Pages

Friday, June 26, 2015

Musim Panas @ Summer di Precint 1, Putrajaya

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hyde odie... ish tak percaya den hapdet belog hari ini ...
Saja nak coret buat kenang-kenangan sempena kami mengalami musim summer di Putrajaya....
hahahahaha...



al kisah ...

TNB tah buat apa tah kat sini sehingga mengakibatkan kerosakan dan kebocoran kepada salur paip pendingin dan natijah nya Kompleks A,B,C,D,E,  ALAMANDA dan Hotel Everly - semua TIADA AIRCOND semenjak pagi Rabu ... (24 Jun 2015)

Sampai hari ini - 27 Jun 2015 masih tak ada aircond. Petang semalam ada pengumuman dibuat  - aircond belum dapat dipulihkan ... Dijangka berlanjutan sehingga esok atau satu jangka waktu yang akan dimaklumkan kelak.

Hihihi... so apa perasaan duduk berpanas selama 8-9 jam dalam bangunan dah masuk hari ketiga???

1. Panas ... dan lemas (*_*)
2. Bersyukur sebab yang tak ada cuma aircond dan bukannya tak ada letrik atau air.
3. Bersyukur sebab masih boleh pergi kerja.
4. Bersyukur sebab boleh bawak kipas kongsi dengan staff ... hihihi...
5. Aku malu sebab aku rasa ... lemah nya aku. Aku takut kenangkan "nasib" aku "di sana" nanti .... huhuhu #insaf

Banyak orang msg/ckp "eleh, bersyukur lah sekurang-kurangnya masih dalam building...
Yer betul saya bersyukur alhamdulillah sebab baru sikit je Allah uji. Hanya tak ada aircond di pejabat ... masih boleh bawak kipas. Lagipun di rumah saya di sini juga tidak punya aircond.
Cuma nya ... yang dok eleh tak eleh tu - dia belum "rasa" ... hahaha... tak apa tak apa...

Namun...

Perlu dinyatakan juga IMPLIKASI daripada "summer camp @ putrajaya" ini:

  1.  Hampeh betul TNB Putrajaya - seriously korang ni tak reti buat kerja ke? Aku bukan marah sebab tak ada aircond ... tapi TNB Putrajaya ni mmg macam-macam hal yang menyakitkan hati. Tahun lalu aku PERANG BESAR dengan TNB Putrajaya gara2 mereka "overcharge" bill pastu tak nak mengaku salah.  Dah lah susah untuk dihubungi. Susah untuk berurusan.  Boleh lah TNB berlagak sebab hanya TNB sole electric service provider di Malaysia .... ciss..
  2. Kawasan yang terlibat ialah KOMPLEKS A,B,C,D,E .... ALAMANDA dan Hotel Everly. Ada 5 kompleks kerajaan terlibat. Setiap kompleks menempatkan antara 10-12 bangunan dan xx agensi kerajaan dengan beribu kakitangan.  Tipu lah weih kalau dikatakan semua kakitangan ni boleh stay focus buat kerja... huhuhu... we try our best to stay focus but for staff yang cubical ditengah-tengah pejabat - dikelilingi cubical yang lain, Allah je Maha Tahu betapa kesian aku tengok mereka.  But seriously - produktiviti pekerja memang terjejas lah gara-gara TNB.
  3. Bagi kami yang sedang dalam "projek" ... setiap hari adalah sangat BERHARGA sebab ianya melibatkan DUIT / PEMBAYARAN dan MAN DAYS...  Data tak boleh load ke server sebab server terpaksa ditutup buka tutup buka bagi mengelakkan kerosakan pada server dan storan data. Nak load data tu bukan seminit dua - makan masa ber jam pun ada.  Bagi yang mungkin tak tahu - server memerlukan suhu sejuk untuk kekal beroperasi dengan selamat.  Bagi agensi yang menggunakan green technology pada server mereka dan tidak menggunakan saluran yang sama dengan pejabat - alhamdulillah lah... kurang lah terjejas.  Bagi agensi yang aircond server sama dengan saluran aircond Jabatan, pasti terjejas teruk.  Apabila akses ke server dan data amat limited, komunikasi emel juga terbatas - sungguh-sungguhlah menjejaskan produktiviti dalam bekerja.
  4. Semoga tiada unsur-unsur sabotaj di sini atau sebarang agenda tersembunyi.  Sudah pelbagai spekulasi kedengaran - Wallahualam ... Moga-moga tiada yang tidak baik hendaknya.
  5. Aku nak tanya - who bear all this cost due to loss in productivity and damage to the server (if any) ?
Walau bagaimana pun ...  ada IBRAH yang aku pelajari dari UJIAN KECIL ini.

1. SABAR dan BERSYUKUR. 
Sungguhlah ia melatih kesabaran diri di tengah-tengah bulan Ramadhan ini dengan cuaca panas diluar.  
Menyabarkan hati, menyabarkan mulut etc.
Menguji sifat syukur betapa 362 hari Allah bagi nikmat selesa, baru 3 hari Allah uji sedikit dengan kepanasan dunia.  Kipas masih boleh guna. Lampu masih boleh pasang. Paip masih mengeluarkan air, pergi toilet masih boleh flush.  Yang tak ada HANYA aircond. dan itu pun aircond pejabat je... hihihi.... Ingat mentera ini : ....

