Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya Eidul Fitri...

Assalamualaikum wbt....
 
dis.... is our raya...for 1434H @ putrajaya darul kon.... (boy gave dis name sebab putrajaya memang kaya dengan kon oren tuh)

hehehehe....

btw, ini raya paling kowboy dalam sejarah peradaban kehidupan saya...

1. lambat p solat raya... (bajet wat style kampung, 8.15 boleh lenggang mak minah lagi p masjid)
2. tak ada salam raya yang proper (owh i missed this)....
3. tak ada baju raya.... (hahaha... uols tgk apa weols pakai)...
4. tak ada gambar family raya....
5. tak ada tok ngn opah...
6. tak ada kek raya mama...
7. tak ada nurdini dan nor eno dan shikeen...sedey oooo

huhuhu.... sedey pulak tetiba.... tapi... ada setinggi-tinggi rasa syukur pada Allah... sebab

1. masih ada nyawa...ALHAMDULILLAH;
2. ada "nyawa baru dalam keluarga" si cantik manis nur arissa hannah... ALHAMDULILLAH;
3. masih ada nikmat iman...dan islam ... ALHAMDULILLAH;
4. masih boleh beribadah...sebab masih ada masjid nak p solat raya...masjid besar dan cantik pulak tu....selesa... tak ada perang tembakan dan bom... ALHAMDULILLAH;
5. masih ada mama dan ayah.... along abglong ai'man ariff arissa untuk celebrate raya sama2...ALHAMDULILLAH;
6. masih punya teknologi yang mendekatkan yang jauh... boleh telefon nur dini dan nor eno...ALHAMDULILLAH;
7. masih ada baju baru nak di pakai walaupun bukan baju raya...ALHAMDULILLAH;
8. masih ada lemang dan rendang serta makanan yang enak untuk di jamah...ALHAMDULILLAH;
9. ada sedara mara datang melawat ... ada umah untuk dilawat... (termasuklah umah PM)... hahaha...ALHAMDULILLAH;
10. masih dapat duit raya dari manager mimos... hahahahaha...ALHAMDULILLAH;
11. masih ada rumah nak didiami ... at least lagi best daripada beraya kat hotel... heheheh. ALHAMDULILLAH;

seee.... banyak sebab kenapa kita kena bersyukur... okey... selamat hari raya... maaf zahir batin... semoga Allah terima amalan kita semua...

semoga Allah rezekikan kita untuk sampai pada ramadhan akan datang dan dapat berhari raya dengan lebih gembira dan penuh keberkatan....

(picture ... moved)
my abah tertinggal baju melayu kat umah TI... so pakai jubah kowboy ne... abah beli masa our hajj trip 2011 tapi tak pernah dipakainya sebab segan berlengan pendek... hahahaha... ada hikmah jugak baju raya abah tertinggal...
mama jer ada baju raya...
me, pakai jubah yang maksu beli kat makkah last year... tak pernah pakai lagi..sebab last year hilang kat rumah tailor....

(picture ... moved)

ai'man n abah ai'man paling sempoi...
no sampin no songkok...
tatau dah tertinggal kat mana songkok depa...
opah a.k.a my mama is so de very anggry bird oooo...
 
 
si cantik manis yang lahir pada
24 ramadhan 1434H
*semoga panjang usia dalam iman dan taat pada Allah, cinta dan kasih pada rasulullah s.a.w,
anak yang solehah buat ayah dan ibunya... selamat di dunia dan akhirat... Insya Allah.. ameen*
 
 
1. panduan ke masjid for sembahyang raya...
btw sebagai panduan... kepada yang pertama kali beraya @ putrajaya like us, jangan lah kau rasa sebab putrajaya tu lengang, kau boleh lenggang mak minah g pepagi raya ke masjid sebab masjid dah mula penuh seawal jam 730 pagi ya.... kalau kat kampung opah atok saya, solat 830 pagi, 820 pagi masih buat lawak lagi p jalan kaki ke masjid...ne kat masjid putra, 745pagi ang dah kena solat kat luar pintu okay... 820 pagi, hah, laluan langsung dah tak boleh dimasuki since dari PJH building yang baru tew... maka pasrah lah membawa kaki dan kereta ke masjid besi sebab masjid besi boleh masuk bawak kete sampai ke depan lagi untuk turunkan passenger, pastu lari2 masuk masjid, sebab dia tak ada pintu macam masjid putera, maka ang tak rasa lah yang ang solat luar pintu walaupun dah lambat... hahahaha....
 
