Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Friday, February 10, 2017

Senarai semak - barang nak p Haji

untuk senarai semak siri 2, click sini SIRI 2
Assalamualaikum wbt...
Ne bukan check list ilmiah mahupun check list ibadah. Tapi ia nya lebih merupakan barang yang anda tak terfikir nak bawak tapi rupa-rupanya ia amat penting untuk dimanfaatkan. Jom kita tengok apa ke bendanya...

1.Tupperware. Haha. Penting tau benda ne. Untuk tapau makanan n tapau air in case korang tak nak makan kt dewan makan yang disediakan pada hari-hari tertentu mungkin disebabkan faktor kesihatan yang kurang baik. Jadi, makanan yang ditapau adalah lebih hygienic bila nak dibawa menaiki lif (yang dikenali sebagai salah satu tempat penyebaran penyakit).

*nota: saya gelakkan mak pada mulanya, bila tgk mak masukkan Tupperware dalam bag dia, dan siap blh cakap: “ne apa kes jalan bawak Tupperware macam orang kampong…. Hahaha…” pastu mak jawab sambil gelak dengan penuh yakin, “hahaha… jangan pandang rendah, banyak manfaat benda ne…kita tunggu dan lihat…”

Dan setelah balik mekah dan banyak orang menyedari kepentingan Tupperware ne, mak pesan “angah, g masukkan dalam blog check list g haji, jangan lupa bawak tupperware”… ok… yang ne kelakar.

2.Jarum dan benang. Ne pun penting atas dua sebab. Yang pertama, jika anda berhasrat untuk tidak membawa banyak pakaian, dan nak beli jubah di sana, maka jarum dan benang adalah dijangka diperlukan bagi kerja sembat-menyembat. Yang kedua, ianya amat diperlukan jika baju anda bergurau kasar dengan tiba-tiba butang baju tercabut atau jahitan beretas. Kerana harga jarum dan benang disana mungkin tak terbayang difikiran anda.

3. IRON. bawak iron kecil yang for traveler tu aje. Ada orang kat malaysia gelakkan Saya sbb bwk iron. Tapi hakikatnya kat sana ada juga yang berhajat padanya. Please lah. Kalau kat malaysia, nak pergi kerja, keluar jalan-jalan pun kita nak pakai baju yang elok bergosok, takkan lah pergi masjid tak nak pakai pakaian yang terbaik? Memanglah tak ada sapa suruh kau bawak pergi arafah dan mina. Itu masa kerjakan haji. Tapi ne yang solat 5waktu di masjidil haram dan masjid nabi, takkanlah taknak pakai yang kemas. malulah sikit ya.

4. Jangan lupa hanger dan klip sebab klip yang dijual di sana kelihatannya kurang berkualiti, mudah ranap dan akan membuatkan pakaian anda kotor lalu terpaksa membasuhnya semula sedangkan masa untuk membasuh semula itu lebih baik dimanfaatkan untuk ke masjid. Mungkin ada klip yang berkualiti tapi tak jumpa cari lantaran masalah bahasa, dan kalau ada pun mungkin HARGA menjadi igauan ngeri. Seperti igauan ngeriku TERPAKSA membeli wrapping tape untuk tape kotak. Kat malaysia tape tu murah 3 4 hinggit je, tp kt sana 8riyal. Uhuk!!!uhuk. Mungkin saiz dan kualiti lebih baik kot. Hehehe. Elok selamat kotak parcel ku. Alhamdulillah. Wrapping tape juga boleh di bawa kalau rajin. Saya bawak. Tapi tak cukup. Hehehe.

5. Sabun mandi yang buku tu macam lux ke protex ke.hah silalah bawak banyak2 kerana harganya sangat mahal kat sana. Terlalu mahal sampai rasa macam tak logik pun ada. Boleh menangis. Serius tak tipu. Huhu. Shower gel terpulang. Kalau nak bawak pun boleh. Sebab kat sana memang mahal. Tapi kat sana elok jangan mandi beria sangat bersabun, nanti kulit gatal dan bersisik. Sabun mandi yang buku tu fungsinya untuk basuh baju. Hehehe. Sebab sabun basuh baju yang macam Fab ke breeze ke, akan merengsakan kulit anda. Jangan risau, kat sana anda tak berpeluh pun sangat sebab walaupun panas, tapi panas yang kering. Insya Allah.

