Thursday, November 29, 2018

Allah Bersama Mu



Projek saya kurang smooth.
Hari Isnin dan Selasa perbincangan dengan 2 SV, macam kena banyak correction.
Saya demam dan sakit mata.
Saya nanges hari2.
Due date submission esok.
Sebaris ayat pun tiada lagi.
SV saya adalah orang yang sangat particular dengan time line.
Saya nanges nanges dan nanges.
Demam dan sakit mata saya semakin teruk.
Kelas tetap berjalan seperti biasa.
Saya kena kuat semangat.
Tinggal sikit sahaja lagi.
Tapi bila saya rasa nak stay strong saya nanges lagi.
Sehingga saya terdengar lagu ni "Allah Bersama mu"....
Saya nanges sungguh2 dalam kereta semasa dengar lagu ni.

Terima kasih Allah sebab selalu ada bersama saya.
Saya yakin dengan janji dan pertolongan Allah.
Semoga Allah sentiasa bersama Huda, permudahkan urusan pengajian Huda.
Semoga Huda dapat siapkan projek yang berkat bermanfaat untuk ummah.
Semoga Huda graduate ontime dengan ilmu yang bermanfaat untuk ummah.
Semoga Huda dapat A untuk projek dan subjek time series.
Semoga Allah lembutkan hati lecturer bagi huda postpone submission minggu hadapan tanpa ditolak sebarang markah.
Semoga kita semua bahagia dan sejahtera dunia akhirat dalam jagaan rahmat kasih sayang Allah .... insha Allah aamiin....

#Allahbersamamu
#hapusairmata


Allah bersamamu, Allah bersamamu
Allah bersamamu, Allah bersamamu

hapus air mata, balutlah luka
biarlah berlalu segala sendumu
tiadalah abadi duka cita yang terjadi
tersenyumlah hadapi, terjagalah meski lelah

waktu kan berlalu bersama dirimu
semua kan jadi indah cerita duka di masa lalu
tiadalah abadi duka cita yang terjadi
tersenyumlah hadapi, terjagalah meski lelah sang jiwa

Allah bersamamu, Allah bersamamu
Insha Allah .... 
Sampai kita bertemu di syurga NYA.

#hudasayangsemua
#pray4huda

@loves_nhhas

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Friday, November 23, 2018

life issue - #SajaNakMembebel!


Ha ha ha ... 
kang kalau aku kata doktor malas - kena kecam pulak ...
I've tried my very best ... to put myself in "their shoes" ...
Aku perasan recently ni kalau jumpa doktor - diaorang macam dah malas dah nak check kalau kau datang cakap kau sakit.  Dia be like 
Doc : You sakit apa?
Patient :  bla bla bla explain about the kesakitan.
Doc : So you rasa you sakit apa?
Patient : errrr kalau ai tau ai sakit apa - ai tak yah datang hospital kot... krik krik krik ...
Doc : okay lah - so you rasa you nak ubat apa?

Hadoiiii matik !

Aku tak tau lah kalau doctor tu ada bad patient sebelum tu ke, having bad day on that day ke.
tapi kenapa being so rude kepada orang yang tak bersalah pada kau???
why why why.

I know doctor also is human - ada hati dan perasaan. ada rasa letih dan minta di fahami.
TAPI ...
apa salah patient di atas ini?  apa salah dia untuk terima jawapan macam ni hanya kerana kau menghadapi bad day ... patient tu pun orang kot weih. Bukan beruang.

Ntahlah.


#BeProfessional
#GetOffTheEmotional
#DocAreHuman
#PatientAreHumanTooooo

#AnotherReasonWhyIChooseNotToGoToHospital
#IKnowTheDocMustBeVeryHappy
#KurangSorangPatient

But to the good doctors out there who treat your patient in the most good treatment - May Allah bless you all with highest rank of jannah. Insya Allah.

For those who re shiftlessness - semoga ada setimpal-timpal pengajaran buat kamu.
Dunia itu bulat beb...
What comes around goes around.

Friday, November 16, 2018

Best Hotel In Port Dickson, Malaysia


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ….

Hydie odie…. Cuti sekolah bakal menjelang tiba. Study pun sudah sampai kepenghujungnya insha Allah.  So apa lagi #vacationmode #turnon.

