Pages

Monday, June 10, 2013

PROJEK JOM SEDEKAH... JOM WAKAF...

Assalamualaikum wbt and Good Day...

Alhamdulillah...
Hari ini 10 Jun 2013 = 1 Syaban 1434h

Insya Allah ada 30 hari lagi nak sampai kepada Ramadhan 1434H, which is Ramadhan yang ke-30 buat saya...(tapi start puasa penuh umoq 7 tahun kot... hehehe
Korang? (*_*)...

Hmmm pernah tak kita terfikir,
i) dah puasa katalah dalam 30 tahun (30 tahun * 30 hari = 900 hari), ii)dah solat pulak 30 tahun (365hari * 30 tahun * 5 waktu solat = 54,750 kali dah kita solat)...

Daripada semua beratus-ratus hari dan berpuluh ribu waktu solat ne, berapa banyak lah amalan kita yang Allah terima...
adei... takutnya.... masa "untuk pulang"  semakin hampir... macam terpanggil-panggil jer dah rasanya...
Dalam hati rasa cuak dan suspen weih, nanti mati sok, masa terima buku catatan amalan... harap2 lah ada banyak catatan amalan baik yang Allah terima dan nilai di sisi Nya...
Huhuhu...
Ne dah nak masuk Ramadhan lagi... semoga kita sampai kepada ramadhan dengan sempurna untuk beribadah kepada Nya dengan Ikhlas dan semoga tiap amalan kita diterima Nya... AMEEN...
So, jom start planning apa nak buat... Jangan tunggu ramdhan baru nak buat pelan tindakan....

Hmmmm.... contoh... setiap tahun angpa (termasuk haku ler tew)... khatam Quran ramai2 kat masjid, kat opis, angpa bahagi sikit sorang jer kan surah tu, pastu best khatam ramai2 hujung ramadhan sambil dapat bunga telur...
Baguih... bukan tak baguih... Alhamdulillah... at least angpa (termasuk haku ler tew)buat juga... cuma, apa kata tahun ne, selain daripada angpa khatam Quran ramai2 kat opis, kat masjid/ surau umah ang yang hakikatnya maksimum pun hang dan haku baca 4 or 5 juzuk ja... apa kata tahun ne, kita struggle gak buat projek Khatam Terjemahan Quran...
Berapa ramai dikalangan kita "khatam quran ramai2" tetiap tahun tapi tak pernah tau / khatam terjemaham Quran walau sekali pun seumur hidup??? Huhuhu... sok kalau "masa pulang"  dah sampai, masa ang dan (termasuk haku ler tew) mengadap Allah, apa kita nak jawab bila kita tak tau pun apa isi kandungan Al-Quran tu?  huhuhu... Dah tak tau, sah2 lah amalan kita tak berapa nak sempurna kan?  Kita solat sebab apa?  Cara kita solat tu kita ikut sapa? Betui ka tak betui ka, separa betui ka?  Haku tak tau lah angpa, tapi haku risau ne... sebab haku rasa masa aku dah nak sampai... Huhuhu... kalau lah haku boleh intai2 tengok catatan haku tu... Allah Ya Allah... Guide me all the way to Your Jannah Ya Allah....

Btw, selain seruan JOM BACA TERJEMAHAN QURAN ... ne projek aku bantu/ turut serta setiap tahun... JOM AR... ANGPA PAKAT2 JOIN...

1. Program Iftar Ramadan On The Street 1434H/2013

Ne adalah TAJAAN BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA... yang dianjurkan oleh KELAB HAJI MUDA di bawah kelolaan Dr. Ridzwan Bakar (019-2628585)
 
Dr. Ridz aturkan untuk 2 tempat iaitu indonesia dan Makkah:

i. Mekah Al-Mukarramah (Dengan Kerjasama Tn Hj Mohd Arshad- Mekah).
    Kos sehari untuk 100pax = SR1,200
    Sebulan = SR36,000 bersamaan RM32,000

ii. Indonesia (Dengan kerjasama KHM Indonesia dan DT)
     Kos sebulan satu masjid= RM8,000
    Sasaran 2 buah Masjid = RM16,000

Sumbangan ke Program Iftar Ramadan On The Street, sila gunakan akaun berikut:-

Nama Akaun: KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank: Bank Islam
No Akaun: 1418001-0013422

angpa p tgk kat Blog KHM http://ridzwan-bakar.blogspot.com/ ATAU angpa p call lah Dr. Ridz untuk detail....

