Pages

Friday, February 28, 2014

Jom...Jom... PhotoBook At RM5 Only

Assalamualaikum wbt...


KORANG.... I FOUND THIS (uish... jakun lak saya)...hehehehe....

PixaJoy ada buat promotion. Hardcover Photobook RM5 jer... dari Harga asal RM 75.

Korang gi kat link ni http://www.pixajoy.com.my/mini-layflat-offer Sila baca dan fahamkan terms dia.

korang masukkan Referer Code : FLUSNRQR
dan terus layak beli photobook tu dengan harga RM5.

I bought 1 already... sedang meng design... mungkin minggu depan ingat nak beli lagi 2... kuikuikui...  boleh ler, daripada snap2 gambo pastu terperap dalam pc/hp... baik kita p print....
Tapi ne saiz mini jer tau - lebih kurang saiz 4R jer... Okay ler, daripada tak ada kan kan kan... ish ish ish... tak sabar nak design n print photo book ne... gambo g ausie, gambo g makkah, gambo g china, gambo bebudak... banyak nyer... 

korang jangan lupa grab this opportunity juga kay....

Ok, sekian hebahan umum dari saya.



Your Referrer Code is
FLUSNRQR

Tuesday, February 25, 2014

Pearl of Peace

Assalamualaikum wbt...
....

p/s: siapa nak rakaman tazkirah Pearl of Peace from the noble book of Al-Quran  in full  by Mufti Menk (Link here), can drop ur emel (gmail) in comment box, and i will share with you the full recording, Insya Allah. who ever want the cd also, can let me know, and i can post it to you FOC, Insya Allah... tapi saya burn jer lah cd tu tau...

Ianya sangat bermanfaat ... kupasan tentang Al-Quran; 1 day 1 surah... semoga kita sempat membersihkan diri dan hati untuk menemui Ramadhan 1435H dan paling penting bersihkan diri kita untuk menemui cinta hati kita iaitu Allah SWT...

as what Mufti Menk mentioned, there are a lot of people who searching and looking for peace in their life in many ways, but they forget to turn on the page that contain a lot of pearl of peace i.e. from the noble book of Al-Quran which coming from the Honor of Peace; i.e As-Salam (one of the name of Allah S.W.T).

May Allah grant us peace and May Allah Bless us in every single way... Insya Allah... Ameen....

salah satu analogi yang boleh dikongsikan....

bila kita tak cari pasal ngan orang... tak adalah orang dok kutuk / sumpah seranah kita... bila orang tak sumpah seranah kita, tak marah2 kita, barulah kita boleh hidup aman... 
contoh... ada orang gunakan lif - bawak sampah - tak pack elok2, menyebabkan air sampah menitik dalam lif dan menyebabkan lif berbau busuk - maka setiap orang yang menggunakan lif tersebut mesti marah dan pasti terdetik tak banyak pun sikit mesti ada rasa nak kutuk orang tidak bertamadun yang menggunakan lif membawa sampah dalam keadaan tidak proper pack... so kalau sehari tu ada dekat 20 orang "sumpah" si pembawa sampah ne tadi, agak2 hidup dia aman tak haritu?  tu tak termasuk cleaner yang perlu bersusah payah membersihkannya.... kan kan kan?  begitulah perumpamaannya....

By the way, semoga ayat ini dapat menenangkan kita jua dikala tengah rasa nak marah.
(*_*)


Larangan Melontarkan Ucapan-Ucapan Buruk Kepada Seseorang...
Surah  An_nisa (4)...

In the name of Allah, the Most Beneficent, The Most Merciful.

148 : Allah tidak menyukai ucapan buruk , yang diucapkan dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya . Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

149 : Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.

.....

semoga bermanfaat.....

Macam mana kalau tak cukup?

Assalamualaikum wbt...