tapi putrajaya mmg lengang ar... tak ada orang tuh... hehehehe... 1st syawal alamanda pun hanya parkson, aeon big, cold storage, subway, kfc watson yang bukak... lelain tutup... tu ar 1st time saya masuk alamanda cam berantu jer kekdahnya... huhuhuhu...
 
2. panduan kat mana nak cari lemang yang best...
owh yer satu lagi panduan... kalau nak beli lemang, ang boleh cari kat dengkil or like me, iols p cari kat bangi... ang tau warung dusun gear box?  hah kat situ dibuka besar nya khemah membakar dan menjual lemang selama sebulan raya okay... murah jer 10 or 12 hengget.... ikut size... pastu dia siap bedah lemang tu, kalau ang tak puas hati boleh tak ambik n p cari lain k...
 
3. panduan kat mana nak raya kalau dah blur sangat tatau mana nak pergi...
okay... sekitar keyal dan putrajaya ne, ang boleh lah p beraya kat umah PM, umah TPM istana negara...  ne antara yang saya tau lah 1st dan 2nd day raya ada open house...  pertama kali juga dalam sejarah peradaban hidup, iols p beraya @ sri perdana... hahahaha... ngan kengkawan yang juga tak balik kampung.... sebenarnya nak p istana negara... tp since istana tu kat kl pastu dibuka dari 11 pagi - 2.00 petang jer, cam tak baloi nak g jejauh end up tak dapat masuk n tak dapat makan kan kan kan...
so weols pergi sri perdana jer.. dekat secoi tot jer ngan our house... hehehe... info umah terbuka ne angpa boleh tgk kat tv or kat laman web naaaa....mcm kat putrajaya depa dah naik bunting siap bagitau ada jamuan raya.. hehehehe....




 
pastu kalau tak ada kerja lagi, p beratur kat dalam kediaman sri perdana tu untuk mendapatkan door gift... ikut nasib lah pada tahun tu depa bagi apa...
tapi kuih raya macam dah  pasti ar dapat - sedap weih kuih raya kak mah.... yang atas tu mug...
duit raya for kids jer... my staff said dapat 5 hinggit... hehehehe....
 
tapi . . . tapi . . . tapi . . .
jangan ar buat adegan tapau menapau ne... sian duh orang yang datang kul 2 3 makanan dikhabarkan dah tak berapa ada...
iols p pukul 1230tgh hari, so  makanan banyak lagi... tak perlu Q tak perlu berebut okay...
makan jer dengan bertenang....makanan sangat banyak dan sedap...
ada nasik minyak... ada mee kari... roti bom... roti john.... satay... putu mayam.. .mee goreng... kueh teow goreng... macam2 ada....
 
 
tapi ada juga pengunjung yang erm... menapau bagai tak pernah jumpa makanan...
 time makan sepenuh2 pinggan, tapau lagi... pastu beratur 2 3 pusingan sebab nk sourvernir n kuih raya lebih... adei...  weih...ingat lah orang belakang weih...
JAGA ADAB...
 
iols rasa betul perlu letak dakwat kekal kat spesis yang satu ne...
 
apa pun stay tune... stay alive... stay healthy... stay away from masalah...n jangan lupa buat puasa sunat 6 syawal kay...
 
till then.... daaaaa.....

Thursday, August 1, 2013

Wanita dan Lailatul Qadar (10 Akhir Ramadhan)


Assalamualaikum wbt...

Saya copy dari belog Dr. Basit di SINI
SEMOGA BERMANFAAT....


