Pages

Wednesday, May 11, 2016

When Diva went for Snorkeling : TIPS UNTUK FIRST TIMER SNORKELLING

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Day 2 : 9 April 2016 ...
Snorkeling at Perhentian Island ... 

Ini kisah bila diva pergi snorkelling.
Walaupun tak reti berenang.  Alhamdulillah - go in one piece come back in one piece ALIVE ;-)

Okay sambungan kisah  hari kedua di Pulau Perhentian -  aktiviti sepanjang hari siang adalah snorkelling.  Snorkelling ini telah termasuk dalam pakej 3D2N yang kami ambil dengan pihak Sealife Inn.  Memandangkan entri yang lepas dah banyak sangat tempek muka aku ... untuk mengelakkan kecaman pembaca ... maka kali ni aku tulis panjang-panjang dan share TIPS UNTUK FIRST TIMER SNORKELLING ... untuk first timer je... yang dah terror - boleh gelak or share tips kat ruang komen ya ...

Snorkelling bermula sekitar jam 10 - 10.30 pagi ...  Kebiasaaannya pakej ini adalah untuk 5 check point snorkelling dengan tentative yang dicadangkan oleh pihak Sealife Inn seperti berikut :
10.00 pagi  - 1.00 petang : 3 Lokasi snorkelling iaitu ;
Tiga Ruang | Turtle Point  |  Shark Point
1.00 - 2.30 petang : Rehat dan makan tengah hari
2.30 - 5.00 petang : 2 Lokasi snorkelling iaitu ;
The Lighthouse | Romantic Beach

(Jika anda pilih pakej 2D1M, sebelah petang tu mereka akan bawa korang ke snorkelling point yang lain iaitu : Teluk Keke | Air Berani.

Secara jujur, aku pun tak tahu apa beza kesemua check point  ni sebab aku tak study sangat pun mana port yang lebih best... The Lighthouse & Romantic Beach VERSUS  Teluk Keke & Air Berani.
Tapi pakej yang kami ambil , membawa kami ke The Lighthouse & Romantic Beach.  So aku akan sembang pasal 5 tempat yang aku pergi ini sahajalah ya ... iaitu
Tiga Ruang | Turtle Point | Shark Point  | The Lighthouse | Romantic Beach

So Jom Cekidout ...

Kurang lebih 10.30 pagi +++ kami menaiki bot dari jeti kampung nelayan.  SEMUA PEREMPUAN kecuali abam bawak boat ... Ramai ni ... Lebih dari 20 orang. 


Dalam hati aku yang agak kecil ini berkata-kata "Ramai betul - tak karam ke" ... 
Okay safety first sila pakai life jacket ... tapi kami tak pakai pun ... Ha ha ha... Bila abam bot dengki bawak laju - laju langgar ombak ke hapa ntah melambung - lambunglah jelitawan-jelitawan  ini semua sambil terjerit - jerit ... Biasalah perempuan dan jeritan berpisah tiada ... Sakit montot kot weih ... Cubaan mengambil gambar dan video semua gagal - so kira tak adalah ye... hi hi hi... 

Kusangkakan kami terus ke check point pertama iaitu Tiga Ruang,  tapi rupa-rupanya tidak.  Kami singgah di Sharila anta ambil orang 






dan satu pantai lagi ni ntah nama apa.  Untuk keluarkan umat yang maha ramai dalam bot kami tu ke bot yang lain.  Supaya bot kami tak lah ramai sangat. 






Kat pantai ini - ada money changers ... Waaaahhhh terkagum kejap.  Tapi aku lupa nama tempat ni.  Ada chalet dan tempat/ gerai makan juga kat sini ...



Setelah mengosongkan sedikit ruang di dalam bot - jom lah kita ke check point yang pertama iaitu TIGA RUANG ... Abam bot tu dah start edarkan life jacket dan snorkelling mask.  

Korang tau tak "kasut itik" ? Ha yang selalu orang pakai untuk scuba and snorkelling tu .  Okay kasut itik tidak disediakan. Maka kalau kau tak ada kasut air - kau berenanglah dengan berkaki ayam atau kau boleh try sarung crocs ...

