Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Saturday, April 27, 2019

Contoh Proposal HLP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

hyde odie....

Yeah sekarang musim HLP maka sekali lagi sis menjadi hot stuff and hot staff untuk mendapatkan proposal hlp sis.  Memandangkan sis agak sibuk, sebelum2 ni ramai yang telah sis tak jawab emel/ komen uols yang meminta untuk mendapatkan contoh proposal.  Sis minta maaf tau. Sis betul2 sibuk.

Sekali lagi sis maklumkan, sis punya bukanlah yang terbaik. Tapi itu yang terbaik yang dapat sis sediakan pada masa itu, mengikut garis panduan yang JPA beri dan atas khidmat nasihat sahabat2 pada masa itu.
Untuk mengelakkan sis tidak berlaku adil kepada semua, i.e. kadang2 tak sempat tengok emel, apatah lagi nak jenguk blog yang semakin ter abai ini.... maka sis kongsikan proposal tu di sini.  Ada dua proposal .... One for me, one for my fren. alhamdulillah both proposal qualified untuk mendapat tempat ke temuduga HLP .... Nak berjuang di temuduga tu rujuk entri sis TEMUDUGA HLP pula ya.

Okay sebelum sis teruskan, at first sis thinking of charging each and everyone of you who asked for the proposal .... hahaha.... caj spuloh hengget sorang #mokcikkayaweih  Ramai oooo minta proposal ni. hahahaha.... Tapi rezeki sama dikongsi, ilmu ni pun hidayah dari Allah.... 

Untuk itu, sis amanahkan sesiapa sahaja yang ambil pedoman dari contoh HLP yang sis kongsikan ini, p sedekah kat tabung masjid ke, bagi sedekah kat peminta sedekah ke atau mana2 orang yang memerlukan MINIMUM RM10.  Amanah dengan diri sendiri sebab Allah tahu.  Sis tak perlukan duit tu, cuma sis nak galakkan korang supaya bersedekah, dan mana tahu dengan asbab korang sedekah tu Allah mudahkan laluan HLP korang. Betul tak?
Sambil2 korang sedekah tu korang niat lah minta Allah mudahkan urusan HLP korang. Minta orang tu doakan korang ke, mana tahu doa dia lagi makbul dari kita kan. Dan jangan lupa doakan sis juga semoga beroleh husnul khatimah, insha Allah.

Ok.... deal ya? Amanah ni

Now! The Proposal.


Contoh Proposal 1 :  Sis Punya Versi BI (submit tahun 2016, untuk HLP 2017)

sis letak cover page .... suka hati lah korang nak letak ke tidak.

COVER

Outline / Structure Proposal Sis adalah seperti berikut:

1. Preferred Institution


2. Scope of Study
List lah apa content pengajian universiti yang korang pilih macam ni




3. Field Background For The Proposed Project

Under this chapter masukkan :
Problem Statement
Literature Review (apa yang kajian2 lepas ada buat)
Methodology yang korang plan nak pakai 


4.    Benefits of Study towards Public Service

Senaraikan apa potensi sumbangan yang korang plan nak bagi balik pada public service, pada rakyat, pada negara. Potensi sumbangan berdasarkan bidang kajian dan pengajian korang. 


5.     References

Masukkanlah rujukan apa yang korang guna especially nak tulis para 3 tu literature review tu.
Sis guna APA punya format.




Masa ni sis buat proposal ni dalam tempoh 4 jam sahaja (boleh baca kat entri ni "Diari Mimpi HLP"for some tips).  So sangat lah simplenya.... ada 8 pages je. Ha ha ha. 
Again bukan sebab proposal ni bagus tapi sebab Allah bantu, dan asbab course yang sis apply ni I'm among the 1st batch in Malaysia yang enroll di UA. Tu sebab musabab je lah. Apa2 yang penting doa + ikhtiar + tawakal.

Okay contoh proposal kedua, ni kawan sis punya.  Format dia buat ikut garis panduan JPA pada tahun permohonan tapi content 90% sis punya. (ilham dan hidayah dari Allah jua).

