Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

Check List Kursus JICA - Okinawa, Japan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh …

Aku dah lama nak buat entri ni.  Senarai semak / Checklist Kursus JICA OKINAWA. Fasiliti JICA Okinawa. Owh, JICA Okinawa juga dikenali sebagai Okinawa International Center (OIC).
Panduan yang mungkin berguna untuk next batch yang bakal ke JICA di Kepulauan Okinawa, Jepun.
Sebab semasa aku nak pergi dulu, info tentang JICA Okinawa ni macam minimum sangat yang dapat dijejaki. Tak pasti lah sebab aku tak pandai cari atau memang tak berapa nak ada. Dan mungkin boleh jadi panduan di masa akan datang bila aku perlu menghadiri kursus diluar negara lagi ... hihi.. COTI ke?  kan... 
Wan san maklumkan next batch akan berangkat selepas Raya Aidil adha,  then ada rakan ku adik nya juga terpilih ke YLP ke-2 ini, membuatkan aku rasa ingin menulis sikit sebanyak tips yang mungkin berguna untuk mereka yang bakal pergi sebab masa kami pergi dulu memang bodo2 kena goreng dengan si Shirley (dari pejabat Jica KL tu)…hihihi … sebenarnya tak boleh salahkan Shirley sebab semua pedoman yang Shirley bagi tu BENAR untuk JICA di main land tapi tidak begitu terpakai di JICA OKINAWA. Macam sangat berbezalah… Mungkin Shirley pun tak pernah sampai jica Okinawa kot…sebab Okinawa tu jauh…. Selalu orang g jica main land jer… its okay Shirley… anda telah dimaafkan… hihihi…
Okay jom cekidout … apa yang boleh saya share…

Bag
  • Bawak lah bag yang besar / banyak empty space… sebab barang kat jepun macam murah untuk personal use macam baju, kasut, uhukkk.. rugi lah kalau tak beli.  As for me… macam vengong juga lah, sbb bawak bag kecil bersaiz 24” sahaja (rasa macam tak nak maafkan diri sendiri jer… hahahaha.
  • Sila cek airlines apa yang anda naiki, dulu kami - daripada KL, depa bagi MAS, tapi dari kansai ke Naha, Okinawa kena naik JAL. JAL ada syarat baggage in term of bag size, tapi so far aku tengok bebudak tu bawak bag besar lepas je.  Majority bawak bag luggage 2 (tak termasuk bag laptop yer). So bawak lah satu bag 30” dan 20”… 24” pun boleh.   Rilex…. Tak de orang gelakkan ko. (at least batch aku pergi semua bawak 2 bag besar)… hihihi… afterall ko yang nak heret bag tu… tak susahkan orang pun.. so okay jer.



 PAKAIAN

  • Kalau ikutkan taklimat masa kat JICA KL tu … bagus punya kena goreng bawak sut lengkap blazer segala, tak boleh pakai jeans lah, tak boleh pakai baju kurung lah… sesungguhnya semua itu dusta belaka.. (pls note, only in Okinawa).
  • Kat Okinawa ni diaorang macam rilex2 je. JICA main land mungkin lebih skema dan strict kot… agaknya lah aku pun tak tau sebab tak pernah sampai.
  • Tapi kat Okinawa – rilex jer boleh pakai jeans. Aku jenguk juga kelas orang2 dari Negara lain – okay je pakai jeans dan shirt (berkolar). Tak yah nak semangat sangat pakai kemeja dengan tali leher.
  • Masa first day kelas, cikgu kiteorang, Rio san cakap tak yah lah pakai tali leher… hahahaha…sebab our gentleman pakai office attire lengkap dengan tali leher... Tapi selaku kakitangan kerajaan yang perlu menjaga nama baik perkhidmatan awam (pls note…. Kita PERGI MEWAKILI PERKHIDMATAN AWAM DAN NEGARA MALAYSIA – OFFICIAL VISIT). So sebaiknya jagalah adab termasuk berpakaian. Rakan2 yang lelaki pakai jer seluar slack dan kemeja.  Blazer kami bawak untuk tujuan official seperti lawatan ke ministry, ke pejabat polis, dan ketika graduation… aku rasa as officer, blazer tu wajib ada dan bawak lah… bukan berat pun.  Cuma aku ler macam tak puas hati sikit sebab aku suka pakai baju kurung, masa taklimat kat KL si Shirley tu dok pesan “don’t wear labuh-labuh one ar, u must bring laddies slack okay” …. Hadoiii… aku ada palazzo, ada jeans, and the rest aku suka pakai baju kurung or skirt labuh… ada lah slack sehelai dua … tapi disebabkan tak pernah pergi, maka ikutlah cakap si Shirley ni… aku pun g lah beli slack baru … giler sejuk tengah2 musim sejuk kat Okinawa tu kena pakai seluar slack…. Dah lah baju kurung bawak 2 pasang je… Sudahnya most of the time especially waktu lawatan kerja luar, aku pakai jeans aku yang warna hitam tu sebab tak nampak sangat macam jeans... (sebab aku rasa rude g kelas pakai jeans yang obviously jeans macam jeans biru tu, dan tak ada orang g kelas pakai jeans pun – utk kelas aku lah). Dahlah bawak sehelai tu je jeans. huhuhu... Tapi bagi korang2 yang kurus, tak yah risau sebab korang boleh beli jeans vanyak dan murah kat UniQlo... bagi yang size besar, bawak lah sendiri ye, sebab aku tak jumpa size besar kat sana. Orang jepun ni kurus2 sangat semuanya... Hihihi. 
  • Tapi not to worry, tak nak bawak baju banyak pun boleh…. Sebeb MESIN BASUH dan MESIN PENGERING pakaian disediakan…. Kadang2 mesin pengering tu macam sewel sikit tak berapa kering … so anda ada 2 pilihan : i.e keringkan sekali lagi (which is not good for your baju)…  atau setelah di keringkan kali pertama – anda sangkut lah sekejap dalam bilik …kena aircond, kena heater dalam bilik tu – kering juga.
  • Bawak lah sabun cuci baju yang mencukupi tau… aku bawak jenis serbuk supaya tak berat bag. 
  •  IRON tak payah bawak… semua nya disediakan.


