Showing posts with label Copy and paste. Show all posts
Showing posts with label Copy and paste. Show all posts

Saturday, March 21, 2020

Diari MCO2020 (Day 4) : Apa kaitan tabligh dan covid19 di Malaysia

CATATAN SEMPENA COVID-19 DAN MALAYSIA MEMPERKENALKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) / MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)

 ************************************************************
Kerana Nila Setitik
Rosak Susu Sebelanga
Aku rasa, pepatah ni yang terbaik untuk gambarkan situasi yang dialami oleh jemaah tabligh ketika ini.
.
Kerana satu orang, tak amal sunnah Nabi s.a.w iaitu jangan masuk kawasan yang ada wabak, habis satu jemaah masjid sri petaling kene covid-19.
.
Pergi negara (korea) ketika covid-19 tengah mengganas, balik tak reti quarantine. Baik punya perangai siap pergi ijtimak kat masjid dan aku difahamkan dia siap tido lagi kat situ (betulkan kalau info ni salah).
.
Kes lain pulak. Kerana ada beberapa orang yang menipu, tak mengaku hadir ijtimak bila pegawai kesihatan tanya, ramai staf kesihatan yang tak pasal2 kene quarantine suspek covid-19. Siap ada yang positif lagi. Dah la hospital tak cukup staf untuk covid-19, yang ada kene quarantine pulak. Adoi.....
.
Tu belum lagi beberapa orang yang tak serah diri untuk proper check kat hospital. Beberapa tu makan ribu jugak la. Sekarang ni polis tengah ligan diorang ni. Nasib la 😅
.
Sedangkan, ramai jemaah tabligh yang "serah diri" untuk di check. Siap ada yang pergi kk bg tau " sy hadir ke ijtimak di sri petaling". Kene "tendang" ke hospital sb kk tak boleh check covid-19. Sampai hospital kene "tendang" kejap pintu depan, kejap kecemasan, lepas tu pintu depan balik. Last2 "tercampak" ke masjid sri petaling balik sebab kkm dah buka fasiliti saringan disitu. .Ceh buang karan betul kkm ni, bagilah tau awal2...😏 Sabar, taat je ikut perintah. Hampir 5000 (ke lebih) yang tampil buat saringan sampai kkm pun pening sample banyak sangat 😅
.
Untuk satu organisasi yang takde "borang keahlian" tapi boleh suruh beribu orang untuk hadir buat saringan, bagi aku kita kene salute lah. Diorang dah bagi yang terbaik. Kita anak 2-3 orang je pun, ponteng sekolah kadang2 mak pak xtau pun 🙄
.
Kita juga kene realize, jemaah tabligh ni background macam2. Dari bekas penjenayah sampai pemimpin negara pun ada. Artis tak payah cakap lah. Bersepah. Ijtima ulama tu pun ramai orang awam yang hadir. Orang awam ni pulak global habis, Malaysia ada, Rohingya ada, Pakistan ada, dak2 obersea pun ramai.
.
Jadi berhentilah menghentam jemaah tabligh. Depa ni orang baik. Ramai kawan2 aku yang istiqamah keluar tabligh ni baik sangat. Kalau ada jiran ke, kenalan ke yang pergi ijtimak, kita suruh lah depa pi buat saringan. Jumpa mana2 yang ngelat, report polis je skrg. Lepas tu nasihat depa supaya berkata benar, cter habis2 bila staf kkm tanya.
.
Cukuplah staf kkm "stress" dengan sebilangan orang tabligh yang "pelik". (Ye lah pelik, baru balik ijtimak ulama, pergi berbohong pulak. Patut insaf, jadi baik berkata benarlah kan.) Jangan kita "siram" lagi dengan mesej, posting fb yang menyemai kebencian.
.
Yang buat taik ni sekelompok je. Yang baik tu lagi ramai.
.
Buat kwn2 ku yang "geng tabligh", bersabarlah. Ketap bibir. Time orang tengah hentam hangpa, hangpa jawab benda betul pun depa tak dengaq. So diam je. Kene pi balai, chill je. Ambik sisi positif ada peluang nak dakwah polis pulak.
.
Kalau ada kawan jemaah hangpa yang patut quarantine tapi ngelat, hangpa "paksa" la depa ni pergi buat saringan dan quarantine betul2.
.
Lepas tu, nasihat lah jugak kawan2 hangpa supaya berkata benarlah bila di tanya oleh staf kkm. Kesian staf kkm ni, penat2 kerja nak bg org sihat, sekali depa yang kene sb kene pedajal dengan orang yang tak ngaku pi ijtimak ulama. (Aku mention byk kali bab menipu tak pi ijtimak ni sb ramai sangat yang buat perangai mcm ni).
.
Buat staf kkm, korang memang terbaik. Semoga Allah bagi balasan yang baik kat korang dunia dan akhirat.
.
Buat "rakan2 seperjuangan ku" yang bini keje kat hospital, BERTABAHLAH. I Feel you Bro. Jeles betul tengok member laki bini work from home. Aku work from home time orang dah tdo baru buat keje. Adoi...bila la nak siap kerja ni.