Bagi warga kota (baca sebagai klang valley dan selembah sewaktu dengannya), kalau nak short vacay jauh dari hingar bingar kota kolumpo nun, the nearest we can go is Port Dickson (PD).  Yeay …. You got me right. PD lah tempat short vacay paling awesome kalau kita nak p bercuti something like weekend gateway gittew….

Macam-macam benda boleh buat kat PD tu weih…. Ada army museum, lighthouse, 3D art gallery, ostrich live farm yang boleh bawa anak2 beramah mesra dengan haiwan…. Hahahaha…. Dan paling penting nak mandi laut lah …. What else, PD kot…. main bananaboat…. Syok weih ….

With all the attractions, mestilah nak kena ada hotel yang selesa dan awesome untuk berehatkan?

So harini sis nak share 3 hotel awesome sis bagi 5 bintang. Sebab tak ada unsur2 seram dan merepekkan yang diviralkan.

All this three hotels in Port Dickson insha Allah dapat jamin keselesaan  sepanjang adik kakak semua menginap di sana.

Let’s checkidout ….

First in the list is Lexis Hibiscus Port Dickson









  
Ha amacam …. Terasa nak pergi sekarang juga kan…. Hahahaha ….
Come on after hard work for a year, jom lah pergi me reward diri dan keluarga ….

Lexis Hibiscus Port Dickson sebuah hotel 5 bintang dan merupakan chalet air.  Ianya diberi nama Hibiscus kerana Chalet Air disusun menjadi bentuk bunga hibiscus diatas air. Total rooms 522 chalet air dan ada 4 jenis :

Villa Eksekutif,
Premium Pool Villa,
Panorama Pool Villa dan
Sky Pool Villa.

Setiap satu bilik menawarkan pengalaman bermalam yang berbeza tetapi apa yang pasti,  apapun jenis bilik yang dipilih akan menjanjikan keselesaan hotel bertaraf 5 bintang. Insha Allah.

Upon check in di lobi kita akan dibawa menaiki buggy ke chalet yang kita dah booked.
Infinity pool persendirian membolehkan kita berenang di waktu siang sambil melihat cahaya matahari menari di atas air laut Selat Melaka, atau bermain air diwaktu malam dibawah langit yang dihias bintang.  Drama sangat lah pula bunyi dia…. Hahaha… tapi memang betul pun…. Take a look on the picture below.  Dah hujung2 tahun ni banyak kenduri kendara kan …. so nak jadikan destinasi honeymoon pun boleh.  Swimming pool private dalam bilik ada, kat main building hotel pun ada. Mandilah kau sampai puas.  

Second in the list is Avilion Admiral Cove Resort.

Ini pun sangat best dan awesome. Sis dah stay sini a few times. Selain bilik dan view yang awesome, makanan kat hotel ni sedap dan harga dia berpatutan.

Avillion Admiral cove merupakan penginapan berkonsep marina resort dan terletak bersebelahan Admiral Marina & Leisure Club.
Hotel ini dibahagikan kepada dua bahagian, yang pertama adalah View Wing yang menawarkan 3 jenis bilik iaitu Superior, Panorama dan Straits Studio.
Bahagian kedua pula diberi nama Vista Wing dan ia juga mempunyai 3 jenis bilik iaitu Deluxe, Premium dan Executive Studio.
Setiap bilik mempunyai speciality tersendiri.

Kalau hanya perlukan bilik yang cantik tanpa view laut boleh memilih bilik superior,

Kalau nak view laut daripada bilik korang, boleh menempah bilik Panorama.

Semua bilik mempunyai reka bentuk kontemporari yang meminjam ilham dari persekitaran yang tenang.

Untuk entertainment pula korang boleh melakukan aktiviti menarik seperti memanah, bermain volleyball, dan kalau berani menyahut cabaran, boleh melawan ombak dengan menyewa kayak sendiri.

Tak caya layan gambar2 yang sis bidik sendiri ni. #viewfrommyroom









 

abaikan kesemakan itu




Third in the list is Thistle Hotel Port Dickson.

5 start hotel. Datang dari chain hotel fohfular di London. Sebelum p London ambil feel dulu stay kat Thistle PD okay. Hahahaha ….