Skema ... hihihi...
But it show respect to the organizer and we earn respect from them too...
Mr. Konda sangat terharu menerima omiyage dari kami.
Dia boss kat tempat kami visit ni ... dia pegang sendiri omiyage tu dari mula dia dapat sampai dia hantar kami balik kat bas... Yang tu memang buat kami semua terharu...

Disalah satu tempat visit... Ni tempat server sebenarnya.
server dia tepi laut yang sungguh lah nyamannya...
kami minta kebenaran nak pergi ambil gambar kat situ... hihihi...

DUIT

  •  JICA bagi elaun – tapi tak lah banyak sangat. Jika tak silap,  kurang dari separuh dari yang kerajaan bagi kalau kita pergi atas biaya kerajaan… hihihi… tapi ianya mencukupi…. Untuk 18 hari stay dapat dalam 50ribu yen cash tidak termasuk duit makan. Makan tidak diberi cash tapi diberi dalam bentuk meal kad, ada fix amount, kalau kau habiskan meal card tu dalam 8 hari, lagi 10 hari sila lah survive sendiri... Sesungguhnya meal card tu banyak jer baki. hihihi. Bagi aku cukup jer.  Aku bawak duit sendiri 32ribu yen… dan balik aku ada baki 40ribu yen lebih… bukan tak nak “habiskan”…. Kalau ikutkan hati … macam-macam aku nak beli… tapi tu lah aku bawak bag kecik sangat, dah tak muat nak membeli belah. Nak beli baru macam tak jumpa yang berkenan di hati. Kawan2 aku bawak beratus2 ribu yen dan Berjaya menghabiskan kesemua wang mereka dan siap sambung guna kad kredit…. Gila betul… hahahaha….


MAKANAN
  • Makanan halal dijamin oleh JICA… hahahaha… kalau kau yakin, kau makan… kalau tak yakin jangan makan…  Why I said that? Sebab aku tak yakin dengan breakfast sebab dia letak halal ngan non-halal sebelah menyebelah…. Memang lah JICA make their best effort utk asingkan peralatan like penyepit makanan, sudu garfu semua asing…. Tapi ko boleh percaya tak orang-orang lain tak guna penyepit tu utk ambik halal and non-halal food since dia dah letak makanan tu sebelah menyebelah. Bukan semua orang faham halal tu apa. They just know -  no pork no alcohol.   Again kalau ko yakin silakan makan… aku tak yakin, so aku just ambik roti/ fries atau makan kat bilik… after all aku bawak makanan banyak juga… berat arh bag kalau balik dan tak habiskan… Misi perlu kosongkan bag dan pergi shopping... hihihihi…
breakfast free .. so serve buffet
  • Tapi untuk lunch dan dinner iNsya Allah aku yakin sebab untuk lunch dan dinner kita order then baru dia serve.  Okay lah don’t worry … makanan bukan isu sama sekali kat JICA.
 
for lunch and dinner, choose your menu from this sample..

cutlery yang diasingkan.

salmon yang sedap. dapat makan sekali jer. uhukkk ...
  • Tapi aku bawak makanan sendiri…. Aku bawak semua jenis nasik brahims (okay tipu aku tak bawak sendiri – ahkak wahidah yang tolong bawakkan, sebab masa aku pergi tu, kat putrajaya tak ada stock brahims … akak wahidah jumpa kat area KL so aku kirim lah dia belikan… dah alang2 dia beli tu dia bawak lah sekali… hihihihi… macih kakakku… semoga Allah membalasi jasa2 mu sebab memberatkan bag mu dengan nasik2 adik mu ini… hihihihi…
  • Okay … bagusnya YLP ni sebab pergi secara beramai-ramai dak malaysia . So korang blh create group whatsApps dan pakat2 lah barang makanan yang nak di bawak… Macam kami pakat2 ada yang bawak serunding, ada yang bawak sambal - segala macam jenis sambal ada, yang tak pernah kutahu wujud pun time tu lah tahu kewujudannya, and aku bawak sambal ikan bilis goreng kering… banyak sungguh mak aku masakkan … ada kot sekilo setengah… aku buat pack kecil2…. Ramai ooo peminat… time makan bukak le makan ramai2. Owh bawak lah sweets (gula-gula) kot2 mengantuk dalam kelas… hahahahaha.
  • Tapi makanan basic lain2 bawak sendiri lah yer. Apa yang aku bawak?  Brahims rice. Roti gardenia sebuku. Tuna, meggi (sila lah bawak pelbagai perisa… hahahah tengah2 kelas tetiba aku buat lawak nak makan laksa…. Dah lah tak bawak megi laksa… huhuhuhu sedih pulak rasa), aku bawak coklat dan kurma sebab itu source of my energy…. Kalau kau sesak2 lapar, kurma cepat bagi kenyang dan senang di bawa. Aku bawak biskut sikit, mushroom soup…. Errr… tu je kot… Owh dalam team kami ada pharmacist ... so dak tecik tu lah yang mengangkut ubat-ubatan ...untungkan... hihihi...
  • Owh sila lah bawak Tupperware makanan dan eco bottle.  Kadang2 kena g tugasan luar, boleh lah tapau makanan sendiri…
  • Dan sila bawak plastic cling yang balut makanan time kenduri tu or aluminium foil.  Yang ni aku baru belajar masa aku dah sampai sana. Kak long lyana yang ajar.  Bawak cling plastic alas kat tray makanan…. X de lah ko was-was… sebab kat café … makcik café tu bising marah kalau ko bawak Tupperware sendiri sebab makanan tak boleh tapau… tapi kiteorang selamba je tapau… aku selalu tapau fries… se tupperware penuh…  ala aku kan tak makan pagi… kira okay lah tu… hahaha. 
 