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, yang telah menyampaikan kita pada bulan Ramadhan tahun ini lalu memberi peluang untuk kita menambah amal kebajikan. Semoga buku amalan kita dipenuhi dengan pahala-pahala yang dikaut sepanjang Ramadhan ini, insya’Allah. Hari ini hari ke20, esok kita akan memasuki 10 ketiga atau terakhir bulan Ramadhan. Hari-hari yang memiliki kelebihan dan kemulian yang khas dan berbanding lainnya.

Di antara nikmat dan hadiah Allah SWT terhadap hamba-Nya umat Islam akhir zaman ini, dianugerahkannya kepada kita satu malam yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan. Suatu keutamaan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya. Iaitu malam “Lailatul Qadr”. Suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sebagaimana firman Allah SWT:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *

{Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam taqdir (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam taqdir (Lailatul Qadr) itu? Malam taqdir itu (Lailatul Qadr) lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”. [Al-Qadr: 1-5]

 BAGAIMANAKAH WANITA MUSLIMAH YANG UZUR HAIDH NAK DAPAT LAILATUL QADAR



Ulama' menjelaskan bahawa (pahala) amalan pada malam yang barakah itu lebih baik daripada pahala amalan yang dikerjakan selama 1000 bulan yang lain. 1000 bulan itu sama dengan 83 tahun lebih. Itulah di antara keutamaan malam yang mulia tersebut.
Rasulullah SAW pada 10 terakhir Ramadhan ini meningkatkan amalan ibadah Baginda dan berusaha untuk meraihnya. Baginda bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ مَاتَقَدَّمُ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap balasan (dari Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. [HR Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222].
Ummul Mukminin Aisyah ra meriwayatkan tentang keadaan Nabi SAW pada 10 terakhir Ramadhan :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر - أي العشر الأخير من رمضان - شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله . متفق عليه

“Adalah Rasulullah SAW apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, Baginda mengikat tali kainnya (yakni meningkat amalan ibadah Baginda), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan isteri-isterinya.” [Muttafaqun ‘alaihi]

Untuk penjelasan lebih lanjut tentang Lailatul Qadr sila dengar:



Muslimat di 10 Akhir Ramadhan;

Apa yang ingin dibincangkan atau menjadi persoalan utama di sini ialah keluhan-keluhan dan pertanyaan daripada kawan-kawan muslimat.

“Alamak! Esok dah 21 Ramadhan period saya baru mula... terlepas la Lailatul Qadr tahun ni..”

“Saya dah tiga tahun, tinggal puasa ‘cuti’di akhir Ramadhan, bila la nak dapat Lailatul Qadr??”

“Kalau kita ‘uzur’ apa ibadat yang boleh kita buat untuk mendapatkan Lailatul Qadr?”

Serta pelbagai lagi bentuk persoalan, tetapi isu utamanya adalah: “Bagaimanakah cara bagi wanita yang datang haidh (cuti/uzur) beribadat juga peluang untuk turut meraih Lailatul Qadr??”

Ini bukan isu yang kecil kerana sehingga ada yang sanggup untuk mengambil ubat penahan haidh pada bulan Ramadhan ini kerana takut kerugian dan terlepas tawaran istimewa yang hanya datang setahun sekali ini.

Sebenarnya kita tidak perlu bertindak sejauh itu, haidh adalah satu nature, tabi’i bagi kaum Hawa. Allah Yang Maha Adil, yang mencipta kita dan memberikan sifat itu kepada kita pasti sekali tidak akan membiarkan kita kerugian dan terlepas tawaran yang begitu besar ini.

Orang yang berhadas besar seperti haidh ini hanya tidak boleh melakukan ibadat puasa, solat serta membaca al-Quran (serta semua yang memerlukan wudhu’).

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Bukankah wanita itu jika sedang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa? Itulah kekurangan agamanya.” [HR Bukhari]

Walaupun Allah memberi kita ‘cuti’, tidak dibolehkan puasa dan solat, namun ia tidak bererti kita tidak boleh melakukan sebarang amalan atau ibadat yang boleh menambahkan lagi pahala kita, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang segala amalan dilipat gandakan pahalanya.

