Tuesday, March 20, 2012

Apa khabar sekarang?

Assalamualaikum wbt.

"apa khabar sekarang?"

hmmm... tak bagus nampaknya ekspresi kat atas ne. Huhuhu... Kalau ikutkan rasa give up, dah give up dah.  tapi putus asa tu sikap yang tak baik.  huhuhu... Pernah seorang senior cakap, "masalah tu akan datang bersama penyelesaiannya. So tak payah tension2, just follow the flow".  Hampeh.
Memanglah dia tak payah tension2 cari jalan penyelesaian sebab orang lain tolong selesaikan, lepastu dia cuci tangan dan naik pangkat.  Tinggalkan masalah tu kat orang lain.  Ha... hidup macam tu ke?

ntah lah...

Yang pasti hidup perlu diteruskan.  cabaran yang datang adalah untuk diatasi. Bukan untuk ditangisi ataupun cabut lari.
semalam ex-boss offer post di institut.  Selamba jer aku jawab.  "Tawaran boss ne macam menyuruh saya keluar mulut naga masuk mulut buaya... Hahaha... "
Ntahlah.  daripada pergi institut, baik aku pergi ke division yang lebih stabil.  Aku ada satu bahagian yang aku saaaaangat nak join.  Boss nya pun dah offer aku untuk pindah division.  Tapi aku rasa bersalah kalau tinggalkan sistem ne tak siap2.  Masalahnya, memang banyak masalah, banyak lagi yang tak sempurna.  Nak faham tu dah satu masalah, nak mengatasi masalah yang timbul tu dah satu masalah.  Semua datang highlight masalah.  Tapi tak ada yang bagi cadangan menyelesaikan masalah.  Kalau ikutkan "sellfishness" macam senior tadi, aku pun dah cabut tinggalkan division ne.  Biar terkontang-kanting.  Benci betul....  Tapi nanti memalukan diri sendiri kalau orang baru yang replace menerima kesusahan akibat ketidak sempurnaan kerja yang kita tinggalkan.  Tapi mungkin juga orang baru itu boleh buat lebih baik?  hmmm ... mungkin juga kan.... tapi masalahnya, tak ada orang nak tukar ke sini. Huhuhu...
xoxo... SOS...

Hmmm... ntahlah...

Btw, semalam ada cerita kelakar...  semalam pergi interbiu... untuk satu program international.  LAwak betul.  Nak pilih 15 orang jer, ape ke halnya panggil interbiu sampai 471 orang.(3% jer nak pilih. Kalau dari statistik view, ne dah di panggil lawak bodo  kurang cerdik.  Apa dah tak ada kerja lain ker, panggil ramai2 satu malaysia, nak ambik 3% jer.  Adoi.... cer lah guna kepala akal sket. And the best part organizer nak orang yang boleh contributes in arts. BENGONG... kenapa tak nyatakan dalam syarat permohonan supaya orang yang memohon ada guideline.
Adek aku siap cakap, apsal angah tak taranum jer satu round. hahaha... tapi memang kelakar lah.  Walau pun aku boleh jer jawab semua soalan yang diajukan dengan baik, Insya Allah.  Tapi kalau dia dok tekankan basic requirement ialah orang yang boleh nyanyi, berlakon bagai... ne dah macam program pilih kasih rosyamnoor ajer.  adoiya.  mungkin itu salah satu criteria lah kot.  tapi aku tak berminat.   so tak kisah lah tak dapat pun.  Huhuhuhu... Cuma aku rasa depa ne kerja macam kartun. Macam tak proper plan jer tindakan tu. Huhuhuhu...

Apa-apalah... Lets back to work...

1 comment:

  1. Bahagian mana yang Huda yang nak saaaaaangat join tu???

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)