Hotel ini menyediakan pengalaman menginap premium untuk pengunjung yang sukakan kesempurnaan. Okay golongan OCD no complaint.
Hotel yang merangkumi kawasan tropikal sebesar 36 hektar ini mempunyai persekitaran yang indah penuh dengan taman luas dan laluan jogging.
Bilik yang dihias cantik mempunyi ciri yang unik kerana tab mandi terletak hanya beberapa langkah sahaja dari katil gittew.







Family room yang awsome



Bilik yang menghadap laut memberi tetamu peluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang romantik bersama orang yang tersayang. Okay drama lagi. Hahahaha….

Hendak bersiar-siar hirup udara pula? Jom jalan-jalan di private beach khas buat tetamu hotel sahaja. Tidak kira korang merancang percutian romantik atau melancong bersama keluarga dan rakan, terdapat 251 bilik dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang pasti membuat masa korang berbaloi-baloi gittew.

Maka apa tunggu lagi.  Sila buka apps Traveloka sekarang.  Yes I said NOW. Hahahaha …. Supaya korang dapat cari hotel yang sesuai. Lambat kang melepas. Jangan cakap sis tak payung k.  

Dalam Traveloka korang boleh bandingkan harga ikut tarikh yang dirancang untuk pergi bercuti. Lepas tu boleh juga buat booking direct dengan Traveloka. Senang tak payah nak pergi ke website yang berlainan.

Happy Holiday everyone. Stay healthy stay happy and stay away from trouble k.

Loves as always.
nhhas

Thursday, November 8, 2018

Let's Shopping! Lazada's 11.11 Shopping Festival

hydie odie ....

Counting the days to 11.11.18 .... 






Picture source: google




Yesza u got it right 11.11 is the shopping festivals across the country .... And as usual .... Lazada has A LOTTTTT of items in various category to offer.




SIS dah LAMA glerz tak shopping seriously.


Memandangkan dah kalah datathon haritu yang mana hadiahnya merupakan sebiji handphone! (selain cash).... maka sis terpakslah beli sendirikan.


Thanx LAZADA for the Lazada's 11.11 Shopping Festival.


So here 3 items that I wish to have this time!

Let's Chekidout

First and foremost wishlist of the year of course lah handphone yeay!

Tapi nak beli handphone apakah di LAZADA ini.
So jom kita tengok brand phone yang ada di LAZADA ni.
Top 4 brand LAZADA mobile phone is huawei, apple, xiomi and samsung.

Nak Huawei P20 tapi mahai nau sampai RM2.6K

Hmmmm tapi reputasi seller 5 star ratings.
Okay boleh consider lah ea.


Huawei Mate 10 Pro pun looks good



My Wishlist no 2 ialah bag laptop sebab bag laptop dah koyaks

#kesiandiakerjakeras
So dalam bayangan saya nak beli bag ini

SwissGear Laptop Back Pack








Next item in my wish list is : Pressure Cooker

Russell Taylors 6L Electric Pressure Cooker PC-60, 

stainless steel pot - Multi Cooker Rice Cooker



Below RM200 .... hmmm boleh consider ni
Or else

Philips HD2136 Pressure Cooker Electric 5.0L 




Okay So that's my wish list for the Lazada's 11.11 Shopping Festival

Click Here to choose yours and make sure you get the best deals ever on 

Lazada's 11.11 Shopping Festival that will take place on 11 November 2018 on Lazada Malaysia.

Have fun weekend Shopping gals

Thursday, October 25, 2018

Kapal Selam vs Paskal The Movie vs Terima Kasih


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .... 

Hydie odie .... 
Ogenkidesuka .... 
Osashiburidesu ....

Obviously memang stress and kesuntukan masa sekarang. Time is ticking very very very fast. Rindu nak membebel kat blog - tapi  betul-betul kesuntukan masa .... 

Sebernarnya nak tulis tentang terima kasih tapi biarlah dulu .... Nak tanya .... korang ni kalau di beri tajuk karangan espeyem "Kisah kapal selam"  - apa korang nak tulis ea?  Ha nak cerita pasal paskal the movie ke?


Apa dialog legend dalam movie ni yang korang ingat 
"clear to fire"
"kasi ajaq sket depa p"
"sakit nak mampuih tapi tak mampuih lagi" 😅
"Shoot to kill"
"How many kingdoms know nothing of us"
 tapi paling terkesan 
"negara apa hantar askar dia untuk mati tuan" ---- deep! 😭

Solute to all army in the air, via the sea as well as on the land.
May Allah bless all our front liner heroes Insha Allah.