Banyak lagi amalan-amalan yang dicintai oleh Allah SWT serta ibadah sunnah lainnya yang dianjurkan yang dapat dilakukan diantaranya:

1)Menyediakan dan memberi iftor (hidangan berbuka).

Menyediakan makanan kepada orang-orang yang puasa samada anggota keluarga ataupun saudara-saudara umat Islam. Iftor adalah amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, kerana mengandung pahala yang besar dan kebaikan yang berlimpah.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang memberi iftor (hidangan untuk berbuka) orang-orang yang puasa/berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang puasa/berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun". [H.R. Bukhari dan Muslim].

Jika tidak mampu dari segi kewangan, tolonglah ibu atau kakak di dapur untuk menyediakan hidangan berbuka bagi keluarga. Juga memberi sumbangan tenaga menolong di tempat-tempat yang menganjurkan jamuan berbuka puasa seperti di masjid-masjid atau surau berdekatan.

 
2)Menyediakan Makanan Sahur.

            Menyediakan makanan sahur kepada anggota keluarga ataupun saudara-saudara Islam lain juga satu ibadat yang tidak kurang besar pahala dan faedahnya. Selain memberi makan kepada orang lain, ia juga memberi kita peluang untuk turut menghidupkan waktu sahur serta qiyamullail. Walaupun tidak dapat bersolat masih banyak lagi ibadat lain yang dapat kita lakukan.

            Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya: "Allah turun ke langit dunia, ketika malam telah tinggal sepertiga yang akhir. Maka Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan doanya. Sesiapa yang minta ampun kepada-Ku, maka Aku ampuni dia." (HR. Bukhârî dan Muslim).

Dan Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Pada waktu malam, sesungguhnya ada suatu saat, dimana jika seseorang Muslim memohon kepada Allah suatu kebajikan dunia dan akhirat ketika itu, niscaya Allah mengabulkannya." (HR. Muslim).


Bagi kaum ibu yang sudah menjadi tugasan wajib bangun untuk menyediakan juadah sahur serta mengejutkan keluarga, anak-anak dan bapanya, maka ambillah kesempatan itu untuk turut bersama berdoa, beristighfar dan berzikir mengingati Allah.

            Anak-anak gadis pun bangunlah untuk menolong ibu di dapur lalu memberi peluang kepada mereka yang tidak ‘cuti’ beribadat lebih lama, serta mengambil peluang waktu mustajab itu untuk turut berdoa dan berzikir, bukan hanya meneruskan tidur tanpa apa-apa input yang berfaedah! Bahkan setengah tu siap berpesan: “Mak malam ni tak payah kejut sahur, saya cuti??!!” Bukankah ini amat merugikan? Korbanlah masa tidur untuk sepuluh malam terakhir yang entah bila lagi kita akan sempat laluinya.

 
3) Menjauhi Larangan Agama.

Kita hendaklah bijak memanfaatkan setiap detik ketika bulan Ramadhan walaupun ketika sedang haidh, dan terhalang menunaikan puasa masih mendapat pahala iaitu dengan berusaha menjauhi segala yang dilarang oleh agama,dan berusaha menjaga lidah dari mengeluarkan kata-kata buruk seperti berdusta, mengumpat dan seumpamanya. Bahkan sentiasa membasahinya dengan sesuatu yang berfaedah dan memberi pahala.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa tidak meninggalkan perkataan zurr (dusta, mengumpat, ghibah) maka tiada artinya di sisi ALLAH baginya puasa dari makan dan minum" . [HR Bukhari].

          Jangan kerana tidak puasa, bukan hanya meninggalkan ibadat tetapi terus leka menonton tv, mendengar lagu-lagu yang tidak elok, surfing internet tanpa manfaat dan seumpamanya.

 
4)  Banyakkan Berdoa dan Berzikir Sepanjang Hari.

Berdoa di bulan Ramadhan adalah sangat mustajab, dan sangat digalakkan, maka manfaatkan waktu dengan sentiasa berdoa dan bezikir setiap masa.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada kaum membaca Kitab Allah (berzikir kepada ALLAH) kecuali mereka di kelilingi oleh malaikat-malaikat, di liputi oleh Rahmat, turun kepada mereka ketenteraman, dan ALLAH menyebut mereka sebagai orang-orang yang di sisi-Nya.” [HR. Muslim].

