Showing posts with label Picture. Show all posts
Showing posts with label Picture. Show all posts

Tuesday, November 3, 2020

First Batch


First Batch Master of Data Science and Analytics, PPST FST UKM

first-sem
kelas-terakhir
sebelum-final-exam-semester1

lecturer lagi muda dari iols.
lecturer ajak ambil gambar.
hihihi
mujur.
kalau tidak.
tak ada kenangan.

Graduation 03-11-2019

rezeki saya habis ontime
3 semester siap.
alhamdulillah.
walau pada awal nya sangat banyak drama.
siap call penaja nak quit sebab takut fail.
belum exam dah mimpi fail.
ntah apa2 huda. hihihi.

yang lain buat 4 semester atas kekangan yang pelbagai.
seperti bekerja sambil belajar dan sebagainya
apa yang penting, dapat konvokesyen sesi dan tarikh yang sama.


sekali harung
2nd batch pun konvo pada sidang yang sama.
hi hi hi.

first batch 7 orang
second batch 4 orang

saja simpan buat kenangan.
entri autopublish sempena setahuan graduation.


Friday, October 28, 2016

HOBI saya di kala stress.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Fuhh lama betul tak bersiaran ... Kesibukan yang melampau disamping mood yang kelaut.  
Begitulah kehidupan ada pasang dan surut ... ada turun dan naik ... ada ketika kita di atas, ada ketika di tengah, kadang kala jatuh tergolek kat bawah ... 

One of our ex-director pesan " You are still young, your journey still far. Throughout your life, you'll fall down sometimes, people will loves you and there also people who hates you.  Bila you jatuh - you kena cepat-cepat bangun semula. teruskan hidup dengan gembira dan bahagia. Walaupun banyak ujian dan pancaroba..."

Aiseh - percaya tak yang bagi nasihat ni my Chinese boss. hi hi hi ... terkejut gak dapat nasihat ni daripada beliau semasa his last day sebab all this while kerja kami "gaduh" je - tapi gaduh pasal kerja lah ... nothing personal ... ha ha ha.  All the best boss wish you have good health and semoga ada cahaya hidayah buat boss satu hari nanti, Insya Allah.

Okay - as a traveler - drama-drama travel ni memang banyak.  Tidak kira sejauh mana SELAMA HARI INI KAU ADALAH SPESIS BERHATI-HATI  dan PREPARED types... tapi kalau telah ditakdirkan drama itu sampai ke giliran kau ... dia akan sampai.  Keimanan dan kewarasan sahaja yang mampu menahan diri kau dari berbuat sesuatu yang emosi bagi membalasi perbuatan si bedebah tersebut.... Walau kau cuba bertenang - cuba berfikiran positif + tapi jauh suduh hati, kau sebenarnya masih tak boleh move-on dengan kejadian itu.  yeah - I pun dah macam SSS n de geng termasuk dalam drama KEBODOHAN USIA ... Tapi kisah dan drama kami berbeza ... Jauh bezanya. tapi ini part of mainan dalam pengembaraan. Nak share ke? Rasa nak share - tapi kalau aku share karang - aku bimbang ayat maki hamun je yang tertulis lantaran kemarahan yang tidak bertepi.

but to you sibedebah Ariq and team +60132652779 - AKU TIDAK AKAN PERNAH HALALKAN PENIPUAN YANG KAU BUAT. AKU TIDAK PERNAH HALALKAN HAK AKU DAN RAKAN-RAKAN YANG TIDAK DIPULANGKAN SEPERTI YANG DIJANJIKAN.  TAK AMAN HIDUP KAU DUNIA DAN AKHIRAT. 

Adakah aku serik untuk travel?  Serik tu tak.  Tapi sakit hati tu masih tak hilang ...  Selagi tak hilang macam susah nak move on... 

Untuk mengubati stress - aku ada hobi baru sekarang ... i.e buat itinerary ... ke tempat-tempat yang aku wish nak pergi ... Semoga satu hari nanti ada sinar kebahagiaan kekayaan dan keberkatan buat aku untuk terus melangkah menelusuri keindahan bumi ciptaan Allah sebelum mataku tertutup kejap, nafasku sampai ke penghujungnya... 

