Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…
Selain tidak punyai masa terluang yang banyak, sebenarnya 50 50 juga nk update entri yang satu ini. Tapi difikir-fikirkan balik, rasanya updatelah kot.
Dengan niat, mudah2 an dapat memberi maklum balas kepada donor dan customer, yang kami benar2 sampaikan sumbangan yang mereka berikan, Insya Allah.
Juga mudah2 an menjadi pengajaran dan peringatan buat diri ini tat kala aku terlupa, aku tergelincir daripada mensyukuri nikmat Allah, mudah2 an aku terpandang kembali entri ini. Juga mudah2 an ada manfaat yang dapat dikongsikan dengan pembaca, sekiranya blog ne ada pembacanya….
Mudah-mudahan entri ini dijauhkan dari sebarang unsur-unsur yang tidak sepatutnya, seperti riak mahupun mengaibkan orang lain… (nauzubillah)…
Kami bermohon pada Allah agar entri ini dapat memberi manfaat dan keberkatan dengan izin Allah jua.
Ok, bagi yang terima e-mel, mmg tahu, seperti tahun-tahun sebelum nya, di bawah TAYT, menganjurkan kutipan sebelum Ramadhan bagi mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada orang-orang yang memerlukan. Projok kali ini: MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA, (MALAYSIA, CAMBODIA, PALASTINE DAN INDONESIA), BERSAMA TAYT – 1431H.
Agihan dibuat di 8 kawasan di Malaysia (Wangsa Maju, Klang, Tampin, Melaka, Kota Bharu, Bachok,BB Bangi, Kulim, Johor), di 3 kpg di Kemboja (Kg, Champ, Kg, Seda, Kg. Labak) dan di Bogor, Indonesia juga di Palestin di bawah pihak aman palestin.
(haku terlupa paste di blog untuk sumbangan hari tu… emel ja… gomenei)
Terlebih dahulu terima kasih kepada SEMUA yang telah memberi sumbangan dan juga kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam pengagihan bantuan ini.
Sabtu lalu, kami berpeluang membantu Kak Siti membuat agihan di wangsa maju…
Sebanyak 13 keluarga yang menerima bantuan yang terdiri daripada 11 keluarga yatim (balu) & 2 keluarga miskin sekitar wangsa maju dan setapak. (to be honest aku tak sure sempadan dua tempat ne, aku tembak jer nama nya setapak, sbb tgk signboard).
Kami pergi 3 kereta (dan sesat selama ada rasanya sejam lebih gara-gara salah tgk alamat, lepastu jual mahal masa kak siti nak guide ke rumah beliau….)
Tapi Alhamdulillah, kami dah asing-asingkan siap2 barang2 semua nya mengikut setiap penerima.
Pengagihan ini turut disertai 2 orang budak comel ne yang hmmmm aku bagi mereka A++++++….
Shifaa dan malik… dua budak yang sangat comel turut ikut serta dalam aktiviti ini (mereka anak saudara kak siti, mama mereka pun join sekali)….
Then, sampai masa g umah yang last, dia buat muka seposen “mama jom lah kita balik, malik dah letih ne”….hihihi …. malik …malik… sampai dah longlai tak larat berdiri lah budak tu… last2 dia duduk tdo dalam kereta, kami sambung lah sebab dah tinggal last house….
Apa yang menarik, mereka bukan ikut sekadar suka-suka…. Mereka faham kenapa mereka agihkan barang-barang tersebut dan siapa penerimanya. Mereka faham orang susah untuk dibantu…mmg tabik spring kat budak2 ne….
Sebenarnya ada gambar ne jer…. Gambar masa susun barang… pastu gambar rumah yang last – rumah kak fatihah….