aluminium foil dan cling plastic

INTERNET
  • Hahaha… ini paling sengal lah kena goreng kat KL…. Errr sebenarnya tak lah kena goreng sangat… aku baca riwayat ada seorang ladies ni g JICA Tokyo sama time dengan kiteorang, dia cakap kat class room Tokyo memang tak ada internet sebab diaorang nak suruh ko fokus dalam kelas…. Tapi di Okinawa, since ianya mmg tempat untuk membangunkan ICT, of course WI-FI is everywhere… tapi wi-fi kat kelas tak sekuat wi-fi kat hostel…  bilik aku depan router… hahah internet laju oooo besttttt… Macam - macam boleh download. Siap aku download abes twins of faith lectures.
  • AL-kisah, semasa kami menghadiri taklimat di KL, si pentaklimat cakap tak de wi-fi… semua kena guna wired internet…. And we’re like what ??? zaman canggih ni jepun tak de wi-fi? ”  Siap boss aku pinjamkan dia punya router ke hapa benda ntah namanya supaya aku boleh meng wi-fi kan bilik aku.. tak yah lah pakai wire kan… Tapi bila masuk je JICA hostel, internet laju je… hahahaha… tak yah risau okay. Nota: boss aku ni dulu tahun 2008 dia pernah mengahdiri kursus di JICA Tokyo kot if tak silap…tapi dia lagi legend lah pergi 6 bulan, masa tu anak sulung dia baru lahir…. Tabah kan… balik2 anak dah besar.  So inchi boss ni lah yang banyak bagi aku pedoman.  
  •  Masa sesi penutup memang kiteorang pesan suh JICA OKINAWA bagi taklimat betul lah apa fasiliti yang ada kepada para peserta sebab wrong information memang sangat menyusahkan kiteorang esp bab pakaian dan internet. 


CENDERAHATI
  • OKAY, orang berbudi, kita berbahasa. Memandangkan kerajaan Jepun menaja kita menghadiri kursus ini, silalah bawak omiyage untuk mereka.  Kebiasaannya kita akan dapat orang2 yang mengiringi kita sepanjang waktu rasmi kita di sana. Diaorang ni macam fasi kita lah, akan ada sepanjang masa rasmi - kelas, visit, graduation, etc.. Boleh jadi tukang order makanan, tukang translate, dan sebagainya. Macam kami ada 3 orang; mama cheih, koby san, dan Larry san.  So kami bawak omiyage untuk mereka.  Dan kami bawak Omiyage untuk SEMUA cikgu yang mengajar, dan semua tempat yang kami  ada official visit.  Omiyage ni bolehlah korang kongsi duit ramai-ramai dan share beli atau korang dapatkan cenderahati dari jabatan masing-masing.  Bawak dan pack kat sana.  Hasil pungutan dari unit korporat masing-masing, kami dapat lah sikit sebanyak omiyage yang boleh diberi dari Malaysia disamping Omiyage yang dibeli dan dibuat sendiri… hahaah…. 
kotak putih tu omiyage dari jabatan aku je.
Jabatan orang lain - mereka bawak sendiri... hihihi..
siap kami beli batik sarawak lagi... cantik ooo...
  
sesi mem pack omiyage di ruang rehat Jica Okinawa.


yeay ... dah siap packing ... 
  • Omiyage paling win ialah frame muka kiteorang…. Hahahaha… aku siap pesan “boleh tak visit kat Dept. police tak yah bagi frame muka kita – aku rasa macam wat jenayah lak ada muka kita dalam pejabat polis” …. Hahahaha…vengong kan.

Sebenarnya nak ambik gambar ramai-ramai.
dah ambik pun kat JICA KL. Tapi gambar tu kurang cantik - tak sharp.
so kena lah tempek macam ni. Pun boleh lah ye... 
siap salah eja lagi... hihihi...

 BUSINESS CARD

Okay sila bawa "business card" ye. Kad nama official ... jangan bawak kad bisness online korang pulak... hahaha ... Sebab orang jepun ni katanya ... semua ada bisnes/ pengenalan diri... termasuk lah orang pencen... hanya mafia dan yakuza jer yang tak ada or tak share kad diaorang... haha... kalo korang g visit mana2 mesti ada orang nak exchange kad dengan anda. 
Haritu kiteorg ada "global session" ... lagi lah perlunya ada bisness card tu...
So jangan lupa bawak ya.

