Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt...




korang tgk... betapa pemurahnya Allah...
kita puasa 29 atau 30 hari dibulan Ramadhan ... diikuti 6 hari bulan Syawal... pahala nyer umpama puasa setahun...
oleh itu, bagi yang belum cukup... cepat2 rebut peluang ne... ada baki 7 hari dalam bulan syawal ne...

NOTA:  tapi dalam kalendar islam/hijrah 354 hari jer kalau tak silap... opkos not 365 hari lah.
365 is in masihi ya....
 
bagi yang dalam persediaan menunaikan haji tahun ini...
ne check list persediaan yang kot2 boleh dikongsikan...

 

Thursday, May 26, 2011

All Of Us

Kita semua terlalu penting tetapi tidak
    Ramai dari kita yang faham kepentingan itu...

Ramai juga yang tahu akan statistik itu tetapi
    lebih tidak ramai yang tidak faham mengenainya...

Kita semua bekerja tetapi tidak ramai
    yang faham hakikat pekerjaan itu

Yang faham dan mengerti adalah mereka
    yang dekat dengan tuhannya

Monday, March 29, 2010

Demi Masa


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”
( Surah al-Asr ayat 1-3 )...


“Setiap hamba pada hari akhirat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana sehingga ditanya empat perkara iaitu mengenai
umur; ke mana dihabiskannya,
usia muda; bagaimana dia melaluinya,
harta; dari mana dia perolehinya dan bagaimana dia membelanjakannya serta
ilmu; apakah dia sudah beramal dengannya.”

( Hadis riwayat Tirmidzi )


Monday, March 8, 2010

7 GOLONGAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda...
Islam mewajibkan lelaki dan perempuan menuntut ilmu dan mengajarkannya pula, terutamanya ilmu yang berkaitan dengan fardhu ‘ain.
Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :“Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut.” (HR: Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :“Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi.” (HR: Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dan maksudnya :“Malaikat membentangkan kepaknya kepada orang yang menuntut ilmu kerana ia gembira dengan apa yang diperbuatnya (menuntut ilmu ini).” (HR: Ibnu ‘Asakir)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang maksudnya :“Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah s.w.t., sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian.” (HR: Tabrani).

Dengan adanya dua lagi hadis ini, maka dapatlah kita mengetahui kepentingan menuntu ilmu itu. Kepentingan menuntut ilmu ini sungguh mulia sehingga malaikat membentangkan sayapnya untuk memayungi orang-orang yang menuntut ilmu itu. Tetapi ilmu itu hendaklah ilmu yang baik, lebih-lebih lagi ilmu berkaitan agama, kerana ianya akan beroleh rahmat serta keredhaan Allah SWT. Ilmu yang didapati pula hendaklah dikongsi bersama kerana ianya merupakan sedekah kepada orang yang hendak diajarnya itu.

Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :“Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya.” (HR: Ibnu Majah)

Namun begitu, di kalangan manusia, terdapat 7 golongan yang menuntut ilmu, tak kira ilmu dunia mahu pun akhirat.

1. Golongan yang mabuk ilmu.
Orang ini menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata-mata. Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Mabuk ilmu sehingga ada yang tidak mahu kahwin kerana katanya belum puas belajar.
2. Golongan berilmu untuk meraih kekayaan duniawi.
Orang ini mencari ilmu kerana bercita-cita hendak dapat jawatan tinggi, seperti mufti, dan bergaji besar. Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya serta mendapat banyak harta.
3. Golongan berilmu untuk menjadi pemimpin.
Orang ini mencari ilmu kerana bercita cita hendak menjadi pemimpin. Seorang yang jadi pemimpin mesti berilmu.
4. Golongan berilmu untuk dapatkan nama.
Orang ini mencari ilmu kerana hendakkan glamour dan nama agar ia dikatakan seorang yang intelek dan berilmu.
5. Golongan berilmu supaya dirinya tidak dipandang hina.
Orang ini belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan, agar dia tidak dipandang hina dalam masyarakat.
6. Golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme.
Orang ini menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara, agar bangsanya tidak mundur dan terhina.
7. Golongan ilmuan yang bertaqwa.
Golongan ini menuntut ilmu kerana perintah Allah. Dengan mengamalkan ilmu tersebut dia boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai bagai aspek saperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya, pembangunan insan dan lain- lain, dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, meninggikan syiar Islam dan mendaulatkan hukum Allah di muka bumi ini.