Hahaha. I came across this notes.
Tahun lalu, encik boss kongsi madah ni.  Sangat deep kan.  Bagi ai deep lah.  Dia baca kuat-kuat dalam bilik lab pastu gelak sorang-sorang - ai suh lah dia share ... hihihi



Apa penilaian korang tentang sehelaian nota kapal selam ini?  Oh by the way - ai je yang menggelarkannya "kisah kapal selam". Penulis asal - ai tak tau. Harap beliau halalkan.

Bagi ai - pesanan ni walaupun nampak sempoi yak amat - tapi amat dalam.

Dulu aku ada kapal - ramai menumpang ...
Sekarang aku kayuh sampan - sorang pun tak pandang ...
Esok aku hilang- orang ingat aku dah karam ...
Padahal masa tu aku dah ada kapal selam ...

hihihi ... betul ke masa kita senang ramai je yang mengendeng ? Ramai kaki ampu + kaki bodek dan sebagainya.
tapi bila kita dah tak jadi orang "have-have" - boleh depa buat - buat tak kenal.  hihihi ... Sungguhlah malang kalau kau dihimpit manusiawi sebegini ...

Tapi - aku selalu disogokkan dengan pepatah "What you give, you'll get back" .... things that similiar to "Buat baik dibalas baik, buat keji dibalas keji" ... Gittew ...

Tapi pastu aku selalu fikir lagi - kalau dah macam tu - kalau lah kata ditimpa nasib so-call-malang... takkan lah setiap kali pun gara-gara apa yang kita buat kat orang lain sebelumnya.

Contohnya macam ni :
Sorang warga emas ni - diabaikan oleh anak-anak dan ahli keluarganya (due-to-so-many-reasons) adakah sebab dulu-dulu dia pernah abaikan parents dia?  Kalau begitu - sekarang dia dibalas pula oleh anak-anak dia?  Dan since anak-anak dia tidak berbuat ihsan kepada dia - adakah dimasa akan datang cucu-cucu dia pula akan mengabaikan anak-anak dia? and the chain keep on continue? is it?  seriously ?  Hmm I don't think so.  If you ever came across this "bad-chain" thinking - just help yourself with dis mentera "it's OKAY. let us just stop this BAD CHAIN"  kan kan kan. hihihi... 

You know recently - there are a lot of people who are having deep dead depression.  People get stress easily with simple thing. Why people are sad?  Why why why?

Kita akan happy kalau kita dapat apa yang kita nak, apa yang kita bayang.  Kalau kita dapat lain dari yang kita angan-angankan kita akan murung.

We love to received gifts - but we always love the gifts more than we love the GIVER.  kan?

Contoh - kita suka kalau dapat hadiah dari so-call-orang-yang-sayang-kita.  Tapi dalam hati kita ada juga harapan yang bukan-bukan nak permintaan bukan-bukan sampai kita tak fikirkan kebaikan yang ada didepan mata.

Dalam hidup ni Allah the most merciful the most gracious - already bless us with a lot of good things but it just our bad habit - less grateful but have a lot of complaint.  
So bila semua benda kita tak puas hati dan asyik nak komplen je kan ... Allah tambahkan lagi penglihatan untuk tengok benda-benda yang tak puas dimata dan hati kita kan.

Dan sifat kita ni = suka "take credit" ... Kita suka nak menempa nama dengan hasil usaha orang lain. Kira macam pepatah lembu punya susu - farm fresh yang dapat nama kan ... hahahaha .... boleh gittew.

Dan kita suka sombong - contoh kalau kita pandai, kita sukses - kita selalu rasa kejayaan tu semua atas dasar usaha dan kerja keras kita, atas dasar kebijaksanaan kita.
Kita lupa - siapa yang bagi kita bijak tu? Siapa yang bagi kita sihat dan semangat untuk berusaha?

Bila kita tak dapat apa kita nak - kita selalu salahkah takdir sebab tak menyebelahi kita. Tapi kita lupa ...