JAGA ADAB

Jaga adab, jaga akhlak, jaga solat dan rahsiakan rahsia kerajaan.  Jangan simply share everything okay.  Bertapis lah sikit ketika knowledge sharing session, assignment and etc..  Only share what ever available in official web or released document.  Hihihi…kadang-kadang eksited sangat sampai terkeluar semua cerita… it should not be okay…  Bab solat pulak,  korang tengok lah waktu solat dan jika kelas tu terkena waktu solat, sila lah berterus terang dengan pengiring korang minta dia nego untuk re-arrange jadual kelas supaya tak ganggu waktu solat ... so far tak ada masalah... Mereka sangat memahami.

Okay ... sebenarnya ada lagi nak letak tapi boleh lah tu dulu yer.  Ada kesempatan nanti sambung. Tetiba aku terlupa apa nak tulis... hahahaha....

okay ... semoga bermanfaat ... Untonglah dapat pergi churaumi aquarium dan tokyo ....  sob sob sob.
#Jeles.

@Loves NHHaS

Wednesday, July 1, 2015

Sila ... Sila ... Jemput Mohon

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

siap promo ada muka kiteorang ...
keh keh keh...
ni wan san punya kerja lah ni...



This coming offer lagi best sebab mereka dapat pergi Tokyo 3 hari dan dapat pergi Churaumi Aquarium.
aku tak tau lah aku patut marah si fujimoto ke... si rio san ke... atau si koby san tu...

Cisss...

Eh... kang abglong ady kata aku tak bersyukur lak ... hahahampeh... doa ko blom makbul lah ady... ngeh ngeh ngeh...

1 julai - 10 julai 2015 : JPA buka tawaran bagi mengikuti short course ke jepun...
Young Leaders Program 2015 : Policy on ICT Security....

Ni kira 2nd batch lah.

Yang aku and geng2 g awal tahun baru ni... kursus yang sama dan 
KAMI ADALAH 1ST BATCH...

Ni kursus baru.
so kiteorang lah pioneer tukang jadi bahan eksperimen sylibus...
tengok ada pindaan banyak juga pada sylibus ... fujimoto san siap emel suh wan san advice sylibus....
 (hebak demo wan san)...
maknanya mereka ambil serious SEMUA komen yang kami bagi ...
hehehe....

dan ternyata ... team aku bagi feedback yang agak "sound direct" pedas bercili kt jica okinawa ... sebab jadual kami terlalu padat... terlalu padat sampai kami langsung tidak punya masa utk "berjalan ke jepun".

Ada team mate aku yg sound direct dlm feedback form spt... jadual yg terlalu padat... tak dapat pergi north okinawa... tak dapat g main land japan setelah menempuh 12 jam perjalanan ... kedengaran kejam lah untuk batch kami...

Untuk itu for 2nd batch ni sylibus telah ditukar sikit.
daaaaannnnnnn
ada jadual ke Tokyo selama 3 hari tidak termasuk travelling day....
hwaaaa... jeles...
siap dapat g churaumi aquarium kat okinawa ....

Owh # sakit nya tuh di sini...
sampai hati .... kiteorang tak dapat pun pergi semua tu ... huhuhu...
Dan x boleh apply dah YLP sebab syarat YLP ni... hy boleh apply sekali sahaja (syarat buat masa ni lah)...

Dan aku rasa ... nota diaorang kali ni mesti bnyk diagram ... sebab ada yg bg feedback slide bnyk sgt perkataan (disamping translation BI yg agak .... hmmm )...
Tapi aku bg feedback slides were okay sebab aku senang nak rujuk... haha...

Apa2 pun... okay lah... rezeki lah 2nd batch sebab dapat pergi banyak tempat ...

Okinawa + Tokyo...

Dan bagi aku ... rezeki mengenali 14 makhluk comel lagi awesome ni ... adalah
 THE BEST THING 
THE BEST MOMENT 
sepanjang aku svs sbg jr officer ni, 


 selain team talent X... 
TX tu best jangan kenang lah ... nanti nanges. hahahaha...
hmm ... mana tau JPA nk pakat ngn jica anto TX 1.0/2014 g jepun ke ...
ngeh ngeh ngeh ...
dapat lah dua kali aku g jepun...
YLP 1st batch pun muka aku...
TX pun ada aku...

Kan .... patut bersyukur banyak2 di situ...
alhamdulillah ...

Bagi aku dapat pergi tempat yang best itu adalah BEST.
Tapi dapat bersama teman-teman yang BEST + AWESOME + GOJES+ DAN SEGALA YANG BEST2 LAH ... (Cant realy say iy sebab terlalu best ...INI ADA LAH TERBAEK.. . 
NIKMAT TERINDAH....

Buat kawan2 team 1st batch YLP jica okinawa ... dsn kawan2 talent X...

Korang adalah terbaik ...
SAYA SAYANGGGGGG KORANG ...
LILLAHITAALA ...
Insya Allah...
frenship until jannatul firdaus ya ...
insya Allah ...

p/s:  atas permintaan SS, ku masukkan gambo beso gedabak asal ni


aku tanya dak dafi "ko bangga tak possing macam tu ... ngeh ngeh ngeh "
seumur hidup ku, aku mmg teringin sungguh nak g oberC pegang bendera malaysia ramai-ramai macam ni ... macam ala-ala salam perantauan... hehehehe...
tapi memandangkan hanya belajar di uni tempatan... makanya motip sangat aku nak pegang bendera malaysia ni kan kan kan....
namun akhirnyaaa .... dapat juga ... hihihi... alhamdulillah...
(nama tempat ni ialah ShuriJo - Istana Shuri - tempat kingdom of ryukyu...kat okinawa)

Jemput baca kisah-kisah jepun kami (walaupun tidak menyeluruh lagi) Read here for :



Tuesday, June 9, 2015

Apa yang best di Okinawa, Japan










Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ....

aku nak nangis tengok gambar-gambar ni semua SEBAB ....
sob sob sob ....