Friday, July 31, 2009

Suka dan Gembira

Kalau tak dapat apa yang kita suka, belajar untuk suka apa yang kita dapat. Allah berikan kita kurniaan Nya bersesuaian dengan diri kita dari segi ketahanan, keperluan dan keinginan. Allah merancang dan Manusia juga merancang, namun sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik2 ketentuan dan keputusan serta kejadiannya. Hidup mesti tahu rasa bersyukur dan berterima kasih. Tunduk ke bumi, dongak ke langit, tiada lain yang dapat kita lihat melainkan keAgungan dan keKuasaan Allah. Lantas, untuk apa lagi kita merasakan diri kita BAGUS sangat? Perlunya apa kita merasakan diri kita TINGGI sangat? Astaghfirullahaladzim.... mudah2 an Allah jauhkan diri kita daripada menjadi orang yang sombong dan bongkak, walhal kelebihan kita itu juga merupakan PINJAMAN daripada Allah jua merupakan UJIAN Allah sebenarnya (sama ada kita sedar atau tidak).

Al Baqarah ayat 44:
"Adakah kamu menyuruh orang lain melakukan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri. Padahal kamu membaca Al-Kitab. Apa tidakkah kamu berakal?"


Al-Saff ayat 2:
"Hai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan. Amat besar kemurkaan Allah kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan."


Al-Qur'an Surah Al-Jaatsiyah : ayat 12 :
"Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."

nihas - jom p fiesta flora 1-9 Ogos 2009 diprecint 4

Tuesday, April 14, 2009

Kuantiti vektor


Kerja Islam mempunyai magnitud dan arah seperti kuantiti vektor dalam subjek matematik. Tanpa berkerjasama antara satu sama lain, tanpa perancangan yang teliti dan tidak faham akan matlamat mereka, maka ia tidak akan menghasilkan apa-apa, walaupun terlalu banyak tenaga yang dicurahkan.

Jika kita masih mencari kesalahan orang lain, tidak menghargai dan menghiraukan sumbangan-sumbangan positif dan memperkecilkan pencapaian orang lain, kita tidak akan ke mana-mana. Kita mesti tinggalkan perasaan dan sikap bahawa kitalah yang selalunya betul dan yang lain selalunya salah.

Kita mesti kenal semua pekerja dalam lapangan Islam dan mencuba untuk selaraskan usaha-usaha kita.Dalam usaha penyelarasan ini pasti akan berlaku perbezaan pendapat. Sepatutnya perbezaan pendapat dianggap sebagai satu rahmat, akan tetapi yang selalu terjadi adalah sebaliknya. Kita hilang sifat toleransi. Semangat ukhuwwah menjadi kebencian. Perbezaan pendapat akhirnya membawa kepada perbezaan isi hati. Lalu bibit-bibit perpecahan pun mulai timbul. Mengapa sampai boleh jadi begini?Yang menghairankan, mengapa pula pandangan baru seringkali dipandang sebagai ancaman yang boleh merosakkan sesebuah gerakan? Kita memiliki produk yang bagus, tetapi jurujualnya tidak bagus. Kita masih menampilkan strategi pemasaran yang sama. Lalu bagaimana kita mahu membuat perubahan yang ketara dalam masyarakat?

Kita hari ini tidak cekap dalam mentafsirkan dan mengadaptasi ilmu yang kita perolehi, pelajari sama ada secara formal mahupun informal dalam konteks kehidupan yang sebenar. Kita kerap kali menjadikan perkara-perkara remeh sebagai perkara yang perlu diperbesar-besarkan.


