Monday, August 9, 2010

Ke PELIK kan di Kenduri Kawin


Assalamulaikum wbt...

Mudah-mudahan pandangan kali ini bukan bertujuan untuk smash sesiapa kerana ia adalah pandangan aku secara keseluruhan berdasarkan series of observation and discussion. Dan ingi disuarakan sebagai satu rasa TANDA TANYA...
Jangan salahkan adat menyebabkan manusia jadi kurang BERADAB.

Aku tak pastilah orang lain, tapi recently aku perasan SATU ADAT BARU (depa lah kata adat, tak pernah pulak aku dgr adat peliks tetapi berlaku ini; jadi aku kira ianya bukan adat tetapi TREND semasa sahaja – wallahualam).

Satu trend peliks yang berlaku sekarang adalah, “door gift kenduri kawin” hanya diberi kepada orang yang menghulurkan hadiah kepada mak/ayah/ tuan rumah pengantin atau hulurkan “sampul cepu emas” kepada mereka. Kalau tak hulur, dan hanya datang bersalam, maka si tetamu yang datang meraikan hari bahagia si pengantin ne tadi akan pulang dengan tangan kosong (walaupun sekadar bunga telur juga tidak diberi).

Woohoo… adat peliks apakah ini. Walaupun ada ketikanya tetamu datang terus meletakkan hadiah di meja hadiah, tetapi disebabkan tak bagi hadiah tu hand to hand kepada mak/ayah/ tuan rumah pengantin, maka juga si tetamu ne tidak akan diberi apa2. Begitu juga kalau tetamu ne datang let say, ada 5 in the family, takkan lah setiap dari family member tu kena “buat huluran”, untuk dapatkan bunga telur…
Waawww..apa sudah jadi pada fenomena masyarakat hari ini. Mungkin bukan disemua tempat, tapi dah banyak berlaku sekarang. Sangat banyak. Sudah sangat sedikit kalau kita p kenduri kawin, akan ada gadis-gadis membawa bakul berisi bunga telur/ cakes/ coklat/ apa2 lah sebagai door gift untuk diberi kepada SEMUA tetamu yang hadir dengan meletakkan di sisi tetamu semasa tetamu sedang makan atau semasa tetamu melangkah pulang.

Kadang2 doorgift nya bukanlah bekas canggih-canggih sgt, gula-gula jer pun, itu pun nak kena tunggu tetamu “hulur” gift baru tuan rumah nak bagi “doorgift” kah…

Adakah kehadiran tetamu yang hadir itu semata-mata mereka mengharapkan “bunga telur”? aku yakin tidak… tetamu bersusah payah datang ada yang dari jauh untuk meraikan pasangan pengantin baru, tapi our sense of appreciation already gone with the wind gara-gara trend peliks tetapi berlaku ini…

Bunga telur tu bukan berapa duit sgt pun… alang-alang tak mau bagi, jangan bagi terus pada semua…

Tetamu yang hadir bukanlah mengharapkan bunga telur tu sangat (rumah depa ayam tandori pun ada…)

Tetapi appreciation terhadap susah payah orang hadir tu…. Ke tuan rumah fikir, appreciation telah ter beri dengan bagi tetamu makan free???? Ayooo? Macam tu ka? Nak door gift, u all kena bagi “gift” dulu…

Haila…. Moga kita dijauhkan daripada adat-adat peliks yang menjadikan kita mengikut adat (konon) tapi jadi kurang beradab…

(tgh fikir – ada kawan cakap, KO TAK DAPAT DATANG WEDING AKU PUN TAK APA, YANG PENTING BAGI HADIAH…. Erm tgh fikir….nak pergi ke tak…nak pergi ke tak….)…huhuhu….

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)