Showing posts with label Kenali Ubat Anda. Show all posts
Showing posts with label Kenali Ubat Anda. Show all posts

Monday, October 12, 2015

Pembiayaan Bekalan Ubat dan Peralatan Perubatan untuk ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Sukacita saya ingin menarik perhatian tuan / puan,  berhubung perkhidmatan 
PEMBIAYAAN BEKALAN UBAT & ALATAN PERUBATAN UNTUK PESARA AWAM PERSEKUTUAN.

Sebetulnya, saya pun baru tahu perkhidmatan ini ada disediakan setelah menyertai kempen "Kenali Ubat Anda" pada tahun ini.  
Why I am spreading this news, semoga ramai yang lebih tahu dan memanjangkan kepada mereka-mereka yang tidak tahu.  Kita patut menuntut hak kita untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan terbaik okay... tapi janganlah mintak sakit pulak.  Kalau boleh, biarlah sihat hingga ke akhir hayat ye.  Insya Allah...

By the way, this service called e-MASS
(Electronic Medical Automation Supply System) yang merupakan satu servis yang berfungsi sebagai 
Perantara untuk memudahkan pesara dan tanggungan yang layak mendapatkan bekalan ubat dan alatan perubatan yang tidak dapat disediakan oleh Hospital / Klinik Kerajaan.

Siapa yang layak?  ada 5 golongan PESARA Awam Persekutuan yang layak mendapatkan perkhidmatan ini ...
Jadi kalian yang mana ada parents / jiran / saudara mara yang merupakan pesara perkhidmatan awam persekutuan (ala... staff gomen -federal yang dah pencen ye) layak untuk dapatkan servis ini.

Saya tak pasti sama ada terdapat beberapa syarikat yang menguruskannya atau hanya ada 1 syarikat tunggal yang diwakilkan oleh kerajaan.  Buat masa ini yang maklumkan kat saya hari tu pengendali nya Oratis Rx Sdn. Bhd.
(jangan argue tentang kronisme or bad service, sebab saya pun tak pernah guna servis ni...)

Ada steps yang perlu kalian ikut untuk mendapatkan khidmat bekalan perubatan ini.
Boleh click brochure di bawah ni - enlarge kan, (yang dah renyuk saya kerjakan).

alternatively , boleh hubungi 
e-MASS Careline 1800-88-6627.
atau laman web : www.oratisrx.com.my

atau lebih bagus, hubungi JPA je terus - bahagian pencen
BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN 
www.jpapencen.gov.my

***Sekian dimaklumkan... Semoga bermanfaat***

p/s:  kalau ada yang pernah guna servis ni, boleh lah share pengalaman dengan kami ye.



Disclaimer: NHHAS tiada kaitan dengan syarikat yang dinyatakan, entri ini juga bukan promosi berbayar.  sekadar memanjang-manjangkan maklumat yang ditaklimatkan, kot-kot ada yang memerlukannya.

Wednesday, September 30, 2015

Waktu Makan ubat yang disarankan...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hydie odie...Ogenkidesuka.
Nak share picture ni...

WAKTU MAKAN UBAT YANG BETUL Seperti yang disarankan oleh KKM...


Macam realistik sikit time ni... saya selalu bermasalah dengan timing ubat yang 3 kali sehari tu ... ooo rupa2 nya... ini panduannya... hihi...

Semoga bermanfaat ...

Uols yang jawab teka teki kenali ubat anda haritu ... tak nak emel kan alamat ke? Saya nak bagi ole2 awesome ni ...
Haha... kot ada yang dapat minyak cap kapak... ke... panadol ke... kannnn...

Big winner Sis FARAH dan Sis Nohas...
Yang gigih menjawab...
Sis BWSSSCik Ash Zafirahkak Aziesis Yaya IsmailSis Nora Karimsis Qaseh Abadisis ros reezaSis JMSis Deanne Morni,  mummy julia, kak zakie, cikgu etuza, angah dan semua yang menyertai segmen JOM KENAL ... meh emel kan address ye kat reallife.nhhas@gmail.com

Saya ada 15 item best nak bagi ni... kalau tak nak jangan nanges pulak tengok rakan lain dapat ... saya kira2 yang ikhtiar nak jawab haritu ada kot 12 orang ... hihi...

Saya bagi korang till 5 oktober 2015 ye untuk emelkan alamat ... senang g pjbt pos skali... maklum lah ...saya kan "RAJIN" g pejabat pos... hihi... 

Okay... share tu dulu.... Daaaa....
@LovesNHHas...

