan membuat agihan mengikut jadual di bawah.

Setiap keluarga akan menerima barangan makanan dengan anggaran
RM100-150 berdasarkan jumlah isi rumah.

JADUAL PERANCANGAN AGIHAN BARANG MAKANAN BERBUKA PUASA
(BARANG DAPUR)

BIL
KAWASAN
JUMLAH KELUARGA
SUKARELAWAN BERTUGAS
TARIKH SERAHAN
TEMPAT
 
 
1.
 
 
Tampin/Alor Gajah
35
Hjh Mariam Pilus (Tel: 0172878427
10 Julai = 1 Ramadhan
Rumah Pusaka Ibu, Kg Pulau Sebang. Tampin
 
 
2.
 
Bandar Baru Bangi/Kajang
40
Hjh Khuzaimah
(Tel: 012-609-3358)
13 Julai = 4 Ramadhan
Surau Al-Ikhlas Seksyn 4 Tambahan, BBBangi
 
3.
 
Cheras
25
Hjh Marbiah Hj Mansor (Tel: 017-2026165)
14 Julai = 5 Ramadhan
Taman Jaya. Cheras.
 
4.
 
Wangsa Maju
15
Hjh Siti Harlina Ayob (Tel: 0132526640)
20 Julai = 10 Ramadhan
Danau Kota
 
5.
 
 
Kulim
25
Cikgu Md Yatim Abu Samah (tel: 019-4443577)
21 Julai = 11 Ramadhan
Kilang Lama, Kulim
 
6.
 
Bachok
40
En. Ariffin
21 Julai = 11 Ramadhan
Bachok
 
 
7.
 
Kota Bharu
35
Hjh Salema Ahmad (Tel: 013-9496982)
21 Julai = 11 Ramadhan
Kg. Salor, Kota Bharu
 
8.
 
Seremban/Rembau
30
Puan Siti Norlaila bt Md Isa (06-7629716)
20 Julai =10 Ramadhan
Kg Nyiur, Seremban
9.
 
Sik, Kedah
20
Ust Ismail Mahmud (Tel: 0134884814)
13 Julai = 4 Ramadhan
Pondok Teloi Tua, Sik
LUAR NEGARA
 
1.
 
Palestine
5
Mahawa Pilus (016-3283909)
20 Julai = 10 Ramadhan
Bangi
2.
 
Cambodia
40 orang
Mahawa Pilus (016-3283909)
12 Julai = 3 Ramadhan
Kg. Champ
 
3.
 
Bogor, Indonesia
150 orang
Mahawa Pilus (016-3283909)
24 Julai = 15 Ramadhan
Bogor, Indonesia.

Maklumat lanjut boleh hubungi Puan Mahawa binti Pilus. 0163283909,


okey... sekian dulu hebahan saya untuk kali ini.... semoga kita semua sampai kepada Ramadhan dengan cemerlang dan diterima amalan kita disisi Nya... ameen....
 
stay tune... stay alive... stay healthy...stay happy and stay away from MASALAH.... hehehehe....
salam sayang semua...
nhhas...
 
***JOM ISTIGHFAR...SELAWAT DAN BERDOA***


Friday, June 7, 2013

Kisah Hari Jumaat dan Solat Jumaat


Assalamualaikum wbt and Good Day,

Perkongsian hari Jumaat...

Sekarang ne agak ramai lelaki dah kurang malu dan boleh buat muka kental jer tak pergi solat jumaat dan bersepahan di food court serta shopping mall bersama aweq/isteri time orang solat jumaat...

BAGITAU KERJA YANG KITA ADA SOLAT,
JANGAN BAGITAU SOLAT YANG KITA ADA KERJA....



Ingat ne Allah pesan dalam surah al-jumuah :

 Surah ke-62: Surah Al Jumu ah

(1) Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah Yang Menguasai, Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(2) Dialah yang telah mengutuskan di kalangan orang yang Ummiyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Qur'an) dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

(3) Dan juga orang yang lain dari mereka, yang masih belum menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(4) Demikianlah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

(5) Bandingan orang yang dipikulkan kepadanya Kitab Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya, samalah seperti keldai yang memikul Kitab-kitab besar. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(6) Katakanlah: Wahai orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang yang dikasihi Allah tidak termasuk manusia yang lain, maka harapkanlah kematian, jika betul kamu orang yang benar!

(7) Dan mereka tidak akan mengharapkan mati itu selama-lamanya, disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan; dan Allah mengetahui akan orang yang zalim.

(8) Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

(9) Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

(10) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.

(11) Dan apabila mereka melihat barang-barang dagangan atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka lalu pergi kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri. Katakanlah: Apa yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

 
 

Wednesday, June 5, 2013

Seminar Ramadhan - Memburu Pintu Ar-Rayyan


Assalamualaikum wbt...

Dipanjangkan untuk hebahan...
Layari Web AL-KAHFI : alkahfi.com.my
FB AL-KAHFI : www.facebook.com/AlKahfiServices
(nota: saya tiada kene mengena dengan organizer... sekadar berkongsi hebahan (*_*) )

DATE : 30 JUN 2013 (21 Syaban 1434H)  = lagi 9 hari nak puasa ramadhan...
sila hadir sila hadir sila hadir... sila doa banyak2 supaya dapat hadir dan tiada halangan...

TIKET
Public = RM55.00
Student = RM 40

PENDAFTARAN :
 
Untuk mendaftar uols boleh mengisi borang ini, http://tinyurl.com/seminarpuasa

Kemudian, sila emailkan bukti pembayaran ( salinan gambar / resit ) kepada alkahfi@alkahfi.com.my Bagi yang mendaftar sebagai pelajar, sila emailkan juga salinan kad pelajar anda kepada alkahfi@alkahfi.com.my
Maklumat terperinci program boleh dibaca di sini http://alkahfi.com.my/seminar-ramadhan/

semoga bermanfaat semua....
 
p/s:  aziana - thanx for the info. dah macam pengurus seminar pulak sahabat saya ini...
manyak pahala beliau dapat... Insya Allah....hehehehe...jeles kot...