-nihas






Sunday, April 12, 2009

percaya dan yakin

salam...
setiap hari yang dilalui betul2 seumpama putaran roda. adakalanya kita gembira, ada kalanya kita berduka, adakalanya kita begitu aggresif, aktif and full of ideas and adakalanya kita a bit blur tak tahu nak buat apa. hari ini kita memberi nasihat kepada orang, kita membantu kawan2 me reload darjah motivasi mereka, esok lusa saat kita memerlukan teman berbicara, Insya Allah, Allah hadirkan teman untuk kita teman berkongsi suka duka.

Ramai dikalangan kita yakin PERCAYA KEPADA ALLAH, tapi dalam salah satu kelas yang aku hadiri baru2 ini, ustaz ada menyebut, tepuk dada tanyalah iman... kita kata kita percaya kepada Allah, tapi kita benar2 YAKIN KEPADA ALLAH x? sebabnya, kalau kita benar2 YAKIN KEPADA ALLAH, nesacaya kita tak berani nak langgar perintah Allah. kalau kita YAKIN KEPADA ALLAH, pasti kita yakin syurga neraka, dosa pahala itu benar sebagaimana janji Nya. dan kalau kita benar-benar ter buat salah/ dosa, hatta dosa kecil sekalipun, pasti perasaan bersalah sangat2 menyelubungi kita, lantas tanpa berlengah kita memohon ampun kepada Nya. tapi hakikatnya hari ini, adakah kita begitu?

kita tahu mengata orang tu salah, berdosa, tapi asal rasa tak puas hati je, mula la mengumpat, menyumpah seranah ataupun berkata-kata tentang perkara yang tidak baik tentang orang itu...

kita tahu tulis blog waktu kerja tu salah, tapi nak juga tulis blog time kerja...

kita tahu berdosa melengah-lengahkan waktu solat, tapi kita tetap utamakan kerja yang tiada berkesudahan...

in brief, sebenarnya banyak la yang kita tahu tak betul, tak baik, tapi kita terbuat tapi suka la buat-buat rasa tak bersalah dan terlupa nak mohon ampun kepada Allah.

Kadang2 bila kita runsing, kita lupa nak hadirkan rasa bersyukur kepada Allah atas jutaan limpahan rahmatNya kepada kita....
kita sering berasa susah hati bila kita berdoa mohon sesuatu tapi Allah tak kurnia seperti mana yang kita hajati...cuba kita perhalusi, muhasabah diri, sesungguhnya pemberian Allah itu adalah sebaik-baik kurniaan Nya....
Allah beri apa yang kita perlukan dan bukan semata-mata apa yang kita mahukan...
Kita merancang dan Allah juga punya perancangan dan sesungguhnya perancangan dan ketentuan Allah itu adalah sebaik-baik ketentuan....

Kita mohon kepada Allah diberikan kita kekuatan, dan Allah beri kita ujian/rasa susah supaya kita jadi lebih kuat dan tabah....

Aku tertarik dengan poem below, get it from somewhere (thanx to the person who gave me this)

I asked for STRENGTH...and ALLAH gave me DIFFICULTIES to make me strong
I asked for WISDOM...and ALLAH gave me PROBLEMS to solve
I asked for COURAGE...and ALLAH gave me OBSTACLES to overcome
I asked for LOVE...and ALLAH gave me TROUBLED PEOPLE to help
I asked for FAVORS...and ALLAH gave me OPPORTUNITIES

put your trust on Allah....tiada apa yang mustahil bagi Nya. Apa yang penting kita kena yakin kepada Nya...

kalau kadang2 rasa susah, runsing, cuba duduk diam-diam dan hitung balik ni'mat2 yang Allah bagi pada kita vs dengan darjah kesyukuran kita kepada Nya...rasa2nya malu nak minta apa2 lagi selain daripada minta ampun (taubat)....
wallahualam....

Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu syukurku...adalah milik Mu

-aku yang tgh ting tong...

Tuesday, April 7, 2009

Sibuk atau menyibuk?

