Pages

Thursday, August 27, 2020

Trauma Pelancongan akibat Covid-19


Penutupan yang berkaitan dengan pandemik, pembatalan penerbangan, dan penutupan sempadan telah menyebabkan masalah pada rancangan percutian. Penurunan bilangan pelancong yang mendadak akan memberi kesan yang sangat besar pada negara-negara yang bergantung pada pelancong asing - dengan kesan yang berpotensi besar pada ekonomi mereka i.e the KDNK / GDP. Costa Rica, Greece, Morocco, Portugal, and Thailand antara yang paling terkesan dengan kerugian hasil pelancongan melebihi 3 peratus daripada nilai KDNK, menurut Laporan Sektor Luar 2020 yang dikeluarkan IMF baru-baru ini. Capaian asal di LINK INI.

Carta ini menunjukkan kesan langsung pelancongan terhadap import, eksport, dan baki akaun semasa dalam senario yang membayangkan pembukaan semula secara beransur-ansur pada bulan September tetapi menyaksikan penurunan sekitar 70 peratus dalam penerimaan pelancongan dan kedatangan pelancongan antarabangsa pada tahun 2020




Bagaimana situasi di Malaysia? 


Sektor pelancongan didapati mudah terdedah kepada konflik bersifat dalaman dan global seperti bencana alam, wabak, kemelut politik dan juga krisis kewangan. Sepanjang tempoh 1991-2019, ketibaan pelancong ke Malaysia beberapa kali mengalami kemerosotan, khususnya pada tahun 1998 yang berpunca daripada krisis ekonomi di peringkat global. Wabak SARS pula menyebabkan pertumbuhan bilangan ketibaan merosot pada tahun 2003 sebanyak 20.4 peratus. Pelancongan negara turut berhadapan dengan bencana jerebu pada tahun 2015 serta isu insiden MH370 dan MH17 pada tahun sebelumnya. Wabak COVID-19 merupakan cabaran paling getir kepada prestasi pelancongan negara dan memaksa pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020. Dijangkakan ketibaan pelancongan pada tahun tersebut mengalami pertumbuhan defisit sehingga 65 peratus.



Pelancongan merupakan salah satu industri yang strategik, berpotensi dan menyumbang secara dinamik kepada pertumbuhan ekonomi negara. Akaun pengeluaran sektor pelancongan merekodkan sumbangan RM220.6 bilion (15.24%) pada tahun 2018 berbanding RM56.4 (10.38%) bilion pada tahun 2005 kepada pertumbuhan ekonomi.






Sumber carta : DOSM dan IMF

Halangan merentas sempadan negara di harapkan dapat memberi impak positif pada sektor pelancongan domestik. Tempahan penginapan sudah semakin rancak di mana rata-rata hotel telah mulai fully booked dengan tawaran harga yang menarik.

Jom sokong industri pelancongan tempatan.
Tapi awas. Jangan lupa jaga diri. COVID masih berleluasa.

Sekian.

#bilahudabebel

1 comment:

  1. Melancong dalam negara memang best, tapi ada sesuatu yang dirindui tentang travel oversea

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)