Maka itulah fungsi kasut pink aku ini yang ditaja oleh best fren aku Mahani.  Untuk digunakan dalam air - supaya kaki kau tak luka terpijak karangan laut atau apa-apa sahajalah yang boleh mendatangkan kecederaan di tapak kaki kau ... paku ke kan. 


Haritu ada sale hotuna water shoes just a few days before kami berangkat ke Perhentian. Aku nak g beli - pastu achik pun nak - achik cakap nak belanja aku - aku cakap tak yah lah ... eh eh eh achik terus bank in duit suruh aku belikan untuk aku dan dia ... harga dua pasang water shoes ni RM79 sahaja.  Jazakillah khyar mahani. Semoga murah rezeki - nanti bolehlan belanja aku lagi ye. Hi hi hi...

Actually aku dah pernah snorkelling or ACAH - ACAH snorkelling sewaktu aku habis matrikulasi kira-kira "banyak" tahun yang lampau - pergi dengan rakan-rakan kuliah dan lecturer. Lokasi di Pulau Pangkor. Tapi aku macam dah tak ada memori mengenai snorkelling tu - sebab aku syak - aku tak pergi pun snorkelling - aku eksyen je berpakaian ala-ala snorkelling untuk bergambar.  Sebab - aku kan tak reti berenang - kang diaorang biarkan aku lemas - kesian puan ibu nanges sebab aku ni anak kesayangan -#PERASAN....booooooo ;-)  ha ha ha...

Atas faktor yang dijelaskan - marilah kita anggap - this is my first time doing snorklling. Hi hi hi ...

Untuk first timer snorkelling + tak reti berenang pulak tu ... tapi bersemangat waja untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah di bawah laut situ ak.a. MACAM AKU lah tu ... ha ha ha ...

Jom aku nak kongsi TIPS UNTUK FIRST TIMER SNORKELLING

Sebab hanya first timer yang tak reti berenang sahaja memahami feeling ittew ... chewahhh fewwit.

Okay adalah penting untuk korang pakai LIFE JACKET yang antara lain berfungsi sebagai pelampung. Dan juga berfungsi untuk mengelakkan baju kau terselak dan menampakkan belakang badan kau yang cantik ittew ... 

Tapi frankly speaking - pakai life jacket ketika snorkelling adalah annoying atas beberapa faktor. Ha ha ha...

SATU : Ada tali yang kau kena ikat (buckle up) dari belakang life jacket tu masuk kot kangkangan and buckle or click kan di bahagian depan life jacket. Ini untuk mengelakkan life jacket tu daripada terangkat. Bila life jacket tu terangkat - susah kau nak berenang sebenarnya.  Dan nak pakai tali tu melalui kangkangan boleh mendatangkan rasa sakit or melecet kalau pakaian kau tak sesuai, sebab tolakan arus air dan tempoh yang lama memakainya - so sendiri mau fikir and adjust ya...

DUA : The moment kau terjun dalam laut ... first thing first kau akan jatuh bawah air walaupun kau dah pakai life jacket - tapi tak hapuslah sampai kepala - JANGAN PANIK 

lepas kau dah bertenang - kau akan terlentang (muka mengadap atas - matahari) atau kau akan terlungkup (muka terlungkup dalam air laut) dan kaki kau pun terangkat.  SERIOUSLY PANIC wa cakap lu ... 

Untuk first timer macam haku yang memang totally ZERO KNOWLEDGE on swimming kau akan PANIK dan menggelupur.  Like seriously ... First time aku terjun - kaki aku stil kat bawah - tapi aku tak boleh nak balance badan aku so aku menggelupur tenggelam timbul macam nak lemas - tersedak air masin segala semua ada.  Habis semua orang yang ada kat situ kena sepak ngan aku, kena sembur sebab aku tersedak air masin termasuk le si life saver... Last-last brother tu luku kepala aku suh bertenang... ha ha ha... Bila kau bertenang ni lah moment kau  akan terlentang ... ha sudah - menggelupur panik lagi ... ha ha ha... Sekarang beranilah aku gelak ye... So brother tu ajar aku berenang dan macam mana nak balance kan diri ... tips dia ? Kau gerakkan je kaki kau macam ala-ala kayuh basikal (sebab aku tak jumpa perumpamaan yang lebih sesuai) ... fungsi gerakkan kaki ni ialah supaya kaki kau remain kat bawah air dan menyebabkan kau balance tak terlentang mahupun terlungkup...  