Disebabkan sis nak submit content tu untuk article journal, maka sis takkan kongsi di sini sehingga ianya endorse lah. Anggaplah beliau sahabat yang sangat bertuah kerana dapat mengambil content sis itu dan harap sis tidak di kira plagiat pula. 

So format yang kawan sis guna adalah dengan outline begini:

Contoh Proposal 2 :  Versi BM (submit tahun 2018, untuk HLP 2019)



CADANGAN PELAN PENGAJIAN (MOD PENGAJIAN: KERJA KURSUS)



1.     MAKLUMAT INSTITUSI PENGAJIAN
(sama macam format atas tadi)


2.      TAJUK KAJIAN

KAJIAN IMPLIKASI _____-PENDEKATAN DATA RAYA


3.      PENYATAAN MASALAH RINGKAS
Kemunculan teknologi dan automasi di bawah gelombang revolusi perindustrian keempat telah menambahkan kebimbangan bahawa akan berlaku kehilangan pekerjaan terutama dalam sektor pembuatan dan perkilangan. Revolusi perindustrian keempat merujuk kepada automasi dan pertukaran data secara global yang bercirikan gabungan teknologi yang mengaburkan sempadan fiztikal, digital dan biologi serta penggunaan 
........ sambung lagi bla bla bla bla ..... end with this statement below OBJEKTIF YANG KORANG NAK CAPAI.

Justeru kajian ini dilakukan bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi pasaran _____ di Malaysia dengan objektif berikut:

1. -----
2. -----
3. -----

SOROTAN KAJIAN TERDAHULU (Literature review)

Dobre dan Xhafa (2014) pula melaporkan bahawa setiap hari dunia mengeluarkan sekitar 2.5 quintillion bait data (iaitu 1 Exabyte bersamaan 1 quintillion bait atau 1 Exabyte bersamaan 1 bilion gigabait), dengan 90% daripada data yang dihasilkan adalah data tidak berstruktur. Gantz dan Reinsel (2012) pula menegaskan bahawa menjelang 2020, lebih daripada 40 Zettabytes (atau 40 trilion gigabait) data akan dihasilkan, dan digunakan.

................. sambung lagi bla bla bla bla .....


( ni semua nama yang dipetik ni kena lah masukkan dalam rujukan ya)

METODOLOGI KAJIAN
- Sumber data
- software
- Analisis apa korang nak buat dan apa method yang orang lain dah gunakan.


Terdapat pelbagai kaedah bagi menjalankan analisis sentimen. Andre Costa dan Adriano Velaso menerusi kajian mereka Employee Analytics Through Sentiment Analysis menggunakan Term-Frquency and Inverse-document-frequency number (TF- IDF) bagi menganalisa perkataan yang diubah ke dalam bentuk vektor.

Teknikal method nak belajar kat uni so takyah sembang banyak sangat kat sini lebih2 kalau buat coursework. kalau buat research lain ea.


4.      SKOP PENGAJIAN
Cara tulis macam proposal 1 di atas (para 2: scope of study)

5. KEPENTINGAN PENGAJIAN KEPADA SKIM DAN PERKHIDMATAN AWAM

6. RUJUKAN


**********************************************

okay ..... ni lah dia layout proposal hlp.  harap beri manfaat.  

Kalau ada yang nak tambah input, please drop your comment below. Kalau ada sesiapa yang follow above example, harap dapat jot down korang dari department mana dan apply course apa. Saja nak tau perkongsian sis ni bermanfaat ke tidak.

ALL THE BEST


Semoga bermanfaat.

@loves_nhhas


Monday, April 22, 2019

Interview on Data Science Program

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hydie Odie....

Waaahhh it has been ages since the last time I jot thing down here (other than copy paste).
Dia punya level pemalas tu .... New year entry pun aci main copy paste lagu je. Walaupun lagu tu menarik je untuk di tekuni maknanya, tapi just copy paste it like.... Seriously? no my own words in there?  Hahaha....

January 2019 - hectic!
Berkejar + stresss + sakit (demam + blood infection + mata bengkak + tangan bengkak) + etc etc etc.