Hmmmm.... pagi ini tergerak hati mahu "masuk kelas ke U-MKI".... saya "mendaftar" tau jadi student... tapi banyak juga "ponteng"... ;(

Pagi ini, ketika "masuk kelas", saya terpandang tulisan Prof Kamil seperti berikut:


3/4/1435
TIDAK CUKUP
Saya melihat tangki minyak Dodge hampir kosong. Lalu saya terus ke stesyen minyak.
Full.
Bila usai, saya membuka wallet. Allahu Akbar ... duit tidak cukup untuk membayar harga minyak yang hanya kurang lebih $0.30/seliter.
Begitulah ... jangan terlampau yakin atau tidak mahu membuat semakan sebelum melakukan sesuatu.
Bagaimana jika ia berlaku di Padang Mahsyar? Usai di hisab ... ia tidak mencukupi. Ke mana mahu berpaling?
Semaklah diri ... Ia masih boleh dilakukan di kala ada nyawa yang masih dipinjamkan. "

LINK DI SINI


Pernah sekali ketika saya memandu pulang dari Seremban ke Putrajaya selepas melawat adek yang sedang mengikuti pengajian a-levelnya beberapa tahun yang lalu (mungkin 2010/2011)... ketikat pulang i.e di tol seremban,  jalan sesak dengan teruknya... dan seingat saya TnG saya bakinya tidak banyak ... tapi saya "gamble" juga Q di line TnG sambil tangan menyeluk ke serata kereta mencari di mana TnG saya letakkan...(kadang2 terjatuh, kadang2 lain orang memandu, lain tempat letaknya),  dan saya terjumpa dua TnG - rupanya TnG emak... dan dalamnya mempunyai kredit yang banyak... fuhhh... lega.... di saat rasa2 tak cukup... tiba2 Allah cukupkan... padahal saya pun tak tahu TnG emak berada dalam kereta saya... huhuhu....

Lidah tidak henti2 mengucapkan syukur atas pertolongan yang tidak disangka2 dari Allah...  namun... tidak pula saya terfikirkan tentang gambaran akhirat dan mahsyar seperti yang Prof Kamil  terfikirkan... 

Hmmmm

Amat benar sekali peringatan demi peringatan yang Allah berikan, tinggal lagi kita berfikir dan menyedarinya atau tidak...   Prof. Kamil menceritakan perihal ketidakcukupan di stesen minyak  dan merenungkannya dengan amalan kita ketika di hisab di padang mahsyar nanti... Allahuakbar...

Semoga saya dan kita semua pulang dalam keadaan yang CUKUP bekalan amal ibadah yang diterima Allah... dan semoga tiada "hutang" yang dituntut ketika di sana nanti kerana mana mungkin kita boleh mencari mesin ATM pula disana....  Allahuakbar....

Masa untuk "pulang" semakin hampir.... Jom kita bersedia.... 

Monday, February 24, 2014

Program Cuti Sekolah - Jom Sedekah, Raikan Dan Ceriakan Mereka...


Assalamualaikum wbt...

Pejam celik - pejam celik... dah nak penghujung februari 2014... sekejap jer masa berlalu... esok 25 Feb adalah hari gaji bagi kakitangan gomen... yeay... ;-)
Dan sebulan dari sekarang i.e 22 Mac 2014 dah pun bermula cuti sekolah ...
Rasa  macam baru minggu lepas sekolah dibuka - dah nak cuti semula... Betapa cepatnya masa yang berlalu... Usia kita, usia bumi semakin menuju ke garisan penamat yang ntahkan bila hanya Allah yang Maha Mengetahui... Semoga anda dan saya "pulang" kepada Allah dengan fitrah iman dan islam dalam keadaan Allah ampunkan dosa-dosa kita dan ada tempat untuk kita di syurga firdaus-Nya... Ameen....

JOM CERIAKAN ANAK2 YATIM DAN KURANG BERNASIB BAIK SEMPENA CUTI SEKOLAH MAC 2014 NE....

Okay... sempena cuti sekolah ne, saya nak promote satu program amal yang dianjurkan oleh Kumpulan Animasi SuperSquads (dari Netcarbon Sdn. Bhd.) 
Netcarbon Sdn. Bhd dengan kerjasama UNITAR International University akan mengadakan program CSR (CORPORATE social responsibility) - yang berupa TAYANGAN AMAL KHAS dan MINI KARNIVAL Filem Animasi Super Squad untuk meraikan anak-anak yatim dan anak-anak yang kurang bernasib baik such as poor n homeless kids...

nota: ini bukan iklan berbayar yer... ini program amal - saya tolong promote sahaja... semoga ada yang terbuka hati nak turut menyumbang...