Jom tengok - hasil - hasil study aku dikala stress ini ... ha ha ha... 






Ada water rafting juga ... 



Last but not lease - CERI + STRAWBERI ni harga dia RM4 je banyak macam ni.



Sekarang dah siap iti... sedang cari musim yang tak sejuk sangat + tak panas sangat + tak hujan + ada buah ceri murah ... ha ha ha...

Okay ... till then ... assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

@loves_nhhas

Wednesday, May 11, 2016

When Diva went for Snorkeling : TIPS UNTUK FIRST TIMER SNORKELLING

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Day 2 : 9 April 2016 ...
Snorkeling at Perhentian Island ... 

Ini kisah bila diva pergi snorkelling.
Walaupun tak reti berenang.  Alhamdulillah - go in one piece come back in one piece ALIVE ;-)

Okay sambungan kisah  hari kedua di Pulau Perhentian -  aktiviti sepanjang hari siang adalah snorkelling.  Snorkelling ini telah termasuk dalam pakej 3D2N yang kami ambil dengan pihak Sealife Inn.  Memandangkan entri yang lepas dah banyak sangat tempek muka aku ... untuk mengelakkan kecaman pembaca ... maka kali ni aku tulis panjang-panjang dan share TIPS UNTUK FIRST TIMER SNORKELLING ... untuk first timer je... yang dah terror - boleh gelak or share tips kat ruang komen ya ...

Snorkelling bermula sekitar jam 10 - 10.30 pagi ...  Kebiasaaannya pakej ini adalah untuk 5 check point snorkelling dengan tentative yang dicadangkan oleh pihak Sealife Inn seperti berikut :
10.00 pagi  - 1.00 petang : 3 Lokasi snorkelling iaitu ;
Tiga Ruang | Turtle Point  |  Shark Point
1.00 - 2.30 petang : Rehat dan makan tengah hari
2.30 - 5.00 petang : 2 Lokasi snorkelling iaitu ;
The Lighthouse | Romantic Beach

(Jika anda pilih pakej 2D1M, sebelah petang tu mereka akan bawa korang ke snorkelling point yang lain iaitu : Teluk Keke | Air Berani.

Secara jujur, aku pun tak tahu apa beza kesemua check point  ni sebab aku tak study sangat pun mana port yang lebih best... The Lighthouse & Romantic Beach VERSUS  Teluk Keke & Air Berani.
Tapi pakej yang kami ambil , membawa kami ke The Lighthouse & Romantic Beach.  So aku akan sembang pasal 5 tempat yang aku pergi ini sahajalah ya ... iaitu
Tiga Ruang | Turtle Point | Shark Point  | The Lighthouse | Romantic Beach

So Jom Cekidout ...

Kurang lebih 10.30 pagi +++ kami menaiki bot dari jeti kampung nelayan.  SEMUA PEREMPUAN kecuali abam bawak boat ... Ramai ni ... Lebih dari 20 orang. 


Dalam hati aku yang agak kecil ini berkata-kata "Ramai betul - tak karam ke" ... 
Okay safety first sila pakai life jacket ... tapi kami tak pakai pun ... Ha ha ha... Bila abam bot dengki bawak laju - laju langgar ombak ke hapa ntah melambung - lambunglah jelitawan-jelitawan  ini semua sambil terjerit - jerit ... Biasalah perempuan dan jeritan berpisah tiada ... Sakit montot kot weih ... Cubaan mengambil gambar dan video semua gagal - so kira tak adalah ye... hi hi hi... 

Kusangkakan kami terus ke check point pertama iaitu Tiga Ruang,  tapi rupa-rupanya tidak.  Kami singgah di Sharila anta ambil orang 






dan satu pantai lagi ni ntah nama apa.  Untuk keluarkan umat yang maha ramai dalam bot kami tu ke bot yang lain.  Supaya bot kami tak lah ramai sangat. 






Kat pantai ini - ada money changers ... Waaaahhhh terkagum kejap.  Tapi aku lupa nama tempat ni.  Ada chalet dan tempat/ gerai makan juga kat sini ...



Setelah mengosongkan sedikit ruang di dalam bot - jom lah kita ke check point yang pertama iaitu TIGA RUANG ... Abam bot tu dah start edarkan life jacket dan snorkelling mask.  