Sangat2 diuji ketika pick time menyiapkan thesis dan final exam bagi menghabiskan final semester masters.
Alhamdulillah settle. Dah lulus dan dah kembali bertugas 18 February 2019 yang lalu sebaik sahaja mendapat keputusan peperiksaan (yang agak mengecewakan tapi bersyukur sebenarnnya) pada 15 Februry 2019. Kecewa sebab target dapat A. kah kah kah .... tak dapat A - lantas berasa geram dan berasa ingin membakar fakulti.  Hahahaha Sumpah EMO.
Bersyukur sebab - sebenarnya Allah answer ALL MY PRAYER. aku je spesis tak sedar diri dah bagi betis nak peha. kah kah kah. Alhamdulillah sebenarnya aku bersyukur je banyak-banyak dengan result masters aku secara keseluruhan i.e I asked Allah 3 things before I further my study :

  1. Nak dapat ilmu yang berkat dan bermanfaat (semoga semua guru halalkan ilmu mereka kat saya supaya saya boleh manfaatkan untuk kebaikan agama, bangsa dan tanah air).
  2. Nak dapat semua subjek tidak bawah daripada B+. 
  3. Nak grad dengan pointer 3.5 ke atas
  4. Nak help universiti to have a good network with industries a.k.a bermasyarakat lah sket dengan industri, jangan akademik sangat.

So basically,  item 1,2,3 tu Allah makbulkan - Alhamdulillah.  Dapat A juga (which is saya tak jangka),  pastu bila 1st and 2nd sem dah dapat banyak A, mula tamak nak A juga sem 3. Padan muka sem 3 langsung tak ada A.  Hahaha.... Okay lah doakan nak B+ je. Tu pun lebih dah Allah beri.
Alhamdulillah.

No 4 tu aku tak tau lah sukses ke tidak. Tapi demi melaksanakan misi no 4 tu - aku macam ada krisis dan persengketaan sikit dengan #manusiabengong..... tapi tak apa lah hopefully adalah sumbangan sikit sebanyak untuk item no 4 tu.

Paling tidak, selain terlibat mengaturkan sesi seminar ketika semester kedua (yang banyak drama yang menyakitkan hati tu),  tetiba cikgu minta wakil untuk menjayakan promotional video dengan pihak MDEC berkaitan course data sains di malaysia.  Sebenarnya cikgu minta volunteer, tapi of course lah siapa je lah nak volunteer kan.  Cikgu patut PAKSA, siapa participate dapat extra 20 markah ke .... kan kan kan .... hahahaha.... So macam biasalah since tak ada sesiapa nak volunteer, maka cikgu pun menggunakan kuasa veto MEMAKSA 3 OUT OF 13 students untuk submit proposal answer (ada soalan diberi sebelum dipilih untuk mewakili uni ke promotional video tu) .... dan hampeh nya.... aku salah seorang daripadanya.  like serious ke! Kenapa aku .... Why me Why me Why me.  Pada mulanya aku nak syak ada lah ni kejahatan di belakang tabir yang memetik nama aku tapi bila fikir balik buat apa nak buruk sangka kan?  Tetiba teringat item no. 4 tu, mungkin inilah caranya Allah nak makbulkan item no 4 tu.

So dipendekkan cerita, jawapan proposal aku je diterima untuk sesi video shooting tu. Ha ha ha.... masa tu aku dah start tak sihat. Aku keep on cari alasan untuk tak nak pergi. Siap call penaja supaya penaja berhalangan untuk aku participate. Memang tak lah jawapan dia kan. Haruslah penaja support to participate.

Maka pada 13 August 2018, pergi lah aku menadah muka (yang sembab sebab tak sihat, mata bengkak, hidung berair segala) bagi menjayakan rakaman. Kah kah kah.... i screw up.  Sumpah teruk dan disaster.  Aku ni tak video friendly.  Muka sememeh + suara tak sedap + cakap english tak power + grammar lintang pukang .... kah kah kah pakej lengkap untuk screw up.

Tapi they said draf text aku paling best. kah kah kah. Well menulis takde hal! Nak cakap depan camera tu memang BIG HAL for me.

Penat aku rasuah semua orang suh baca je text aku tu. Aku memang tak boleh benda rakam2 ni. Screw up!

