Monday, August 29, 2011

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Assalamualaikum wbt….

Kepada semua yang tersinggah di sini,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri…
Semoga Amalan kita diterima oleh Allah S.W.T….
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal

Maaf Zahir dan Batin…. Atas segala salah dan silap saya…
Semoga selamat pulang berhari raya…..

Sedikit catatan untuk peringatan.... Semoga bermanfaat
(di copy dari lappy adek - yang sedang sebuk masak rendang sementara haku main lappy...kuangkuangkuang)


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Tuesday, August 16, 2011

Emas

Assalamualaikum wbt...
Hmmm harga emas dah melonjak naik...Sehingga pagi tadi ialah RM175.06/ gram..
Emas... pelaburan yang sentiasa releven sejak dahulu kala.Tapi nak buat pelaburan pun perlu tahu kaedah dan hukum hakam transaksi nya ya.

Kerana ANDA SEORANG ISLAM dan jangan ingkar perintah Allah.

Paling penting jangan lupa tentang zakatnya. 
Hmm sedikit ilmu, Nisab ialah nilai semasa 85gram emas.  Uruf emas pula ialah kebiasaan pemakaian emas masyarakat setempat (mami jarum tidak diambil kira),  Berat uruf emas (mengikut PPZ) adalah bersamaan dengan 150 gram.

Bagi negeri Selangor,  nisab bagi tahun 2011 ialah RM10,650.

Hmmm kenapa tetiba cakap pasal emas yer?

Saturday, August 6, 2011

Projek Ramadhan Palestin


Mari ramai - ramai bersedekah membantu mereka berbuka puasa dan berhari raya.
Boleh salurkannya menerusi Aman Palestin
1st round dah hand over tu aman palestin...
kalau masih ada yang berhajat, silalah...
boleh bagi direct to aman palestin, dan boleh juga bagi menerusi saya. Insya Allah.
(saya bukanlah anggota AP dan aman palestin pun tak pernah lantik saya untuk kutip,  tapi saya dan team, sering buat collection dan menyalurkannya menerusi aman palestin,).
kalau readers ada saluran lain yang diyakini dan dipercayai, teruskan juga ya....

semoga ramai yang mendapat manfaat dan kita pun mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah swt.

Macam yang pernah cakap, aman palestin pun ada macam2 projek yang berlangsung sepangjang tahun.
Readers boleh:

1. Taja anak yatim (buat masa sekarang RM150.00 per anak yatim)
boleh hubungi mereka direct or nak join saya dan team pun boleh... Kami pull collection beberapa orang dan taja anak yatim sekadar yang kami mampu.
(mudah2 an ini bukan untuk "tunjuk bagus", tp nk maklumkan, AP ada pgm ne, dan ramai yang dah join, a.k.a boleh dipercayai, jadi tak perlu khuatir)

2. Tajaan pelajaran (yang ne saya tak berkesampatan join buat masa ne, mungkin boleh call AP for details)
3. Tajaan pembinaan hospital.
4. Tajaan Umum.

semua maklumat ne boleh browse thru laman web AP
atau call jer nombor yang tertera.
Pejabat mereka di Bandar Baru Bangi.

saya pernah membaca hadis dibawah ini (tapi tak pasti hadis sahih atau bagaimana, belum kaji), tapi ianya menguatkan semangat saya untuk membantu rakyat palestin....

Sebuah hadith daripada Mu'az bin Jabal bahawa Rasulullah s.a.w. menegaskan dengan maksudnya:

"Allah Maha Besar akan memberi kamu kekuatan untuk menawan Asy-Syams (Palestin) selepas kewafatanku. Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai Asy-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul-Mukaddis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan".

Hadith daripada Abi Umamah Al-Bahili bahawa Rasulullah s.a.w. mengingatkan dengan maksudnya:

" Sekumpulan dari kalangan umatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian. Para sahabat bertanya; "Di manakah mereka hai Rasulullah?.

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Di Baitul-Mukaddis dan kawasan sekelilingnya".

(Riwayat Abdullah bin Ahmad dan At-Tabarani)

Pintu Dah terbuka.... Apa lagi... Jom serbu

Assalamualaikum wbt...

Hmmm pintu dah terbuka dah... dah buka dah... apa lagi... jom serbu...

Pintu apa??? Pintu SOGO? Pintu jalan TAR? KLCC? Hmmm bukan... pintu tu kalau terbuka pun, buat menghabiskan ongkos yang tak berapa nak ramai tu...heheheh...
Pintu rumah?  Belum lagi... belum "open house"... Baru hari ke-6 Ramadhan, takkan dah plan for open house kot.... Over tu...

So pintu apa ne?  Pintu apa ye?  Ceciter...ceciter.... 

Tuesday, August 2, 2011

Ingatlah Allah


Assalamualaikum wbt...
Semoga semua dalam keadaan sihat dan bertenaga serta iman yang mantap dalam menempuh Ramadhan al-mubarak 1432H ini....
Moga Allah jadikan kita orang yang sentiasa mengingati Allah...
baik ketika senang mahupun dalam keadaan sukar....
sihat mahupun sakit.... kadang-kadang bila sihat, kita lupa nak minta doa supaya Allah terus bagi kita sihat... huhuhu.....

Ya Allah, jadikanlah setiap saat hela nafasku sedar mahupun tidak, sentiasa mengingati Mu, mensyukuri nikmat Mu.... memohon ampun dan perlindungan hanya daripada Mu Ya Allah....