Korang tau tak "kasut itik" ? Ha yang selalu orang pakai untuk scuba and snorkelling tu .  Okay kasut itik tidak disediakan. Maka kalau kau tak ada kasut air - kau berenanglah dengan berkaki ayam atau kau boleh try sarung crocs ...

Maka itulah fungsi kasut pink aku ini yang ditaja oleh best fren aku Mahani.  Untuk digunakan dalam air - supaya kaki kau tak luka terpijak karangan laut atau apa-apa sahajalah yang boleh mendatangkan kecederaan di tapak kaki kau ... paku ke kan. 


Haritu ada sale hotuna water shoes just a few days before kami berangkat ke Perhentian. Aku nak g beli - pastu achik pun nak - achik cakap nak belanja aku - aku cakap tak yah lah ... eh eh eh achik terus bank in duit suruh aku belikan untuk aku dan dia ... harga dua pasang water shoes ni RM79 sahaja.  Jazakillah khyar mahani. Semoga murah rezeki - nanti bolehlan belanja aku lagi ye. Hi hi hi...

Actually aku dah pernah snorkelling or ACAH - ACAH snorkelling sewaktu aku habis matrikulasi kira-kira "banyak" tahun yang lampau - pergi dengan rakan-rakan kuliah dan lecturer. Lokasi di Pulau Pangkor. Tapi aku macam dah tak ada memori mengenai snorkelling tu - sebab aku syak - aku tak pergi pun snorkelling - aku eksyen je berpakaian ala-ala snorkelling untuk bergambar.  Sebab - aku kan tak reti berenang - kang diaorang biarkan aku lemas - kesian puan ibu nanges sebab aku ni anak kesayangan -#PERASAN....booooooo ;-)  ha ha ha...

Atas faktor yang dijelaskan - marilah kita anggap - this is my first time doing snorklling. Hi hi hi ...

Untuk first timer snorkelling + tak reti berenang pulak tu ... tapi bersemangat waja untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah di bawah laut situ ak.a. MACAM AKU lah tu ... ha ha ha ...

Jom aku nak kongsi TIPS UNTUK FIRST TIMER SNORKELLING

Sebab hanya first timer yang tak reti berenang sahaja memahami feeling ittew ... chewahhh fewwit.

Okay adalah penting untuk korang pakai LIFE JACKET yang antara lain berfungsi sebagai pelampung. Dan juga berfungsi untuk mengelakkan baju kau terselak dan menampakkan belakang badan kau yang cantik ittew ... 

Tapi frankly speaking - pakai life jacket ketika snorkelling adalah annoying atas beberapa faktor. Ha ha ha...

SATU : Ada tali yang kau kena ikat (buckle up) dari belakang life jacket tu masuk kot kangkangan and buckle or click kan di bahagian depan life jacket. Ini untuk mengelakkan life jacket tu daripada terangkat. Bila life jacket tu terangkat - susah kau nak berenang sebenarnya.  Dan nak pakai tali tu melalui kangkangan boleh mendatangkan rasa sakit or melecet kalau pakaian kau tak sesuai, sebab tolakan arus air dan tempoh yang lama memakainya - so sendiri mau fikir and adjust ya...

DUA : The moment kau terjun dalam laut ... first thing first kau akan jatuh bawah air walaupun kau dah pakai life jacket - tapi tak hapuslah sampai kepala - JANGAN PANIK 

lepas kau dah bertenang - kau akan terlentang (muka mengadap atas - matahari) atau kau akan terlungkup (muka terlungkup dalam air laut) dan kaki kau pun terangkat.  SERIOUSLY PANIC wa cakap lu ... 

Untuk first timer macam haku yang memang totally ZERO KNOWLEDGE on swimming kau akan PANIK dan menggelupur.  Like seriously ... First time aku terjun - kaki aku stil kat bawah - tapi aku tak boleh nak balance badan aku so aku menggelupur tenggelam timbul macam nak lemas - tersedak air masin segala semua ada.  Habis semua orang yang ada kat situ kena sepak ngan aku, kena sembur sebab aku tersedak air masin termasuk le si life saver... Last-last brother tu luku kepala aku suh bertenang... ha ha ha... Bila kau bertenang ni lah moment kau  akan terlentang ... ha sudah - menggelupur panik lagi ... ha ha ha... Sekarang beranilah aku gelak ye... So brother tu ajar aku berenang dan macam mana nak balance kan diri ... tips dia ? Kau gerakkan je kaki kau macam ala-ala kayuh basikal (sebab aku tak jumpa perumpamaan yang lebih sesuai) ... fungsi gerakkan kaki ni ialah supaya kaki kau remain kat bawah air dan menyebabkan kau balance tak terlentang mahupun terlungkup...  