Tapi dah diaorang paksa juga - ha selamat lah. Tadah je lah muka.  Aku berdoa setiap hari supaya video tu tak keluar atau di edit TANPA ada muka / part aku. kah kah kah.... Biar lah wakil2 universiti yang lain je appear kat video tu.  And honestly aku tak tau apa nasib video tu ada keluar ke tidak. Kalau ada pun dia patut ada di web agensi dan youtube dan facebook je kot. Idok le sampai keluar tv.
hahahaha.... agaknya!
Tapi aku masih berdoa part ada muka aku ditiadakan. Semoga tape yang ada muka aku, like ter rosak, jatuh dalam air kopi ke, tertumpah kuah laksa ke, you know as long as TAK ADA MUKA aku dalam video yang release tu. Ha ha ha....

#pray4huda okay. 

By the way, since aku dah buat text tu panjang berjela .... meh aku share kan deraf text jawapan aku untuk mempromosikan kursus data sains di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Semoga adalah kot manfaatnya di mana-mana.

So here you are: 10 soalan semuanya .... 
Mana yang aku jumpa je lah deraf point nya ya.
Njoy and may it bring benefit, Insha Allah.

1. Tell us briefly about yourself i.e. your first degree and current occupation. Your role in your current organisation. 
 - Sebab ni PnC untuk aku, so soalan ni aku tak share lah jawapan dia ngan korang. Video haritu pun banyak aku pesan suh cut.

2. What made you choose to study a post graduate degree in Data Science? 
  • Data is a vital asset to an organisation. I choose to study a post graduate degree in Data Science in order to have the right skills to assists <___> specifically, and public organisations to put high value in statistics for policy making.
  • Department of <_____>  as the producer of official statistics, produced statistics that are mainly used by the government as evidence-based decision making in the formulation, implementation, evaluation and review phases of the national policies. 
  • Data are taken as a basis for doing something. If nothing is to be done with the data, then there is no use in collecting any. The ultimate purpose of taking data is to provide a basis for action or a recommendation for action.
  • Having numerous data around, in other words dealing with really BIG data, in the volume of data, sizes, speed, format, velocity and varieties, could cause an organisation to lose focus and fail to maximize the value of those data.
  • The demand for competent statisticians who can tease out the facts by analyzing data, planning investigations, and developing the necessary new theories and techniques, will continue to increase as public organisations recognize the importance of data in making credible decisions.
  • Lack of expertise in statistics can lead to fundamental errors. Large amounts of data plus sophisticated analytics do not guarantee accurate interpretations. The key elements for a successful big data analytics and data science (or data mining) in the future are statistical principles and rigour of humans



Cukup poyo bukan!. Ha ha ha


3. What do you intend to achieve after completing this degree?

A: Master of Data Science and Analytics programme in U_M is designed to provide students with knowledge and applied skills in data science especially data analytics, statistical method and machine learning as well as data visualization.‎ This will help me to improve my analytical skill in problem solving using right statistical methods with helps of knowledge and skills of programming. I hope that I can further explore and fully utilize the knowledge that I gain to work better with structured, unstructured and time-series data.


4. How was your experience doing the degree full time/part time (can elaborate in terms of the University curriculum, lecturer and facility)?

A: The reason why I choose this program under FST U_M is in term of the syllabus which is geared towards statistical and mathematical fundamentals. This is the strength for this course in which strong mathematical and statistical skills imply on great analytical skills which is much needed in the industry.

Throughout my postgraduate studies in this program, I have enhanced my knowledge and skills in statistical method and models (For example, regression, clustering and classification) which can generate usable information from raw data.
I was trained and encouraged to use R and python from scratch, and I’ve mastered it even though I have no basic in this programming language, ever before. The knowledge and skills in using R and Python help me a lot in data exploration (e.g. dataset mining, data pattern prediction and analysis, etc.).
I have been given exposure to the basic of machine learning which enhance my logical and critical thinking to explore further potential analysis using structured and unstructured data. Through data visualisation and communication subject, it helps me to develop creative thinking to visualise and communicate data for easy understanding.
During this final semester, there will be a capstone project for the students to experience working on a project assigned by the industry where the students will apply the skills and knowledge taught throughout the course. This is a great opportunity for the students to experienced real working environment with real data and real situation. 