Walau tidak solat, kita boleh berdoa pada bila-bila masa saja terutamanya pada waktu yang mustajab seperti ketika sesudah azan dan pada waktu sahur. Kerana itu bangunlah pada waktu sahur walupun ‘cuti’.

 
5) Mengingatkan anggota keluarga kepada kebaikan,

terutama suami/anak/saudara lelaki agar sentiasa solat berjamaah di masjid. Juga solat sunat terutama solat terawih, sunat dhuha dan solat sunat qiyamul lail.

Juga dengan memberi peluang kepada ibu/saudara/kawan yang mempunyai anak kecil dan jarang berpeluang ke masjid untuk bersolat terawih dengan menawarkan diri untuk menjaga anak mereka semasa waktu terawih.

Rasulullah SAW bersabda:

“Dan jikalau mereka mengetahui apa-apa yang ada dalam solat Isya’ dan Subuh nescaya mereka mendatangi keduanya bahkan mereka akan mencintainya.” [HR. Bukhari]

“Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan bersama-sama ke masjid di kegelapan dengan cahaya yang sempurna pada hari akhir nanti.” [H.R At Tirmizi].

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang solat Subuh berjamaah,lalu duduk berzikir kepada Allah Subhanu wa Ta’ala hingga terbit matahari,kemudian solat dhuha dua rakaat,maka untuknya pahala haji dan umrah, yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna .” (HR. At Tirmizi)

“Hendaklah kamu mendirikan qiyamul lail, kerana dia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu, jalan untuk mendekatkan pada Tuhan kamu, penghapus dosa-dosa, pencegah maksiat, dan penolak masuknya penyakit ke badan”. (HR. At Tirmizi).

 
6)  Menyibukkan diri menuntut Ilmu yang Manfaat.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut Ilmu, nescaya Allah SWT menunjukkan jalan menuju Syurga Baginya”. (H.R. Muslim)

 
7) Banyak Bersedekah dan derma.

Ibnu Abbas ra berkata: “Rasulullah SAW adalah manusia yang sangat pemurah dan Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan... dan Baginda SAW lebih pemurah dalam kebaikan daripada angin yang kencang.” [HR: Al-Bukhari]

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk bersedekah mengikut kemampuan masing-masing. Sabda Nabi SAW:

)) اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ)) البخاري

Maksudnya: “Takutilah api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah tamar”. [HR: Al-Bukhari].

Imam asy-Syafie berkata: “Aku suka jika seseorang bertambah pemurah pada bulan Ramadhan kerana ia mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW, kerana ketika itu manusia berhajat kepada bantuan untuk keperluan mereka. Ini kerana manusia sibuk dengan puasa dan solat (ibadat) berbanding pekerjaan masing-masing”.

Kaum wanita yang mempunyai kemampuan masih berpeluang berderma dan bersedekah pada waktu ini.

Sebenarnya terlalu banyak lagi kebaikan dan ibadat yang dapat kita lakukan, tinggal hendak atau tidak sahaja!!!

Dengan niat yang baik, dan keikhlasan kita ingin beribadat serta kita pun telah menunjukkan kesungguhan dari awal Ramadhan lagi, insya’Allah kita akan dapat mencapai pahala pada malam Lailatul Qadar dengan sepenuh dan sebanyak mungkin.

Mudah-mudahan memberi manfaat buat semua, khususnya para muslimat diluar sana. Semoga Allah SWT sentiasa memberi kita hidayah dan kekuataan untuk sentiasa istiqamah di dalam ibadat dan keredhaan-Nya, amin.

Ukhtukum,
Ummu Anas Madani.
PSD 20 Ramadhan 1434H.

Monday, July 29, 2013

Jom Borong Kurma Ajwah @ Pasar Kurma Malaysia

assalamualaikum wbt....

