Friday, November 16, 2018

Best Hotel In Port Dickson, Malaysia


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ….

Hydie odie…. Cuti sekolah bakal menjelang tiba. Study pun sudah sampai kepenghujungnya insha Allah.  So apa lagi #vacationmode #turnon.

Bagi warga kota (baca sebagai klang valley dan selembah sewaktu dengannya), kalau nak short vacay jauh dari hingar bingar kota kolumpo nun, the nearest we can go is Port Dickson (PD).  Yeay …. You got me right. PD lah tempat short vacay paling awesome kalau kita nak p bercuti something like weekend gateway gittew….

Macam-macam benda boleh buat kat PD tu weih…. Ada army museum, lighthouse, 3D art gallery, ostrich live farm yang boleh bawa anak2 beramah mesra dengan haiwan…. Hahahaha…. Dan paling penting nak mandi laut lah …. What else, PD kot…. main bananaboat…. Syok weih ….

With all the attractions, mestilah nak kena ada hotel yang selesa dan awesome untuk berehatkan?

So harini sis nak share 3 hotel awesome sis bagi 5 bintang. Sebab tak ada unsur2 seram dan merepekkan yang diviralkan.

All this three hotels in Port Dickson insha Allah dapat jamin keselesaan  sepanjang adik kakak semua menginap di sana.

Let’s checkidout ….

First in the list is Lexis Hibiscus Port Dickson









  
Ha amacam …. Terasa nak pergi sekarang juga kan…. Hahahaha ….
Come on after hard work for a year, jom lah pergi me reward diri dan keluarga ….

Lexis Hibiscus Port Dickson sebuah hotel 5 bintang dan merupakan chalet air.  Ianya diberi nama Hibiscus kerana Chalet Air disusun menjadi bentuk bunga hibiscus diatas air. Total rooms 522 chalet air dan ada 4 jenis :

Villa Eksekutif,
Premium Pool Villa,
Panorama Pool Villa dan
Sky Pool Villa.

Setiap satu bilik menawarkan pengalaman bermalam yang berbeza tetapi apa yang pasti,  apapun jenis bilik yang dipilih akan menjanjikan keselesaan hotel bertaraf 5 bintang. Insha Allah.

Upon check in di lobi kita akan dibawa menaiki buggy ke chalet yang kita dah booked.
Infinity pool persendirian membolehkan kita berenang di waktu siang sambil melihat cahaya matahari menari di atas air laut Selat Melaka, atau bermain air diwaktu malam dibawah langit yang dihias bintang.  Drama sangat lah pula bunyi dia…. Hahaha… tapi memang betul pun…. Take a look on the picture below.  Dah hujung2 tahun ni banyak kenduri kendara kan …. so nak jadikan destinasi honeymoon pun boleh.  Swimming pool private dalam bilik ada, kat main building hotel pun ada. Mandilah kau sampai puas.  

Second in the list is Avilion Admiral Cove Resort.

Ini pun sangat best dan awesome. Sis dah stay sini a few times. Selain bilik dan view yang awesome, makanan kat hotel ni sedap dan harga dia berpatutan.

Avillion Admiral cove merupakan penginapan berkonsep marina resort dan terletak bersebelahan Admiral Marina & Leisure Club.
Hotel ini dibahagikan kepada dua bahagian, yang pertama adalah View Wing yang menawarkan 3 jenis bilik iaitu Superior, Panorama dan Straits Studio.
Bahagian kedua pula diberi nama Vista Wing dan ia juga mempunyai 3 jenis bilik iaitu Deluxe, Premium dan Executive Studio.
Setiap bilik mempunyai speciality tersendiri.

Kalau hanya perlukan bilik yang cantik tanpa view laut boleh memilih bilik superior,

Kalau nak view laut daripada bilik korang, boleh menempah bilik Panorama.

Semua bilik mempunyai reka bentuk kontemporari yang meminjam ilham dari persekitaran yang tenang.

Untuk entertainment pula korang boleh melakukan aktiviti menarik seperti memanah, bermain volleyball, dan kalau berani menyahut cabaran, boleh melawan ombak dengan menyewa kayak sendiri.

Tak caya layan gambar2 yang sis bidik sendiri ni. #viewfrommyroom









 

abaikan kesemakan itu




Third in the list is Thistle Hotel Port Dickson.

5 start hotel. Datang dari chain hotel fohfular di London. Sebelum p London ambil feel dulu stay kat Thistle PD okay. Hahahaha ….

Hotel ini menyediakan pengalaman menginap premium untuk pengunjung yang sukakan kesempurnaan. Okay golongan OCD no complaint.
Hotel yang merangkumi kawasan tropikal sebesar 36 hektar ini mempunyai persekitaran yang indah penuh dengan taman luas dan laluan jogging.
Bilik yang dihias cantik mempunyi ciri yang unik kerana tab mandi terletak hanya beberapa langkah sahaja dari katil gittew.







Family room yang awsome



Bilik yang menghadap laut memberi tetamu peluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang romantik bersama orang yang tersayang. Okay drama lagi. Hahahaha….

Hendak bersiar-siar hirup udara pula? Jom jalan-jalan di private beach khas buat tetamu hotel sahaja. Tidak kira korang merancang percutian romantik atau melancong bersama keluarga dan rakan, terdapat 251 bilik dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang pasti membuat masa korang berbaloi-baloi gittew.

Maka apa tunggu lagi.  Sila buka apps Traveloka sekarang.  Yes I said NOW. Hahahaha …. Supaya korang dapat cari hotel yang sesuai. Lambat kang melepas. Jangan cakap sis tak payung k.  

Dalam Traveloka korang boleh bandingkan harga ikut tarikh yang dirancang untuk pergi bercuti. Lepas tu boleh juga buat booking direct dengan Traveloka. Senang tak payah nak pergi ke website yang berlainan.

Happy Holiday everyone. Stay healthy stay happy and stay away from trouble k.

Loves as always.
nhhas

7 comments:

  1. Replies
    1. kannnnn sama lah kita.

      800 semalam. hahahaha .... simpan 3hinggit sehari, hujung tahun boleh pergi.


      tapi simpan setahun dapat nikmat semalam? hahahadoiiii #reward

      Delete
  2. wahh..semua hotel 5-star..menarikk..lompat bintang..sekali-sekala reward diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. reward tu betul2 reward kalau orang lain bayarkan. hahaha.

      hi kak

      Delete
  3. semua cantik..tapi rasa yg gini mahal jgk utk mak yg rakyat marhean ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ... yang first tu kita pun tak pernah jejak kaki lagi... mahai bebeno.
      baik kita pergi sewa luxury suits kat quenstown .... harga dia pun seribu semalam. hahaha...

      tapi semua orang cakap lexis hibuscus tu best.

      saya nak simpan lah 3hinggit sehari tengok nanti hujung tahun depan dapat pergi tak....

      kita angkut sekampung bagi berbaloi....

      tapi simpan seribu nak habiskan semalam.... hwaaaa #terasakayamak
      walaupun wallet berat dengan duit syiling. hahahah

      Delete
  4. Alhamdulillah semua hotel di atas LZ sudah menginap.. Sekarang tinggal dekat dengan PD balik hari tak merasa stay hotel baru, membazir kata En. Suami.. Maka bertabahlah..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)