di copy paste dari fb dak hasani ni

Saturday, April 1, 2017

Tips & Panduan Solat Di Atas Kapal Terbang

Bab 4/2017

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Travel ke luar negara seperti Eropah, US, OZ, NZ - mengambil masa perjalanan yang lama.  Jika ada kemampuan, tengoklah jadual penerbangan dan cuba ambil penerbangan yang paling minimum  terkena solat dalam kapal terbang ... kalau tak dapat elak, tak apa lah... teruskan... tapi kena belajar lah - bila masuk waktu solat,macam mana nak bersolat dalam kapal terbang ....

Sebenarnya - kenapa ai suka naik MAS - sebab MAS ada screen at every passenger seat.  so anda boleh tengok lokasi di mana anda berada, arah kapal terbang tu terbang dan meneka arah kiblat dan MAS ada sediakan ruang solat... siap ada sejadah okay... boleh lah sujud (walau pun kepala ada sikit rasa gegaran bila sujud dalam flight)... 

Tapi kalau naik air asia pun boleh juga... tanya kan sahaja kepada pramugari ketika anda nak solat tu kapal terbang sedang terbang di lokasi mana ... kalau dia tak ting tong dia akan bagi tahu...

dan ko boleh study siap2, at certain waktu where you going to be and waktu apa yang bakal masuk di kawasan itu ... sebagai mana kau boleh study itinerary  dan place to go... sebagai itu lah kau harus study bagaimana kau boleh sempurnakan setiap waktu solat mu walau di mana jua engkau berada.

Tiada angin ribut petir mahupun mimpi membeli tiket penerbangan ke Europe (#tetiba) - namun terasa nak kongsi tentang cara solat dalam kapal terbang.  Sebenarnya pernah kongsi kisah ni dalam ENTRI TIPS SOLAT DILUAR NEGARA kat LINK SINI.  Dan kekdah solat atas kapal terbang merupakan salah satu content nya.  It was my 2015 entry.  Tapi ai remove de content and create another entry as I found new info from Bayan Linnas.

Recently when I was browsing the internet at our Mufti Wilayah Official Portal - I came across this article : 



But yeah - in case - on day the article no longer there, so lemme paste the articles here - may it bring beneficial to the rest of the readers and you guys can browse thru Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan; SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada link ini : 

cari artikel / hadis / fatwa bawah tab PERKHIDMATAN
Fakta benar sehingga entry ini ditulis 30.3.2017