Tungguuuuu ....

hahahaha...


Bila Rindu ... I left my love in Okinawa






Hari ini - 27 Mei 2015 : Dah empat bulan mengenali bebudak team okinawa ni... dah 3 bulan 14 hari balik malaysia...  Kesibukan kerja yang memang tak boleh blah... tipu daya dunia ... "politik kecil" yang menghuru harakan persekitaran perasaan ... Setiap kali rasa "jatuh" ...  Aku tiupkan semangat untuk tersenyum,  Ku seru semangat diri untuk kekal positif dan berikan yang terbaik, kerana aku tidak "menjawab pada manusia, bukan juga pada dunia"  tapi aku bertanggungjawab untuk soal jawab ku di mahsyar kelak... 

Apa kaitan rasa "jatuh" dan "jauh"  itu dengan Okinawa memories?  Hihihi... Setiap kali aku rasa "jatuh",  aku akan ingat dan belek dua memori.  

1. Memori Haji (kalau aku dah start tukar profile pict kat phone tentang haji - tu memang dah down sangat dah tu.

2. Memori di Okinawa.  (bila down, aku mesti susun-susun gambar Okinawa yang berjumlah 8000+++ keping ni dan ntah bila nak disiapkan photo book nya... sampai expired 3 voucher dah ni... hihihi...

Kenapa memori bersama bebudak JICA OKINAWA ni boleh memulihkan semangat?  

i. sebab mereka ni sangat lah awesome.

ii. banyak ibrah yang aku kutip dalam perjalanan aku ke Okinawa ini dan ianya membuatkan aku rasa kerdil dan insaf ...  Put your trust on Allah... 

Pernah tak dalam hidup ni korang rasa orang misjudge korang dan sepenuh hati korang cuba explain duduk letak perkara sebenar, namun hasilnya mendukacitakan... Mereka hmmm tak pastilah, tak faham atau buat-buat tak faham tapi jujurnya aku dah malas nak explain anything to people... nothing at all WHY ?  I just stopped explaining myself when i realized people only understand from their level of perception... Betulkan... hihihi...

Penghujung (Q4/2014) cukup mencabar walaupun aku dah sering terima cabaran yang agak tough tapi penghujung tahun lalu memang that's it - it just i cannot take it anymore... i just cannot take anything anymore...
sangat "jatuh" !!!
Dan dari situ aku dah malas nak explain anything to anyone... Mulanya aku rasa malas pun nak berabis untuk semua sebab aku rasa orang bukan appreciate pun... 
Tapi tapi tapi, Allah sedarkan aku...
Kenapa aku nak buat something untuk please manusia?
Bukankah manusia memang sifatnya takkan puas hati, busuk hati, salah sangka etc... 
Mana perginya motivasi dan pegangan ku selama ini that I am answerable to Allah not to anyone else manusia poyo dalam dunia ni... 

Atas dasar itu ... aku melangkah (walaupun dengan lemah) tapi aku tetap yakin "Chill lah - Allah kan ada" ...

Di saat rasa "jatuh" itu, aku teringat semula iklan tawaran mengikuti shortcourse ke Jepun (yang dibiayai oleh jepun 100%). 
Aku dah baca iklan tu sebelum ini, tapi lantaran kesibukan dan kononnya rasa tanggung jawab terhadap "persekitaran" - aku tak mohon ... 
But after the curse word from "them" - esp from "that person (s)" ... aku nangis selama 2 bulan kot... hahaha,... ingat je, aku nangis dan aku keep on doa "Ya Allah, gantikan kesedihan ku ini dengan lebih baik, gantikan dengan lebih baik" ... i just keep on doa macam tu...

Dan... ajaib nya (walaupun aku dah lupa pasal iklan JICA tu sebenarnya) tapi tiba-tiba pada hari akhir tutup permohonan aku teringat kat iklan tu lantas aku ambik masa sepagian itu mengisi borang dan menyiapkan short paper to answer all the justification to apply for the course.  Pada tahun2 sebelum nya aku pernah cuba memohon tapi "karangan" yang perlu dikarang terlalu panjang, unlike course kali ni - tulis 5 baris pun dah cun dah (perumpamaannya lah).  
Dan aku berjaya submit borang pukul 3.00 petang (closing at 4.00pm) ... hahahaha.... 

Hari ahad - aku mula outstation selama 3 minggu dan hari isnin tu PIC tu pukul 830 am dah call cakap aku anta gambar tak cukup, tak anta muka depan passport, dan ada 1 ruang lagi tak isi. She insist suruh aku lengkapkan tapi nak buek camno sebab aku dah kat luar (jauh lak tu), memang tak kan balik lah ke pejabat untuk setelkan perihal borang tu... tapi i don't know why (it just TAKDIR Allah nak lorongkan aku supaya pergi) ... she insist juga suruh aku betulkan ... dia suruh aku emelkan balik pict, dan form asal untuk dia betulkan then aku cakap "tak payah lah susah payah, tak ada rezeki lah tu saya nak pergi kali ni ... tak payah lah submit... batal je" ...
tapi dah dia insist juga - terpaksa lah aku suruh staff aku g godek pc aku (sbb aku tak boleh remote dari luar), dan tolong print kan gambar ... hahaha.. aku print gambor atas kertas A4 je... sempoi tak sempoi tak... tapi passport aku still tak bagi sebab aku kata "mana boleh bagi passport - bukannya dapat lagi - kalau dah shortlisted nanti baru i bagi copy passport i" .... ngeh ngeh ngeh... sebab sebenar tak nak bagi ialah passport aku dah nak expired - risau pulak kalau disebabkan itu permohonan ditolak... hahahaha.... tapi apa pun key dia kat sini sebenarnya memang TAKDIR Allah nak sampaikan aku ke Okinawa pada tahun 2015 dan jumpa geng-geng awesome ni....