Dalam sukar - hitunglah kesyukuran mu ...
Dalam senang - awasi kealpaan mu ...
Setitis derita melanda ...
Segunung Kurniaan Nya ...

Dalam diam - taburkanlah baktimu
Dalam tenang - buangkanlah amarah mu
Suburkanlah sifat sabar...
Dalam jiwamu itu ...

Semalam boss aku cakap... 
"Saya ni dulu - nelayan juga .. duduk kampung, pergi laut panas-panas, kulit mengelupas (aku tak tau lah dia kelentong ke betul... hahahaha) ... tapi saya steady jer... Sekarang ni, baru tak ada aircond, duduk dalam bangunan tapi dah tak tahan panas, baru seminit saya dok dalam bilik saya, dah merecik-recik peluh .... saya pun tak faham kenapa saya boleh jadi macam ni ... ish ish ish ... "

Hahahaha.... sorry boss... boleh tolong dengar jer lah ... 

2. TOLONG - MENOLONG :
Ini ... sunggu mengingatkan aku akan gambaran akhirat ... Bagaimana?

Apabila tiada aircond, division lain semua mula mengeluarkan stock kipas daripada stor masing-masing. Tapi division aku tiada kipas kerana kami division baru.  Sepanjang 8 tahun beroperasi kipas tidak diagihkan kepada division kami kerana tiada/ belum ada keperluan nya.
Apabila terjadi hal sebegini, mula kelihatan lepas seorang demi seorang staff yang membeli kipas dan bawa ke pejabat.  Ada yang beli dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dan ada yang beli letak kat meja sendiri untuk kegunaan diri sendiri sahaja.  Ada yang malas bawak/ beli/ tak ada kipas (sebab stock kipas di putrajaya, dengkil dan warta bangi sampai habis lah orang beli) terpaksa lepak tempat rakan-rakan yang ada kipas sambil pikul laptop untuk terus buat kerja. (see i told you - we try our best to stay focus dan terus buat kerja macam biasa) .. ..

Tapi kan benda ni semua buat aku terfikir ... Allahuakbar...

 Ni baru panas dunia.
Bagaimana panas "di sana" kelak.
Lagi ... ketika di sana saat dihitung amalan - duduk dalam panas dan suasana yang tidak selesa, apa naungan yang kita ada selain naungan arasy Allah, syafaat rasulullah s.a.w..
Ketika dihitung-hitung amalan - ada yang tak cukup lalu merayau-rayau lah mencari siapa yang boleh "top up"  sikit jer lagi amalan itu, namun dikatakan majoritinya tidak akan menghiraukan antara satu sama lain, kerana masing-masing sedang sibuk "menghitung nasib dan keselamatan"  diri nya sendiri.

Nah di sini dapat kulihat - beruntunglah siapa di sini yang melihat ini sebagai satu peluang untuk "kongsi kesejukan" dengan rakan-rakan pejabat yang lain. Sama ada berkongsi kipas/ belikan / pinjamkan kipas or portable aircond kepada rakan-rakan ... kerana ini menyebabkan aku teringat 

"Kalau kita lepaskan seseorang dari kesusahan di dunia, Insya Allah,  Allah bantu lepaskan kita dari kesukaran ketika di akhirat kelak" ...  maka sila lah rebut peluang ini... lebih -lebih lagi di bulan Ramadhan yang berkat ini.

1. dok bersidai tepi tingkap yang dibuka luas-luas sambil bawak kerja.
dah rupa student zaman universiti dulu yang duduk kat birai dewan exam sambil pegang kertas nota untuk last minit study.

2. lepak meja rakan-rakan yang ada kipas sambil pikul laptop untuk terus buat kerja.


koleksi kipas yang diangkut dari rumah.
Share dengan staff depan cubical 




p/s: comel btl kipas jiran cubic ku; Deepa... 
baik punya hanging... hihi...

antara koleksi kipas yang ada... hahaha... 
macam-macam gaya dan jenis ada.


Akhir sekali - aku harap masalah ini dapat di atasi segera. Moga ianya benar-benar sebab masalah teknikal dan bukan sebab unsur-unsur sabotaj mahupun agenda lain yang berniat jahat.
Semoga Allah terus memelihara keselamatan negara/ bumi Malaysia yang bertuah ini dan seluruh rakyat Malaysia - Insya Allah... Allahumma aameen.

stay tune... stay focus... stay alive... stay healthy... stay happy.

Salam Ramadhan kareem .... @loves nhhas

22 comments:

  1. Ujian demi ujian Allah turunkan buat kita semua utk lebih menghargai setiap apa juga nikmat yg telah diberikan. Sekarang memang cuaca panas - tanpa aircond betul-betul menguji.