So, let's cekidout what's de content. Insya Allah.
Pertama : MASA PERLEPASAN
Di antara perkara yang diambil kira dalam isu ini ialah masa pergerakan seseorang dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menggunakan kapal terbang.
Sebagai contoh: Seseorang yang ingin menunaikan umrah ke Arab Saudi dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Masa perlepasannya dari KLIA ke Jeddah adalah pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Justeru, cara yang lebih mudah untuk dirinya dalam hal ini adalah dengan menunaikan solat jamak qasar secara taqdim zohor dan juga asar di airport KLIA.
Contoh lain: Jika seseorang berada di atas kapal terbang dalam keadaan waktu solat masih belum masuk dan waktu perlepasannya adalah dari Jeddah menuju ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu Arab Saudi. Maka dalam hal ini, solat Maghrib dan Isyak boleh dilakukan secara jamak di airport Jeddah. Solat Subuh pula dilakukan di dalam perjalanan iaitu ketika berada di atas kapal terbang. Manakala solat zohor dan asar pula boleh dilakukan secara jamak di airport KLIA.
Kedua : MASUK WAKTU SOLAT
Cara untuk kita mengetahui masuknya waktu solat adalah melalui pengumuman yang dibuat oleh pramugara atau krew kapal terbang. Jika tiada pengumuman, kita boleh bertanyakan kepada mereka tentang waktu tempatan di kawasan yang sedang dilalui oleh kapal terbang. Saya juga mengesyorkan agar kita mencari alternatif lain seperti menggunakan jam yang mempunyai masa tempatan khususnya waktu solat seperti al-fajr dan lain-lain.
Ketiga: PENENTUAN ARAH KIBLAT
Dalam hal ini, amatlah perlu bagi seseorang untuk menghadap ke arah kiblat ketika hendak menunaikan solat. Ini kerana, menghadap ke arah kiblat merupakan syarat sah bagi solat. Ia berdasarkan firman Allah S.W.T:
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ المَسْجِدِ الحَرَام
Maksudnya: Maka palingkanlah wajah kamu menghadap ke arah Masjid al-Haram.
Surah al-Baqarah (144)
Kata al-Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini: Palingkanlah urusan wajah kamu menghadap ke arah sudut Masjid al-Haram iaitu ka’abah. Lihat al-Jaamik Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (2/148).
Namun ianya dikecualikan jika terdapat keuzuran untuk menghadap ke arah kiblat maka dibolehkan untuk menghadap arah yang paling hampir dengan kiblat. Namun jika ini juga tidak dapat dilakukan, maka saya syorkan agar solat tersebut diulang semula (i’adah) ataupun qadha sebaik sahaja sampai ke destinasi.
Keempat: CARA MENGAMBIL WUDHUK
Di antara perkara yang perlu kita raikan ketika menaiki kapal terbang adalah sifat kapal terbang itu sendiri serta mematuhi peraturan penggunaan air dalam kapal terbang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Saya mengesyorkan agar penggunaan air dilakukan dengan seminima mungkin sama ada dengan cara yang diajarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji iaitu dengan menggunakan spray dan menyapu keseluruhan muka ataupun dengan menggunakan air dengan sedikit. Seperti membasuh anggota wuduk dengan sekali basuhan sahaja.
Kelima: TAYAMMUM
Pada pendapat kami, adalah tidak sesuai untuk menggunakan tayammum di atas kapal terbang sementelahan lagi dengan pasir yang dibawa ke dalam kapal terbang. Manakala, berkenaan isu melekapkan tangan ke dinding atau tingkap kapal terbang untuk bertayammum, saya lebih cenderung mengatakan bahawa ia tidak menepati syarat sebenar wujudnya debu dan tanah pada dinding tersebut. Firman Allah S.W.T:
فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا
Maksudnya: Maka bertayammumlah kalian dengan debu yang bersih
Surah al-Maidah (6)
Kata al-Imam al-Syanqithi rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Menjadi ketetapan ketika tayammum adalah pada pasir yang mempunyai debu yang boleh melekat di tangan. Inilah pendapat Imam al-Syafie dan juga Imam Ahmad. Rujuk Tafsir Adhwa’ al-Bayan (1/354).
Keenam: CARA SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG
Dalam hal ini, kita hendaklah melihat kepada dua keadaan:
1- Kapal terbang yang mempunyai keluasan besar seperti Boeing 747, 757, 777, Airbus, dan seumpamanya. Justeru, jika terdapat ruangan untuk bersolat seperti kawasan yang berhampiran dengan tempat duduk pramugara, atau tempat hidangan makanan, maka pilihlah untuk bersolat di kawasan tersebut. Ini kerana, lebih banyak rukun fi’liyyah yang dapat kita lakukan dengan cara ini.
2- Sebaliknya, jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil seperti Boeing 737 dan seumpamanya dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri bagi menunaikan solat maka dibolehkan untuk dia solat di tempat duduknya. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang perlu untuk diraikan. Antaranya:
  • Halakan tubuh badan ke arah kiblat dari mula solat.
  • Laksanakan rukun solat sekadar yang termampu. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Bertakwalah kalian kepada Allah sekadar kemampuan kalian."
(Surah al-Taghabun: 16)
  • Segala rukun qauli (perkataan) hendaklah dilaksanakan.
  • Syarat-syarat sah solat hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin.

