Thursday, March 5, 2009

Lembab atau Lembap

Kegawatan ekonomi dunia turut memberi impak kepada GDP negera kita. GDP suku ke-4 yang dicatatkan adalah sebanyak 0.1% selepas pertumbuhan sebanyak 4.7% pada suku ke-3/2008.
Walau bagaimanapun kita dijangka mampu bertahan kerana sektor pertanian dan perkhidmatan masih mencatatkan pertumbuhan yang positif.
Negeri-negeri lain di rantau asia telah mencatatkan pertumbuhan GDP yang -ve bagi suku tahun ke-4 2008.

pls visit www.statistics.gov.my for more details.

Semalam, semasa menonton Nasional@1 dan parlimen@1, isu tentang tabung pemberhentian pekerja dan data-data pengangguran, guna tenaga, pemberhentian pekerja dan lain-lain yang berkaitan dengan sumber manusia hebat dibincangkan.
Kelam kabut juga aku dengar nak dapatkan data-data berkaitan. Siapalah statistician yang bertugas semalam, mesti tak senang duduk untuk mendapatkan data. Kesian.(lucky not me).
Kita yang menyediakan data pun rasa nak tercabut nyawa, apatah lagi mereka yang ternanti-nanti data tersebut.
Untuk makluman, data-data ini amat diperlukan kerana ia dapat membantu kerajaan dalam membuat keputusan bagi menetapkan sesuatu dasar atau polisi bagi kesejahteraan rakyat.
Melihat situasi ini, memberi aku satu rasa insaf, betapa kita perlu berintegriti dalam melaksanakan kerja-kerja kita dan betapa pentingnya semua rakyat memberi kerjasama yang tinggi dalam penyiasatan dan banci yang dijalankan. Ini kerana kalau data yang dibekalkan tidak menggambarkan perkara sebenar, implikasinya adalah pada kita juga, kalau keputusan dan polisi yang diputuskan adalah tidak releven gara-gara data yang tidak tepat. Oleh itu, saya mengambil iktibar ini
1. Amanah dan komited yang tidak berbelah bahagi dalam kerja (Majikan saya adalah Allah) - jangan takut menyuarakan kebenaran.
2. Bersyukur sebab masih mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan. Alhamdulillah.
3. Berkongsi ni'mat yang Allah beri dengan hati yang ikhlas.

wallahualam...

3 comments:

  1. kadangkala statistik boleh diputar belit kan oleh orang yang pandai.

    contoh, ada 20% orang kaya di sesuatu tempat. sekali imbas nampak hebat tetapi mereka lupa sebut ada 80% lagi yang miskin ;)

    ReplyDelete
  2. adus.. sekali pasal matematik daa..

    aku skg ni da x tengok berita.. sakit ati.. ni la akibat xdpt kawal emosi tgk politik yg mcm hampeh..

    sori yek.. lari topik la pulok.. ;)

    ReplyDelete
  3. 1. Doc, statistik tu bukan diputar belitkan oleh orang yang pandai. ianya sebenarnya bergantung kepada cara analisis yang diperlukan bersesuaian dengan situasi. nk cerita panjang ni. nnt la...akan sambung.tapi kalau difikir secara logiknya, bila di hilite kan oleh ORANG PANDAI yang mengatakan ada 20% ORANG KAYA, ORANG PANDAI yang baca statement tu, akan FAHAM, ada 80% lagi status yang perlu di kenalpasti, apakah statusnya. adakah 40% ditahap sederhana, 20% ditahap melepasi paras kemiskinan, 10% ditahap miskin,10% ditahap miskin tegar? Doc, u pun guna STAT untuk dapat figure pelawat blog anda kan?
    thanx for the comment btw.

    2. Jane....I LOVE BIO.... heheheh.... I LOVE OPERATION RESEARCH.... salah masuk division aku nih :) TABAH KAN AJE LAH HATI... BANYAK NAK BELAJAR SEMULA CACING KERAWIT NI....TAKUT BETUL BILA KENA JADI DECISION MAKER. HARITU AKU DER TULIS PAPER ON DECISION ANALYSIS, KONON2 NAK BUAT MASTERJI...LAST2 NAPA NTAH AKU ACCEPT DIS OFFER. HAILA....MESTI ADA HIKMAH KAN....
    Ada orang pesan kat aku:
    "YANG BAIK BELUM TENTU BAIK, YANG TAK BAIK BELUM TENTU TAK BAIK"....
    chaiyok...chaiyok...

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)