Pages

Sunday, February 26, 2012

Amanah Saham Akhirat - Jom Bina Masjid

Assalamualaikum wbt,

Dikongsikan program saham akhirat untuk manfaat bersama:

1. PROGRAM BINA MASJID di INDONESIA i.e. Masjid Bojongloa.
Dianjurkan oleh Dr. Ridhuan Bakar. boleh menyumbang tenaga, idea, pengalaman dll. Maklumat untuk sumbangan dana masjid boleh didapati di URL http://ridzwan-bakar.blogspot.com/2012/01/dana-masjid-bojongloa.html

2.PROGRAM BINA MASJID di tempat yang akan ditentukan kemudian, (tapi cadangannya, mungkin di Somalia)
Dianjurkan oleh Prof. Muhd. Kamil Ibrahim (penulis travelog haji: mengubah sempadan iman).  Boleh salurkan sumbangan anda dengan mendapatkan info dari blog beliau di URL: http://muhdkamil.org/blog/


Semoga bermanfaat...

Wednesday, February 22, 2012

Islamic Medicine - the key to a better life

Assalamualaikum wbt.

Sangat ingin memiliki / membacanya.
Haritu jumpa di Abraj Al-Bait Shopping Center (a.k.a kat dalam Mekah tower yang ada jam besar tu). Harganya tak ingat, if tak silap between SR45-SR55 (Confirm tak sampai pun SR60). Setelah convert ke RM mengikut currency pada masa tu hanya RM 39-49 sahaja.
tapi haritu buku ne tak ada stock.  Last copy dah tertoreh dan calar balar (dalam hati aku nyesal amat tak beli)... huhuhu...
Balik malaysia, google kat MPH, harganya RM149... MELAMPAAAAAUUUUU.
Mahal betul... sob sob sob... nangis...
Kalau lah ada orang p mekah, nak kirimkan beli buku ne, aci tak? Huhuhu...


Negara Idaman

(Nota: Tak sure sapa penulis asal, tapi ada orang fwd citer ne...)

DARUL TAQWA vs; DATUK DR JOHAR


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan. "Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."

Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr . Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?

" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur . Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana . Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana?

Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."

Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.

"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya.

Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..."

Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !" ujarnya kepada pelayan.

"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.

"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?" tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr . Johar pasang telinga saja.

"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ... malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya.

" Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita." keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik.

"Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. 
(nota huda: ok yang ne unik ... doktor terlalu ramai sampai boleh jadi pelayan kedai? owh.. sila sambung baca)

Tuesday, February 21, 2012

Lagi kerja tak siap...

Lagi menambahkan tension aku...
Pemilihan gambar wedding boy...
Honestly langsung tak ada gambar yang elok. MoM... please lah... if possible, aku nak balik half of the pay.  Macam ne ke kualiti gambar yang you all ambik... adoiya...


Maaaaaa..... lenkali aku jer lah jadi photographer nya. (ok sorry, ayat ne bunyi poyor perasan macam hebat sangat, gurau jer...)


hwahwahwa... tapi susah sket sebab family tak ramai.  hwahwahwa.... eden loh tukang sambut orang, tukang beli barang, tukang cari tong air, ambek orang sesat... hah apa lagi.... semua pun ngangahhhh... 
tak aku tak marah.  i am glad to do all that. tapi aku tension bila rupa-rupanya tak ada orang monitor langsung pengambilan gambar dan menatijahkan sangat sedikit gambar yang OK dan TIADA LANGSUNG family photo yang layak dibesarkan.
Haku tension... boy pun dah tau ngangah nak mengamuk ne.
Ada lebih 3ribu gambar tak cantik korang nak suruh ngangah select. macam haku tak ada kerja lain jer.  
Ne ABM ngn OBB tak buat lagi... 8.30 pagi sok poyor dah booking time boss nak discuss....
hwaaaaa......
stressssssss haku....  photography should be ENJOYABLE n the best things for me to do, to edit and to bla bla bla....  tapi bila haku tgk hasil macam ne yang di dakwa PROFESIONAL, haku rasa nak ngamuk dan nak nangis.... hwaaa.... kawin bukan boleh banyak2 kali.....  terkilan betul pasal tak ada orang standby sebelah photographer, jd direcor....  tapi yer lah itulah kan...  lain la kalau boleh buat "teknik bayangan" macam dalam naruto atau "pecah 3" macam dalam boboboi...


tapi mungkin photographer tak ada mood kot... sebab as photographer (ok sekali lagi ayat perasan), mood sangat2 memainkan peranan...
yang pasti tak ada rezki nak gambar elok... huhuhu...