Ruang solat dalam flight MAS.
Siap ada sejadah.
hihihi.


Ketujuh: SOLAT HORMAT WAKTU
Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayamum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini wajib di qadha semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat. Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan musafir.
Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayamum bagi mengqada solat, maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah SWT.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah, tetapi kita masih melengah-lengahkannya maka kita dikira berdosa.
Aisyah menceritakan bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah SAW menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya.
Lalu tiba waktu solat, dan mereka pun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi Nabi SAW, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat pensyariatan tayammum.

Pendapat ulama:
Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806 H.) menyatakan bahawa terdapat empat pendapat daripada fuqaha mazhab Al-Syafie berhubung solat tanpa taharah.
Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafie) ialah: Wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu melakukan salah satu daripadanya (wuduk atau tayamum).
Ada juga pendapat wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani. Kata Abu Thaur: Inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibnu Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha.
Imam Al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya ia adalah pendapat yang paling kuat dalilnya dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadis ini iaitu mereka (para sahabat) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayamum dan tidak dinukilkan bahawa Nabi SAW mengarahkan mereka untuk mengulanginya.”

Kelapan: PERI PENTING DAN KEDUDUKAN SOLAT
Secara mutlak, solat merupakan ibadah badaniyah yang paling utama. Ini berdasarkan peristiwa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang amalan yang afdhal.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat. Dia terus bertanya: Kemudian apa pula ? Nabi bersabda: Kemudian solat. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda telah mengulangi jawapan solat sebanyak tiga kali.
(Riwayat Ibnu Hibban)
Menebus dosa
Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada menyatakan dua solat yang dilakukan seseorang Islam dengan betul akan menebus dosa-dosa yang berlaku di antara kedua-dua solat tersebut. Ini berdasarkan hadis, Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan melakukan solat lima waktu Allah akan menghapuskan dosa-dosa.
(Riwayat al-Bukhari)

Hadis seterusnya, Uthman R.anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka semua solat fardu yang dilakukannya akan menebus dosa yang ada di antara solat tersebut.
(Riwayat Muslim)
Begitu juga orang yang cuai mengerjakan solat, sama ada sengaja melengah-lengahkan atau meninggalkannya akan membawa kepada kekufuran sekiranya dia berterusan begitu. Oleh itu, solat merupakan santapan utama bagi iman sebagaimana yang telah disebutkan.
Seterusnya hadis daripada Ummu Aiman, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jangan engkau sengaja meninggalkan solat, sesungguhnya sesiapa yang sengaja meninggalkan solat dia akan terlepas daripada mendapat perlindungan Allah dan Rasul-Nya."
(Riwayat Imam Ahmad)
KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN  
Kami sarankan kepada ketua rombongan atau amir jemaah musafir untuk sentiasa mengingatkan kepada jemaah dan ahli rombongan supaya melaksanakan solat. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T:
وَأمُر أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
Maksudnya: Dan perintahkanlah ahli kamu untuk menunaikan solat dan bersabarlah ke atasnya.
Surah Taha (132)
Kata al-Imam al-Baghawi ketika menafsirkan ayat ini: Iaitu perintahkanlah kaum kamu. Rujuk Tafsir al-Baghawi (5/304).
Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberikan keterangan yang berguna untuk kita sama-sama menjadikan solat sebagai agenda pertama kita dalam kehidupan. Lihatlah selepas laungan ‘marilah menuju ke arah solat’ ketika azan. Sesudahnya ialah laungan ‘marilah menuju ke arah kejayaan’. Bagi orang yang menjaga solatnya, sudah tentulah kebahagian dan kejayaan menjadi miliknya di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka. Ameen.

Akhukum Fillah,
S.S DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
9 MAC 2016 BERSAMAAN 29 JAMADIL AWAL 1437 H.


SELAIN ARTIKEL INI, 
Alhamdulillah Ustaz Zaharudin Abdul Rahman juga telah berkongsi panduan SOLAT ATAS KAPAL TERBANG ... yang dijelaskan oleh UZAR ... Penerangan yang ringkas dan amat mudah difahami ... 
Semoga kita sama-sama dapat manfaat untuk sama-sama berusaha menjaga solat kita walau di mana kita berada, Insya Allah.
Dimana bumi dipijak, langit dijunjung ... kita sesungguhnya berjalan memijak bumi Allah, berbumbungkan langit Allah ... jangan sombong ... Solat lah... sebelum kamu disolatkan. ... Allahuakbar ...



