Monday, October 26, 2015

DUIT banyak banyak nak buat apa ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Dah pukul 2.00 pagi... aku tak tidur lagi.
Slide ada 1 portion lagi... tak tahu nak goreng apa dah... esok bagi boss tengok... haha... agak-agak banyak ke yang kena revise... huhu... aku tak leh tidur... bag tak kemas lagi. Esok nak gerak dah. Stress nya ... boleh tak gerak pagi selasa je. Hwarghhh ngantok nyer... Dalam ting tong ni... aku teringat kawan aku FIZA pernah kongsi cerita ni. Sangat memberi hmm ... motivasi ... inspirasi ... dan sedar diri ... kesahihan citer ni aku tak pasti. Tapi aku yakin citer ni tak mustahil berlaku .. Jom baca citer ni... Mana tau kita boleh berubah jadi lebih baik dan "sedar diri" ... Insya Allah ... 

***semoga bermanfaat ye***

From FIZA ... 

Telah dikongsikan di Facebook Diana Ishak. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat menjadi tauladan dan panduan untuk kita semua.

Semalam entah macamana tiba-tiba aku teringatkan Sang Nila Utama.

Dulu aku menyampah betul kat dia. Aku rasa dia ni kalau sembang bab dunia memang payah. Nak kata dia ni ambik mudah hal dunia, tak jugak. Sebab dia bukan malas. Dia bekerja. Tapi kalau kau nak ajak bersembang pasal vacation, pasal shopping, pasal beli branded items, dia bukan orangnya.

Aku rasa life dia ni boring. Sebab dia kata dia tak pernah bawak famili dia bercuti. Dalam negara pun tak, luar negara apetah lagi. Istilah cuti adalah balik kampung.

Aku sibuk shopping periuk belanga Kenwood Tefal Noritake, dia shoppingperiuk belanga kat Padang Besaq je.

Aku shopping baju raya anak-anak kat mall, branded items, dia shopping baju sendiri kat Billion. Baju raya anak-anakkat Hari-Hari.

Aku sibuk nak upgrade rumah, pindah sana sini, renovate sana sini, tapi dia masih di rumah yang sama, dan isi rumah dia simple je.

Itu cerita 5 tahun dulu.

Selalunya dalam masa 5 tahun kebanyakan kita mesti dah upgrade lifestyle. Paling tak, mesti ada pembaharuan pada diri yang nampak di mata orang.

But not Sang Nila Utama.

Dia masih macam tu jugak. Tak kisah nak bercuti macam orang lain, tak kisah nak berbelanja macam orang lain.

Aku tau dia mampu pakai Porsche, tapi dia pilih Wish je.

Aku pernah kelebet file dalam bilik dia and terpandang kan tax dia, aku tau dia mampu beli Rolex every month. Tapi dia pakai Swatch je.

Pelik. Kedekut ke hape dia ni??

Tapi sepanjang aku kenal dia, dia sentiasa dapat apa yang kebanyakan kita semua impikan. Bezanya dia dapat dengan tak perlu bersusah.

Kebanyakan kita nak pi bercuti spendduit gila-gila.

Dia tak pernah bawak famili pi bercuti. Tapi Tuhan sentiasa aturkan dia dapat ‘bercuti’ ke tempat-tempat yang kita semua nak.

Dia pernah dihantar kendalikanproject syarikat ke Jeddah for 2 years.
Sefamili tinggal sana. Dapat buat umrah setiap minggu. Jeles!

Pastu dia handle project di UK selama setahun. Company tanggung sefamilike sana. Bercuti ke Paris, ke mana-mana di sana for free!  Jeles.

Handle project lain pulak di LA for 3months. Company nak dia concentratedengan project jadi company suruh bawak keluarga sekali ke sana, semuanya ditanggung.

Kat sana company tanggung percutian ke mana-mana dia nak pergi sebab kebetulan dia ke sana pada bulan puasa and raya (company rasa bersalah kot).

Dah lama dia tak menulis di blog aku, sebab dia travel sana sini – NZ, Sydney, Beijing, HK, Tokyo, Cape Town. Semua bawak famili and FREE.

Dia ‘bercuti’ ni ditanggung oleh beberapa company. Sebab 7 companyambil dia sebagai endorser dek kerana signature dia yang mahal tu.

Sampai aku cakap “You buat apa dengan duit yang banyak-banyak? Simpan ke apa?”

Dia cakap duit yang banyak, bukan untuk kita guna sewenangnya. Ambil sekadar perlu. Setakat nak beli baju, cukup baju yang selesa, yang cantik, yang kemas, yang sesuai dengan majlis. Di Billion pun ada.

Bercuti tu untuk merehatkan fikiran. Di mana-mana pun boleh. Balik kampung pun namanya bercuti.

Rumah nak cantik-cantik sangat nak tunjuk kat siapa? Nak tunjuk kat orang, hari-hari ke orang datang rumah kita? Cukup sekadar rumah sedap mata memandang kerana yang tinggal dalam tu adalah kita.

