Saturday, August 6, 2011

Pintu Dah terbuka.... Apa lagi... Jom serbu

Assalamualaikum wbt...

Hmmm pintu dah terbuka dah... dah buka dah... apa lagi... jom serbu...

Pintu apa??? Pintu SOGO? Pintu jalan TAR? KLCC? Hmmm bukan... pintu tu kalau terbuka pun, buat menghabiskan ongkos yang tak berapa nak ramai tu...heheheh...
Pintu rumah?  Belum lagi... belum "open house"... Baru hari ke-6 Ramadhan, takkan dah plan for open house kot.... Over tu...

So pintu apa ne?  Pintu apa ye?  Ceciter...ceciter.... 

Hmmm pintu apa lagi.... Pintu Rahmat Allah, pintu keampunan, pintu rezeki, pintu keselamatan dari api neraka.... Dah terbuka dah pintu tu dengan seluas-luasnya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ne.... Apa lagi.... Jangan lepaskan peluang.

1. Setiap amalan yang kita buat di bulan ne, Allah gandakan ganjaran pahala nya.
2. Setiap doa yang kita panjatkan,  berpeluang cerah untuk dimakbulkan.   Bukankah doa orang yang berpuasa itu mustajab, Insya Allah...
3. Kalau kita minta diampunkan dosa, Insya Allah, Allah ampunkan...

Hmmm... Kalau lah kan ada orang cakap kat kita macam ne

"Hari ne, saya bermurah hati nak beri apa yang anda hajati... sila lah minta... apa saja... sila kemukakan permohonan, saya akan penuhi"....

nescaya ramai yang berpusu-pusu hantar permohonan, maklumlah kehendak "kita" ne mana pernah surut... Kalau boleh dunia dan seluruh isinya pun kita nak... betul tak?

Permohonan kerja / biasiswa yang perlu bersaing dengan ramai orang tu pun kita masih sanggup isi borang dan "memohon"...pastu menanti penuh mengharap pulak tu.... iskisk isk... sedangkan minta kerja, minta biasiswa, semua tu ada kuota, ada limitasi.... tapi.... ada yang tiada limitasi....

iya.... itulah dia rahmat kasih sayang Allah.... keampunan Allah.... mana ada kuota.... Allah Maha Pemurah, Maha Pengampun Maha Penyayang.... Allah mana pernah mungkir janji...  Bila Allah janji, pasti kita dapat.... (cuma kadang-kadang kita jer tak sedar bila Allah beri)

Ne janji Allah ne - di gazetkan dalam Al-Quran, Surah al-Ghafir, ayat 60
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina” [Ghafir 40: 60]


p/s: (kalau saya silap, mohon betulkan)

Hmmm tawaran hebat daripada Allah swt ne sebenarnya sepanjang tahun,  tapi bulan Ramadhan ne, chances nya adalah lebih baik, lebih lumayan, dilipatgandakan ganjarannya.... Namanya pun mega SALE IBADAH....

SEBULAN untuk kita mohon pada Allah dengan peluang yang lebih cerah,  takkan lah kita tak nak rebut tawaran hebat ne.... betul tak?

So apa action plan nya?

1. Rancang ibadah anda - bila nak baca quran, berapa surah nk hafaz, bila nak khatam Al-quran, berapa hadis nabi saw nak explore, berapa Sahabat Nabi saw kita nak berkenalan, bila nak zikir, bila nak sedekah, nak sedekah pada siapa, bila nak tlg orang.... semua tu perlu perancangan...

2. Rancang doa anda... Kalau nak lebih fokus, buat list doa.  Mungkin kedengaran pelik, tapi untuk elak daripada hilang fokus, baik buat list... Kita ne kan banyak "permintaan"  dengan Allah.
i.    Nak  Allah ampun kan dosa
ii.   NAk masuk syurga Allah. Nak dapat khusnul khatimah...mati dalam iman, dalam islam.
iii.  Nak hidup senang, cukup wang, selesa, boleh tolong orang, tak meminta-minta kt orang...
iv.  nak kesihatan yang baik utk beribadat kepada Allah.
v.   Nak Allah sayang, nak sayang Allah.
vi.  NAk dapat syafaat Nabi saw,  nak cinta NAbi saw.
vii.  Nak terang hati untuk belajar, untuk terima ilmu, untuk ingat ilmu, untuk amalkan ilmu, untuk   sedekah ilmu.
viii.  Nak pergi buat haji, nak dapatkan haji yang mabrur.
ix.  Nak seronok pergi kerja,  diilhamkan hikmah dan kebijaksanaan dan keimanan untuk  menyempurnakan kerja dan amanah pekerjaan tu berlandaskan "jalan" Allah.
x.    Nak mak ayah sihat, keluarga bahagia, selamat dunia akhirat...
xi.   Nak beli rumah yang terbaik...dekat dengan rumah Allah yang diimarahkan.
xii. Nak dapat jodoh yang baik, jodoh dengan orang yang Allah sayang, dan dia pun sayang Allah,    dan dapat bawak kita sama-sama sayang Allah dan disayangi Allah...

Tengok.... banyaknya kita nak....  so apa lagi... mulakan senarai doa anda... mulakan....
pintu dah terbuka tu...

Put your trust on Allah... Ingat pesan Allah, janji Allah:

"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”.
(Hadith riwayat al-Tirmidzi, dihasankan oleh Sheikh al-Albani).

With Ramadan upon us, now is the best time to really put our minds to what we wish to ask the Creator of the heavens and the earth.
 
KOngsi juga capaian ini (Effective du'a)
 
wallahualam... semoga ada manfaat....r (^_^)

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)