(kemaskini pada 25.03.2015: saya ada satu lagi pemborong kurma yang juga baik hati dan murah serta berkualiti ... please checkidout here ... i met them a few time oledy ....
mereka ada buka stall kat masjid negara (tak reti nak explain, tapi you all can contact them - gigih saya cari tempat tu kat mana... sebab murah... hahaha...)

dan pernah juga ke kedai mereka di Bentong, Pahang (sangat bersih dan berkualiti) - gigih sampai ke Bentong ku jejaki mereka..

so sekarang ... dah tak yah g kedai... saya suruh mereka pos sahaja ... so lets cekidout ya ...  


Bazar Tamar Al-Arif  : 

website nyer pun sangat bagus (LINK HERE) 
http://www.alarif.com.my/


P-37, bazar setingkat,
jalan prima 2, taman bentong prima,
28700 bentong pahang, Malaysia
013-3978857 @ 013-2078857
 pasartamar@gmail.com


(dis is our muslim malay bisness, lets support them...) 
suka arh berurusan dengan orang-orang baik ni...



JOM ... JOM... JOM....
dapatkan kurma yang segar dari ladang from madinah...






ayah said like his own ladang kurma... hahaha...
sebab pokok kurma sama cam pokok kelapa sawit...
tapi gambar ne betul ar kat ladang kurma madinah...


 lepas melawat ladang... haruslah pergi beli kurma bukan?
masalahnya... ladang kurma, tapi appricot, kismis, buan tin... semua pun ada...
kau tengok??? berebut2 mereka...

me?  dok belakang jer... sub con kat mak utk pergi beli...
ramai tak nak beli sini sebab they said mahal...
lerrr... mahal tak sampai pun 10 riyal daripada pasar kurma kt area masjid nabawi tu.
tapi kurmanya jauh lebih baik dan fresh berbanding pasar kurma...
i beli sekilo jer ajwah kat sini.... 90 riyal kot...
tp puas hati... alhamdulillah....

okay.... itu cerita weols pada 2011... sekarang 2013... maka kurma ajwah iols pun dah habis... 2012 ramai kawan2 iols pergi umrah, iols kirim ajwah... okey, stock 2012 ada kurma direct from madinah... masalah 2013.... kawan iols dah tak boleh bergi umrah sebab masalah mahram... uols know lah kan peraturan baru dari arab saudi...  so redha...
tapi kurma rumah iols dah habis... ada yang erm non-ajwah... non - mariami... so iols pun peninglah mana nak cari ajwah yang best pada harga berpatutan.... selalu ramai orang bagi i kurma gred bagus2, tapi dis year, mungkin depa pun dah boring bagi i kurma, so i lah pulak kena bagi orang kurma... hahahaha... pastu kebetulan adek nak balik ausie, kurma dia kat ausie pun dah abes, maka mak mengeluarkan 1 arahan p cari kurma adek nak bawak balik... Iols ingat iols pernah kidnap ajwah anak sedara iols punya.... dah kurma abes, tgk2 atas meja ada ajwah se tupperware... tgk besar2 mak dia tulis ARIFF HAKIM. hahahaha... so iols tanya along beli kat ne.... and along introduce to her fren  kak kamilah....
sebelum saya mengarut dengan lebih melalut... nah nah... p copy n click dulu link ne...
korang tak nyesal punya.... (bagi yang tak ada FB macam saya... tak per ar... saya paste ar gambar buat korang terhibur dan terkesan....)
JOM Kita tak yah susah payah pergi pasar kurma....kita beli kat malaysia jer... biar kak kamilah yang bawakkan untuk kita direct from madinah.... (eh kak, betul kan dari madinah?)