Tuesday, September 22, 2015

Jom Kenali Ubat Anda ... Jawapan kepada Q&A CARA-CARA SIMPAN UBAT

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hyde Odie... Waaa... sangat touching mouching dengan sokongan korang untuk kempen hidup sihat #KnowYourMedicine  yang dianjurkan sebelum ini... Kepada SEMUA yang menyertai JOM BERKENALAN ... Bukan pemenang yang ku cari ... Hanya sekadar ingin berkongsi secebis info yang ku perolehi ... Semoga ianya mendatangkan manfaat buat kalian dan mereka-mereka yang berada di persekitaran kalian - rakan, family, officemate, housemate, dan mate yang lain-lainnya...

thanx sis farah  dan kakak kembar - sis nohas  - sebab participate actively in your blog to create awareness among your readers ...
Terima kasih buat semua yang bagi jawapan, dan berkongsi pandangan, yang jadi rakan blogger picisan ni... terharu ... sob sob sob ... 

Tengs Sis BW, my dear SSS, Puan Wawa de vitamin lady,  Cik Ash de purple lady, Zafirah, Cikgu Etuza, kak Azie, sis Yaya Ismail, Sis Nora Karim, sis Qaseh Abadi, sis ros reeza, Sis JM, Sis Deanne Morni,  mummy julia, kak zakie, angah dan semua yang menyertai ... maaf tak dapat nak hyperlink semua ... sebab saya bersiaran dari hospital dan henfon yang terbalik ... hahahaha... bosan - bosan menunggu baca jawapan korang memang menghiburkan ... jom hi-5 sep sep ... jawapan kita cam sama jer... makna nya itulah pemikiran kita rakyat malaysia sebenarnya kan kan kan ... hihihih ...  I saw comment from my dear sister penyelaras duta kenali ubat anda bagi negeri selangor Sis Baiti, in my comment box. ... Thank my dear sister ... gigih menaip jawapan .. hihihih

So untuk itu ... ini lah jawapan - jawapannya ... i paste them here... dan siri #KnowYOurMedicine ni akan bersambung setelah saya berjaya melarikan diri dari hospital nanti ya... hahahaha ... wish me luck and good health everybody ...

JAWAPAN SOALAN BETUL ATAU SALAH - CARA-CARA SIMPAN UBAT MASYARAKAT MALAYSIA ...

Jawapan picture 4 tu hahaha... kita semua beri jawapan yang salah ... termasuk lah saya... sebab kita tak tau itu kotak insulin kan .... kak farah je perasan tu kotak insulin... hihi...

p/s : kalau rasa ianya bermanfaat ... please share... 

Jadi...jawapan yang betul mengikut piawaian pharmacist ialah...jeng-jeng:


picture 1; ubat yang dibiarkan dalam sampul bersama label adalah BETUL. Tetapi ubat yang dah siap asing dalam pillbox adalah SALAH. Dulu pegawai farmasi memang galakkan pakai pillbox tetapi kita perhatiikan banyak keburukan guna pillbox. eg; ubat terdedah kepada kelembapan which will compromise its stability & ubat yang berlainan jenis dibiarkan dalam 1 bekas dalam mudah berinteraksi antara satu sama lain. This eventually will reduce its efficacy. makan ubat pun tak optimized. 

picture 2: ini contoh yang BETUL ubat dibiarkan dalam sampul bersama label yang dah lengkap dengan info asas ubat tu. Jadi akan kurangkan medication errors; konsep 5B- pesakit yang BETUL. ubat yang BETUL. dos yang BETUL. cara pengambilan yang BETUL. masa yang BETUL.

picture 3: ni contoh pesakit yang sangat bagus & BETUL. Sepatutnya as a child, we should assist our parents to store medications properly. Sometimes elderly tend to consume wrong medications. ini common scenario yang kami jumpa dengan pesakit tua di hospital & klinik kesihatan.

picture 4: gambar ini sangat sangat SALAH. ubat yang dalam kotak2 tu sebenarnya stok insulin. ubat insulin yang belum guna sepatutnya kena simpan dalam peti sejuk sebab kalau simpan dalam suhu bilik akan tahan selama 1 bulan sahaja. insulin sanagat sensitif kepada suhu. sesiapa pernah belajar sains boleh kaitkan dengan struktur protein yang akan denatured jika suhu tidak sesuai. insulin ni guna untuk kawal gula pesakit kencing manis. yang kotak biru tu sebenarnya pen insulin yang guna untuk cucuk insulin ke dalam badan kami jumpa ramai pesakit yang tak faham cara penggunaan & simpan insulin yang betul. this is one of biggest challenge for pharmacists. ni mungkin sebab pesakit2 kencing manis ni biasanya orang tua. too many info during counseling session. jadi, farmasi pun banyak terima insulin2 yang tak dapat digunakan lagi yang sangat2 waste of money =(

picture 5: kotak insulin tu betul dah letak dalam peti sejuk tapi sebab pesakit ni letak kat pintu peti sejuk kita bagi SALAH untuk caranya. kalau letak di pintu peti sejuk, insulin ni akan terdedah kepada perubahan suhu bila kita buka & tutup pintu tu...yang paling bagus letak insulin di bahagian dalam peti sejuk..tempat yang kita biasa letak2 tupperware.

