Assalamualaikum wbt.
Resepi untuk adek.
Ne bilangan bawang bagai ne, adek hentam jer. jangan bawak pembaris pulak. hwahwahwa...
BAHAN-BAHANNYA:
1. 500 gram daging dipotong nipis.
Perkara (2) – (4) : digiling halus. Kau nak lesungkan pun tak apa. Nak blender pun orite jer, tapi kurang sedap ler kalau blender.
2. 20 biji bawang merah.
3. 4 ulas bawang putih.
4. 2 inci halia.
5. 4 sudu makan cili kering (yang dah blender yer).
6. 4 sudu makan sos tomato.
7. 1 sudu makan gula.
8. Kicap secukupnya.
9. Air secukupnya (untuk lembutkan daging)
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga kuning (bau wangi).
2. Masukkan cili kering (yang dah di blender) dan sos tomato sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging.
4. Masukkan air.
5. Masukkan gula dan kicap.
6. Masak dengan api perlahan sehingga kering.
p/s: dah berjaya bagitau yer.... hwahwahwah... coming soon resepi kari kering ayam... tah hapa namanya...betul kot.
banyak resepi dalam blog ni ... apesal huda kata pageview sikit? biasanya entry resepi lah yang bagi hit tinggi ;)
ReplyDeleteasyik bagi resepi jer kat adik ... cer masakkan, mesti lagi sedap ;)
ReplyDelete