Dalam deretan rumah di area taman setapak tu, percaya tak korang, di hujung barisan rumah teres tu ada satu rumah (rasanya bangunan terbengkalai, macam rumah tinggal), jauh sikit dari rumah teres terakhir , aku hingat kan dah jalan mati dah, sebab rumah yang last tu rumah cina, aku pun dah terpelik-pelik, nak g bagi makanan kat rumah cina ke, bukan bagi kat orang yang berpuasa ke…lagipun tu rumah teres, 2 tingkat lagi… rupa2 nya, ada rumah tak siap di situ, dalam keadaan terbengkalai dan dhaif serba-serbi… anak ramai, siap ada baby baru lahir umur 3 bulan (SORRY tak ada gambar, sbb adik2 ku segan nak ambil gambar, plus mmg tak sampai hati betul nak ambil gambar… yg aku pulak tak terfikir nak ambil gambar ke hapa…. Dalam kepala ingat nak agihkan barang jer…mmg tak fikir menda lain dah…, juga bimbang menimbulkan fitnah dan rasa kurang senang pada penerima) …. Tak tak tak… kami bukan para-para YB pun yang nak masuk TV… kami Cuma sampaikan amanah orang…
so dalam keadaan yg macam tu, buat aku terfikir, hmmm betapa kita kena bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, betapa dalam KL yang serba macam ruang blh mencari sumber pendapatan ne, ada juga orang yang hidup dalam kedhaifan sebegitu. Bagi aku, tak cukup sekadar pada masa ne sahaja kami serahkan bantuan. Mesti kena ada tindakan susulan. Macam mana nak bantu akak tu keluar dari belenggu kemiskinan…. (dalam hati tertanya-tanya….apa jadi dengan Banci Isi Rumah Miskin, apa jadi dengan sasaran sifar miskin Malaysia 2010????) Insya Allah, sesuatu akan dilakukan…. Insya Allah….
Moga Allah bagi kekuatan dan kesempatan. Ameen.
(dalam hati aku: aku kagum dengan akak ne….sangat-sangat kagum…terlalu kagum)…wajah nya ceria tidak mempamerkan sebarang duka, at least pada kami yang boleh diklasified kan sebagai tetamu.
Kami lepak agak lama di rumah kak fatihah kerana selain dari kak siti yang dah kepenatan (she’s pregnant, tapi kuat kan hati dan semangat juga g agih barang), ada sesuatu yang istimewa di rumah kak fatihah. Kak Fatiahah adalah seorang balu yang kematian suaminya dan seorang anak perempuannya. Sekarang tinggal bersama 2 orang anak perempuan nya kalau tak silap usia 11 dan 9 tahun, dan punyai seorang anak istimewa berusia 7 tahun. Yeah beliau mempunyai seorang anak istimewa, namanya Irfan. Aku tak sure sangat nama penyakit irfan tapi yang pasti ada masalah pada tulang belakangnya menyebabkan irfan tidak sempurna seperti kanak2 yang lain. Dia hanya terkulai layu di pembaringan nya atau dipangkuan ibunya. Ya Allah, betapa tabahnya dan betapa kuatnya semangat ibu ini menjaga dan membesarkan anak2 nya…. Tidak tunduk pada kesusahan hidup…. Wajahnya masih boleh tersenyum… tutur bicaranya baik (sbb ada rumah tu kiteorang g, makcik tu gaya cakap mmg brutal habis….. haila macam-macam kes)….dan apa yang paling aku kagum, dalam kesusahan hidup kak fatihah ne, beliau sebenarnya juga membantu orang yang lebih susah daripada beliau…. SEE….. susah pun boleh bantu orang yang lebih susah dari dia…. Allahuakbar….. Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu untuk menggerakkan hati – hati kita pada kebaikan… Akak ne siap boleh tolong orang yang lebih susah daripada dia…. bagi aku, dah rasa akak ne susah dah…tapi akak ne tetap tahu ada orang yang lebih susah yang wajar dibantu. Dan beliau memberi bantuan mengikut kemampuan dirinya sendiri….. Allahuakbar….
Dah kau hari2 sebut kau tak ada duit, kau susah, hah padan muka Allah bagi susah betui2… (geram aku pada sesetengah orang)….
Adakalanya biar miskin harta janganmiskin jiwa…. Allahuakbar… Moga Allah beri kita kekuatan untuk terus beramal dan menjadi hamba yang diredhai- Nya… Ameen…
Akhir sekali... terima kasih pada Hajah dan Kak Siti yang banyak mengajar saya dan beri peluang kepada saya untuk terlibat dalam perkara-perkara seperti ini selama ini. Banyak yang saya pelajari.
Petang tu kami semua berbuka puasa di KGPA dengan Aman Palestin
(kecuali kak intan dan mahani - mereka ada hal)
Sekian.....semoga beroleh manfaat....
No comments:
Post a Comment
Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)