Nampak ni .... Ha... ahkak dah duduk elok dalam air ... Berani buat peace lagi habaq ang ...


Nak kekal stabil pada posisi ini, kau gerakkan je kaki kau kat bawah air tu - Insya Allah stabil lah kau di sana. Tapi fungsi kau terjun dalam air tu - bukanlah nak tayang muka pelik kau akibat memakai snorkelling mask tu kan? Matlamat utama nak tengok ikan dan hidupan comel bawah air kan.  Maka kau kenalah benamkan muka kau dalam air.  Tips dia, angkat je kaki, maka muka kau akan automatik terlungkup dalam air tu.  

Contoh seperti gambar di bawah : Ni lokasi Turtle point kot if tak silap aku.


Pastikan snorkelling mask tu ketat kat muka kau. Kalau tak ketat - nanti air masuk dah menggelupur lagi ... First time pakai benda mask tu dalam boat - AKU TERLUPA UNTUK BERNAFAS... MENGGELUPUR... Nasib baik aku dah test pakai dari dalam boat. Semasa sesi test dalam boat tu, the moment benda tu melekat kat muka aku - terus menggelupur - aku tanggalkan balik sebab tak ada udara. Ha ha hadoiiiii huda huda ... Pastu Khairin lah yang ajar aku "weih ... bukan bernafas ikut hidunglah - bernafas ikut mulut.  Ni kan ada salur pernafasan ni - gigit ni kuat-kuat - kalau tak, nanti air masuk mulut kau - menggelupur kau dalam air tu aku tak boleh nak tolong dah ... " Terima kasih Khairin ajar aku ilmu ni - lupa pulak kita boleh bernafas guna mulut - hi hi hi ... Banyak ni ilmu aku dapat hari kedua ni ...  So moral dia kat sini for first timer - praktis pakai mask tu dari dalam bot dan cuba bernafas guna mulut ya, sebelum kau terjun dalam air.

ni nak praktis ke nak selfie ni...
Tips untuk mengekalkan kejernihan wajah korang dari teruk kena bakaran matahari ... tolonglah WAJIB WAJIB WAJIB bawak SUNBLOCK...

Terima kasih kat penaja sunblock kiteorang ;  mahani ... sayangggg ko...
selamat muka aku...
Mahani sponser kiteorang sunblock bananaboat spf110+.
haaaaa kau rasa? 
Benda tu pakailah 30-40 minit sebelum kau berjemur / berendam dalam laut tengah2 panas tu... Insya Allah sejahtera kulit kau.
Kulit aku memang poyo sensitif... cepat terbakar dan mengelupas kalau kena suhu tinggi dan lama.
masa aku g sydney dulu time summer dan tak ingat nak bawak sunblock... hmmmm memang habeslah muka aku... hihihi...

Tengs beb for your bananaboat...

Owh ya... snorkelling mask tu kan kita sewa dari pakej yang kita ambil tu kan - so obviously dah ntah sapa - sapa je pakai sebelum tu.  Untuk mengelakkan kegelian + penyakit ... kau ada beberapa option ... Tips menggunakan snorkeling mask :

Jangan pakai tudung awning keras.  Sebaik-baiknya pakailah tudung syria yang melekap kat kepala untuk mengelakkan air masuk ke muka setelah mask disarungkan.

SATU - kau beli mask sendiri dan bawak ... hahaha... disebabkan aku mungkin snorkelling 5 tahun sekali - takkan lah aku nak beli pulak ... kih kih kih... aku ada swimming gogle yang aku beli kat melbourne 2013 itu hari - sampai harini aku tak pernah pakai ... cehhh... bazir betul.