(okay... sebut pasal kanak2 kurang bernasib baik - saya jadi sedih dan sebak - sebab kecil2 dah diuji begitu...) dan sebenarnya ujian juga untuk kita yang dewasa dan hidup selesa ne, adakah kita insaf dan bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi dan bagaimana kita manfaatkan  kemurahan rezeki tu dengan membantu meringankan penderitaan orang2 lain yang kurang bernasib baik... huhhuhu....

Tayangan amal ne bertujuan untuk membawa keriangan dan keceriaan kepada anak2 yatim dan kurang bernasib baik ne tadi melalui tontonan filem animasi dan juga mini karnival "Educational Entertainment (Edutainment)" t i.e. menunjukkan pada mereka macam mana filem animasi ne di buat... pastu ada games, etc.

Weih... aku pun tak pernah tengok and teruja nyer nak tengok...

Insya Allah filem ne akan ditayangkan pada Mei 2014 di PAWAGAM tapi sebelum tu, bagi meraikan anak2 yatim dan kurang bernasib baik sempena cuti sekolah nanti, pada 22 & 23 Mac 2014 (Sabtu & Ahad) di UNITAR International University, Kelana Jaya...
Tayangan amal berdurasi 90 minit  dan  edutainment (2D n 3D) khas utk anak2 yatim dan kurang bernasib baik ne...

So jika ada dikalangan readers RLiR yang bermurah hati untuk menyumbangkan sedikit RM bagi menaja anak2 ini ke tayangan amal animasi ne, boleh lah menyumbang ke Netcarbon Sdn Bhd dengan menghubungi  menerusi:

NOR HASLINA MOHAMED (LIANA)

 CHIEF MARKETING OFFICER (CMO)
 NETCARBON SDN BHD
 Office : 03-8927 3931
 Fax : 03-8927 3932
 H/P:  012-678 8167

 EMAIL : liana@netcarboncorp.com
 FB : www.facebook.com/supertots
 FB > : www.facebook.com/supersquad
 WEB : www.supertots.tv
 WEB : www.supersquad.tv

Saya paste kan di sini hebahan nyer ya... semoga ada yang terbuka pintu hati untuk menyumbang...  Sebab nya - kat malaysia ne  orang selalu nampak anak yatim time bulan ramdhan dan syawal jer... time lain seolah2 mereka ne dilupakan dan tidak wujud...  so sempena cuti sekolah kali ne jomlah kita menyumbang sedikit duit gaji kita bagi membawa keceriaan kepada mereka...
RM 50 untuk membawa seorang anak yatim / kurang bernasib baik ke program ini...
kalau mampu bagi RM10  pun tak apa -  dah okay sangat... nanti duit ne akan dikumpul2kan sehingga cukup untuk nak bawak berapa orang anak yatim yang dapat...


Sedikit info tentang  Netcarbon ...
Netcarbon ne merupakan syarikat animasi dan e-learning yang telah bertapak lebih dari 10 tahun kat malaysia ne dan pernah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara...
kalau tak silap saya - in early stage this company buat educational program or cd something like that dengan kementerian pelajaran dan dibekalkan disekolah2... dan bermula 2010 - mereka start buat animation cartoon i.e. supertots... gambar memang terbaik ar supertots ne... kalau korang tak pernah tgk, p taip kat youtube ye...hehehe...

dan Puan Liana ne or i call her kak has is my fren...  sangat penyayang dan baik hati... netcarbon ne company dia n encik suami beliau lah... saya dah kenal beliau ada kot sejak 6 tahun yang lepas...  so Insya Allah pada 22 & 23 Mac ne kalau saya tak ada urusan yang menghalang, saya akan jadi volunteer juga di program tayangan amal ne...

(p/s: kalau nak jumpa saya - jom lah g... hehehehe)....  hahaha... gurau jer... tak penting pun saya ne... hehehe... jenuh dah mintak nak jadi watak "nenek elly" dalam supersquads tapi tak lulus2... hahahaha....

voice over artis utk filem ne glammer2 juga seperti aaron aziz, dafi, diana danielle, radhi khalid, etc... 



seperti yang dimaklumkan kat atas tadi : RM 50 untuk membawa seorang anak yatim / kurang bernasib baik ke program ini...

tapi kalau mahu menyumbang RM10  pun tak apa -  dah okay sangat... nanti duit ne akan dikumpul2kan sehingga cukup untuk nak bawak berapa orang anak yatim yang dapat..