Semoga bermanfaat.

@loves_nhhas

Wednesday, March 1, 2017

Time for Reflection

Bab 3/2017

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai. 

Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. 

Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya. 

Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya. 

+ "Assalamu 'alaikum"

- “Waalaikum salam"

+ “Bagaimana jualan  akhbar tuan?"

- “Alhamdulillah, dah terjual satu.”

+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini"

- “Insya Allah adalah rezeki nya.”

+ “Kalau hujan sampai petang macam mana?”

- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.”

+ “Doa?”

- “Bukankah  Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”

- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"

+ "Kalau tidak ada yang boleh dimakan"?

- “Bererti rezeki saya berpuasa"

+ “Kenapa tuan  boleh berfikir seperti itu?”

- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan". Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. 

Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya. 

Aku termenung...
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? 

Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata2. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. 

Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi drpd Allah SWT. 

Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

~~~

NAK CERITA PASAL REZEKI : REZEKI ALLAH TU LUAS KURNIAAN NYA .
Dulu ...
Saya selalu risau kalau saya tak naik pangkat ...
Seriously - Sebab saya bajet bagus. hahaha.
Satu hari Allah bagi ilham yang menginsafkan saya.
Rezeki tu hak Allah.
Saya ni blajar tak berapa cerdik.
Result degree tak cemerlang macam xxx,  yyy apatah lagi zzz
Seriously I am dat bad.
Lepas habes degree - saya nanges sungguh-sungguh sebab saya takut tak dapat kerja... bimbang nanti susahkan ibu bapa.
Tapi ...
Ayah saya pesan 1 je. "Yang bagi kerja tu Allah. Bukan ur cgpa.Mintalah dengan Allah. - bersungguh-sungguh".
Yes. I did that. Bersungguh-sungguh.
Mungkin orang tengok saya senang dapat kerja. Dapat jalan sana-sini. Ada orang cakap dia sangat mencemburui saya.
Tapi hakikat yang dia tak tahu - saya lagiii cemburu pada dia dan kawan-kawan yang lain.
Dia tak sedar ke? Saya pun Allah uji juga - saya masih single, ujian kesakitan, ahli keluarga, sahabat dan manusia-manusia aneh dipersekitaran yang perlu dihadapi, awasi dan tangani (jika perlu). 

Owh mungkin dia tak perasan sebab dia nampak yang best-best sahaja - Alhamdulillah

Nak tahu tak ? Dulu-dulu - Saya selalu risau tak naik pangkat sebab saya fikir;
"Nanti malulah dengan rakan-rakan, kerja sepuloh tahun tak naik pangkat".
Seriously. Teruk kan? Tu je sebab nk naik pangkat.
Till one day...
Allah datangkan semula kisah ini dalam ingatan saya masa saya risau tak naik pangkat.
Allah ilhamkan.
Rezeki yang Allah dah takdir untuk kita - akan tetap jadi milik kita.
Takkan ada orang lain boleh ambik.
Analogi ni paling menarik :
Kalau post kosong ada 100 sekali pun tapi Allah dah kata dalam 100 tu tak ada nama kita - buatlah macam mana pun. CONFIRM takkan ada nama kita.
Tapi kalau post tu ada 1 je dan memang Allah dah tulis dalam 1 tu memang hak kita pada masa itu... datanglah 100 orang yang sama baik or jauh lebih hebat sekalipun post itu tetap milik kita
Insya Allah.

Ayah selalu pesan. " Kerja dan hidup ni macam air sungai yang mengalir. Lalu je ikut arus.
Sepanjang laluan itu - ambil (sapu) sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman yang berguna,   jangan gaduh/cari pasal ngan orang (but i disobey dis gaduh part).
Sampai masa nya giliran kita akan sampai.
Surely akan sampai.
Tapi kalau sepanjang laluan itu kita tempuhi dengan kerja yang malas + tak ada penambahan ilmu dan kepakaran + asyik bergaduh dengan orang, apabila ada kekosongan - macam manalah ianya nak jadi asbab untuk kita dinaikkan?
He gave an example. this is true story - about his fren - someone dat I know.
1) TS J : mantan pengerusi XX, Ketua Pengarah xx,  dah pencen dah uncle ni setelah kontrak beliau disambung berkali-kali sampai maksimum dah lah.
