Pages

Saturday, April 27, 2019

Contoh Proposal HLP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

hyde odie....

Yeah sekarang musim HLP maka sekali lagi sis menjadi hot stuff and hot staff untuk mendapatkan proposal hlp sis.  Memandangkan sis agak sibuk, sebelum2 ni ramai yang telah sis tak jawab emel/ komen uols yang meminta untuk mendapatkan contoh proposal.  Sis minta maaf tau. Sis betul2 sibuk.

Sekali lagi sis maklumkan, sis punya bukanlah yang terbaik. Tapi itu yang terbaik yang dapat sis sediakan pada masa itu, mengikut garis panduan yang JPA beri dan atas khidmat nasihat sahabat2 pada masa itu.
Untuk mengelakkan sis tidak berlaku adil kepada semua, i.e. kadang2 tak sempat tengok emel, apatah lagi nak jenguk blog yang semakin ter abai ini.... maka sis kongsikan proposal tu di sini.  Ada dua proposal .... One for me, one for my fren. alhamdulillah both proposal qualified untuk mendapat tempat ke temuduga HLP .... Nak berjuang di temuduga tu rujuk entri sis TEMUDUGA HLP pula ya.

Okay sebelum sis teruskan, at first sis thinking of charging each and everyone of you who asked for the proposal .... hahaha.... caj spuloh hengget sorang #mokcikkayaweih  Ramai oooo minta proposal ni. hahahaha.... Tapi rezeki sama dikongsi, ilmu ni pun hidayah dari Allah.... 

Untuk itu, sis amanahkan sesiapa sahaja yang ambil pedoman dari contoh HLP yang sis kongsikan ini, p sedekah kat tabung masjid ke, bagi sedekah kat peminta sedekah ke atau mana2 orang yang memerlukan MINIMUM RM10.  Amanah dengan diri sendiri sebab Allah tahu.  Sis tak perlukan duit tu, cuma sis nak galakkan korang supaya bersedekah, dan mana tahu dengan asbab korang sedekah tu Allah mudahkan laluan HLP korang. Betul tak?
Sambil2 korang sedekah tu korang niat lah minta Allah mudahkan urusan HLP korang. Minta orang tu doakan korang ke, mana tahu doa dia lagi makbul dari kita kan. Dan jangan lupa doakan sis juga semoga beroleh husnul khatimah, insha Allah.

Ok.... deal ya? Amanah ni

Now! The Proposal.


Contoh Proposal 1 :  Sis Punya Versi BI (submit tahun 2016, untuk HLP 2017)

sis letak cover page .... suka hati lah korang nak letak ke tidak.

COVER

Outline / Structure Proposal Sis adalah seperti berikut:

1. Preferred Institution


2. Scope of Study
List lah apa content pengajian universiti yang korang pilih macam ni




3. Field Background For The Proposed Project

Under this chapter masukkan :
Problem Statement
Literature Review (apa yang kajian2 lepas ada buat)
Methodology yang korang plan nak pakai 


4.    Benefits of Study towards Public Service

Senaraikan apa potensi sumbangan yang korang plan nak bagi balik pada public service, pada rakyat, pada negara. Potensi sumbangan berdasarkan bidang kajian dan pengajian korang. 


5.     References

Masukkanlah rujukan apa yang korang guna especially nak tulis para 3 tu literature review tu.
Sis guna APA punya format.




Masa ni sis buat proposal ni dalam tempoh 4 jam sahaja (boleh baca kat entri ni "Diari Mimpi HLP"for some tips).  So sangat lah simplenya.... ada 8 pages je. Ha ha ha. 
Again bukan sebab proposal ni bagus tapi sebab Allah bantu, dan asbab course yang sis apply ni I'm among the 1st batch in Malaysia yang enroll di UA. Tu sebab musabab je lah. Apa2 yang penting doa + ikhtiar + tawakal.

Okay contoh proposal kedua, ni kawan sis punya.  Format dia buat ikut garis panduan JPA pada tahun permohonan tapi content 90% sis punya. (ilham dan hidayah dari Allah jua).

Disebabkan sis nak submit content tu untuk article journal, maka sis takkan kongsi di sini sehingga ianya endorse lah. Anggaplah beliau sahabat yang sangat bertuah kerana dapat mengambil content sis itu dan harap sis tidak di kira plagiat pula. 

