Showing posts with label WishList. Show all posts
Showing posts with label WishList. Show all posts

Thursday, November 8, 2018

Let's Shopping! Lazada's 11.11 Shopping Festival

hydie odie ....

Counting the days to 11.11.18 .... 






Picture source: google




Yesza u got it right 11.11 is the shopping festivals across the country .... And as usual .... Lazada has A LOTTTTT of items in various category to offer.




SIS dah LAMA glerz tak shopping seriously.


Memandangkan dah kalah datathon haritu yang mana hadiahnya merupakan sebiji handphone! (selain cash).... maka sis terpakslah beli sendirikan.


Thanx LAZADA for the Lazada's 11.11 Shopping Festival.


So here 3 items that I wish to have this time!

Let's Chekidout

First and foremost wishlist of the year of course lah handphone yeay!

Tapi nak beli handphone apakah di LAZADA ini.
So jom kita tengok brand phone yang ada di LAZADA ni.
Top 4 brand LAZADA mobile phone is huawei, apple, xiomi and samsung.

Nak Huawei P20 tapi mahai nau sampai RM2.6K

Hmmmm tapi reputasi seller 5 star ratings.
Okay boleh consider lah ea.


Huawei Mate 10 Pro pun looks good



My Wishlist no 2 ialah bag laptop sebab bag laptop dah koyaks

#kesiandiakerjakeras
So dalam bayangan saya nak beli bag ini

SwissGear Laptop Back Pack








Next item in my wish list is : Pressure Cooker

Russell Taylors 6L Electric Pressure Cooker PC-60, 

stainless steel pot - Multi Cooker Rice Cooker



Below RM200 .... hmmm boleh consider ni
Or else

Philips HD2136 Pressure Cooker Electric 5.0L 




Okay So that's my wish list for the Lazada's 11.11 Shopping Festival

Click Here to choose yours and make sure you get the best deals ever on 

Lazada's 11.11 Shopping Festival that will take place on 11 November 2018 on Lazada Malaysia.

Have fun weekend Shopping gals

Wednesday, August 31, 2016

100 WISH list before I die ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

First and foremost ... 
H.A.P.P.Y.B.I.R.T.H.D.A.Y.T.O. T.H.E .O.W.N.E.R.O.F.T.H.I.S.B.L.O.G

untuk itu ahkak declare ini hari 
PUBLIC HOLIDAY ...
Ha ha ha...

Sempena ulangtahun pada 2016 ini - ketika usia yang tak berapa nak muda ini ... Dikongsikan 100 WISH list before I die ... Mana tau korang yang baca ni boleh tolong saya mencapai hasrat ni semua kan ... hi hi hi ... Paling hebat - tolong doakan ...

Sebenarnya list ni saja suka-suka je.  Tidak disusun mengikut keutamaan tertinggi mahupun ter rendah ; rawak sahaja.  Cuma disenaraikan item yang telah berjaya dipenuhi terlebih dahulu.

Jom cekidout ...
1.                Menunaikan Haji dan Umrah (semoga ianya mabrur, Insya Allah) -  DONE - READ HERE (Haji 2011, Umrah 1st 2005). Namun jika Allah izinkan ingin sekali lagi atau kalau boleh berkali-kali lagi menjadi tetamu Allah - kali ini dengan encik asben, mama, abah, adik, along & family, boy&family.
2.                Bawa mama abah bercuti ke luar negara - DONE.
3.                Bawa mama abah ke Kuching - DONE.
4.                Tour bird park KL - DONE.
5.                Masuk ISTANA NEGARA LAMA KL a.k.a Muzium DIRAJA - DONE.
6.                Wall climbing  - DONE. tapi kat Putrajaya je ... ha ha ha...
7.                Menyertai dan memenangi Treasure Hunt - DONE. - 2 kali (Link treasure hunt JPM).
8.                Snorkelling dan bercuti di Pulau Perhentian - DONE. (Link Perhentian).
9.                Join volunteer for Soup Kitchen - DONE. (PERTIWI dan Team Dr. Azma)READ HERE.
10.           Marathon / Run - DONE.
11.           Canopy Walk - DONE at Sabah.
12.           Madame Tussauds London - Baru sampai Madam Tussauds Sydney - Kira DONE je lah ye - bukan best sangat pun tengok patung lilin ni - ha ha ha.
13.           Main paintball - DONE masa berkursus READ HERE - tapi kalau boleh nak main sekali lagi.
14.           Terpilih mengikuti kursus di JAPAN - DONE with JICA OKINAWA.
15.           Buat open house kat rumah sendiri - DONE2009 - tapi rumah sewalah bukan rumah yang dibeli sendiri.
16.           Bercuti ke Tasik Kenyir - DONE - Read Here.
17.           Tour Taman Negara Sabah - Kinabalu National Park - DONE.
18.           Belajar Hadis 40 - DONE. - Keluar tv tau muka I ... hi hi hi... ada senior ni dok tunggu depan tv every weekend katanya sebab Ustaz yang mengajar tu best disamping nak cari "muka CH" ... haaa yang last tu lawak.