Picture NO. 6 ; yang macam pencil box biru tu adalah pen insulin...kesian makcik ni sepatutnya pen insulin tak perlu simpan dalam peti sejuk... boleh letak pada suhu bilik & jauh dari kanak-kanak ye..kan ada pulak cucu bawa pergi sekolah pen insulin tu...pernah ada pesakit datang bawa pen cakap pen rosak walaupun baru je pakai...bila selidik rupanya pak cik tu letak dalam peti sejuk. dalam pen ada ada skru & tiny parts yang dibuat dari besi. jadi bila terdedah kepada suhu yang ekstrem...macam konsep pengembangan & pengecutan akhirnya kan buat pen jadi rosak sebab mekanisme dia dah rosak...

picture 7 dan 8: pesakit ni pun sngat-sangat BAGUS. saya bagi 5 bintang *****

picture 9: ni la bentuk ubat insulin dalam cartridge. pesakit ni saya rasa dia keluarkan cartridge once dia dah guna. sebenarnya cara ini SALAH. ini kerana cartridge insulin ni akan terdedah kepada udara yang mana terdedah kepada bakteria. Ingat, insulin ni akan msuk directluy kedalam badan...jadi kita perlu pastikan cartridge yang dah guna perlu sentiasa ada dalam pen insulin. boleh buka once insulin dalam cartridge dah haBIS. selalunya 1 cartridge insulin ada 300 unit, average pesakit guna yang basal insulin hanya kurang dari 10 unit sekali sehari. Jadi 1 cartridge boleh tahan sampai sebulan. 

p/s: banyak lagi info dah bagi...huhu..

Semoga bermanfaat ya ... sementara menantikan entri akan datang - kalau rajin ... ziarah lah web ni ... KNOW YOUR MEDICINE (KENALI UBAT ANDA)

@LovesNHHas

p/s: bagi yang rasa dia gigih jawab dan wajar dapat hadiah... sila emel kan nama alamat dan henfon... insya Allah nanti saya poskan .... INSYA ALLAH ... 
Sebab nak cari yang jawab betul semua macam tak ada je... hahaha...
reallife.nhhas@gmail.com

Saturday, September 19, 2015

Jom berkenalan ....

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hyde odie ... fuhh dah weekend lagi ... tapi still "on job" ... ayyakk... cepatnya masa berlalu... benda nk buat lak banyak... 

Ehh...Korang nak berkenalan tak?
 Dengannnn ... UBAT ... haha ... 

Jom ... hari ni saya nak tanya a few soklan cepu cemas ... nak ajak korang berkenalan dengan satu spesis yang dipanggil U.B.A.T

Siapa tak pernah makan / guna ubat sepanjang hidup dia? 
Cepat mengaku : PERNAH @ TIDAK? 
 jangan tipu... tipu dosa tau ...

Soklan kedua... 
Apa itu ubat?
Or apa yang korang tau tentang ubat ..

Soklan ketiga ...
Tengok picture bawah ni...
Betul ke salah cara simpan ubat tu ...
Picture 1 :

Picture 2 :

Picture 3 :

Picture 4 :

Picture 5 :

Picture 6 :

Picture 7 :

Picture 8 : 

Picture 9 :

...
Tengok 9 gambar ni ... sebenarnya ini penemuan yang kiteorang perolehi semasa siri2 "turun padang" bersama komuniti di kawasan-kawasan luar bandar lah biasanya ... cara mok cik pok cik ni simpan ubat lagu mana ...
Dan surprisingly ... "haku rasa haku tere"...
Rupa2 nya ada gak salah nya cara aku simpan ubat... salah cara ambik ubat ... nasib baik lah blom pernah salah ambik /makan / guna ubat...
Di sebabkan banyak benda aku rasa aku tau tapi rupa2 nya aku pun tak tau ... salah pemahaman ... aku rasa korang pun mesti ada sikit sebanyak salah tentang perihal ubat - ubatan ni ...

Nak hadiah tak? Haha ... Jom kongsi jawapan korang ... 
please feel free to join dis session... jawab jap soklan kat atas ni...
Boleh kita kongsi info jom...

Nanti aku bagi jawapan dalam next entry... insya Allah ...

Okay... till then... Semoga bermanfaat ya...

#LovesNHHas...

p/s: tahukah anda  .  Jumlah ubat berdaftar dengan kementerian kesihatan malaysia sehingga 19.9.2015 ni ... katanya melebihi 24ribu jenis ubat ...
Huiyooo.... vanyak betul... 

So JOM... KENALI UBAT ANDA ... 

JAWAPAN... ADA KAT SINI