Saya dah beberapa kali turut serta dalam program2 KHM, insya Allah, jangan diragui, semua sukarelawan nya menyampaikan sebenarnya sumbangan yang diberi...

2. PROJEK SUMBANGAN UNTUK ANAK YATIM/FAKIR MISKIN & ASNAF ZAKAT SEMPENA RAMADHAN DALAM BENTUK BARANGAN MAKANAN UNTUK BERBUKA PUASA ANJURAN TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN. (TAYT)


OK.... Ini pulak adalah projek yang saya + family + rakan2 tersayang turut serta setiap tahun since (erm tak ingat bila - 2008 or 2009)... kalau pun tak turun padang mengagihkan, kami beri sumbangan dalam bentuk kewangan....  dan pengasas dia Puan Hajah Mahawa... (ini cerita lama - boleh baca kat SINI - semasa agihan tahun 2010....


Sumbangan daripada dermawan diperlukan dalam bentuk wang tunai atau makanan.
TAYT akan membuat agihan mengikut jadual di bawah.

Setiap keluarga akan menerima barangan makanan dengan anggaran
RM100-150 berdasarkan jumlah isi rumah.

JADUAL PERANCANGAN AGIHAN BARANG MAKANAN BERBUKA PUASA
(BARANG DAPUR)

BIL
KAWASAN
JUMLAH KELUARGA
SUKARELAWAN BERTUGAS
TARIKH SERAHAN
TEMPAT
 
 
1.
 
 
Tampin/Alor Gajah
35
Hjh Mariam Pilus (Tel: 0172878427
10 Julai = 1 Ramadhan
Rumah Pusaka Ibu, Kg Pulau Sebang. Tampin
 
 
2.
 
Bandar Baru Bangi/Kajang
40
Hjh Khuzaimah
(Tel: 012-609-3358)
13 Julai = 4 Ramadhan
Surau Al-Ikhlas Seksyn 4 Tambahan, BBBangi
 
3.
 
Cheras
25
Hjh Marbiah Hj Mansor (Tel: 017-2026165)
14 Julai = 5 Ramadhan
Taman Jaya. Cheras.
 
4.
 
Wangsa Maju
15
Hjh Siti Harlina Ayob (Tel: 0132526640)
20 Julai = 10 Ramadhan
Danau Kota
 
5.
 
 
Kulim
25
Cikgu Md Yatim Abu Samah (tel: 019-4443577)
21 Julai = 11 Ramadhan
Kilang Lama, Kulim
 
6.
 
Bachok
40
En. Ariffin
21 Julai = 11 Ramadhan
Bachok
 
 
7.
 
Kota Bharu
35
Hjh Salema Ahmad (Tel: 013-9496982)
21 Julai = 11 Ramadhan
Kg. Salor, Kota Bharu
 
8.
 
Seremban/Rembau
30
Puan Siti Norlaila bt Md Isa (06-7629716)
20 Julai =10 Ramadhan
Kg Nyiur, Seremban
9.
 
Sik, Kedah
20
Ust Ismail Mahmud (Tel: 0134884814)
13 Julai = 4 Ramadhan
Pondok Teloi Tua, Sik
LUAR NEGARA
 
1.
 
Palestine
5
Mahawa Pilus (016-3283909)
20 Julai = 10 Ramadhan
Bangi
2.
 
Cambodia
40 orang
Mahawa Pilus (016-3283909)
12 Julai = 3 Ramadhan
Kg. Champ
 
3.
 
Bogor, Indonesia
150 orang
Mahawa Pilus (016-3283909)
24 Julai = 15 Ramadhan
Bogor, Indonesia.

Maklumat lanjut boleh hubungi Puan Mahawa binti Pilus. 0163283909,


okey... sekian dulu hebahan saya untuk kali ini.... semoga kita semua sampai kepada Ramadhan dengan cemerlang dan diterima amalan kita disisi Nya... ameen....
 
stay tune... stay alive... stay healthy...stay happy and stay away from MASALAH.... hehehehe....
salam sayang semua...
nhhas...
 
***JOM ISTIGHFAR...SELAWAT DAN BERDOA***


1 comment:

  1. memang...bila ingatkan kita ni bila2 masa je boleh mati, rasa takut tu..huhuuuu seram. duk rasa timbangan belah dosa tu duk berat lg dr yg pahala...

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)