    Moga cepat pulih dan sementara itu yg diuji dpt bersabar dan mencari iktibar disebalik mengapa ia boleh terjadi.

    ReplyDelete
  2. hihihi... sakit juga kepala panas2 ni.

    Allah... lemah betul diriku ini yer kak,...
    huhuhu

    #insaf

    ReplyDelete
  3. dah ok ke belum aircond nya tu...klau berpanas mcm ni otak bileh 'beku' x dapat fikir dgn waras..itu sis JM lah

    psst : emailkan sis JM alamat..mau pos ole2 Top Commentar Mei

    ReplyDelete
  4. sis JM ... betul... sampai kena migrain dah 2 hari.
    Allahuakbar.
    Lemah nya saya... huhuhu
    #insaf

    ReplyDelete
  5. owh btw... lepas zohor tadi dah ada aircond walaupun x sejuk sangat.
    tapi its awesome.

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Ni namanya dugaan summer. Mesti sale kipas kat area putrajaya meningkat kan,..tapi klu tak de aircond dalam bangunan begitu memang suffocating!

    ReplyDelete
  7. Uishh...dashsat juga kedengarannya tu, masak- masak...sabar jelah kan

    ReplyDelete
  8. banyak hikmahnya tu...huda
    salah satunya, latihan bersabar..huhu
    kak tak heran sebab bilik guru kak bukan saja tak beraircond..
    malah meja pun nak rebah, kerusi pun plastik aja..
    nak parking berbumbung pun kena bayar..rm100 setahun..
    nak kata apa..syukur sebab tak kena ngajor di pedalaman, hee

    ReplyDelete
  9. Kita ni biasalah.....baru diuji sikit jer berpanas dah macam cacing kepanasan... Itu ujian dunia ...diakhirat nanti siapa nak tolong kita kan.....

    sama2lah kita saling ingat mengingati...

    ReplyDelete
  10. Ada hikmah tu rupanya2 ... hikmah tu buat kita rasa seronok... =D

    ReplyDelete
  11. tau tak, ada sesetengah kompeni swasta, jimat letrik, on air-cond slow aje. so, semua staff ada kipas mini usb. korang semua pun kena beli sorang satu kot :)

    tak dapat bayangkan yg masuk tv tu, rumah tak ada air berminggu minggu. kalau dok kampung ada juga perigi, boleh la mandi mencuci, ni air tangki yg datang cukup untuk masak minum je.

    dugaan di bulam ramadhan :)

    ReplyDelete
  12. Sis BW - bukan private sector je (tu mesti company kecik/ local)...kami kerja dengan MSC dulu x de lah jimat teruk2 tak tentu hala macam tu.

    Jimat lah kat benda lain yang lebih banyak pembaziran.

    lagi pun sis.... banyak pjbt kerajaan (since last 2010/2011) dah start berjimat dengan slow / tutup aircond dan lampu pada waktu tertentu untuk berjimat.
    pada saya itu satu perbuatan maha tidak cerdik.
    please lah... banyak lagi benda yang boleh dijimatkan ... yang dibazirkan.
    bukan fasiliti utiliti...
    kang staff x blh give the best pun kena komplen juga.

    ntah apa2 ntah...

    ReplyDelete
  13. @Semut senyum...

    kenapa saya x blh akses ke g++ anda ye?

    ReplyDelete
  14. wow... Sauna free! Selalu sauna berbayar! keh keh keh...

    ReplyDelete
  15. hudaa.. aloolo siannya been there done that.hee. sabar kay . i know how it feels.so hot! :)
    Kami pun beberapa bulan lepas pun aircond rosak satu jabatan selama 4-5 bulan. huhu.. zu dh siap bli kipas sendiri jgk. heee

    ReplyDelete
  16. @ Zu,

    What 4 - 5 bulan?

    okay okay ,,, korang lagi "lejen" lah ...memetik kata-kat dak dafi tuh. ;-)

    okay... lemah nya saya... kan...aduhai huda huda....

    #insaf

    ReplyDelete
  17. @SS - hahaha.... free bebenar lah sauna tersebut. hihihihi...

    ReplyDelete
  18. fuh.. kat sini pun takde aircond setengah jam dah mengeluh apatah lagi macam kes dekat Putrajaya tu..

    ReplyDelete
  19. Akak menyelit di sini nak jawab soalan pertaining to magnet sheet :)
    Huda boleh cari di DAISO, ada beberapa jenis, yang biasa, yang permukaannya boleh tulis guna marker & yang boleh print. Kualiti dan ketebalan berbeza. Harga RM5.30/keping.

    Tak pun boleh cuba beli online drpd NJ Button Badge Kraf. Lawat facebook pagenya. Akak tak pasti harga terkini berapa but should be around that price.

    ReplyDelete
  20. Ooo kat DAISO ada ea...

    nnt saya cari...

    nk cari kat FB saya tak ada FB sis...hihihi...

    ReplyDelete
  21. betul tu, kalau govt jimat slow aircond tutup lampu bagai, cam jimat tak bertempat.

    tapi kalau kompeni kecil, memang itulah cara diorang jimat :)

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)