makanya, aku berhasrat nak penuhkan album ngan gambor ne jer...
hahahaha.... lantak lah gambar orang laen...



the only picture yang man man senyum penuh ceria...
i love dis picture.
excited habis man man...

setelah habis dilanyak nyer kek paklang kesayangannya...
babai lah paklang...
hahaha...

cucu perempuan atok? hehehe
nurain wirdania yang behave tahap gaban pada hari kejadian.
hahaha... apalah atok rasuah nurain...

ne sapa bagi anak kesayangan ade nangis ne...
aloh.... dah lah babah potong rambut macam nak pergi army camp.

ha... ade tau... mesti adek ariff jeles kat nurain sebab pinjam atok adek...

haaaa... baru blh senyum...


owh ya... ada satu lagi siri stress of the day.... kunci rosak.... adoiya.... sabar huda sabar.... nak pahala tak????


ok... sekian.... siri stress untuk hari ini...

Monday, February 20, 2012

Great teacher??? Onizuka... Heheheee...

Assalamualaikum wbt.

Hmmm. Muka rasa tebal. Tak tahulah patut nak nangis atau nak senyum. Atau mungkin boleh nangis sambil mengukir senyum… Adoiya.  Ne apa kes cakap macam orang ting tong ne.

Hmmm tapi ne lah perasaan aku setiap kali habis mengajar budak dua orang ne.  Hwaaaa… Aku bukan orang hebat.  Terima kasih Allah kerana bagi aku kesedaran itu.  Siapalah aku tanpa belas kasih daripada Mu Ya Allah.  Yang menjadikan aku ini terang hati untuk terima ilmu sedari bangku sekolah, ke kerusi universiti, menelusuri meja kerja, dan merentangi permaidani kehidupan.  Betapa setiap kali aku mengajar, kadang-kadang aku hampir putus asa. Betul... tak tipu. Dah down habis sampai rasa nak cancel kelas… Hwaaa...  Murid-murid ku sebelum ini, agak terang hati jugalah. Senang tangkap. Alhamdulillah.  Tapi kali ini Allah uji sedikit dengan menghantar murid yang agak perlahan daya penerimaan, pemahaman dan ingatan nya juga. Adoiya.  Bila aku duduk termenung bermuhasabah, hati aku kuat mengatakan bukan salah mereka. Prestasi aku mengajar yang mungkin merosot. Salah aku kerana gagal menyampaikan ilmu supaya mereka faham.  Dan salah aku juga kerana mungkin aku ada kesilapan-kesilapan yang perlu aku muhasabah agar natijahnya tidak menimpa anak didik ku.  Allahuakbar…. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku.  Mudahkanlah penyampaian ku agar mereka faham tutur bicara ku.  Insafnya aku Ya Allah.  Betulkan niat ku mendidik semata-mata kerana Mu Ya Allah.   Semata-mata kerana Mu Ya Allah… Semata-mata kerana Mu Ya Allah…

Sunday, February 19, 2012

Pengurusan Masa, Pengurusan Harta dan Pengurusan Nyawa

Assalamualaikum wbt.
Surah Al Asr:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
1 - Demi Masa!
2 - Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
3 - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Maksud Hadis:
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”.
(Riwayat Ibnu Majah)
(Nota: Mungkin maksud hadis ini lebih sesuai bagi ulasan/ tulisan mengenai insurans).

Sejak kecil, kita sering dibicarakan ataupun membicarakan ataupun menulis karangan semasa peperiksaan tentang isu berkaitan PENGURUSAN MASA, PENGURUSAN HARTA / KEWANGAN, Tapi tak pernah lagi (at least for me) semasa kita dibangku sekolah, di kerusi universiti mahupun di meja kerja, di TAKLIMATKAN mahupun di CERAMAH kan mengenai PENGURUSAN NYAWA.


so, ada sesiapa nak komen? Bagaimana anda mengurus nyawa anda. Kalau kita gagal merancang dan menguruskannya sekarang, takut-takut esok tak cukup bekalan nak bawak balik "sana".


waduh...waduh... kenapakah aku touch tentang tajuk ne hari ini... wallahualam... mungkin kerana merasakan semenjak dua tiga menjak ne blog ne sangat kurang pengisian atau pengisian yang ada kurang bermanfaat... huhuhu...

agak lalai semenjak dua tiga menjak ne... hilang fokus dan sebagainya...kenapa ya.  mungkin hati ada sikit kekotoran yang perlu diservis. perlu buat checklist pada sumber rezeki, pengurusan masa supaya "nyawa" tidak menjadi sia-sia.  Kenapa "nyawa"?  Kerana time is life.