Nampak ni .... Ha... ahkak dah duduk elok dalam air ... Berani buat peace lagi habaq ang ...


Nak kekal stabil pada posisi ini, kau gerakkan je kaki kau kat bawah air tu - Insya Allah stabil lah kau di sana. Tapi fungsi kau terjun dalam air tu - bukanlah nak tayang muka pelik kau akibat memakai snorkelling mask tu kan? Matlamat utama nak tengok ikan dan hidupan comel bawah air kan.  Maka kau kenalah benamkan muka kau dalam air.  Tips dia, angkat je kaki, maka muka kau akan automatik terlungkup dalam air tu.  

Contoh seperti gambar di bawah : Ni lokasi Turtle point kot if tak silap aku.


Pastikan snorkelling mask tu ketat kat muka kau. Kalau tak ketat - nanti air masuk dah menggelupur lagi ... First time pakai benda mask tu dalam boat - AKU TERLUPA UNTUK BERNAFAS... MENGGELUPUR... Nasib baik aku dah test pakai dari dalam boat. Semasa sesi test dalam boat tu, the moment benda tu melekat kat muka aku - terus menggelupur - aku tanggalkan balik sebab tak ada udara. Ha ha hadoiiiii huda huda ... Pastu Khairin lah yang ajar aku "weih ... bukan bernafas ikut hidunglah - bernafas ikut mulut.  Ni kan ada salur pernafasan ni - gigit ni kuat-kuat - kalau tak, nanti air masuk mulut kau - menggelupur kau dalam air tu aku tak boleh nak tolong dah ... " Terima kasih Khairin ajar aku ilmu ni - lupa pulak kita boleh bernafas guna mulut - hi hi hi ... Banyak ni ilmu aku dapat hari kedua ni ...  So moral dia kat sini for first timer - praktis pakai mask tu dari dalam bot dan cuba bernafas guna mulut ya, sebelum kau terjun dalam air.

ni nak praktis ke nak selfie ni...
Tips untuk mengekalkan kejernihan wajah korang dari teruk kena bakaran matahari ... tolonglah WAJIB WAJIB WAJIB bawak SUNBLOCK...

Terima kasih kat penaja sunblock kiteorang ;  mahani ... sayangggg ko...
selamat muka aku...
Mahani sponser kiteorang sunblock bananaboat spf110+.
haaaaa kau rasa? 
Benda tu pakailah 30-40 minit sebelum kau berjemur / berendam dalam laut tengah2 panas tu... Insya Allah sejahtera kulit kau.
Kulit aku memang poyo sensitif... cepat terbakar dan mengelupas kalau kena suhu tinggi dan lama.
masa aku g sydney dulu time summer dan tak ingat nak bawak sunblock... hmmmm memang habeslah muka aku... hihihi...

Tengs beb for your bananaboat...

Owh ya... snorkelling mask tu kan kita sewa dari pakej yang kita ambil tu kan - so obviously dah ntah sapa - sapa je pakai sebelum tu.  Untuk mengelakkan kegelian + penyakit ... kau ada beberapa option ... Tips menggunakan snorkeling mask :

Jangan pakai tudung awning keras.  Sebaik-baiknya pakailah tudung syria yang melekap kat kepala untuk mengelakkan air masuk ke muka setelah mask disarungkan.

SATU - kau beli mask sendiri dan bawak ... hahaha... disebabkan aku mungkin snorkelling 5 tahun sekali - takkan lah aku nak beli pulak ... kih kih kih... aku ada swimming gogle yang aku beli kat melbourne 2013 itu hari - sampai harini aku tak pernah pakai ... cehhh... bazir betul.

DUA - kau bawaklah sanitizer ke dettol ke, kau cucilah mask yang kau sewa tu, pastu kau celup-celup dalam air laut - Insya Allah dah bersih.  Untuk kes perhentian ni - bot yang aku naik tu - brother tu bagi kiteorang sabun memang dia suruh bersihkan.  Dia cakap "ambik ni bersihkan - dah ramai orang guna ni - takut kotor pulak"  " - sambil campak botol sabun tu kat kiteorang ...  Bubuh sabun, bersih celup-celup dalam air laut.... ho ho ho .. gittew ye anak-anak semua...