Kisah uncle ni ... Suatu ketika dahulu ...
Macam-macam jadi kat dia - org sabotaj here n there - sampai dia "hilang dari radar kenaikan pangkat".  Mcm dalam organisasi ni dia tetiba dilupai / tak wujud.
Mcm istilah skrg - kena pool gitew.  Dia dicampak ke cawangan yang jauh dari ibu pejabat. Supaya orang lagi tak sedar kewujudan dia.
Tapi uncle ni kerja dia bagus. So he just did his job with full dedication n integration.
Tetiba masa seseorang yang penting dalam organisasi ni 'naik takhta' ... uncle J semasa itu berada di cawangan yang jauh. Orang penting yang baru naik takhta tu berasal dari negeri yang uncle J ni bekerja and he know uncle J very much.  Orangnya bagus dan boleh buat kerja dengan amat baik.  Full of integrity and dedication. So big boss yang baru  'naik takhta' ni panggil dia balik HQ.
Dia masuk HQ kejap je - dan dia berjaya selesaikan banyak isu tertunggak yang melambak kat HQ tu.
the new big boss was so happy - maka lajulah uncle J ni naik pangkat. Berdesup-desup naiknya.
Sampai dia jadi orang no 1 dalam organisasi sebelum bersara. Sedangkan sebelum tu hampir belasan tahun dia dilupakan dari organisasi.
Nampak tak REZEKI milik kita - akan sampai kepada kita apa bila tiba masa kita.

Kisah kedua - kawan baik ayah saya juga
"Uncle A" ini dia kerja sebagai golongan marhain lah bahasa mudahnya. Macam level-level kerani gittew.
Tapi uncle A kerjanya sangat bagus dan berdedikasi. Tapi dia ni ada satu sikap suka balah / menjawab dgn boss.  Maklumlah boss ni kadang bukan betul sangat - kira dia je betul orang lain salah semedang. hahaha...
Salah sorang boss yg dia dok balah - ialah Uncle J dalam kisah pertama tadi.. hahaha.
Ni citer dulu2 lah. Masa depa muda2. Uncle J ni penah jadi boss kepada Uncle A juga sekejap.
Dipendekkan citer - Uncle A ni TAK NAIK PANGKAT SAMPAI PENCEN - walaupun dia kerja bagus.
Percaya tak? TAK NAIK PANGKAT SAMPAI PENCEN. Kau rasa?
Tapi ... Lepas dia pencen.
Uncle A buat bisnes. Supply barang keperluan hospital.
Tetiba bisness dia amat amat amat maju n uncle ni hidup senang.
Happy and he is healthy. Dia punya sukses n kaya tu... Dia pergi mekah EVERY YEAR. Tour europe bagai.
So mesej saya kt sini.
Nampak tak REZEKI milik kita - akan sampai kepada kita apa bila tiba masa kita.
Jgn risau...
Rezeki kita memang akan tetap jadi hak kita.
Orang lain takkan dapat ambil.
Apa yang kita perlu buat - USAHA tanpa henti.
Buat baik ... buat baik ... buat baik dan terussss buat baik.
Konsep rezeki tu luas. Bukan naik pangkat je.
Dapat suami baik + anak baik + hidup sihat + kereta tak rosak + kawan yang baik
Semua tu rezeki.
Kadang-kadang naik pangkat ini pun UJIAN.

Teladan ke-3  ni.

Ni kisah tentang ahli keluarga saya. Orangnya bagus buat kerja. Disayangai oleh orang-orang atasan beliau. Dia naik pangkat laju je. Orang nampak smooth je. Orang nampak 'eeee bertuahnya dia'
Sampai last sekali dia di naikkan ke posisi yang agak tinggi pada usia yang agak muda.
Disebabkan dia hebat dan baik maka dia dihantar ke cawangan yang kerjanya leceh dan renyah dan hi presure.
Dia punya tekanan kerja kat situ.... membuatkan dia memilih untuk BERSARA AWAL pada usia yang masih muda.
Dalam kes ni... bagi saya - macam rasa rugi je dia naik pangkat berdesup-desupkan.
But always have in mind :
"yang nampak baik belum tentu baik | 
yang nampak tak baik belum tentu tak baik"
Put ur trust on Allah.
Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan kisah panjang ni.
Harap jangan yg ada rasa offended / rasa nak left group / unfren me.
If you do... saya mintak maaf banyak-banyak.
Saya harap kita semua jangan putus semangat.
Sebab rezeki Allah tu MAHA LUAS . Teruskan je buat baik.

My fren told me (she get it from someone too).
Jangan kita naik atas sebab "kita nak naik" bukan sebab KITA LAYAK NAIK. Orang yang NAK NAIK tapi TAK LAYAK NAIK - selalunya tak kemana.