So ini ibrah pertama yang aku belajar - kalau Allah nak bagi; nampak mustahil pada penilaian manusia tapi tak mustahil pada Allah ... bila Allah yang mentakdirkannya .... walau kita tak yakin pun boleh dapat, tapi yang nampak mustahil tu pun boleh dapat dapat, dengan izin rahmat dan kasih sayang Allah - seriously ...

Dan sepanjang masa berada di Japan - meet new members yang sangat awesome, spirit of team work, dapat relax and release tension yang tinggal 5% je lagi nak explode, dapat lompat2 jumpa bunga sakura ... Allahuakbar, I really feel that Allah has answered my doa (1: Gantikan kesedihan ini dan penganiayaan ini dengan yang lebih baik;  2: aku pernah masuk dalam bookmark list - 2015 aku nak pergi jepun dengan adek aku tapi tak jadi sebab adek ipar aku pregnant... hahaha...)

Insya  Allah kalau kita memang betul2 letak trust on Allah,  asked solely from Allah - Insya Allah, Allah will give it - soon or later if not in dunya we will get it in akhirat... Insya Allah.

So kalau orang buat jahat kat ko - ko patut g tegakkan keadilan; tapi kalau dah usaha - keadilan masih tidak berpihak pada ko, jangan susah hati - move on... Allah kan ada... Put your trust on Allah.  Allah itu Maha Berkuasa, Maha Besar (Allah itu lebih besar dari masalah mu).... Mintalah pada Allah gantian dan keadilan yang sebaik-baik nya sebab Allah Maha Adil.

Nak tahu apa yang paling susah dalam hidup ni?  Bagi aku paling susah nak bangun tengah malam dan bermohon pada Allah dengan penuh ikhlas dan pengharapan.  Kita sibuk nak cerita pada manusia (yang tetap pun tak faham faham dan tak dapat pun selesaikan masalah kita)  bila mana kita sepatutnya "minta pada Allah" ... tapi itu lah dianya... cakap senang, nak istiqamah buat tu bukanlah mudah ... betul tak ...

So sekarang mari sama-sama kita rajinkan diri mujahadah bangun di tengah malam - disamping boleh praktis untuk sama-sama give the best during Ramadhan.  Hari ni dah 9 Syaban... Ada 21 hari lagi nak ke 1 Ramadhan .... so lets gear up... and never never never loose hope in life, never loose hope in Rahmat dan kasih sayang Allah....

Chill je - Allah kan ada;  Put your trust on Allah ...

RINDU SANGAT KAMU SEMUA .... mmmuuuahhhh ...


last day baru berpeluang g sports hall - due to pack schedule ... 

"makan ko sapo" - nama aksi ini

last lunch @ OIC Cafe....

hwaaaa... nanges.... rindu korang ... 


 #Okinawa 

Dok susun gambar okinawa dan buat entri pasal okinawa untuk gear up my motivation.
Allah dah bagi aku macam2 perkara best, so why should i feel sad?  kan kan kan... 
Give the best in everything you do bukan sebab nak orang appreciate tapi sebab itu tanggungjawab dan amanah kita dan sebenarnya itu adalah se sikit-sikit sumbangan kebaikan yang kita boleh beri dalam hidup di dunia nan sementara ini... kan kan kan... hihihi....

Chill lah - Allah kan ada;  Put your trust on Allah .... okay?

Semoga bermanfaat .... 
@ lovesss nhhas .

edisi kemaskini 9.6.2015

Tuesday, February 17, 2015

Sequel : I left my love in Okinawa - PART 2


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Read here for :

Okinawa Part 1 | Okinawa Part 2 | Okinawa Part 3 | Okinawa Part 4 | Okinawa Part 5

Alhamdulillah ... finally all of us safely arrived @ home sweet home (#malaysia bumi bertuah) to continue our routine life ... work and family...

all de sweet memories in Okinawa, Japan will remain in our heart and mind, Insya Allah.

I hope that all the knowledge, all the experiences gained during the course will beneficial for me and my organization to the maximum as well as my other teammate.

72 hours before leaving Japan, my heart started felt the "missing of happiness and enjoyment" ... 
hihihihi... ayat kontroversi...

maksud aku - aku join kursus ni dalam keadaan yang super pressure ... due to so many burden; work and life... and i asked Allah to give me chance(s) to have some "break" on my own pace... Jauh dari semua yang aku kenal dan mengenali aku... And Alhamdulillah... Allah grant me the opportunity...

walaupun jadual di Japan sangat padat - terkejar ke sana ke mari - banyak yang terlewat waktu... penat memang sangat penat terutama bila terkenangkan laluan 57 anak tangga yang perlu didaki sehala (sehari minimum 6 kali lalu tangga tu)... 
Tapi aku enjoy hidup 18 hari penuh kepenatan di Japan.
Last but not least ... share dis momento sebab tak tahu lagi bila boleh update blog ... lantaran kesibukan yang mula melanda ... njoy ... 