5. Has the post graduate degree enhance your career?
A: I am positive that with the knowledge and skills gained in U_M, will reduce the difficulties in analysing big data and give me more insightful analysis for effective decision making.

Masa rakaman ni dibuat aku belum kembali bertugas!
Was in my final semester.

Soalan no 6 ni paling aku suka. Ha ha ha

6. What aspire you to be in the Data Science/Big Data Analytic field?
A: The world’s today revolves around data and information. Data and information is easily accessible online. The magnitude of data generated and shared by various parties has been increasing substantially.  Forbes magazine in May 2018 published that there are 2.5 quintillion bytes of data created each day at our current pace, but that pace is accelerating with the growth of the Internet of Things (IoT). Over the last two years alone 90 percent of the data in the world was generated.
The emergence of technology and automation especially under the wave of the fourth industrial revolution has added concern that there will be job losses. The speed of technological advancement has the potential to rebuild and replace an entire industry whereby many existing employees will be replaced with technology and machines. Malaysia has to address these issues properly to ensure the country's economic activities remain competitive in global market.
I aspire to be in Data Science or Big Data Analytic to ensure that I remain relevant. Most importantly, I hope that I am able to provide insightful analysis for effective decision making by the government in solving issues facing our country and its people. 

Jawapan ikhlas kenapa aku study bidang ni sebab aku fed-up dengan vendor. 10 aku tanya 8 dia jawab TAK BOLEH buat. aishhh kecik beso aku tengok vendor tu. Tak boleh buat ke ko tak nak buat.
So untuk mengelakkan permasalahan di masa akan datang, elok lah aku je pergi belajar, explore sendiri buat sendiri (or ajar team buat) pastu boleh dapat apa yang aku nak.  Ni niat asal lah sebenarnya.

Soalan no 7 ni pun aku suka

7. What is your view on the Data Science/Big Data Analytic field in Malaysia?
A: new field ... unexplored still growing, compared to other developed countries.
From my observation, most of data science programs focusing or highlighting the programming /computational /software parts whereas from my point of view, this skill is in needed as much as strong fundamental skills in mathematics and statistics. Simply put, I think that majority opinions are sided with the software in data science and do not emphasizing the role of math/stats skills. Perhaps in future, more programs can be directed towards this objective.
Technology changes, but if we master the right concept of statistics and analysis from the beginning, we and our organisations will survive and thrive through any form of technology or software updates.


Ikhlas aku cakap direction Malaysia diawalnya NTAH APA2. harap teraju yang diamanahkan untuk developed BD di malaysia ni dah kembali ke pangkal jalan.


8. Would you recommend your peers or friends to become a Data Scientist/Data Professional?
A:
Well, I think job definition for a data scientist is still very ambiguous at this point of time.
YES, IF you want to remain relevant in the working industries. According to a study by the Khazanah Research Institute, it is estimated that more than all current employment sectors in Malaysia are at high risk of being affected by automation over the next one to two decades.

Hope that the program can be improved further if.... (aku tak ingat ku jawab apa). Hahaha ....

9. How would you contribute back to the nation?
Jawapan ni aku tak kongsi!


Soalan 10 ni aku dah tak ada mood nak jawab. Ha ha ha sebab dah pukul 6 petang masa tu.

10. Do you think this post graduate degree will be beneficial to the country?
A:

The data science and analytical skills are relevant to any industry. This definitely can contribute to National Digital Economy and enhancing Service Delivery to Citizen and Business.

 **********


Okay tu sahaja nak share dalam entri kali ni.  Maka jom lah sambung masters kat U_M. Ha ha ha
Sebab U_M paksa kau belajar math and stats guna R dan python from scratch.
Untuk slow motion person macam aku - belajar rasa hazab glerz!

Tapi mujur ada study buddy yang setia, alhamdulillah survive lah graduate on time Alhamdulillah.
Dan ilmu yang boleh apply setelah kembali bertugas.
Alhamdulillah.