So format yang kawan sis guna adalah dengan outline begini:

Contoh Proposal 2 :  Versi BM (submit tahun 2018, untuk HLP 2019)



CADANGAN PELAN PENGAJIAN (MOD PENGAJIAN: KERJA KURSUS)



1.     MAKLUMAT INSTITUSI PENGAJIAN
(sama macam format atas tadi)


2.      TAJUK KAJIAN

KAJIAN IMPLIKASI _____-PENDEKATAN DATA RAYA


3.      PENYATAAN MASALAH RINGKAS
Kemunculan teknologi dan automasi di bawah gelombang revolusi perindustrian keempat telah menambahkan kebimbangan bahawa akan berlaku kehilangan pekerjaan terutama dalam sektor pembuatan dan perkilangan. Revolusi perindustrian keempat merujuk kepada automasi dan pertukaran data secara global yang bercirikan gabungan teknologi yang mengaburkan sempadan fiztikal, digital dan biologi serta penggunaan 
........ sambung lagi bla bla bla bla ..... end with this statement below OBJEKTIF YANG KORANG NAK CAPAI.

Justeru kajian ini dilakukan bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi pasaran _____ di Malaysia dengan objektif berikut:

1. -----
2. -----
3. -----

SOROTAN KAJIAN TERDAHULU (Literature review)

Dobre dan Xhafa (2014) pula melaporkan bahawa setiap hari dunia mengeluarkan sekitar 2.5 quintillion bait data (iaitu 1 Exabyte bersamaan 1 quintillion bait atau 1 Exabyte bersamaan 1 bilion gigabait), dengan 90% daripada data yang dihasilkan adalah data tidak berstruktur. Gantz dan Reinsel (2012) pula menegaskan bahawa menjelang 2020, lebih daripada 40 Zettabytes (atau 40 trilion gigabait) data akan dihasilkan, dan digunakan.

................. sambung lagi bla bla bla bla .....


( ni semua nama yang dipetik ni kena lah masukkan dalam rujukan ya)

METODOLOGI KAJIAN
- Sumber data
- software
- Analisis apa korang nak buat dan apa method yang orang lain dah gunakan.


Terdapat pelbagai kaedah bagi menjalankan analisis sentimen. Andre Costa dan Adriano Velaso menerusi kajian mereka Employee Analytics Through Sentiment Analysis menggunakan Term-Frquency and Inverse-document-frequency number (TF- IDF) bagi menganalisa perkataan yang diubah ke dalam bentuk vektor.

Teknikal method nak belajar kat uni so takyah sembang banyak sangat kat sini lebih2 kalau buat coursework. kalau buat research lain ea.


4.      SKOP PENGAJIAN
Cara tulis macam proposal 1 di atas (para 2: scope of study)

5. KEPENTINGAN PENGAJIAN KEPADA SKIM DAN PERKHIDMATAN AWAM

6. RUJUKAN


**********************************************

okay ..... ni lah dia layout proposal hlp.  harap beri manfaat.  

Kalau ada yang nak tambah input, please drop your comment below. Kalau ada sesiapa yang follow above example, harap dapat jot down korang dari department mana dan apply course apa. Saja nak tau perkongsian sis ni bermanfaat ke tidak.

ALL THE BEST


Semoga bermanfaat.

@loves_nhhas


20 comments:

  1. yg masih tercari2 tu cm ne nk buat proposal tu bolehlah refer blog ni ya ;-)

    ReplyDelete
  2. Lamenye tinggal AI.berbelas taun...mmg tajuk yang diidamkan..data science..tq for the post..

    ReplyDelete
  3. Cik/puan/tuan boleh x nak mnta copy proposal sbb x boleh klik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut je steps yang jpa bagi. contoh penulisan saya dah share di penulisan entri ini.

      Delete
  4. terima kasih... sy guna yer sebagai panduan untuk permohonan PHD 2020

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  6. tq for your sharing, quite long journey and you make it simple and fun

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian.. Sy copy ye utk hlp master sy. Semoga allah permudahkan urusan fatin dan kawan fatin. Amiin

    ReplyDelete
  8. Tq ats perkongsian..baru nmpk ckt cara nk buat.. sblm ni gelap gulita..hehe

    ReplyDelete
  9. terima kasih semoga memberi manfaat kepada sy yang baru nak mula belajar ambil master untul APEL. doa kan sy berjaya mcm puan ye...

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian, beri idea..baca blog yg dengan bahasa agk santai ni sedikit sbyk beri motivasi jugak..saya gune sikit2 idea puan ye

    ReplyDelete
  11. ala sayang saya tak dapat dowmload contoh proposal...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian puan. Semoga Allah memberkati puan didunia dan akhirat. insyaAllah.

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)