Tertarik dengan perbincangan ceramah maulidurrasul di surau Al-Furqan malam tadi. Ustaz ZulRamli telah bertanya kepada jemaah, kita ni kalau buat sesuatu permohonan, kita ambil contoh permohonan loan, adakah kita ni ada buat follow up sama ada permohonan kita itu diterima oleh pihak yang bertanggungjawab meluluskannya? atau kita sekadar lepas tangan sahaja? Sudah tentu kita akan membuat follow up terhadap permohonan tersebut. kan??? permohonan biasiswa ke, mintak kerja ker, mesti follow up bagai nak rak kan? :)
So kita berbalik dari sudut ibadah, setiap hari sekurang-kurangnya 2+4+4+3+4=17 kali kita membuat permohonan kepada Allah S.W.T. supaya diberi petunjuk ke jalan yang benar. merujuk kepada Surah Al-Fatihah ayat ke-6 "Tunjukilah kami jalan yang lurus." Pernahkah kita bertanya adakah permohonan kita itu diterima oleh Allah S.W.T. ? Bagaimana kita nak tahu permohonan kita itu diterima oleh Allah S.W.T.?
Kita rujuk pula ayat seterusnya:
"Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat."
Bagaimana kita nak tahu jalan yang kita dah lalui tu adalah jalan yang lurus dan bukan jalan yang sesat? Maka, kena pula kita lihat / buat check list adakah setiap apa yang kita lakukan sekarang, mengikut apa yang Rasulullah S.A.W. lakukan/ajarkan. adakah kita ikut akhlak Rasulullah S.A.W.?
Rasulullah S.A.W. tinggalkan kita 2 perkara i.e. Al-Quran dan Sunnah Baginda. dan kalau kita ikut pada keduanya Insya Allah kita tidak akan sesat. Maka secara automatiknya insya Allah kita berada dijalan yang lurus.
Nak ikut akhlak Rasulullah S.A.W. ni bagaimana? Hmm kalau kita nak ikut gaya seseorang tu, mestilah yang pertama sekali kita perlu KENALI orang yang kita nak follow tu. Makanya di sini, jelaslah kita perlu MENGENALI RASULULLAH S.A.W. dan menjadikan Baginda sebagai suri teladan dalam hidup kita.
Sabda Rasulullah S.A.W. : "tidak sempurna iman diantara kamu sehingga aku dikasihi melebihi kasihnya pada dirinya sendiri"....
Moral: pengajaran untuk diri sendiri, perlulah kita mengenali Rasulullah, faham perjuangan Rasulullah barulah boleh hadir rasa cinta dan kasih pada Rasulullah, lantas sebagai rasa cinta kasih dan rindu pada Rasulullah, barulah boleh kita contohi akhlak Rasulullah dan meneruskan perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W. . selain itu, kita perlu TINGKAT kan darjah KESABARAN (kena sabar didik anak dan isteri/keluarga/kawan-kawan), perlu berhemah dan berlemah-lembut dalam tutur kata.
kenapa kita perlu baca surah al-asr sebagai penutup majlis ilmu? sebabnya pesanan diakhir ayat tersebut. tak apa saya sertakan complete terjemahan Surah Al-Asr (ayat 1-3):
1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
wallahualam....
No comments:
Post a Comment
Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)