19.           Belajar dan fasih dan mengamalkan Al-Quran dengan sempurna. Partially DONE i.e. mengikuti pengajian Al-Quran di USIM selama 2 semester. Disamping bertalaqi dengan guru-guru di Masjid - Alhamdulillah. Tapi bab mengamalkan dan fasih dengan sempurna tu masih belum lah ... DONE kat belajar sahaja.
20.           Tour Australia - Partially DONE - Melbourne and Sydney.
21.           Tour museums in KL - Muzium negara + Muzium Kesenian Islam + Muzium telekom + etc etc etc - Partially DONE.
22.           Tour New Zealand - Partially DONE... walau pun dah sampai  - tapi kena repeat sebab trip haritu banyak tempat lagi tak dapat dilawati.

23.           Dapatkan sanad bacaan Al-Quran.
24.           Dapatkan sanad belajar ilmu hadis.
25.           Belajar + faham dan kuasai bahasa Arab dengan baik.
26.           Menetap dibumi Mekah / Madinah dan syahid di sana - ni wishlist dari umur 14 tahun. 
27.           Menjejak kaki ke Bumi Palestin dan bersolat di dalam Masjid al Aqsa.
28.           Jumpa anak angkat di Palestin.
29.           Belajar dan memahirkan diri menunggang Kuda.
30.           Belajar dan memahirkan diri memanah.
31.           Belajar dan memahirkan diri berenang.
32.           Nak naik Eurostar tour Europe.
33.           Tour Turki with de loved one.
34.           Melancong ke Eropah-  SELURUH England with de loved one.
35.           Bergambar di hadapan Istana Buckingham dengan askar kaku tapi hidup tu.
36.           Melancong ke Eropah- Jalan - jalan cari masjid.
37.           Melancong ke Eropah- Swiss .
38.           Nak naik keretapi di Swiss - view cantik sangat. Masya Allah.
39.           Melancong ke Eropah - Germany .
40.           Melancong ke Eropah - France .
41.           Melancong ke Eropah - Italy + Rom + Venice
42.           Melancong ke Eropah - Netherland + dan bergambar sampai lebam di Tulip festival.
43.           Melancong ke Eropah - Spain & Morocco . Itinerary dah siap - sapa nak ikut jom.
44.           Melancong ke Eropah - Bosnia and Balkan. Itinerary dah siap - sapa nak ikut jom.
45.           Melancong ke Canada - Seluruh Canada - with picture at Niagara Falls
46.           Melancong ke Rusia.
47.           Menonton Olimpik di Tokyo secara live - 2020.
48.           Melancong ke Mesir - Alexandria.
49.           Melancong ke Jordan - Berenang di Laut Mati +petra (strike thru sebab tempat lak'nat)+ wadi rum 
          spain, granada, morocco, 
50.           Memiliki mini cooper baru - hardtop 4 door or convertible.
51.           Melancong ke India - Taj Mahal + Agra + Delhi .
52.           Melancong ke India dan Pakistan - Kashmir - pengaruh Bjarzangi Bhaijan
53.           Melancong ke Maldives.
54.           Melancong keJapan - JJCM - jalan-jalan cari masjid
55.             Melancong ke Japan - naik shinkansen + nak makan fresh takoyaki yang sedap + nak makan smoke salmon (aku bawak siap-siap cili padi dari Malaysia) + nak panjat Mount Fuji + bergambar dengan Mount Fuji sampai lebam + nak bergambar dengan Sakura sampai puas.
56.            Melancong ke Korea - JJCM - jalan-jalan cari masjid.
57.             Melancong ke Korea - Jeju Island + Nami Island + nak lompat-lompat baling Autumn Leaves sambil berangan.
58.           Tour Pulau-pulau cantik di Sabah - Pulau Sipadan, Mabul, + etc.
59.           Menawan tembok besar China - but I don't like this country - ha ha ha ... how? 
60.           Tour pusing-pusing KL menggunakan KL Hop on Hop off.
61.           Jogging kat Taman Botani KL.
62.           Explore Hutan Simpan FRIM - Kat Kepong nun.
63.           Main boomerang kat laman istana negara yang lama.
64.           Main boomerang kat pantai.
65.           Water Rafting - NZ or Bandung or Sabah - mana-manalah janji dapat ber water rafting.
66.           Jet Boat - NZ.
67.           Paragliding di NZ (kalau boleh biar buat dengan encik asben /mahram).
68.           Ice Skating/ Snow surfing - NZ or Swiss.
69.           Mendaki dan menawan Gunung Kinabalu.
70.           Masuk dan menjelajah Gua Mulu sarawak.
71.           Masuk dan menjelajah Gua Tempurung + Enjoy white water rafting.
72.           Tour Taman Negara Malaysia.
73.           Tour Taman Negara BAKO - Sarawak.
74.           Menonton teater yang berkualiti (kalau boleh nak tiket free - ha ha ha) di Istana Budaya.
75.           Buka Book Cafe with Adik - mengadap Tasik di Putrajaya.
76.           Mencapai level TERROR tahap masterji membuat kek + pastri + grill + pasta.
77.           Boleh membuat cheese tart yang sedap.
78.           Mencapai level masak tahap mahaguru mama. - mesti sampai dapat pengiktirafan mama - sebab aku belum sampai level pengiktirafan tu... so sad.
79.           Buat/ Masak/ Bake + Ambil Gambar dan terbitkan buku resepi mama.
80.           Memiliki kediaman yang selesa di Putrajaya berhampiran dengan masjid yang diimarahkan.
81.           Memiliki kediaman di Venice - eco glades Cyberjaya - ha ha ha... - kalau menang hadiah ke + dapat free ke - Masya Allah.
82.           Dapat sponser (Eric home deco tu ke) - untuk renovate "rumah merah" kat kampung.
83.           Menjadi guru tadika / memiliki Islamic Montessori.
84.           Menjadi sukarelawan MERCY MISSION MALAYSIA.
85.           Mengunjungi my former University - sambil melompat-lompat di Balai Cerap + makan kat arked + jumpa lecturer + bersolat di MSI + curi-curi masuk PSI.
86.           Travel ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan memandu good car accompany by good frens - from North to South.
87.           To join any blogger event and meet all blogger frens - Sis Nohas, Kak Zakie, Kak Anim Rahmat (SP Kedah), SS, SJM, HH, Mummy Julia (dah jumpa) , Sal-M(dah jumpa), SYM(dah jumpa), Tuan MKL, Anies, BW, dan semualah yang selalu sapa saya kat blog tu ... dan Kak Noor (Brunei) - sambil makan makanan lazat yang kak noor masak ... ha ha ha...
88.           Makan ikan terubuk bakar, sotong celup tepung yang best dan fresh di Kedah/Perlis.
89.           Menjadi host rancangan travelogue. Host ala-ala Rasa Halal Antarabangsa ke, Destinasi Bajet ke, kan. The Streets yang di host kan oleh Qi Razali tu ke kan... Qi oh Qi - bersaralah - or cuti jap ke - bagi lah I take over The Streets pulak ... plis plis plis ... Ha ha ha. 
90.           Menjadi host rancangan Jalan-jalan cari makan. Naz ... bila nak panggil I jadi host bersama ... ha ha ha... Habeslah kena reject ngan mertua - dapat menantu kuat makan. ha ha ha... 
91.          Memandu kereta dengan laju tanpa kena saman dan tanpa kemalangan.  errrrr... sebab 110km/j is too slow lah.
92.           Terpilih mengikuti COTI - Korea (dengan Talent X / good team from Malaysia).
93.           Melanjutkan pengajian ke luar negara.
94.           Lulus cemerlang masters sebelum usia 40 dan phd sebelum usia 45. Insya Allah.
95.           Menulis sebuah atau berbuah-buah buku yang berkualiti dan menjadi BEST SELLER.
96.           Re-union dengan semua Talent-X Batch 1/2014.
97.           Dapat menguruskan / membuang lemak yang tidak berkaitan di badan.
98.           Memiliki treadmill sendiri di rumah.
99.           Tulis artikel @ blog & tersiar di surat khabar @ majalah.
100.      Kawen - akhirnyaaaaa kawen masuk carta ni ... kah kah kah ... padahal tak ada pernah kisah pun sebelum ni ... Sebenarnya sebahagian besar wishlist ni tidak tertunai sebab tak ada mahram yang boleh mengiringi dan memenuhinya. Semoga ketemu sebaik-baik jodoh dunia dan akhirat - Aameen