Salam..
Rasanya dah lama tak tulis apa2 yang bermanfaat dalam blog ni. Sibuk sungguh rasanya... (tak pasti la sibuk ke, menyibuk ke, atau kelam kabut jer lebih yang sebenarnya).
baru lepas pindah rumah... di tambah dengan kerja yang agak banyak dan ad hoc, menyebabkan jadual makan dah lari sehingga jatuh sakit. tak apa sakit itu penghapus dosa, Insya Allah.

Sekadar renungan dan untuk dikongsikan bersama:

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,
kerana orang tua yang baikadalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K :-

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

-nihas

Thursday, March 26, 2009

Fikir sebelum cakap

Emel di bawah ini diterima daripada seorang teman ttg kesan kata-kata yang positif dan negatif. Rasanya ada manfaat untuk dikongsikan.


"Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku “ The Hidden Messages in Water “ karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yg melakukan percobaan, sayapun tertarik untuk melakukannya seperti berikut:
1. Tempatkan Nasi sisa yg sdh didiamkan semalaman kedalam 2 toples dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat.
2. Masing-masing toples di tempelin label yg berisi kata2 seperti berikut:
3. Toples A : “ Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
4. Toples B : “ Kamu Bodoh, Goblok, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Sebel Tidak mau dekat dekat kamu “
5. Botol 2 ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yg sering dilihat, saya pesan pada istri, anak, dan pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol2 tersebut.
6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :

Nota: botol sebelah kiri: kata2 positif, botol sebelah kanan: kata2 negatif.

Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dgn bau yg tidak sedap.
Sedangkan Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.
Nah Silahkan teman-teman mencobanya sendiri.
Kalau di buku di katakan ada yg mencoba dgn tiga botol dimana botol ketiga tidak di beri label apa2 alias diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyat beras dlm botol yg diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yg dipapar kata “ Kamu Bodoh”.
Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rekan-rekan kerja kita, dan orang-orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.
Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah pikiran-pikiran yg timbul dalam batin kita.
Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.

Moral: Sama2 lah kita mengucapkan kata-kata positif sama ada untuk diri sendiri dan semua yang berada di sekeliling kita...bukankah kata-kata itu suatu doa?



-nihas




Tuesday, March 17, 2009

S.E.N.Y.U.M

senyum seindah suria...
yang membawa cahya...
senyumlah dari hati...
duniamu berseri...
senyum umpama impian...
dalam kehidupan...
kau tersenyum...
ku tersenyum...
kebahagiaan menguntum...

Have u ever heard or sing above song? i used to sing this song when i was in Uni; be a facilitator for motivation programe...


Senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Juga merupakan senaman jiwa

Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.

Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan ebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormone ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

senyum itu sedekah yang tidak perlukan modal. jadi jangan kedekut untuk senyum k....

-nihas-

Friday, March 13, 2009

Ku Mohon

Tertarik dengan perbincangan ceramah maulidurrasul di surau Al-Furqan malam tadi. Ustaz ZulRamli telah bertanya kepada jemaah, kita ni kalau buat sesuatu permohonan, kita ambil contoh permohonan loan, adakah kita ni ada buat follow up sama ada permohonan kita itu diterima oleh pihak yang bertanggungjawab meluluskannya? atau kita sekadar lepas tangan sahaja? Sudah tentu kita akan membuat follow up terhadap permohonan tersebut. kan??? permohonan biasiswa ke, mintak kerja ker, mesti follow up bagai nak rak kan? :)

So kita berbalik dari sudut ibadah, setiap hari sekurang-kurangnya 2+4+4+3+4=17 kali kita membuat permohonan kepada Allah S.W.T. supaya diberi petunjuk ke jalan yang benar. merujuk kepada Surah Al-Fatihah ayat ke-6 "Tunjukilah kami jalan yang lurus." Pernahkah kita bertanya adakah permohonan kita itu diterima oleh Allah S.W.T. ? Bagaimana kita nak tahu permohonan kita itu diterima oleh Allah S.W.T.?
Kita rujuk pula ayat seterusnya:
"Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat."