(CREDIT VIDEO TO MIN SAN)

cuba teka mana satu min?

tengs partner for de video ...
walaupun wa rasa lagu tu tak sesuai (hahahaha...)
tapi tengs sebab buat something yang kiteorang boleh simpan buat kenangan ...


min san ni ; rakan gaduh + 
kaunter pertanyaan tiap kali aku ada kemusykilan &  setiap kali aku lost atau tertidur dalam kelas (sib baik dok sebelah orang IT yang sudi nak tolong jawab soalan level rendah aku ni..hihihi) + 
tukang ajar download video (berjaya habiskan download TOF- jazakallah min) + 
bawak roti untuk breakfast pada hari pulang+
jadi photographer (berupah okay)...
hahahaha... dan suka bagi aku ngan hani ayat sentap sekali sekala...

zu san ni pulak - rakan selfie aku yang paling comel... hehehe
paling tak boleh blah idea zu masa buat "lakonan tarik-tarik tangan"  kat american village..
selfie dowh gambar tu... awesome betul...
si zu ni juga lah ... punca drama "cintaku tertinggal di Okinawa ni bermula" hahaha...


the drama begin with dis picture below...
hahahaha...
it was a "photoboom"  actually ... tapi dah merebak2 pulak lepas satu scene ke satu scene...
but i will not share all de drama scene here -  it just for our momento lah kot ...


zu san bagi kiteorang omiyage berupa hello kitty masa kiteorang balik KLIA...
Zu tengs banyak2... it was very sweet of you sister...
i've something to give you masa korang datang lepak bilik saya "kira hutang" dan discuss pasal final presentation... tapi disebabkan sibuk dan kelam kabut - saya terlupa nak bagi omiyage tu kat zu...
huhuhu....


dalam gambar bawah ni

from left ...
zu, fiza, de author, hani and wahidah...

with my dear sister - fiza...
sampai hati diaorang buat shooting kat sini tak tunggu kita kan fiza kan kan kan ...

fiza ni adalah kawan yang paling sweet dan baik hati sebab dia lah tukang tunggu semuaorang tiap kali kiteorang (baca sebagai aku) lewat... hihihih... fiza juga bagi pinjam bag dia masa nak balik malaysia sebab aku pandai sangat bawak bag size 24" je ke Jepun.
(tak tahu aku nak buktikan apa sebenarnya dengan bawak bag sekecil itu.. hahaha...)
fiza lah tempat bergosip kalau ada menda nak citer... teman iron baju... pendek kata kalau nak mintak tolong ,... memang aku jerit nama fiza dulu lah... dah lah bilik dia depan aku jer...
jazakillah khayr fiza... 

credit helen for de picture.

Hani pulak partner aku sebelah kiri ... susunan nyer... min, aku, hani... (the last three)...hahaha.
Hani ni banyak tolong aku masa aku lambat sampai semasa taklimat di KL dulu.
Aku tiru borang hani lah... hihihi.. aku tanya min, tapi min tak dengar kot. aku takut dah nak tanya lagi... hahahaha... Hani ni juga adalah juara shopaholic terutamanya di Uniqlo...
Lepas ni, kalau kiteorang tengok Uniqlo, mesti kiteorang ingat kat Hani... hihihihi.
Sporting dan suka gelak... Kalau stress, duduk lah dengan Hani - nescaya hilang stress ...

wahidah pulak adalah sister yang palin lemah lembut. hahahaha. kalau nak marah pun fikir 18 kali sebab dia sangat baik hati ... Akak wahidah ni... tukang kejut aku bangun tengah-tengah malam bila aku dah penat sangat terkejar ke sana ke mari, mesti aku wasap kat dia minta tolong kejut kan...
sebab kadang2 aku tak isya lagi... nak study or buat assignment dsb.nya.  wahidah juga lah yang bawakkan Brahims untuk  aku, belanja aku makan nasik goreng ayam tengah2 malam... bawakkan aku breakfast roti bakar masa outing, suka "skolah" kan kat aku bila aku tak nak makan sebab aku kena gastric tiga hari pertama di Okinawa dan telah menyusahkan kawan-kawan aku - minta maaf kawan-kawan...
tima kasih kakak wahidah... jasamu ku kenang...



Ini ... kak long kawasan...
menjaga adek-adek kawasan dengan baik...
masa dah nak balik malaysia, kak long homesick kot...
hihihi... kiteorang makan ramai-ramai kat pantri, kak long basuhkan SEMUA pinggan mangkuk cawan segala...
Kak long juga compiler report dan workshop yang berdedikasi...
Kak long juga model "makan ko sapo" ...
Kak long juga lah yang "hilang" masa kiteorang g American Village haritu.
Tapi disebabkan beliau adalah '"kak long kawasan" ... maka kiteorang semua yakin beliau selamat...
hihihihi... Alhamdulillah ... 
kak long juga suka mengenakan adek-adek - tiap kali kiteorang ingat dia nak ambik gambar kiteorang, rupa2nya dia tengah selfie... hahahaha.... sabar jer lah...
dear kak long I still remember your laugh when you did that to us... tak senonoh tau kak long...
hahahahaha... lawak ... lawak ... 

Helen ... she is my ex-officemate sebenarnya.
Semasa taklimat di KL, aku macam nak lompat pusing-pusing sebab nampak Helen.
Alhamdulillah... ada juga orang yang aku kenal... Tapi sebenarnya semasa Helen di office aku, aku tak rapat dan tak pernah bercakap dengan dia pun. Kenal dia dari jauh jer.
Helen ne pun sangat lemah lembut orang nya... Dan dia pandai selfie. Gambar selfie beliau sangat canitk. 

