aku melangkah pergi...
ke???
Secret recipe... hehehehe...
Assalamualaikum wbt.
Hmmmm.. setiap kali melayari blog cik irma, maka setiap kali itu lah keinginan untuk membuat choclate indulgence kembali berkobar-kobar.
Ku khabarkan kepada cik irma, nak belajar daripada beliau, tapi beliau tidak mengajar (dan tidak mahu mengajar aku... hahaha... gurau ja) tapi memang beliau tak buka kelas kek, jadi beliau mencadangkan aku belajar dari Kak Ina di BzeeBakery . Buka blog kak ina. haih... lagi lah... macam2 kek pula yang bersarang di minda untuk dicuba. So aku pun dengan penuh rendah hati semangat berkobar-kobar, terus sms kak ina, nak join kelas DIY. Malangnya date dah penuh semuanya sehingga sebelum keberangkatan aku ke australia nanti. Maka date yang available adalah selepas balik aussie i.e. selepas raya lah... Ok, sumpah lama menanti. So membawa hati yang kecewa, terpaksalah meng kaya kan secret recipe sekali lagi dengan membeli one slice chocolate indulgence...
Mahal tahu... rm10++ campur tax... grrrrr... geram.
hambek kau...
aku beli kat secret recipe.
tapi memandangkan aku ini bukan manusia berputus asa (ececewah...), maka aku meng 'hello' kak yus, jiran tetangga ku dengan ayat yang tak boleh blah punya baik:
"Salam, Kak Yus. Baik Hati x? Hehee, Jom buat kek chocolate indulgence nak x?Hehee..."
Dan kak yus said yes... hahahaha... siap kau chocolate indulgence... walau pun kami tak pernah buat, kami akan mencubanya ... Insya Allah. Kalau gagal, aku daftar lah dengan kak ina. Lepas raya pun lepas raya lah... tapi kalau cubaan dengan kak yus gagal, aku akan mencuba dengan ibu pulak. ibu kan terror bab masak memasak ne...
ok ini adalah resepi chocolate indulgence, yang aku copy dari blog aida's delight . Tiadalah aku mengenali orang ini, tapi terima kasih lah banyak2 sebab berkongsi resepi. sebab cik irma tak letak resepi ne kat blog beliau, dan kak ina pun hanya akan bagi resepi setelah masuk kelas beliau.
CHOCOLATE INDULGENCE CAKE
BAHAN A (Chocolate Chiffon):
30g serbuk koko (larutkan dengan 120ml air suam)
4 biji kunig telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kesil soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)
1 sudu kecil esen vanila
BAHAN B:
4 biji putih telur
60g gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
CARA-CARA:
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain, pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telangkupkan kek di atas redai, biarkan betul2 sejuk baru di belah kepada 4 lapisan.
FILLING (Mousse Coklat Hitam):
200g coklat masakan hitam
2 biji kuning telur (dipukul dahulu)
2 biji putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
1/2 sudu besar mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat
1 1/2 sudu besar gelatin
50ml air
*simpan sedikit adunan untuk sapuan nipis pada kek
CARA-CARA:
1. Rendam gelatin dengan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul sebati dan angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaub balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.
FILLING (Mousse Coklat Putih):
200g coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 biji kuning telur (dipukul dahulu)
2 biji putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat
2 sudu besar gelatin
50ml air
CARA-CARA:
1. Rendam gelatin dann air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balikkan ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu segar dan whipping cream yang diputar. gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selam 4 jam (sehingga beku). Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat. Seelok2 nye mousse putih dibuat sehari lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, whisk semula hingga kembang baru disapu ke atas kek.
TOPPING CHOCOLATE GANACHE:
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350g coklat masakan hitam
1 sudu besar mentega cair
CARA-CARA:
1. Masak secara double boiler, panaskan whipping cream***hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek.
***Hiasan: untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whish hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzel pilihan dan pipe di atas kek atau tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang dihias dengan coklat ke dalam peti sejuk.
***untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras, tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak supaya lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.
CARA-CARANYA:
1. Belah kek chiffon kepada 4 lapisan.
2. Lapisan pertama: letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. lapisan kedua: letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan ketiga: letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari loyang, sapu nipis dengan mousse coklat hitam keseluruhan kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak kek di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru dihias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.
dah penah try ke NhhAS? macam sedap je..bawak la bagi kami blogger ni try. wat la open house. :-D
ReplyDelete