Pages

Tuesday, June 30, 2015

Hari ini dalam sejarah ... Hari bertemu idola

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ... 

Untuk kenang-kenangan 30 Jun 2015 bersamaan 13 Ramadhan 1436 Hijrah.

Hari ini... secara tak sengaja saya telah senyum sampai telinga dari jam 10 pagi tadi sampai lah sekarang .  Senyuman tu melebar dengan lebih lebar pada jam 1230 tgh hari tadi (lebih kurang) ...
sebab nya ... saya dapat jumpa dengan salah seorang idola saya...
ngeh ngeh ngeh... alhamdulillah...

Sungguh lah saya sengih sampai telinga... Balik tengah hari tadi ceritakan kepada puan mama, tapi nampaknya kegembiraan saya itu kurang dirasai oleh mama kerana idola saya bukan lah begitu glamour seperti golongan yang sering kaluar tv yang ada pada masa kini. maklumlah, mama ku manalah reti blogging dan berlaman sosial ni...  Kalau saya cakap saya jumpa ustazah norbahiyah mesti mama saya eksited sebab mama suka rancangan semanis kurma... hihihi...

Nak tahu siapa idola saya?  Hihihi... Jom saya bagi briefing sikit...

Saya follow blog "akak"  ni dah lama ... Sejak dari saya ada blog dan sejak dari akak ni ada blog - 2009, sejak dari akak ni dok kat UK kerana menemani suami yang sedang menyiapkan phd.
Saya seronok baca dan belajar menerusi ilmu yang akak ni kongsikan ... penulisan yang teratur  dan sarat dengan ilmu (hukum dan firman2 Allah s.w.t, hadis -hadis nabi s.a.w.) , pengalaman2 hidup, etc.
(p/s: rasanya dah maklumkan sebelum ini - saya sangat mengkagumi orang yang hebat menulis).

Sungguh saya kagum dengan akak ni... siap saya sering copy n paste lagi penulisan akak ni kat belog saya  - of course lah saya letak back link ke blog beliau... kenapa saya C&P?  Iya lah kot2 satu saat nanti link blog akak tu dah tak aktif ke kan kan kan .... mana kan ku cari gantinya ... hihihi...

Banyaklah penulisan beliau yang saya kenang2 sampai saat ini seperti tentang aurat, tentang Kung Fu panda pun ada tau ... hihihi ....

Okay ... tadi kata "brief introduction"  kan ... hihihihi... okay perkenalkan idola saya ...

 Kak / Ustazah Noraslina Jusin ... yang merupakan isteri kepada ustaz yang terkenal di negara kita dalam bidang muamalat islam siapa lagi kalau bukan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai UZAR.

Yessssss.... alhamdulillah ... tadi saya dapat jumpa beliau ... (masih lagi mode senyum sampai ke telinga) ... hihihihi....

Al-kisah ... pagi tadi - saya menghadiri Forum Nuzul Al-Quran di Kompleks B. Panel-panelnya -  UZAR, Ust. Dr. Suki Othman, dan moderator Ust Husni Abdul Rahman.

Semasa saya sampai jam 10.00 pagi tadi, semasa sedang menanti di audi, saya ternampak kelibat UZAR yang baru tiba bersama seorang wanita ... memandangkan wanita itu berniqab dan jalan laju2 ikut UZAR, maka saya tidak sempat menyapa beliau - tapi dalam hati saya tau itu mesti kak noraslina... Hmmm saya berdoa dalam hati agar dapat berjumpa dan bersalam dengan beliau,  (sebenarnya ada cita2 nak selfie juga dengan beliau) hihihi... tapi tak buat lah kan dek kerana perasaan hormat yang tinggi dan segan kepada kak ina dan UZAR. hihihihi...

Saya sentiasa ingat pesanan Sheikh Hamza Ismail tentang "taking picture and photography"  ni ( Korang boleh baca kat SINI - berbaloibaca)... 