Put your trust on Allah... Insya Allah, u'll find your way.

Friday, February 17, 2012

Jom Belajar Bahasa Arab...



Assalamualaikum wbt...

Hmmm minggu depan ada ujian bahasa arab. Hahahaha... sengih sampai ke telinga masa ustaz maklumkan nak buat ujian minggu depan. Dalam hati dah kata NAK PONTENG. hahaha...
Adoiya... wahid isnani thalatha pun tak habis khatam, huwa huma hunna pun berterabur, camno nak ambek ujian ne.  Tapi dah pakat ngan jiran kiri kanan nak "berbincang" (bahasa directnya MENIRU) hahahaha...

astaghfirullahaladzim...

Ne niat belajar dah salah ne.  adoiya.  tapi tak tipu lah. kelas bahasa arab adalah kelas yang paling aku banyak tersengih (bajet cun, rupanya salah bajet. hahahaha)...
yer lah, aku mana ada asas bahasa arab. sipi-sipi pun tak ada.  Baca Al-quran boleh faham sikit2 kalau dengar ayat sebab aku selalu baca al-quran beserta terjemahannya. tapi kalau exactly one to one word, wassalam lah jawabnya.
Aku nak attend kelas bahasa arab ne sejak dari 3 tahun lepas, tapi asyik missed the class + asyik rasa malu yang tidak berbelah bahagi. tahun ne, dah tekad, apa jadi pun nak redah juga. sengih pun sengih lah.  kalau aku tak mula sekarang, mungkin aku langsung tak akan mula sampai bila-bila.
hmmm belajar bukan sebab nak lulus ujian... Cari ilmu supaya dapat beribadat dengan lebih baik. Insya Allah...

Apa pun semoga boleh jawab dengan baik ujian minggu depan. Ameen.

Semalam belajar simple math dalam bahasa arab.hahaha...gelak lagi.
Orang suruh tulis dalam bahasa arab, haku dengan selamba yaya jer tulis dalam rumi/bm.
Ne kalau student aku tau cikgu diaorang tak reti simple math dalam bahasa arab, mau kena gelak. hahaha.... (tak per, student ku tak mungkin tau kewujudan blog ne.... hehee)

Tetiba teringat masa ambik ujian bahasa jepun kat universiti dulu. sama kes. seisi kelas tahu jawapan kepada soalan tu adalah JAGUNG. Tapi tak seorang pun ingat camna nak tulis jagung dalam bahasa jepun. hahaha. macam2 cubaan meniru dilakukan oleh seisi kelas a.k.a cubaan menyelak kamus tapi gagal. last-last semua pakat tulis in BM/BI ; jagung / corn.  hahaha... kena pangkah besar-besar lah ngan lecturer.

kenangan betul.

hmmm wish me luck everyone... insya Allah...


Thursday, February 16, 2012

Sujud sesujudnya

Halakah, 30 Safar 1433H. (24 Jan 2011).



Tajuk: Sujud sesujudnya.


Panel: Ustaz Mohd Hasnil bin. Abu Bakar.

(kongsi nota hasil tontonan Halakah)

Rujuk, Surah al-hajj,ayat 18.
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pokok-pokok kayu, binatang-binatang yang melata, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula yang berhak ditimpa azab; dan sesiapa yang dihinakan Allah maka tidak ada baginya kemuliaan. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya.
Ada hadis mengatakan ketika kejadian gerhana,rasulullah s.a.w ty pd sahabat,tahu tak matahari itu ke mana?
Dan jawab rasulullah s.a.w, matahari ini bersujud di bawah arsy Allah. (rujuk tafsir ibnu katsir)

Rujuk,Surah al hijr ayat 98.
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang yang sujud.

Surah ar-ra'ad,ayat 15:
Dan kepada Allah bersujud segala yang ada di langit dan bumi dengan sukarela atau terpaksa; dan juga bayang-bayang mereka di waktu pagi dan petang.

(Insaflah, kerana semua makhluk bersujud kepada Allah termasuk bayang-bayangnya)

Kehidupan adalah hamparan sejadah yang besar.

Bukan sekadar dalam solat.

Lambang pengabdian kita kepada Allah S.W.T.

Setiap saat dan ketika,azan berkumandang diserata dunia,bermakna setiap saat sentiasa ada hamba Allah yg bersujud kepada Nya.

Maka kita perlu rasa malu jika ketika kita nak buat dosa/kesalahan, tapi ada orang lain yang sedang bersujud membesarkan Allah.