Kita merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang.  Usaha harus diiringi dengan tawakal taqwa dan redha.  Kita berdoa bukan sebab kita kena bagitahu Allah apa yang kita nak.  Sebab Allah MAHA Mengetahui dan Maha Memberi .... tapi kita berdoa, kita berusaha sebab itu sebagai tanda penghambaan kita kepada Allah.  Prayer and Effort is an act of worship to Allah.  Tanpa kita meminta pun Allah dah terlalu banyak memberi untuk kita.  

Contoh - pernah tak masa anak-anak kecil yang masih baby ni - para ibu ini berdoa supaya anak-anak ni boleh / reti nak merangkak, berjalan, bercakap, makan dan sebagainya?  Very rare kan.  Sebab bila anak tu dah lahir - kita memang secara semula jadi akan expect anak ni akan boleh bercakap dan berjalan dan fasa-fasa kehidupan seterusnya.  Bila anak-anak kecil kita boleh merangkak, boleh berjalan, boleh bercakap, boleh makan, boleh buang air - sebenarnya kita jarang pun bersyukur dan berterima kasih kepada Allah yang Maha Memberi tanpa kita meminta kan kan kan.  Tapi cubalah anak tu diuji sikit dari norma perkembangan kehidupan - ha mulalah kita menggelabah.  Baru nak doa - baru nak usaha. Lebih teruk lagi - terus salahkan takdir dengan aya-ayat drama cliche "Why me? why me? why me?"  huhuhu ...

Amboi - eksyen kau ye - sebab apa pulak kau tak boleh diuji.

So konsep dia kat sini ai nak cakap ...  erm terima kasih + bersyukur + sabar + jangan ada persepsi buruk terhadapa apa + sesiapa sahaja.

Bahagia itu ada pada hati yang tahu erti syukur,  pada tingkah laku yang tahu menghormati dan berterima kasih (sebagai menzahirkan kesyukuran) ...

Tidak perlu fikir jauh ...
Kadang-kadang kita think too big and too far sampai kita lupa untuk bersyukur dan berterima kasih dengan benda-benda kecil tapi sebenarnya sangat significant dalam hidup kita.

Contoh ....

Toilet and cleaner 

Sudahkah anda berterima kasih kepada cleaner yang cuci kediaman apartment kita? cleaner yang cuci pejabat terutamanya tandas pejabat kita? Nampak kecilkan pekerjaan mereka.  Mungin setengah orang rasa "nampak kotor" kan.  Tapi pernah tak kita sudi nak kotorkan tangan kita untuk bersihkan common area kediaman apartment / kawasan kejiranan kita?  pernah tak kita terfikir kalau tak ada cleaner kat toilet office or kat supermaket or kat airport or any public area - what's going to happen when we wanna use that facility ... I believe most of us have at least an experience tentang nak p toilet (let say public toilet) - tapi tiba-tiba toilet tu kotor tahap gaban.  mulalah kita menyumpah seranah kenapa tak ada cleaner / cleaner tak buat kerja makan gaji buta etc.
Tapi bila kita jumpa toilet yang bersih - kita lupa nak bersyukur dan lupa nak ucapkan terima kasih kepada orang yang membersihkannya.  Oh come on ... Jangan pandang rendah kot pada cleaner - depa sanggup bersihkan toilet PUBLIC yang macam-macam kebiadapan pengguna mereka temui setiap hari - and kita tak sudi pun nak ucap terima kasih apatah lagi nak menyapa mereka dengan sekurang-kurangnya seukir senyuman ikhlas ... huhuhu...
Jangan bangga sangat dengan kedudukan yang kita ada hari ini. Mungkin di sisi Allah - si cleaner ini lebih mulia dari kita. 

Kecil tapi significant. 