Dia perli aku “Puas ke dapat pakaihenbeg Chanel?”

Aku jawab “Puas jugak“.

Dia jawab “Sebab mahal kan? Kalau beg murah mesti tak puas. Puas bukan sebab dapat pakai tapi puas sebab tak ramai mampu beli, right?”

Terasa kena lempang dengan terompah kayu.

Ambil duit sekadar perlu. Bayar bill. Bayar hutang rumah, kereta. Belanja isi rumah. Makan sikit-sikit. Simpan sikit dalam bank. Selebihnya pulang pada yang berhak.

“Siapa?” aku tanya.

Ramai. Mak bapak. Saudara-mara yang susah. Masjid. Pusat tahfiz. Rumah anak yatim. Rumah orang tua.

Dia ajar aku.

Ada RM10000 kat tangan.

RM6k sedekah.
RM4k je kita punya.
Pandai-pandai manage dengan 4k.
Duit kalau banyak memang senang nakmanage.
Tapi kehebatan kita adalah bila kita taumanage duit yang sedikit.

Salah satu lot kedai yang dia beli, dia tak sewakan pun. Aku tanya apesal tak sewa?

Dia cakap “Saje je“. Rupanya dia belithat lot semata-mata nak jadikan surau untuk kegunaan orang ramai.

Mungkin sebab tu la hidup dia selalu dipermudahkanNYA. Dia mampu milikieverything tapi dia pilih untuk hidup sangat sederhana. Tapi dia sentiasa dapat apa yang orang lain juga nak. Bezanya, tanpa bersusah-payah.

~abes ....

psttt... wak3Lalat tanya... kalau dapat doplohnamjuta nak buat apa? Cuba baca koleksi jawapan kat blog wak3Lalat ye...
Wak deREPORTER ... pink chair...

43 comments:

  1. Ada berkat dalam rezekinya tu kan :)

    Dulu masa saya belajar dekat Malaysia, ustazah saya selalu cakap, selalulah bersedekah sebab dalam rezeki kita tu ada bahagian orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi kita bersedekah, lagi banyak rezeki daripada Allah.

      Delete
  2. wah...dalam pada sibuk tu sempat lagi update blog ye huda..hihi

    ReplyDelete
  3. kisah yang bagus..kena amik pengajaran.hidup bukan untuk diri sendiri sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dlm tiap rezeki kita ada hakorang lain...

      Delete
    2. Yesss,..tak semua milik kita tu bahagian dan portion kepunyaan kita :)

      Delete
  4. betul... duit byk memudahkan kita membantu org lain dan pada ms yg sama meningkatkan amalan akhirat kita... suppose kita bersyukur dilahirkn sbg muslim yg tahu akn kepentingan akhirat menerusi harta yg dilinpahkan...byg kn kalu kita dilahirkn bkn islam dan dikurnikan harta melimpah? pasti kita akan menjadi semakin jauh dari-Nya dan mati tanpa belakan utk akhirat. nauzubillahi min zaalik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anies... huhu...

      Bangun pagi kna bnyk2 syukur sbb masih bangun dlm iman dan islam.
      Masih blh amalkan islam d bumi ini.
      Alhamdulillah

      Delete
  5. Ya Allah, semoga kita boleh macam dia.. cukup lah apa yg ada.. bersyukur dgn rezeki yang dapat

    ReplyDelete
  6. p/s ckp2 biawak tu adalah suara2 kecil dlm diri yg menghasut kita supaya tidak membuat benda2 yg baik. contoh, kita dah niat nak puasa. lps tu kuar suara biawak ckp, alaa... baut apa puasa? sunat je kot? haaaa cm tu laaa

    ReplyDelete
  7. Kakak rasa ada org yg terdekat dlm hidup kakak macam itulah dik. Apa nak buat kakak dgn anak-anak sabar ajelah tapi itulah hakikatnya kalau fikir apa yg kita nak semua dia dah bagi tapi satu pesanan dia bukan semua hak yg kita dpt boleh diguna seweang-wenangnya kalau ada lagi yg susah yg kita tahu dan nampak. Kena tanya kelak siapa rugi? Kata nak bahagia dunia/akhirat bersama. Kakak masih tak mampu sepertinya tapi kena dengar katanya sebab ada betulnya.. mendidik hati tak mudah sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah sama2 kita usahakan kak

      Delete
  8. wahh kat sini pon ada sebut2 nama wak erk., hehe2

    timekaseh krn sporting layan soklan interview poyo wak je tuuu., moga2 kita tetep jadi rakan siber yg baik2 sajeeeew., ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 wak....
      Jap ye... ada "gift" utk wak... haha. Tp bizi sket skrg x sempat nk "bagi gift" tu...

