Assalamualaikum wbt.
Hmmm sebenarnya berkira juga nak paste entri yang satu ini. Sebenarnya ini sekadar catatan perjalanan yang aku kongsi dengan rakan2 terdekat. Tapi memandangkan semenjak dua tiga menjak ne asyik di asak dengan soalan (macam lah saya ne ada 6th senses...hehehe)
"Huda rasa saya ne bersedia tak nak jadi tetamu Allah".
"Tapi, itu semua kan bahagian masing-masing".
"boleh tak kalau saya main pergi je bila dah cukup duit".
Hwaaa... takut betul aku yang kerdil lagi sikit ilmu ne nak jawab soalan-soalan "killer" macam ne.
Adoiya... Mana lah eden nak tau yang bertanya itu bersedia atau pun tidak.
tapi yang bab "bahagian masing-masing" tu aku dalam agree ada yang kurang setuju juga.
Iya lah, memang lah "bahagian masing-masing", tapi Allah juga suruh kita usaha untuk mendapatkan "bahagian yang baik". huhuhu...
Jadi, aku kongsikan kepada yang bertanya itu blog Prof. Kamil, dan Insya Allah akan kongsikan buku prof bertajuk "Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman"dengan yang bertanya. Kat rumah aku ada 2 buah buku tu, jadi aku akan hadiah kan kepada beliau. Insya Allah.
Sebab bagi aku prof. kamil berjaya menterjemahkan term "persediaan menjadi tetamu Allah" dan "mujahadah" beliau untuk berusaha menjadi hamba yang Allah sayang dan "mendapat bahagian yang istimewa di sisi Allah".
Walaupun dah balik Makkah, aku masih mendengar audio syarah beliau dan masih menitiskan air mata ketika mendengarnya.... Allahuakbar.... Allah terlalu Pemurah. Terlalu Penyayang. Tinggal lagi kita sedar atau tidak hakikat tersebut. Tinggal lagi kita nak hargai atau tidak Nikmat-nikmat yang Allah dah anugerahkan pada kita selama ini....
Aku juga kongsi kan dengan beliau entri ini ''Siapa senang2 nak bagi spuloh ribu".
dan sebenarnya ketidak sempatan menghadiri kursus haji adalah bukan alasan sama sekali. zaman IT dunia dihujung jari ini, segala telah mudah, contoh, talk Hajj Insights yang boleh di dengar menerusi HUDA TV (belum jadi tv aku yer, ne huda lain tau...hehehe)
Wallahualam... Sesungguhnya berusahalah kita semua untuk menjadi hamba yang Allah sayang...
Selamat mujahadah...
Dikongsikan sedikit cebisan catatan perjalanan saya berikut:
Jika ada yang akan berangkat menunaikan haji, saya akan pesan banyak-banyak kali, baiki kelemahan dan kekurangan diri sedari di malaysia lagi.
Istiqamah memperbaiki bukan 3 bulan sebelum pergi,tapi seawal yang mungkin. Mungkin setahun,mungkin 3 tahun, mungkin 5 dan mungkin lebih dari itu.
Yang penting apabila Allah sudah bukakan pintu hati kita untuk ke tanah suci, pada saat itu juga kita sudah mula perlu berubah.perlu mujahadah.dan perlu istiqamah.
Haji adalah perjalanan kita menuju Allah. Dalam rukun islam,ia merupakan rukun islam yang kelima selepas empat rukun yang lainnya iaitu:
Mengucap 2kalimah syahadah.
Solat 5waktu sehari semalam.
Puasa di bulan Ramadhan.
Menunaikan zakat.
Dan yang terakhir barulah menunaikan haji bagi yang mampu sampai kepadanya.
Ia perjalanan menuju Ilahi. Justeru, perjalanan menuju Pencipta kita yang Maha Agung perlu kita iringi dengan persiapan yang rapi, dengan rasa cinta yang tiada kompromi...
Perteguhkan hati dan jiwa kita dengan lafaz syahadah bukan sahaja sekadar di bibir tapi keyakinan yang sebenar-benar dihati kita agar setiap sel-sel yang ada ditubuh kita dapat kita rasai getarannya apabila kita menyebut kalimah:
"Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah"...
Perbaiki kualiti solat fardhu kita. Pelihara agar ianya dilakukan di awal waktu dengan penuh khusyuk dan usahakan agar dapat dilakukan secara berjemaah terutamanya Solat fardu subuh. Kalau kita dah perbaiki solat kita dari awal, solat itu akan jadi satu habit/ darah daging dan kita tidak berasa berat untuk melakukannya bahkan kita akan rasa sangat sedih dan berduka cita kalau kita tinggalkan. Contoh, di madinah, cuaca sangat sejuk kalau musim haji jatuh pada musim sejuk lah. Jadi, walaupun lantai masjid bertemu dengan tangga hotel, tapi kalau menjaga solat awal waktu dan solat di masjid itu tidak kita jadikan darah daging kita, nescaya kita akan memilih untuk solat di bilik sahaja maka terlepaslah segala kelebihan yang dijanjikan untuk bersolat di masjid nabawi/ masjidil haram, dan terlepaslah segala kelebihan solat berjemaah yang Allah janjikan.
Perbaiki kualiti puasa fardhu kita, belajar ganti puasa dengan segera, jangan hutang hingga ke hujung tempoh masa, bimbang kalau nyawa sudah tiada. Banyakkan puasa sunat seperti amalan Rasulullah s.a.w. . Lagipun perbanyakkan puasa sunat dapat membantu kita mendidik dan menundukkan hawa nafsu kita.
Persucikan harta dengan zakat. Jangan mengelat bayar zakat. Ingat!!! Dalam setiap rezeki kita, ada HAQ orang lain. Yang penting HAQ Allah. Jangan sesekali kita abaikan. Bab zakat ne ramai juga yang kurang faham dan tak berusaha nakk memahamkannnya.
Juga, jangan lupa Hayati dan salami, sirah rasulullah s.a.w dan para sahabat. Perjalanan dan perjuangan rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam memperjuangkan islam… Baca sejarah hidup rasulullah. Baca kisah hijrah rasulullah. Hayati kisah 4 khalifah agung dan pejuang-pejuang islam yang lainnya. Insya Allah, ziarah kita ke madinah dan mekah akan ada “soul” . sungguh nyata perbezaan “rasa” dan “nikmat” perjalanan antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu.
Saat insan - insan lain merungut perjalanan dari makkah ke madinah yang jauh menaiki bas, Insaflah, Rasulullah hijrah denga sahabatnya Abu Bakar, hanya menaiki unta sahaja. mengambil tempoh berhari-hari lamanya. kita, sudahlah naik bas, ada aircond, ada makanan. Lagi nak merungut.
Juga, tatkala ada insan-insan yang mengomel tentang makanan yang tidak sedap, roti yang kasar... Allah... sedarlah, rasulullah s.a.w juga makan dari roti yang tidak dikisar/ dihaluskan...
Allahuakbar.... semoga kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri menjadi tetamu Nya yang teristimewa dan mendapat "bahagian yang istimewa daripada Nya"... Insya Allah.
Wallahualam… sekadar peringatan untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment
Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)