Semoga baki usia ku, dapat ku berikan manfaat untuk agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Insha Allah. Amiin.

Till write in again.

Stay tune, stay alive stay healthy, stay happy, paling penting STAY AWAY FROM MASALAH!
Okay.

@Loves_nhhas




Friday, November 16, 2018

Best Hotel In Port Dickson, Malaysia


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ….

Hydie odie…. Cuti sekolah bakal menjelang tiba. Study pun sudah sampai kepenghujungnya insha Allah.  So apa lagi #vacationmode #turnon.

Bagi warga kota (baca sebagai klang valley dan selembah sewaktu dengannya), kalau nak short vacay jauh dari hingar bingar kota kolumpo nun, the nearest we can go is Port Dickson (PD).  Yeay …. You got me right. PD lah tempat short vacay paling awesome kalau kita nak p bercuti something like weekend gateway gittew….

Macam-macam benda boleh buat kat PD tu weih…. Ada army museum, lighthouse, 3D art gallery, ostrich live farm yang boleh bawa anak2 beramah mesra dengan haiwan…. Hahahaha…. Dan paling penting nak mandi laut lah …. What else, PD kot…. main bananaboat…. Syok weih ….

With all the attractions, mestilah nak kena ada hotel yang selesa dan awesome untuk berehatkan?

So harini sis nak share 3 hotel awesome sis bagi 5 bintang. Sebab tak ada unsur2 seram dan merepekkan yang diviralkan.

All this three hotels in Port Dickson insha Allah dapat jamin keselesaan  sepanjang adik kakak semua menginap di sana.

Let’s checkidout ….

First in the list is Lexis Hibiscus Port Dickson









  
Ha amacam …. Terasa nak pergi sekarang juga kan…. Hahahaha ….
Come on after hard work for a year, jom lah pergi me reward diri dan keluarga ….

Lexis Hibiscus Port Dickson sebuah hotel 5 bintang dan merupakan chalet air.  Ianya diberi nama Hibiscus kerana Chalet Air disusun menjadi bentuk bunga hibiscus diatas air. Total rooms 522 chalet air dan ada 4 jenis :

Villa Eksekutif,
Premium Pool Villa,
Panorama Pool Villa dan
Sky Pool Villa.

Setiap satu bilik menawarkan pengalaman bermalam yang berbeza tetapi apa yang pasti,  apapun jenis bilik yang dipilih akan menjanjikan keselesaan hotel bertaraf 5 bintang. Insha Allah.

Upon check in di lobi kita akan dibawa menaiki buggy ke chalet yang kita dah booked.
Infinity pool persendirian membolehkan kita berenang di waktu siang sambil melihat cahaya matahari menari di atas air laut Selat Melaka, atau bermain air diwaktu malam dibawah langit yang dihias bintang.  Drama sangat lah pula bunyi dia…. Hahaha… tapi memang betul pun…. Take a look on the picture below.  Dah hujung2 tahun ni banyak kenduri kendara kan …. so nak jadikan destinasi honeymoon pun boleh.  Swimming pool private dalam bilik ada, kat main building hotel pun ada. Mandilah kau sampai puas.  

Second in the list is Avilion Admiral Cove Resort.

Ini pun sangat best dan awesome. Sis dah stay sini a few times. Selain bilik dan view yang awesome, makanan kat hotel ni sedap dan harga dia berpatutan.

Avillion Admiral cove merupakan penginapan berkonsep marina resort dan terletak bersebelahan Admiral Marina & Leisure Club.
Hotel ini dibahagikan kepada dua bahagian, yang pertama adalah View Wing yang menawarkan 3 jenis bilik iaitu Superior, Panorama dan Straits Studio.
Bahagian kedua pula diberi nama Vista Wing dan ia juga mempunyai 3 jenis bilik iaitu Deluxe, Premium dan Executive Studio.
Setiap bilik mempunyai speciality tersendiri.

Kalau hanya perlukan bilik yang cantik tanpa view laut boleh memilih bilik superior,

Kalau nak view laut daripada bilik korang, boleh menempah bilik Panorama.