      Delete
    2. wahh ade gift yee, untunglarr wakk., bestnyerr ;D

      Delete
    3. wak ni kan, sebut 'temulawak' pun dia terasa sebut nama dia ... inikan pula sebut nama dia, memang tersedak la dia hahaha ... lawak la wak ni :)

      Delete
  9. wah bagusnya bila dah banyak duit....nak bersedekah pun mudah...time kurang duit bersedekah pun sen-sen sahaja dan lepas itu hidup dengan poket kosong sementara tunggu gaji..bila dah gaji duit pula akan kosong semula selepas 3 hari..alhamdulillah ujian gak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sikit bg sikit.
      Ada bnyk bg bnyk.
      Yg penting bg... dan ikhlas.
      Kdg tgu bnyk baru nk bg...last2 tak bg lgsg...

      Delete
  10. Kalau aku kaya yer.... bersedekah lebih2 lagi dari kebiasaan...sebab apa yang kita ada bukan milik kita...semua Allah punya...so guna ke jalan yang di redhai Nya...

    Satu lagi, walau berapa pun kita dapat ....sedikit ke banyak ke orang nak beri....kita perlu bersyukur...semua itu rezeki dari Nya...sebaiknya kita perlu share agar rezeki kita itu akan ditokok tambah lagi ...
    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  11. Akak pernah baca citer ni di FB. Memang inspiring + menginsafkan :)

    ReplyDelete
  12. Rezeki setiap orang itu berbeza... Rezeki berkat... Mungkin sedikit tapi kita rasa cukup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg sedikit tapi cukup tulah lebih indah kan,..

      Delete
  13. Kadang kadang kita nampak luaran seseorang tu tak berkenan kat mata kita... Hakikatnya... Life dia lebih perfect dari kita... Dont judge the book from its cover bak kata mat saleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... betul tu...

      Dia hapy je... orang lain pulak sakit hati...
      Ntah apa2 ntah...

      Nyampah aihhh

      Delete
  14. Untungnya bila sentiasa dapat mendidik hati supaya sentiasa bersederhana bila duit berkepuk-kepuk di depan mata...
    Rezeki orang terpilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo x berlajar syukur dgn yg sikit...
      Takkan dpt syukir disaat banyak... huhu

      Delete
  15. kalau citer bab duit ni...sok pagi.belom tahu habis citernya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kalau "citer"...
      Tapi kalau bagi sy duit tu... satu hari selamat saya kerjakan... haha...

      Delete
  16. kalau baca tajuk sis JM nk bawak family pegi haji, sedekah dan melancong sudah semestinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah... moga dipermudahkn niat yg baik2 itu ya

      Delete
  17. perangai/sikap Sang Nila Utama is same to me lah Huda..x suka brg branded dan beli barang giant yg penting murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa... kaya tuh... mcm sang nila utama...

      Bak mai seribu dua pliss. Nk bli kasut... kasut dh patah

      Delete
  18. dan baju walaupun dah koyak selagi leh pakai....i pakai tp lain bab travel...i really love travel

    ReplyDelete
  19. perghh!!! kisah ini sangat bermanfaat.,...dia sedekahkan lebih daru duit belanja...kalau kita ni..nak sedekah pun ada cari note yg paling kecil...betul lah..Allah dah ckp..kalau kamu rajin bersedekah akan aku bagi rezeki lipah ruah dari sumber yg x di sangka2..perliu follow caea sang nila utama ni

    ReplyDelete
  20. deep kan ... ni lah contoh terbaik. lagipun bukan semua orang ada rasa nak bermewah dalam diri :)

    ReplyDelete
  21. "tapi dia masih di rumah yang sama, dan isi rumah dia simple je .. Pelik. Kedekut ke hape dia ni??" ... sentap pulak, agaknya mesti ada my frenz yang kata camni gak bila datang my rumah hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... blh dgr pandangan orang... tapi nilai lh blk keperluannya dgn kita... jgn hirau sgt cakap2 orang...
      Manusia ni mmg habit suka sembang hal orang... huhu

      Delete
    2. kannn ikut keperluan dan keselesaan dah memadai ... cakap-cakap orang ni bila mood kita baik, kita boleh la buat tak peduli, tapi bila moody, sentap juga la kan ;)

      Delete
  22. huda, selalu statement yg didengar...tunggu kaya baru nak sedekah..huhu
    banyak pengajaran dari entry ini

    ReplyDelete
  23. sy setuju dgn pendapat dia....kita ni byk benda nk puaskan hati org....sedangkan benda tu kdg2 xperlu pun....kita ni byk kejar pujian dr mnsia.....tu yg sntiasa xpuas....huhuhuhu....tp kalau byk sedekah mmg rezeki akan berlipat kali ganda.....cuma kita jer yg sempit pemikiran...bila sbut rezeki....duit....sedangkan urusan dipermudahkan pun kira sbg rezeki kan.....sekian....nasihat utk diri sndiri...hihihihih

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)