Okay semua... sekian promosi daripada saya... semoga bermanfaat.... selamat menderma... 



Love uols.... till we meet again, Insya Allah...


stay tune, stay alive, stay healthy, stay happy and stay away from masalah okay....

loves... nhhas...

p/s:  sapa2 nak pas kat saya sumbangan pun boleh... nnt saya sampaikan kat team netcarbon (kak liana)... just drop me ur emel, the we will contact u, insya Allah...


Friday, February 21, 2014

Jadual Kelas Pengajian Dewasa Masjid Putra, Putrajaya - 2014 / 1435H

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah ....
Akhirnya... dapat juga saya kongsikan jadual ne...
selalunya saya dapat hardcopy - tapi disebabkan saya ponteng dengan berjayanya pada 2 minggu pertama (atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan), maka saya tak dapat ler jadual tu... saya ambil gambar kat notice board, tapi tak jelas... so saya taip semula... hehehe... okay... semoga bermanfaat semua... Insya Allah...




Servis SMS yang ditawarkan Masjid Putra:

MASJID PUTRA C/D/M/U Nama
hantar ke 013-3110159

Nota:
C = Celcom, M = Maxis, D = Digi, U = uMobile
* sekali pendaftaran akan dikenakan caj sebanyak RM0.50 sahaja
* semua program yang dijalankan oleh Masjid Putra akan dimaklumkan melalui sistem SMS ini.
* pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pejabat 03-88885678 (bahagian pentadbiran)

Thursday, February 13, 2014

Positive Vibration and the bump of life


Assalamualaikum wbt..

Hyey... semua yang disayangi... semoga Allah sayang kita semua, Insya Allah... Ameen...

yeah... i wanna talk about positive vibration... today i met with one lady (she said she is 45 YO but (don't know to say fortunately or unfortunately) she look even younger than me... hwaaaa.... we have a good discussion about life ...

There is going to be long things to write but since i am super duper busy rite now, i just wanna to highlight the main point which is Keep Positive..., 

Pls turn our positive vibration and u'll live healthier and happier, Insya Allah... 
Kalau ada orang yang beraura negatif, avoid them as they will absorb your positive energy and make u unhappy...

Remember that we are lucky because we have Allah... dan cukuplah Allah bagi kita sebagai penolong... Allah loves us... remember that... kasih sayang Allah mengatasi kemurkaan Nya...

Allah grant us with iman  (faith)... so Put your trust on Allah... even though life being so hard recently but do appreciate the ease and nikmat from the past... be grateful to Allah... Be Nice to people... Bersangka baik... Don't give up n Don't Give In...

Good Luck... for me, and for everyone who read this... There is sunshine in our life too... so don't get so stress okay ;-)
Take a deep long breath... and say that...

"Hasbunallah Wani'mal-Wakîl", Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung".

Kalau kita umpamakan hidup kita sebagai satu perjalanan... so kita kena ada transport and road access kan?  And we can't have "highway" all the time... even highway also has toll which stop u and me for a while kan?  Apatah lagi kalau kita melalui "jalan biasa", sometimes we meet with road bump kan? So what you did with that road bump?  You hit it or you slow down through it?

Of course we will slow down rite?  

yeah ... as simple rule in our life... There is "bump" in our life too...

How we react with that "bump in our life" will determine how happy or miserable person we are...

Whenever we face "the bump in our life", slow down a little bit... don't hit that "bump" harshly as you'll hurt yourself... 

Slow down... and appreciate life around you... Refresh your strategies...

Don't forget to count your blessing too...

Focus on the destination and not at the "bump" a.k.a obstacle(s).

Appreciate those "bump"  as they are there to test you and to upgrade yourself to next level of iman, Insya Allah...

Again.... 

Good Luck... for me, and for everyone who read this... There is sunshine in our life too... so don't get so stress okay ;-)

Take a deep long breath... and say that...

"Hasbunallah Wani'mal-Wakîl", 
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". 



The source from the book of Al-Quran...

"(Yaitu) orang-orang (yang menta'ati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan:"Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Hasbunallah Wani'mal-Wakîl", Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (QS. Ali-Imran 3:173)


"Dan jika mereka berpaling, Maka ketahuilah bahwasanya Allah Pelindungmu. Dia adalah Sebaik-baik pelindung dan Sebaik-baik penolong." (QS. Al-Anfal: 40).