DUA - kau bawaklah sanitizer ke dettol ke, kau cucilah mask yang kau sewa tu, pastu kau celup-celup dalam air laut - Insya Allah dah bersih.  Untuk kes perhentian ni - bot yang aku naik tu - brother tu bagi kiteorang sabun memang dia suruh bersihkan.  Dia cakap "ambik ni bersihkan - dah ramai orang guna ni - takut kotor pulak"  " - sambil campak botol sabun tu kat kiteorang ...  Bubuh sabun, bersih celup-celup dalam air laut.... ho ho ho .. gittew ye anak-anak semua...

First time aku pakai snorkelling mask ni, Khairin yang tolong pakaikan. Sebab dia ni dah berpengalaman.  So dia yang tolong ketatkan.  Achik pulak tolong Akhmar. 



Sejahtera betul si Khairin ni ketatkan... memang air tak ada chance nak masuk muka + mata dan hidung aku ... Cuma aku banyak tersedak air masin sebab aku selalu terlepas gigit menda nak bernafas ikut mulut tu ... dan suka menyelam sampai hapus salur - so air masuk ikut atas... ha ha ha... bengong... So itu je lah kot tips yang aku ingat untuk snorkelling.  Owh untuk MOVE, ko kenalah menggunakan tenaga kau untuk berenang.  Hi hi hi... Aku yang kecil dan less energy ni - slow lah sikit...  Tapi pepatah menyatakan "Slowly but surely"  gittew ... Walaupun aku pun first timer - tapi alhamdulillah quick leaner ... ehhh lepas tu aku pulak jadi tukang ajar orang... tukang jadi tempat berpaut heret orang balik boat - kah kah kah ... last-last dengan aku - aku sekali mengah dan perlu diselamatkan ... ngeng betul...

Mulanya aku ingatkan nak habiskan entri snorkeling ni dalam entri ni - tapi nampaknya tak dapat juga - kita bersambung dalam siaran akan datang ya...
Insya Allah ....

Semoga bermanfaat ...

@loves_nhhas 

Friday, May 6, 2016

When Diva went for Holiday : Good Morning Perhentian Island

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Day 2 : 9 April 2016 - 7.00 am
Pulau Perhentian, Kampung Nelayan ...

Good Morning Malaysia ...

De smell of de ocean is so good... We felt in love with de "real picture" in front of us ... 
Our activity for second day was - SNORKELING ... 

Ha ha ha... Sila gelak - aku tak reti berenang langsung ... Umpama campak dalam air memang mati lemas lah ... tapi tapi tapi ... sesuatu telah berlaku pada hari ini ... Jom cekidout ...



Suasana pagi di kampung Nelayan ...



Kami nak p breakfast ni ...
jom... #makanMurah #sedapPulaktu
Alhamdulillah ...







Terima kasih achik mahani belanja aku kasut pink ni ...
Sayaaaaaangggg ko .... MMMuuuahhhh ...

H for HUDA COMEL ...
okay tenkiu ;-)





Hoiiii nak buat apa pulak kayu tu ...

Nak g ngail ke kak... 
Hi hi hi


Dah dapat ikang ike ni ... apa lagiiiii ...
jom lah masak ... pastu makang make'...











Ehhhh apsal achick boleh bergambo cam ni kat sini ni ... 

Ini mendatangkan dengki dihatiku ... 


Maka aku paksa achick ambik gambo aku ... ha ha ha ...
tak kira ... nak jugak nak jugak...




 ha ha ha ... ko layan kan je lah kawan ko yang bajet diva ni ... keh keh keh ... 


Lepas makan pagi ... gerak ke Jeti ...
untuk naik boat bagi tujuan SNORKELING ...
(errrrr skema apakah ayat ini) 



Sementara tunggu boat ready ... 

Apa lagi .... jom shooting ... hi hi hi ...








Akhmar tak suka bergambar ... errrr so akhmar "anta tangan" je buat cukup corumn ... ke akhmar rasa pitam tengok aku yang gila bergambar ... hi hi hi...
maafkan saya ye akhmar...

Tapi ni tangan akhmar ke kRin...

Hi hi hi ...


entah beskal sapa-sapa aku cilok ni ... 

...
...
...
...
...
...

Okay nak naik boat dah ...
Bersambung ... Insya Allah ...