Dalam sehari Allah perintah kita sujud dalam solat 34 kali sahaja sebab in total cuma ada 17rakaat solat fardu.

Rujuk: surah al-baqarah ayat 34.
Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat kecuali Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Iblis pada asalnya banyak berzikir pada Allah,banyak ilmu sehingga menyebabkan iblis takbur dan berasa diri hebat

Rujuk: surah at-taubah,ayat 112.
Orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan yang menjaga hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang yang beriman itu.

Kesimpulan:

Rujuk surah az-Dzariyat ayat 56-58.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku (56).

Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku (57).


Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya (58).


Kalau engkau bawa hati mu mengagungkan kebesaran Allah, engkaulah ... (to check FB ustaz hasnil, x sempat salin)

"sujudlah dan kamu akan dekat dengan Allah, dan sesungguhnya Allah lebih dekat daripada urat leher mu"…

Surah Al-Baqarah, ayat 186.

Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.

Wednesday, February 15, 2012

tata acu nini

adek ariff siap bacakan doa lagi.
^_^.

...Semoga setiap langkah menuntut ilmu sentiasa dalam rahmat perlindungan Allah...
...walau dimana bumi dipijak, itu tetap bumi Allah...

Ya Allah, peliharalah keselamatan dirinya, harta bendanya, ilmunya dan iman serta akidahnya.
Moga dia mendampingi dan didampingi hamba yang cinta kepada Mu dan dicintai Mu
Ameen...

p/s: baru sampai 2 hari udah anta sms "adek nak balik lah june nnt"...
hahaha....dia buat dah... adek ku adek ku...

Wednesday, February 8, 2012

manju', nasi mandy, ayam golek

Teringinnya ngan jus manggo (manju') dan nasi mandi with ayam panggang SR18+SR5 jer.

Hari wilayah tempoh hari bersantap nasi arab di restoran saba', kat setiawangsa (agaknya nama tempat tu)
Mahalnyer... rasa nak nangis... Alhamdulillah sedap...
Terima kasih maksu sebab belanja kiteorang.
Moga murah rezeki yang halal dan diberkati...


i love dis roti.
tapi akdah ne tak adalah best sangat.
banyak bawang.

Set nasi mandy with ayam grilled ne RM17 + manju' RM7
Mahal betui.
Manju malaysia tak boleh lawan manju' mekah.
Dahlah 1/4 jer ayam tu.
Kat mekah SR18 boleh dapat nasi 4 orang makan + seekor ayam panggang.

Apa-apa pun, alhamdulillah, terima kasih Allah.
Walau pun mahal, Allah masih rezekikan untuk makan makanan yang best ini.
Semoga aku menjadi hamba Allah yang bersyukur... Ameen.

Friday, February 3, 2012

Bukan senang... tapi ia keperluan

Bukan senang nak jadi senang, tapi kesenangan itu perlu.
Dari senang boleh menghasilkan tenang.... Insya Allah.

Bukan senang juga nak mujahadah dan istiqamah... tapi mujahadah itu perlu.
Mujahadah itu hijrah. Moga-moga hijrah menuju Allah dan beristiqamah...

Bukan senang nak tepis "peluang dan ruang dosa hati"...
Maksiat di mana-mana dan kadang-kadang tiba-tiba aja.
Tapi ia keperluan... Mati itu datang tak diundang...
tinggal lagi kuatkah kita aku untuk menepis nya...

 tertarik dengan artikel ini....

Instead of working to please a potential suitor, perhaps we should first seek to please Allah, the One who sows the seed of love in our hearts and can bless us with our dream husband or dream wife...
Every time you glance up and see someone you wish you could be with, turn away and in that moment ask Allah to bless you with a spouse who will be the sweetness of your eyes. Would not Allah listen to and accept your supplication to Him? How could Allah possibly not accept the supplication of His adamant worshipper who is painfully struggling to maintain his or her modesty and guard his or her chastity? The Prophet صلى الله عليه وسلم has encouraged us to “Ask and you will be given…” (at-Tirmithi) Allah will give you! How could He not when you are striving only for His Sake?


In those moments in the last third of the night, in those two rakahs which you make out of pure frustration of your situation, weeping, asking Allah (subhanahu wa ta’ala – exalted is He) to answer you – do you not think Allah the Rabb al-`alameen (Lord of the Worlds) will not respond to you? Allahu Akbar (God is the Greatest), this is Allah! Without doubt Allah (subhanahu wa ta’ala) is going to answer you!

(sumber)

Sekali lagi diuji...
Semoga Allah beri keampunan dan kekuatan untuk jadi hamba yang Allah sayang... ameen...