BTW I call it pasar kurma kak kamilah....(*_*)

hah... apakah?  kau dah kenapa huda....

https://www.facebook.com/BorongKurma/




SMART & HEALTHY SNACK IDEAS
"Great Service, Quality Product Freshly Delivered
To your ~Door step"
NOSAKA ENTERPRISE www.facebook.com/borongkurma
sms/whatsapp : 016-412 4207
email :
nosaka.enterprise@gmail.com
al-kisah... tayyib....
Rujuk cerita ringkasan di atas,... jangan beri peluang saya melalut....

my along telah mencadangkan untuk beli kurma dari kawannya iaitu kak kamilah (opkos lah kalau dah kawan along saya - haruslah saya memanggil beliau dengan nama kakak, bukan?)...
saya tak ada FB..... tapi tak ada masalah... kak kamilah emel kan katelog nya...
See beliau memudahkan urusan saya sebab lagi senang kot tgk katalog... ada setengah fbShop owner tak nak berurusniaga ngan orang tak ada FB... ek ele... wat jer lah katalog n emelkan...
wat is so big deal about having FB???? hah ??? u tell me now....
(okay - ayat dari orang yang tak suka FB).

BTW, niat asal saya nak beli kurma ajwah jer... sekali kak kamilah anta katalog,  terus berkata dalam hati... "ini pasar kurma madinah ke hapa ne???"
Dari nak beli ajwah je.... hah kau ... dah menambah2 ke kismis lah, appricot lah, kacang cerdik lah... dan tah apa2  lagi... saya ne memang kalau barang baik... beribu pun aku p shop... memang dasar shopaholic....

saya suka semua produk yang ada.... hahaha.... dah lah best... price pun reasonable ...  so how i can say no kan?  opkos lah saya borong sakan bagai nak rak ngan akak kamilah... dah lah kak kamilah ne baik... layankan ajer saya yang meng order list tunggang langgang pusing terbalik lintang pukang... baik giler ar kak kamilah ne...

so apa lagi nak?  produk best... harga terbaik dipasaran... owner pun punyalah baik dan bersopan... pastu dapat sampul duit raya lagi.... (i dah dapat 4 paket tau...) yusuff tayob pun tak pernah bagi saya sampul duit raya... huhuhuhu....



so apa lagi... saya amat mencadangkan pembaca2 yang tersinggah mendarat kat belog saya, supaya pergi mendarat pulak kat fb borong kurma kak kamilah saya (waaahhhh dah jadi kak kamilah aku lah pulak.... poyor sungguh dak huda neh)....  ok meh tgk apa gambar yang ada dalam simpanan saya....

saya dah order ajwah - ntah ada kot 5 kg....
kismis - 0.5 kg
gajus - 3 kg
pistachio a.k.a. kacang cerdek ntah dah 4 kg kot...
apprikot... habatussauda.... dan banyak lagi.... saya dan kawan2 opis jer dah memborong hampir 4 figure... bukan apa nak kabo... memang produk ne best... so tahun ne i nak raya style arab... hidangan kurma, appricot, kismis, gajus, pistachio, ha satu lagi saya beli kacang tumbuk.....

KURMA NABI @ AJWA 

0.5KG=RM65 

1.0 KG = RM 125

* untuk lebih clear, p ke FB beliau, atau kalau tak ada FB macam saya...
u can emel her or whatsApps her okay...

BUAH APRICOT KERING     0.5 KG = RM 20
1.0 KG = RM 38 


GOLDEN RAISINS (JUMBO)
0.5 KG = RM 20
1.0 KG = RM 38 


BARLEY PEANUT CANDY 

(KACANG TUMBUK) 

0.5 KG = RM18 
1 KG = RM 35 ( +/- 80 BIJI )



BIJI HABATUSSAUDA
100 gm = RM 10

ok bawah ne yang lain2 lah produk yang ada...
(akceli banyak lagi... tapi dah letih ar nak upload)
for those yang pernah p madinah....
perasaan saya tgk katalog kak kamilah... adalah seperti berada di pasar kurma madinah
(versi kak kamilah...hahahaha)...
n she mentioned ajwah is from madinah lah...



*********the end**********

p/s: korang blh choose nak self collect or suruh pos pun boleh...  see this...
  
 ramai okey customer beliau ...







  

sekian dulu promosi tak bergaji saya untuk kali ini.
BARANG BAIK KENA KONGSI DENGAN RAKAN...
Baru gembira dan best.......

till then...
stay tune... stay alive... stay healthy...stay happy and stay away from MASALAH.... hehehehe....
salam sayang semua...
nhhas