"Allah pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman)." (QS. Al-Baqarah: 257)


"Ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong Kami, Maka tolonglah Kami terhadap kaum yang kafir." (QS. Al-Baqarah: 286)


"Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa Kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah pelindung Kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal." (QS. At-Taubah: 51)

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atau segenap manusia, maka dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong". (QS. Al-Hajj 22:78)


"Atau patutkah mereka mengambil pelindung-pelindung selain Allah? Maka Allah, Dialah pelindung (yang sebenarnya) dan Dia menghidupkan orang- orang yang mati, dan Dia adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. Asy-Syura: 9)

Hadits Rasulullah :
Syahdan, tatkala Nabi Ibrahim AS dilemparkan ke dalam lautan api oleh para pengikut Raja Namrud bin Kan'an, ia mengucapkan Hasbunallah wa ni'mal wakil , dan api pun tiba-tiba menjadi dingin. Ini diberitakan oleh Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam, ''Akhir kalimat yang diucapkan oleh Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api ialah hasbunallah wani'mal wakil. '' (HR Bukhari).

Sejarah telah memberitakan kekuatan hasbalah yang diucapkan oleh para nabi dan orang-orang saleh, ketika mereka menghadapi cobaan besar ataupun fitnah yang berat. Kekuatannya melebihi kekuatan apa pun di dunia ini, serta menegaskan semangat tauhid pada diri orang yang mengucapkan. Yaitu bahwa hanya kepada Allah sajalah ia berserah diri, dan bahwa semua makhluk di sisi-Nya adalah lemah.

Nabi shallallahu alaihi wa sallam,

"Ya Allah, berilah jiwa ini ketakwaannya, bersihkanlah dia, Engkau adalah sebaik-baik yang membersihkannya. Engkaulah wali dan maula (pelindung)-nya." (HR. Muslim, no. 7081)....


Pls keep me in your doa... so that Allah may ease the test of life that i may be facing now and then or bila2 lah, and survived this test with flying colors, Insya Allah....

Loves you all, Insya Allah... Stay tune.. stay alive, stay healthy, stay happy and stay away from masalah kay... 

May Allah love me and you too... 

tata...

Assalamualaikum wbt....

loves... nhhas...


Wednesday, February 12, 2014

Cool lah... Allah kan ada...




YEAY.... 
JOM JANGAN GIVE UP... 
JANGAN STRESS... 
JANGAN MARAH2...
JANGAN NANGIS...

COOL HUDA COOL.... 
Allah kan ada...
Put your trust on Allah...








Saturday, February 8, 2014

Sambungan - Tips bercuti ke Australia

Assalamualaikum wbt...

Tak ada hangin tak ada ribut tapi ada sun shine kat putrajaya ne, tetiba menggedik nak buat sambungan checklist g ausie.... ntah menda2 ntah saya ne... okay lah... jom cekidout, apa yang tertinggal...


Read here for Tips melancong ke Australia part 1


Read here for places that we went....

Mornington... Enchanted Adventure Maze...Melbourne...
Phillips Island ... The Nobbies, Phillip Island - Melbourne
Phillips Island ... A Maze 'n Things
Phillips Island ...Pannys Phillip Island Chocolate Factory, Melbourne
Phillips Island ... Wild Life Farm .... and here...

Anda mungkin juga perlu membaca : Tips melancong dan memandu ke New Zealand  jika anda plan nak ke NZ atau ada niat nak sewa kereta di NZ atau Ausie


1. Penginapan...
Weing betul ar ... camna leh missed item yang begitu penting ne... alahai... yerlah saya pergi melbourne, stay rumah adek (melbourne) n rumah kawan adek yang belajar di sydney... so terlupa... hehehehe... btw, banyak jer penginapan hotel dan hostel yang kalian boleh google... tapi tapi tapi... suka nak bagi tau.... kat melbourne dan sydney ada MALAYSIAN HALL... yeay... nasib baik ada malaysian hall ... kalau rumah peranginan... pegawai2 gred 54 jer leh duduk... hampeh... dah lah diaorang tu gaji banyak... patut bagi ar kami pegawai2 kecik ne menginap sama... what a discrimination.... btw,  malaysian hall ne sapa2 pun boleh stay... bukan kakitangan gomen pon boleh... murah lak tu... tapi kena booking awal sebab selalu penuh... yerlah, murah kan...