ha ha ha ... habes - 100 bucket list saya ... sebenarnya panjang lagi ... sebab manusia ni kalau boleh memang nak langit dan bumi dan seluruh seisinya ...
Tapi wishlist sebenar sebelum mati - saya nak hidup baik-baik, nak hidup ikut yang Allah perintah, nak jadi orang yang beri manfaat untuk sejagat, paling penting - harap dapat kesudahan yang baik dalam hidup untuk bertemu Allah s.w.t... Hidup mati dan dibangkitkan semula dalam iman dan islam yang sempurna, Insya Allah...

So - apa bucket list korang?  Share lah jom ... main tag nak? Tag minimum 3 orang kawan yang korang sayang dan sporting ... Optional - link ke Blog I as original yang memulakan tag ini ... sebab I selalu main tag - tertanya-tanya "siapa yang mulakan"... kih kih kih ...

Have a beautiful days ahead you all.
Thanx for reading this.

Saya tag:
·        Sis Nohas
·        Sis Salbiah- M
·        Mr.Khairuddin Lim
·        Sis Scdha Sein
·        Mummy Julia
·        Kak Zakie

Sudi-sudikan jawab sempena hari jadi saya ni k.

@Loves_nhhas.

*auto publish - was written on Aug.1,2016*
#HarapPanjangUmurNakBaca.

Only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow 

Only know you love her when you let her go 

Only know you've been high when you're feeling low 

Only hate the road when you're missing home