Semua bilik mempunyai reka bentuk kontemporari yang meminjam ilham dari persekitaran yang tenang.

Untuk entertainment pula korang boleh melakukan aktiviti menarik seperti memanah, bermain volleyball, dan kalau berani menyahut cabaran, boleh melawan ombak dengan menyewa kayak sendiri.

Tak caya layan gambar2 yang sis bidik sendiri ni. #viewfrommyroom









 

abaikan kesemakan itu




Third in the list is Thistle Hotel Port Dickson.

5 start hotel. Datang dari chain hotel fohfular di London. Sebelum p London ambil feel dulu stay kat Thistle PD okay. Hahahaha ….

Hotel ini menyediakan pengalaman menginap premium untuk pengunjung yang sukakan kesempurnaan. Okay golongan OCD no complaint.
Hotel yang merangkumi kawasan tropikal sebesar 36 hektar ini mempunyai persekitaran yang indah penuh dengan taman luas dan laluan jogging.
Bilik yang dihias cantik mempunyi ciri yang unik kerana tab mandi terletak hanya beberapa langkah sahaja dari katil gittew.







Family room yang awsome



Bilik yang menghadap laut memberi tetamu peluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang romantik bersama orang yang tersayang. Okay drama lagi. Hahahaha….

Hendak bersiar-siar hirup udara pula? Jom jalan-jalan di private beach khas buat tetamu hotel sahaja. Tidak kira korang merancang percutian romantik atau melancong bersama keluarga dan rakan, terdapat 251 bilik dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang pasti membuat masa korang berbaloi-baloi gittew.

Maka apa tunggu lagi.  Sila buka apps Traveloka sekarang.  Yes I said NOW. Hahahaha …. Supaya korang dapat cari hotel yang sesuai. Lambat kang melepas. Jangan cakap sis tak payung k.  

Dalam Traveloka korang boleh bandingkan harga ikut tarikh yang dirancang untuk pergi bercuti. Lepas tu boleh juga buat booking direct dengan Traveloka. Senang tak payah nak pergi ke website yang berlainan.

Happy Holiday everyone. Stay healthy stay happy and stay away from trouble k.

Loves as always.
nhhas

Thursday, November 8, 2018

Let's Shopping! Lazada's 11.11 Shopping Festival

hydie odie ....

Counting the days to 11.11.18 .... 






Picture source: google




Yesza u got it right 11.11 is the shopping festivals across the country .... And as usual .... Lazada has A LOTTTTT of items in various category to offer.




SIS dah LAMA glerz tak shopping seriously.


Memandangkan dah kalah datathon haritu yang mana hadiahnya merupakan sebiji handphone! (selain cash).... maka sis terpakslah beli sendirikan.


Thanx LAZADA for the Lazada's 11.11 Shopping Festival.


So here 3 items that I wish to have this time!

Let's Chekidout

First and foremost wishlist of the year of course lah handphone yeay!

Tapi nak beli handphone apakah di LAZADA ini.
So jom kita tengok brand phone yang ada di LAZADA ni.
Top 4 brand LAZADA mobile phone is huawei, apple, xiomi and samsung.

Nak Huawei P20 tapi mahai nau sampai RM2.6K

Hmmmm tapi reputasi seller 5 star ratings.
Okay boleh consider lah ea.


Huawei Mate 10 Pro pun looks good



My Wishlist no 2 ialah bag laptop sebab bag laptop dah koyaks

#kesiandiakerjakeras
So dalam bayangan saya nak beli bag ini

SwissGear Laptop Back Pack








Next item in my wish list is : Pressure Cooker

Russell Taylors 6L Electric Pressure Cooker PC-60, 

stainless steel pot - Multi Cooker Rice Cooker



Below RM200 .... hmmm boleh consider ni
Or else

Philips HD2136 Pressure Cooker Electric 5.0L 




Okay So that's my wish list for the Lazada's 11.11 Shopping Festival

Click Here to choose yours and make sure you get the best deals ever on 

Lazada's 11.11 Shopping Festival that will take place on 11 November 2018 on Lazada Malaysia.

Have fun weekend Shopping gals