Seusai  forum pada jam 12.00 tengah hari (lebih kurang), saya keluar lewat sedikit dari audi kerana memberi  laluan kepada orang yang berpusu-pusu keluar dari audi.  Sebaik saya mahu melangkah keluar bangunan tersebut, (ke sebenarnya dah nak keluar dah ... ) owh dah keluar dah, tapi saya masuk semula sebab nak bayar zakat fitrah....
bila saya melangkah semula ke dalam bangunan, saya nampak UZAR dan Kak Ina... Para2 ustaz dan organizer bergambar di lobi bangunan ... then semasa kak ina dan UZAR nak tinggalkan building, cepat2 saya g sapa kak ina... hwaaaa..... eksited tau... rasa nak nangis....
Masa saya perkenalkan diri - cara kak ina pandang dia kata dia rasa dia kenal/pernah nampak/jumpa saya... hahaha... dan kak ina pun sebut ... "Awak kelihatan familiar"   .... wuit wuit ... tidak kak ina... tidak... saya hanya orang yang duduk di dalam bangunan dan tidak pernah muncul dalam mana2 siaran televisyen, youtube mahu pun mana2 penerbitan - belum pernah lagi terpampang wajah saya.
ada tak ada pun hanyalah blog picisan ini yang saya ada ... hihihi (FB pun eden tak ada ... kannnnn)

okay itu jer nak cite...

tak sembang panjang - sebab takut mereka berkejar ke urusan seterusnya.

apa pun nak citer saya gembira hari ini.... sebab dapat jumpa orang yang saya teringin nak jumpa sejak beberapa tahun yang lalu - don't ask me why b'cos i don't have the answer too...

BTW ... kalau korang nak kenal  KAK INA @ Ustazah Noraslina binti Jusin ... sila lah ke blog beliau ya.... "Mencari dan terus mencari cinta Ilahi"  http://ummuhusna99.blogspot.com/

 Semoga bermanfaat....


p/s: melangkah ke parking - saya menerima surat saman parking dari perbadanan putrajaya ... huhuhu... sebab saya tak bayar parking... seumur saya bekerja di sini saya tak pernah keluar pada waktu kerja ke kompleks JPM tu dengan menaiki kereta pada waktu kerja sebab tak ada parking. pejabat saya di kompleks C dan saya punya parking sendiri di situ. Jika ada urusan di kompleks JPM saya akan jalan kaki sahaja.  Namun kali ini kerana ada sebab2 tertentu yang memerlukan saya untuk memandu, saya pun bawalah kereta dan parking di Laman Perdana.  Dan sungguh saya tak tipu saya tak tahu situ kena bayar parking ... huhuhu... sebab saya tak pernah ke situ during office hour.  huhuhuhu... tapi sungguh lah ...   saya masih boleh senyum .... hahahahaha..
seolah-olah saman parking tu langsung tidak merunsingkan saya ... hihihihi.... penangan jumpa idola kan ...

hmmm baru jumpa idola di dunia... kalau dapat jumpa idola di akhirat?  Siapa lagi kalau bukan Rasulullah s.a.w.  dan siapa lagi kalau bukan Saidatina Khadijah dan ummul mukminin yang lain ... kan kan kan kan....  Untuk itu , lets gear up - semoga masa yang berbaki ini dapat kita manfaatkan untuk mendekati Allah s.w.t.  dan mencintai baginda nabi s.a.w. dengan mencontohi sunnah rasulullah s.a.w ....  Jom banyakkan selawat ya...


okay ... sehingga menulis lagi ...

stay tune, stay alive, stay healthy, stay happy and stay away from masalah ....
@loves nhhas





9 comments:

  1. Alhamdulillah..gembira di hati sampai kena saman pun boleh senyum lagi...(*_*)...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... ni tgh mikior... mcm mn nk kowtim bayor saman. Hehe

      Delete
  2. betullah huda..nak bergambar dgn mereka tertentu, ada rasa hormat..
    cam juga kes si abdul bersama mufti perak..
    dan kak satu lif dgn imam mekah di ampang..
    ada yg bertanya, nape tak ambil gambar bersama..what?? haha...tak terkeluar hp yg ada..
    kalau selebriti, cepat je bertindak

    p/s kak macam pernah bc tulisan isteri UZAR dalam majalah kalau tak silap..
    dulu2 la...
    the best part, muka huda tu familiar bagi dia..wah glemer u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak kan... segan dan hormat sbnrnya...

      Owh ya... antara majalah yg ada penulisan kak ina ialah majalah solusi

      Delete
  3. Salam kenal sis...singgah sini n terus folow...

    Ermm mmg bestla dpt jmpa idola kan...sy pn penah jumpa idola dulu (skang dh arwah)...sy mnitis air mata jmpa dia...

    ReplyDelete
  4. nanti nk try baca penulisan ustazah tu lah

    ReplyDelete
  5. Seronoknya jumpa idola in person. Senyum tu dah surut ke masih mekar melebar lagi?

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah ... idola huda seorang ustazah.

    senyum sampai ke petang, ingatkan artist koya. hehe :p

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)