Penutupan yang berkaitan dengan pandemik, pembatalan
penerbangan, dan penutupan sempadan telah menyebabkan masalah pada rancangan
percutian. Penurunan bilangan pelancong yang mendadak akan memberi kesan yang
sangat besar pada negara-negara yang bergantung pada pelancong asing - dengan
kesan yang berpotensi besar pada ekonomi mereka i.e the KDNK / GDP. Costa Rica, Greece, Morocco, Portugal, and Thailand antara
yang paling terkesan dengan kerugian hasil pelancongan melebihi 3 peratus
daripada nilai KDNK, menurut Laporan Sektor Luar 2020 yang dikeluarkan IMF
baru-baru ini. Capaian asal di LINK INI.
Carta
ini menunjukkan kesan langsung pelancongan terhadap import, eksport, dan baki
akaun semasa dalam senario yang membayangkan pembukaan semula secara
beransur-ansur pada bulan September tetapi menyaksikan penurunan sekitar 70
peratus dalam penerimaan pelancongan dan kedatangan pelancongan antarabangsa
pada tahun 2020
Bagaimana situasi di Malaysia?
Sektor pelancongan didapati mudah terdedah kepada konflik
bersifat dalaman dan global seperti bencana alam, wabak, kemelut politik dan
juga krisis kewangan. Sepanjang tempoh 1991-2019, ketibaan pelancong ke
Malaysia beberapa kali mengalami kemerosotan, khususnya pada tahun 1998 yang
berpunca daripada krisis ekonomi di peringkat global. Wabak SARS pula
menyebabkan pertumbuhan bilangan ketibaan merosot pada tahun 2003 sebanyak 20.4
peratus. Pelancongan negara turut berhadapan dengan bencana jerebu pada tahun
2015 serta isu insiden MH370 dan MH17 pada tahun sebelumnya. Wabak COVID-19
merupakan cabaran paling getir kepada prestasi pelancongan negara dan memaksa
pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020. Dijangkakan ketibaan pelancongan pada
tahun tersebut mengalami pertumbuhan defisit sehingga 65 peratus.
Pelancongan merupakan salah satu industri yang strategik,
berpotensi dan menyumbang secara dinamik kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Akaun pengeluaran sektor pelancongan merekodkan sumbangan RM220.6 bilion (15.24%)
pada tahun 2018 berbanding RM56.4 (10.38%) bilion pada tahun 2005 kepada
pertumbuhan ekonomi.
Halangan merentas sempadan negara di harapkan dapat memberi impak positif pada sektor pelancongan domestik. Tempahan penginapan sudah semakin rancak di mana rata-rata hotel telah mulai fully booked dengan tawaran harga yang menarik.
Jom sokong industri pelancongan tempatan.
Tapi awas. Jangan lupa jaga diri. COVID masih berleluasa.
Sekian.
#bilahudabebel
Melancong dalam negara memang best, tapi ada sesuatu yang dirindui tentang travel oversea
ReplyDelete