untuk menempah boleh cekidout LINK HERE




ne antara hotel yang ada kat tengah2 circular quay tu...
dari jauh nampak mana "iblis hotel"... terkejut saya... sampai kena toleh sekali lagi tau...
dah lah saya ne rabun, letak lak kaler merah... 
rupanya Ibis hotel...

saya jumpa seorang cikgu dari indon masa naik sydney tower eye...
(dia cakap dia cikgu/ or dari jabatan pendidikan something like that) dari indon and diaorang datang berkursus ke sydney duduk kat ibis hotel ne 2 minggu...
 saya tak tanya lah pulak berapa rate dia....
tapi uish mak aih... kaya tol indon ne... kursus cikgu sampai ke sydney....
2 minggu lak tu,....
kami ne, dah lah buat benda yang tak ada dalam malaysia, tak ada pun dalam ASEAN, nak g kursus pun punyalah banyak azab dan kerenah yang perlu dilalui...
last2 kami belajar sendiri dan buat sendiri...
proudly i told n motivate my team with this tag line
"Let us do it as Malaysian way... and we Muslim are the best..."
tak yah kiblatkan sangat kat omputih ne... 
am i right, readers?


2. Pengangkutan...
 Boleh sewa kereta, boleh naik public transport... sebaik2nya, plan dulu mana nak pergi... kalau boleh go by public transport, dan semua "ahli rombongan"  sihat sejahtera boleh turun naik bas tram dan sebagainya, adalah lebih jimat naik public transport sahaja...  like me, i used both way - sewa kereta dan public transport - sebab i berjalan dengan my emak dan my abah... so keselesaan mereka keutamaan saya... Driver?  haku ler... sapa lagi... hadoi... perihal lesen boleh baca dalam tips to australia part 1 di SINI

Okay.. kat sydney depa pakai tiket MY BUS... eh untuk check list g ausie korang leh baca kat belog dak adlan ne... dan sin chan...
saya pon baru terjumpa belog2 mereka... okay lah... comprehensive + teratur + agak membantu juga... banding dengan penulisan saya yang huru hara lintang pukang syok sendiri ne kan kan kan... hehehehe....

tapi i didn't google for the tips before i pergi hari tu 
(sbb haku bajet haku terror... hahahahaha - tak lah gurau je. saya bizi masa nak pergi tu... banyak sangat kerja ... tak sempat sangat nak google)...  alhamdulillah sampai lah juga dengan sejahtera nya... 

dan kat melbourne kena pakai MyKi card... boleh beli kat airport ada jual kay....
boleh gak kalau nak isi masa lapang baca pasal myki kat sini...

sydney pulak pakai myBus... macam kat bawah ne... beli ar kat kedai2 tepi jalan tu jer... ada jual kay... tapi kena tau ler nak p mana sebab lain kaler lain destinasi kalau tak silap...





3.Kedutaan
Make a very good practice and habit, everytime korang g mana2 tempat lah dalam oversea, menda paling wajib diambil tahu adalah p ambik no tepon and contact person orang2 kedutaan malaysia kat situ... penting weih bak kata pepatah... "sediakan payung sebelum hujan"... manalah tau in case berlaku huru hara or anything lah yang memerlukan pertolongan... u can immediately call embassy for help.... lebih bagus lagi like me, either for official trip or personal trip, saya memang kena maklumkan dengan JPM for kelulusan keluar negara... and it is advisable to let wisma putra know about it (optional for personal trip) and wajib for official trip...  

tapi cara paling underground yang kami kengkawan slalu buat, g ar cari orang2 kedutaan buat geng...before pergi... g google sesiap and give them a hello....  hehehehe... walaupun diaorang kerani or non-exac group 2, tapi depa lagi experience tau dok negara tu... so jangan pandang rendah kat orang okay... just seek and advice whenever wherever necessary kay... prinsip hidup... make fren dan jangan menyusahkan hidup orang kay...

erm... tu jer lah 3 tips yang sempat terfikir... kalau lain kali terfikir... saya jot down lagi ea... hahahaha..... 



edisi kemas kini... 11.2.2014... malas nak buat entri baru, so saya sambung item 4 dan 5 kat sini kay.