Bagaimana kita nak tahu jalan yang kita dah lalui tu adalah jalan yang lurus dan bukan jalan yang sesat? Maka, kena pula kita lihat / buat check list adakah setiap apa yang kita lakukan sekarang, mengikut apa yang Rasulullah S.A.W. lakukan/ajarkan. adakah kita ikut akhlak Rasulullah S.A.W.?
Rasulullah S.A.W. tinggalkan kita 2 perkara i.e. Al-Quran dan Sunnah Baginda. dan kalau kita ikut pada keduanya Insya Allah kita tidak akan sesat. Maka secara automatiknya insya Allah kita berada dijalan yang lurus.

Nak ikut akhlak Rasulullah S.A.W. ni bagaimana? Hmm kalau kita nak ikut gaya seseorang tu, mestilah yang pertama sekali kita perlu KENALI orang yang kita nak follow tu. Makanya di sini, jelaslah kita perlu MENGENALI RASULULLAH S.A.W. dan menjadikan Baginda sebagai suri teladan dalam hidup kita.
Sabda Rasulullah S.A.W. : "tidak sempurna iman diantara kamu sehingga aku dikasihi melebihi kasihnya pada dirinya sendiri"....

Moral: pengajaran untuk diri sendiri, perlulah kita mengenali Rasulullah, faham perjuangan Rasulullah barulah boleh hadir rasa cinta dan kasih pada Rasulullah, lantas sebagai rasa cinta kasih dan rindu pada Rasulullah, barulah boleh kita contohi akhlak Rasulullah dan meneruskan perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W. . selain itu, kita perlu TINGKAT kan darjah KESABARAN (kena sabar didik anak dan isteri/keluarga/kawan-kawan), perlu berhemah dan berlemah-lembut dalam tutur kata.
kenapa kita perlu baca surah al-asr sebagai penutup majlis ilmu? sebabnya pesanan diakhir ayat tersebut. tak apa saya sertakan complete terjemahan Surah Al-Asr (ayat 1-3):
1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

wallahualam....

Friday, January 30, 2009

boycot atau komplot?



IF YOU SEE ABOVE PICTURE:
AND IF U ARE SO CALLED HUMAN:
I AM 500% SURE TAT U'LL BOYCOT BELOW PRODUCTS

Salam...
aku betul2 tak faham la dengan orang islam ni....aku ni nak lalu depan mcDonald n even nak menghabiskan saki baki bedak jonhson kat umah tu pun aku dah tak tergamak. ni ada sesetengah tu masih muka tak bersalah je menjadikan mcD sebagai santapan...
kecewa betul.
iye...aku faham, pasti akan ada yang berkata, "kami nak support malaysian yang masih bekerja di situ. kalau kita semua boycot, depa nak makan apa. sekarang kan tegah kegawatan ekonomi."
bagi aku, (mungkin pendapat aku ni tak betul), tapi kita ambil contoh la seperti orang islam yang bekerja sebagai pelayan a.k.a GRO di kelab2 malam dsb. dan mereka mengemukakan alasan, "itu jer keje yang saya mampu buat"... tapi kalau merujuk kepada halaqah di forum perdana ehwal islam beberapa minggu yang lalu bertajuk KEBERKATAN REZEKI.... ustaz farid ravi menyatakan "YANG HARAM, TETAP HARAM DIKERJAKAN".....
wallahualam....
renung-renungkan.