Sampai hari ini aku masih terkenangkan kisah aku, ibu dan adik di Melbourne pada Ramadhan 2012 yang lalu.  First day of Ramadhan dan kami baru sampai Melbourne sehari sebelum itu.  Dalam keadaan yang amat tidak biasa dengan "tempat orang" ... pada hari pertama ramadhan, we went out to melbourne city.  Kami agak keburuan untuk pulang ke clayton.  Dan kami missed a bus to go back home - which caused us to wait there for about almost or more one hour - still tak ada bus.  Sedangkan waktu berbuka dah makin dekat. Sangat dekat.  Ko panik gile okay ... nak buka puasa makan apa.  itu bukannya malaysia yang kau boleh drop by at any place to have a halal food.  Ditambah dengan negara mat saleh ni - semua kedai pun tutup awal ... memang panik.  Until seorang uncle pemandu teksi (maxi-taxi okay - i.e teksi besar yang van tu - yang kalau kita naik - tambang dia mahal gile) .... dan uncle tu berhenti depan kami dan hantar kami balik Clayton for FREE. Masya Allah - for free + saat ko sangat terdesak + aku nak bayar pun uncle tu tak nak .... Hwaaa sampai hari ini kami masih mengingati uncle tu dan insya Allah sentiasa mendoakan beliau ... Allahuakbar ... Semoga Allah ampunkan dosa-dosa beliau dan memberkati hidup beliau dunia dan akhirat. Insya Allah.

Orang Kecil Tapi Nilaiannya besar.

Dalam perjalanan dari pejabat pulang ke rumah pada waktu tengah hari - di susur kiri naik ke flyover untuk pulang ke rumah  - aku selalu perasan ada seorang uncle - tukang sapu kawasan putrajaya ni, beliau dah siap-siap tukar baju + kain pelekat dan sedia untuk solat zohor - di bawah pokok di tepi highway on the way aku nak balik rumah tu ... Setiap kali melihat beliau - aku rasa nak break dan turun minta uncle tukang sapu tu doakan aku yang banyak dosa ni. Allahuakbar. kadang aku rasa dia jauh lagi mulia dari aku yang poyo kerja dalam aircond pakai cantik-cantik ni tapi SOLAT PUN JARANG-JARANG diawal waktu.  Allahuakbar aku sangat nak turun jumpa pakcik tu nak ucap terima kasih sebab jaga kawasan berhampiran rumah aku - jaga putrajaya yang aku sukai ini, dan mungkin doa orang-orang macam pakcik tu yang buat negara kita ini masih selamat dan dilindungi Allah dari segala mala petaka.

Nak harapkan orang kita?  Kehidupan yang terlalu selesa menyebabkan kita selalu lalai untuk bersyukur kepda PENCIPTA kita ... We always have not enuff and ASK FOR MORE. 

why we always love the gift but not the GIVER.

Huhuhu ... hati terasa begitu sayu sehingga tak dapat meneruskan penulisan ....

Jika penulisan ini tiada sambungannya selepas ini ... i just wanna thanx everyone for all your kindness dari aku kecil sampai aku besar ni sampai akhir hayat aku ... maafkan aku sebab banyak yang aku tak sempat nak ucapkan terima kasih secara terus atas sebab-sebab yang hanya Allah yang tahu.  Tapi ketahuilah anda semua amat saya hargai dan insya Allah saya doakan kalian.  Please keep me in your doa too.

Terima kasih mama abah adik beradik anak-anak buah-buahan saudara mara guru-guru rakan bosses, maid, tukang pengasasuh masa kecik, cleaner kat rumah, cleaner kat office, cleaner kat semua kawasan yang aku dah jejaki dengan nyaman, pakcik bawak teksi, pekerja di pasar dan pasaraya etc ... anda amat significant dalam kehidupan saya. Dan anda juga - yang bangun pada pukul 8.00 pagi 10 tahun yang lalu ketika saya menghadiri temuduga - saya ter teks anda satu soalan bertanyakan jawapan - hanya anda yang menjawabnya ... Dengan asbab anda menjawab soalan saya - saya dapat pekerjaan saya hari ini dengan izin Allah.  Dengan asbab adanya anda (selain mama abah dan orang-orang lain) menjadikan saya berada di sini pada hari ini.  Ketahuilah anda sentiasa dalam doa saya - walau anda mungkin dah tak ingat pun kisah ini.  Dan sehingga hari ini saya tak pernah belanja anda pun.  Terima kasih semua ... saya sayang kalian semua.  Moga Allah menyayangi kita semua dan memberkati hidup kita dunia dan akhirat.

Maafkan saya atas semua salah silap saya.  Doakan saya pulang bertemu Pencipta dalam husnul khatimah dan iman yang sempurna.

Semoga kita dapat jumpa lagi di syurga nanti.  Please look for me in jannah. Insya Allah.

@loves_nhhas