4. Cuaca
Seperti yang saya dah jelaskan dalam entri-entri sebelum ini, di melbourne kita boleh jumpa 4 cuaca dalam masa 1 hari... hehehehe... so adalah amat penting untuk korang tahu musim , cuaca dan suhu sebelum ke ausie... sydney pun sama... saya ke sydney pada day 5-till day 8.  day 7th tu (yang kalau korang tengok awan pekat hitam tu), memang ribut n hujan lebat okay... sebab tu lah saya tak sempat pergi Bondi Beach dan Blue Mountain - Three sisters, sydney.... ah semua tu tak dapat pergi... atas faktor cuaca yang tidak sesuai...  tak apa ... ada rezeki, Insya Allah lain kali pergi lagi...

so.... cekidaout cuaca sebelum pergi tau... mana2 negara pon...

Musim dan Suhu 
Bunga / Spring : September hingga November
Panas / Summer : Disember hingga Februari (suhu mencecah sehingga 46 darjah celcius)
Luruh / Fall / Autumn : Mac hingga Mei
Sejuk / Winter : Jun hingga August (suhu mencecah sehingga -2 darjah celcius)


(boleh rujuk belog nurulizzah kat SINI)  PUN COMPREHENSIVE juga guidance beliau...
(how i wish i can write properly)... huihuhuhu....

5. Toilet Management
1st country yang saya pergi tak ada paip air adalah china... hehehe... lain2 semua ada paip air... so ausie pun sama. ausie ne dry toilet ea... tapi bersih giler weih.... 
setelah 2 bulan duduk ausie, balik malaysia bawak mak pergi SOGO.... istighfar panjang mak tgk toilet SOGO... kotor giler... 

toilet ausie bersih dan selesa... tapi opkos tak ada air... so kena bawak botol air mineral sesiap kay... biasanya mereka mempunyai stock tisu tandas yang banyak... tapi in case nak pergi tempat lain - saya memang ready bawak botol air dan tisu....
so itu lah barang keperluan utk "toilet management"  kita kali ini... hehehe...

okay... sekian... entri kemaskini... till we meet again dalam edisi kemas kini akan datang... hehehe...

kay... layan picture lak... pasne tak ada dah kot picture nak share sebab yang lain2 tu penuh muka kiteorang jer... kang nyampah lak... hehehehe...















ne gambar paling saya suka...
ada mamat jepun tolong ambik kan.
kiteorang dok tolong ambik gambar satu sama lain...
sib baik iols boleh cakap jepun tau... 
sebab BI dia macam erm, so so jer lah...
boleh lah... jepun saya pun tak lah bagus sangat.
well yang penting we are able to communicate...
but i don't have picture with him...
segan kat abah aku... hahahaha....


one direction ada new member and it's a female? hahahaha.
padahal sungguh aku tak kenal pon one direction ne sapa...
seriously... sehinggalah aku jumpa apsal banyak sangat patung diaorang ne...
semak tol...  rupanya penyanyi...
lagu dia apa yang best pon aku tak tau...
aku perihal artist2 ne memang tak ambek pot sangat...
ntah ler ... tak minat kot....


serabai aku tengok orang tua ne... heheh...
pasal dia lah aku kena belajar e-mc2 ne... huhuhu...
sib baik paham... kalau tak memang kena sumpah ler orang tua ne...
kenai tak sapa pok ci ne?

tinggi betul lah si iron man ne...
ker saya yang tak cukup tinggi?
hehehehe....
my anak sedar jeles giler ngan gambar ne...
siap cakap "next time you must bring me there okay - u got it?"

boleh... pak mak hang sponser, london pun mak de bawak korang pergi...
kalau mak pak hang sponser lah... hahahahaha


okay... semua orang2 glamour ne kat wax museum sydney...
tak best sangat pon tempat ne... biasa jer.
tapi nak tunggu dapat masuk wax museum kat london tak tau bila, 
so i ambil kesempatan masuk kat sini lah.
ada promotion time ne. so boleh lah.... 
p/s: aapsal ler abah aku ambek gambo camne... hahahaha...



okay... ne gambor ada chinesee garden kat tengah2 circular quay tu...
bayar 6 dollar jer...
abah ngan mak nak masuk... bawak ler...
hehehe... diaorang kan suka nature....

love uols.... till we meet again, Insya Allah...
stay tune, stay alive, stay healthy, stay happy and stay away from masalah okay....

loves... nhhas...