Wednesday, January 28, 2009

anda malas?cuba renungkan sejenak

Salam.
Hari ni 28.01.2009. kembali bertugas selepas bercuti sempena Chinese new year selama 4 hari. Dan seperti biasa, pagi ni rasa blur dan kemalasan yang teramat la tingginya untuk melangkah ke tempat kerja. Masa breakfast, seperti biasa kami mengisi kekosongan waktu dengan menonton MHI dan pagi tadi disiarkan lagu yang penulis liriknya fitri (pengacara MHI), if tak silap tajuknya dusta berkalang. Lagu tentang keamanan dan peperangan. Disiarkan background lagu tu, peperangan di palestin. Tiba-tiba hatiku terusik, betapa mengada-ngadanya aku. Anak2 palestin yang kecil itu telah diuji dengan bencana peperangan yang maha hebat, apabila diumukan sahaja gencatan senjata, betapa bersemangatnya mereka untuk terus bagun dan menuju ke sekolah bagi menuntut ilmu dengan harapan dapat mengubah nasib diri dan keluarga. Betapa kentalnya semangat mereka, sekolah PBB yang kononnya tempat paling selamat itu pun pernah menjadi mangsa bedilan zionis laknatullah, tapi mereka masih mahu bersekolah. Kerdilnya. Insafnya aku. Betapa aku sebenarnya amat jarang sekali mensyukuri nikmat yang Allah dah beri. Astaghfirullahaladlzim....mudah2 an masih ada keampunan Allah untuk aku kerana kelalaianku ini...
So, resolusi baru “perlu bersemangat setiap hari untuk bekerja dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan...kalau rasa diri kita susah, ingatla, ada orang yang lebih susah.”
Wallahualam...

Nhh_318

Tuesday, January 6, 2009

rezeki...

rezeki bukan hanya soal rezeki. Dalam hidup ini, apa yang dicari adalah REZEKI yang HALAL. Rezeki itu keperluan… bahagian untuk diri. Halal itu tujuan… hak Allah sebagai matlamat ibadah kita

Monday, January 5, 2009

5 januari 2009

Moga Allah melaknat mereka yang memusuhi Islam

assalamualaikum wbt....


tahun baru dtg lagi....tahun baru 1430H dan juga 2009M. memetik kata2 Dr. Fatma spt dalam kelas tafsir pada 2 Jan 2009 yang lalu, semoga dengan pertembungan sambutan tahun baru Islam dan masihi ini akan memberi 1 petanda baik dalam hubungan muslim and non muslim. Insya Allah. sama-sama la kita doakan yer.


Tapi nampaknya pagi tahun baru saja, saudara kita di palastein terus sahaja dihujani dengan serangan yang tiada berpenghujung.



Tentera Israel terus melancarkan serangan ke atas penduduk Palestin tanpa mempedulikan kesengsaraan mereka sewaktu kemeriahan sambutan tahun baru di seluruh dunia.
Serangan terbaru oleh pesawat pejuang Israel awal pagi tahun baru memusnahkan bangunan Parlimen Palestin serta dua bangunan kerajaan lain dan 25 penduduk awam dilaporkan cedera.



Bangunan parlimen: lambang demokrasi sesebuah negara.namun apalah maknanya demokrasi di bumi palastin ketika ini????

AS sekali lagi telah menggagalkan usaha Libya untuk memujuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Genting Gaza.

Keengganan AS menyokong resolusi yang diusulkan oleh Libya itu sekali gus menggagalkan usaha damai di Gaza kerana usul seperti itu memerlukan sokongan sebulat suara.



Sampai bilakah semua ini akan berterusan. di manakah peranan kita? apakah terusan diam membisu....apakah turut sama menjadi juru ulas tak bergaji tatkala duduk berkumpul bersama rakan2 di meja makan?


mudah2 an doa2 ku terus kekal mengiringi perjuangan mereka dan mudah2 an ada sesuatu yang mampu kita :UMAT ISLAM dapat lakukan bagi membantu saudara2 kita yang ditindas, yang dihina yang dinafikan HAQ nya di tanah air sendiri. kita perlu BERSATU. UMAT ISLAM perlu BERSATU. Namun hingga kini kita masih berkonflik di antara satu sama lain. tak perlu pergi jauh, cukup sekadar kita perhatikan di sekeliling kita.....wallahualam...


sama2 la kita bermuhasabah diri dan berhijrah dari melakukan kemaksiatan, kemungkaran dan kerosakan.....

Allahuakbar.....






rgds...


nhh_318