Kalau sekalipun kita LAYAK - tapi TAK NAIK-NAIK - kalau kita kekal kerja dengan bagus - ada knowledge, ada skill, people will still looking for you,  want to find you for the knowledge/skill you have. And you see! U earn the respect from others and and you can benefit others with your skill and knowledge.

Insya Allah.

Time for Reflection...

Two brothers joined a company together a few months after their graduation from university.

After a few years of work, their Manager promoted elder one to a position of Senior Sales Manager, but younger remained in his entry level Junior Sales Officer position. 

He developed a sense of jealousy and disgruntlement, but continued working anyway.

One day he felt that he could not work with elder brother anymore. He wrote his resignation letter, but before he submitted it to the Manager, he complained that  Management  did not value hard working staff, but only promoted only the favoured!

The Manager knew that he worked very hard for the years he had spent at the company; even harder than elder one and therefore he deserved the promotion. So in order to help him  to realize this, the Manager gave him a task.

“Go and find out if anyone is selling water melons in town?”

He returned and said, "yes there is someone!"

The Manager asked, "how much per kg?" He drove back to town to ask and then returned to inform the Manager; "they are RM1.35 per kg!"

The Manager told him, "I will give your elder brother the same task that I gave you. 

So the Manager said to elder, in the presence of younger ; “Go and find out if anyone is selling water melons in town?”

He went to find out and on his return he said:
"Manager, there is only one person selling water melons in the whole town. The cost is RM4.90 each water melon and RM3.25 for a half melon. He sells them at RM1.35 per kg when sliced. He has in his stock 93 melons, each one weighing about 7kg. 

He has a farm and can supply us with melons for the next 4 months at a rate of 102 melons per day at RM2.70 per melon; this includes delivery. 

The melons appear fresh and red with good quality, and they taste better than the ones we sold last year. 

He has his own slicing machine and is willing to slice for us free of charge.
We need to strike a deal with him before 10 a.m. tomorrow and we will be sure of beating last year's profits in melons by RM22.30 . This will contribute positively to our overall performance as it will add a minimum of 3.78% to our current overall sales target. 

I have put this information down in writing and is available on spreadsheet. 

Please let me know if you need it as I can send it to you in fifteen minutes."

Younger one was very impressed and realized the difference between himself and elder one . He decided not to resign but to learn from him.

Let this story help us keep in mind the importance of going an extra mile in all our endeavors.

You won't be rewarded for doing what you're meant to do, you only get a salary for that! You're only
rewarded for going an extra mile; performing beyond expectations.  

To be successful in life you must be observant, proactive and willing to do more, think more, have a more holistic perspective and go beyond the call of duty. 

Self notes! 
Ukuran kecerdikan - bukan semata-mata kepada berapa banyak A yang kita dapat dalam peperiksaan.
Ukuran kejayaan - bukan semata-mata berapa banyak digit salary we earned.
Ukuran kekayaan - bukan berapa mewah kenderaan dan pakaian yang kita pakai/ miliki.
Berjaya dan kaya dinilai berdasar kepada siapa yang menilai dan untuk apa dia menilai dan dinilai.
Be good Lillahitaala - and insya Allah all the good things will come to you.
Datuk Dr. Syed Tawfiq Al-Attas,  mantan Ketua Pengarah IKIM 2005-2009 berpesan dalam slot inspirasi IKIM pada 28.2.2017.
Good person are those :
when they speak - they tell the truth.
When they be given an amanah - they be hold to the amanah firmly.
When they make a promise - they keep the promise.

Semoga bermanfaat, Insya Allah.
@loves_nhhas



Jadilah baik macam my Dear Anies yang telah membawa LONDON kepada saya. 
(*_*)
Semoga dimurahkan rezeki selalu ye Anies.
Terima kasih atas ingatan ini.