First time aku pakai snorkelling mask ni, Khairin yang tolong pakaikan. Sebab dia ni dah berpengalaman.  So dia yang tolong ketatkan.  Achik pulak tolong Akhmar. 



Sejahtera betul si Khairin ni ketatkan... memang air tak ada chance nak masuk muka + mata dan hidung aku ... Cuma aku banyak tersedak air masin sebab aku selalu terlepas gigit menda nak bernafas ikut mulut tu ... dan suka menyelam sampai hapus salur - so air masuk ikut atas... ha ha ha... bengong... So itu je lah kot tips yang aku ingat untuk snorkelling.  Owh untuk MOVE, ko kenalah menggunakan tenaga kau untuk berenang.  Hi hi hi... Aku yang kecil dan less energy ni - slow lah sikit...  Tapi pepatah menyatakan "Slowly but surely"  gittew ... Walaupun aku pun first timer - tapi alhamdulillah quick leaner ... ehhh lepas tu aku pulak jadi tukang ajar orang... tukang jadi tempat berpaut heret orang balik boat - kah kah kah ... last-last dengan aku - aku sekali mengah dan perlu diselamatkan ... ngeng betul...

Mulanya aku ingatkan nak habiskan entri snorkeling ni dalam entri ni - tapi nampaknya tak dapat juga - kita bersambung dalam siaran akan datang ya...
Insya Allah ....

Semoga bermanfaat ...

@loves_nhhas 

18 comments:

  1. Bila snorkelling, air masuk mulut je. Terpaksa pegang goggle sebelah tangan dan sebelah tangan lagi pegang phone. Hihi. Pengalaman yang best! :D

    ReplyDelete
  2. tak berani kaknoor lah nak snorkelling segala ni
    serender kaknoor kalau dalam air
    main kat dapur oklah selamat hahaa

    ReplyDelete
  3. err memang kena terjun ke? kalau kita turun ala ala princess sambil disambut dari sesapa dari dalam air takleh ke? macam seram pulak nak terjun hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je... if ada yang nak sambut...
      macam i xde sapa nk sambut... terjun je lah pelan2... x tinggi dari boat ke permukaan air tu... dan ada je sediakan tangga macam kolam renang tu kt blkg bot. Biasanya guna tangga tu untuk naik dalam boat ... tak digunakan untuk turun

      Delete
  4. Sampai matik pon SS tak boleh snokeling... Sensitif...

    ReplyDelete
  5. Kakak yg tengok yg seronok pulak
    Tapi membayangkan nak bersnorkling memang taklah kakak ni:)

    ReplyDelete
  6. bestnya snorkeling.. suka tengok pemandangan laut kan.. tenang je

    ReplyDelete
  7. 1.jangan pakai sunblock banyak sangat, nanti google tu tak lekat kat muka..
    2.pakai jaket keselamatan betul-betul, kalau tak memang potensi tertelan air masin. ketatkan.
    3.kalau tak pandai berenang, kuaklah gaya katak, kalau tak sampai bebila duduk situ je.
    4.ye, pakai mask sebelum terjun. I made this mistake at krabi, dah masuk air baru nak pakai.acah-acah dah selalu snorkeliing..kalut kak biah kejap.

    ReplyDelete
  8. kalau nak snorkeling pastikan berkasut sbb nanti kali luka kena batu karang

    ReplyDelete
  9. cantik kasut pink tu..CML pakai size berapa nati leh pinjam

    ReplyDelete
  10. ye part paling org tak tahu cara bernafas tu...perlu bernafas ikut mulut...sbb ada yg tak tahu nk guna snorkell tu

    ReplyDelete
  11. Thank you for the tips, kak Huda! Boleh amalkan kot kot kalau saya nak eprgi snorkeling nanti :D

    ReplyDelete
  12. nnnt sy sy nk g snorkeling bleh laa usha2 entry ni

    ReplyDelete
  13. Bestnye..tapi macam cuak pula saya pun first time ni nak pegi snorkeling..risau pula..hihi tapi excited..doakan ye

    ReplyDelete
  14. Best juga dpt info disini,first timer nak g snorkeling

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)