Last but not least ....


our school in Okinawa

sakura yang tiap kali aku kutip - dia terbang... 
macam tak sudi nak ikut balik malaysia


de cafeteria with de 3 beradik tagline
"B dozooooo" 

the gym - bawah bilik aku je, sekali pun tak pernah cuba...
pastu salahkan weighing scale sebab tak kurus-kurus. hihihihi...


bilik penginapan yang bersaiz comel ... hihihi... 
tapi mencukupi jer sebenarnya.
bagi besar nanti takut pulak duduk sorang...

our class room and our sensei (rio san)
(masa ni "Study leave"  tapi kena datang buat kat kelas. ada satu group g study kat tea lounge...
sekali sensei datang buat inspection... hahahaha...

with his caption 
"where are you guys" 
hahahaha...

Last Lunch together with sensei... Last Class..
Petang - "graduation day"


Dan... bawah ni... gambar pulang @ Kansai, Airport.
Di Naha Airport - aku terlupa ambil gambar sebab aku macam clumsy di jam 5 pagi itu..
nak solat subuh, nak cek in bag, nak cek in diri sendiri... makan pun dalam flight dan di KIX.
Tenkiu partner bawakkan roti... appreciate much sebab perut wa dah berjoget kelaparan.

Hihihi ... 
Sayonara Okinawa...
Sampai bertemu lagi... Insya Allah...

~kak long, zu, wahidah, firdaus, wan~


~de author, wan, firdaus, zu~

firdaus ni pun sama macam zu... 
rakan selfie.... pantang nampak kamera ... hahaha.
aku dengan zu suka menyibuk bila firdaus selfie...
firdaus juga adalah model data center... 
dalam bilik server pun dia bergambar macam model.
kelas gittew... 
dan sama macam min, zu, wan n hani; aku selalu susah kan firdaus untuk tolong ambikkan gambar ...
hihihihi...
by the way, all de best buddy for your master...

Bukti nya ... hahahaha...


~3 beradek - haqeem, rezal, dafi~

Dak tiga orang ni ... haishhh memang macam-macam ... ha ha ha...

Tengs Dak Dafi sebab tolong bawak ubat-ubatan dari tanah air.
Aku amat menghargainya ...
Tengs juga sebab perangai pelik-pelik ko tu amat menceriakan group ni ...
ha ha ha ...

Tengs Rezal ... sebab tolong kiteorang uruskan visa... 
Jaga passport kiteorang lebih 2 minggu ...
bawak passport kiteorang p KLIA.
aku ingat lagi ko dok buat lawak sengal ... 
kiteorang dah sampai airport on 27012015 ... 
ko relax je cakap "aku tak gerak lagi" -  padahal ko tipu je.
ha ha ha... cuak dah yang lain sebab passport semua dengan ko...

Dak Haqeem ... ha ha ha... tak ada memory sangat ngan ko ...
yang aku ingat - ko sampai lagi lambat dari aku masa taklimat kt KL dulu.
pastu selamba je si shirley tu cakap;
"ni kalau sampai tokyo buat perangai macam ni, confirm kena tinggal tren" ...
padahal kita bukan nak pergi Tokyo pun...
aku ingat gak camna ko menyuarakan ketidakpuasan hati akibat taklimat yang salah kat KL -
ko dah beli something I'm not sure simcard jepun ke apa ntah yang agak mahal sebab betul2 ingatkan tak ada internet kat jica tu...
padahal jica tokyo je tak de... jica okinawa - mewah...
hihihi ... ko maapkan jelah si shirley tu, dia pun tak pernah sampai Okinawa tu ha (agaknya)...
ha ha ha ....

~ady, wan, firdaus, min, khairul~

Buat abglong ady ... terima kasih abglong sebab susah payah bawak kamera dan abadikan kenangan kat Okinawa ni ... (*_*) ...
Walaupun abglong suka bebel marah kiteorang tiap kali kiteorang lambat... ha ha ha...
Lek la abglong ... kata Tehgeh bunka ... kannnn ...

And for you Khairul ... hmmm pun aku tak ada banyak cerita dan memori dengan ko ... hi hi hi...
tapi aku ingat ko berjaya meng cool down kan aku masa aku gelabah panik tak tentu hala semasa nak balik malaysia - kat airport kansai ... henfon aku missed place ...
sib baik dapat jumpa balik ... hihihi... terima kasih ye ... 

Special dedication to ketua kumpulan...
Wan San - domo arigatou gozaimasu wan san, sebab menjadi ketua kumpulan yang terbaik.
Walaupun anda yang termuda, tapi anda berjaya menunjukkan kredibiliti sebagai ketua yang TERBBAIK.  Kontrak sebagai ketua kumpulan, boleh dilanjutkan ....



To all my beloved team mate...
Kak Long, Fiza, Helena, Wahidah, Zu, Hani, 
Wan, Min, Daus, Abglong Ady, Dafi, Rezal, Khairul, Haqeem ...

 you guys are awesome  korang memang team mate yang baik.
Aku sangat bersyukur dapat jumpa korang ... alhamdulillah ... 
Tengs all for the sweet memories in Okinawa, Japan 28.01.2015 ~ 14.02.2015




The END...

#ILoveMyOkinawaFrens
#ThrowBackOkinawaStory

@loves_nhhas

Rekod catatan throw back yang lalu :

Hari 18 - I left my love in OKINAWA ... Cintaku tinggalkan di Okinawa ...