6. Panadol, vicks, sanitizer... Bawaklah. Harga kt sana mahal...

oh ye,sila bwk panadol yg power sket seperti panadol soluble kerana bila semua orang makan pcm papan yang sama tu, peluang untuk sembuh mungkin lebih rendah. Kuman pun pandai mutasi ok. Tapi apa pun itu hanyalah ikhtiar. Yang beri kesembuhan dan kesihatan adalah Allah yang Maha Berkuasa. Usaha, doa, tawakal kepada Allah ya. Jangan putus asa. Berdoa betul2. Ayah saya tak sakit pun duduk sana. Cergas jer. Jeles betul. Disamping banyakkanlah minum air zam-zam. itu lebih baik. Sihat dan menyegarkan. Insya Allah. Anda pasti merindui air zam-zam apabila pulang. Sebab dah tak dapat minum air zam-zam berbotol-botol setiap hari. Sedey.

7. bag galas...

Bawak lah bag galas sendiri yang bersesuaian utk ke masyaer (erm, gambar nnt load), sbb if pergi THTS, alahai bag galas nyer kecil sangat. Tak muat nak bawa ketika masyaer yang lebih kurang 6hari 5 malam tu. Pastu mula lah bawak beg-beg kecil sebagai tambahan dan seterusnya nanti menyusahkan diri sendiri nak bawak turun naik bas. Kalau kena berjalan kaki gara-gara jalan jam, lagi lah tragis.Jadi bawaklah bag galas yang sesuai dengan diri masing2, alah, gulung-gulung aja letak dalam bag luggage.

Nota 1: erm nanti kalau nasib tak baik, kat airport, kalau imigresen Saudi LAPANG dan BANYAK MASA, mereka akan buka bag. Tapi Alhamdulillah saya tak kena buka bag ketika tiba ke Jeddah dan pulang dari madinah. Tapi sekadar peringatan, “barang2 kecil anda” letak lah dalam “uncang” atau bag kecil macam bag kasut yang tali jerut tu (erm, gambar nnt load), untuk letak “barang2 kecil anda”, supaya tak berterabur bila imegresen buka bag anda di tengah orang ramai.

Nota 2: kalau p dengan THTS, makan adalah sangat mewah. Setiap kali naik bas aje, makanan dah tunggu atas kerusi. Kadang-kadang terlalu banyak sampai dah tak boleh nak bawak. Jadi standby bawak tote bag (alah green bag tu), lipat2 kecik letak dalam bag selendang. Berguna betul tote bag tu. Seriously. Highly recommended to bring.

*** Kesimpulannya harga lah masalah utamanya. Kecuali tupperware, sbb anda kaya pun anda x jumpa tupperware kat sana. Jadi ucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah mengilhamkan ibu saya untuk bawak tupperware.hehe.ramai orang jeles dengan tupperware ibu.

Ok yang bawah ne adalah senarai ilmiah sikit.



8. Buku doa-doa pilihan

Ha, yang ini list serious. Bawaklah buku doa. Nanti kat mina 3 hari, korang banyak sangat masa. Pastu dibazirkan dengan bersembang. Sungguh rugi. Sebab di bumi mina pada hari-hari tasyrik adalah waktu mustajab berdoa. Ambillah peluang tersebut. Selepas dah habis baca List doa sendiri (ha kena ada tau list doa sendiri), bacalah doa-doa yang diajar oleh rasulullah s.a.w sebab doa yang nabi s.a.w ajar adalah doa yang terbaik. Meliputi urusan dunia dan akhirat. Bawak buku doa yang betul yer. Yang bersumber dari al-quran dan hadis sahih.

(nota: suka berebut kat ruang yang terbatas seperti di raudhah dan hijr Ismail, tapi Allah buka ruang seluas-luasnya di bumi mina; 3 hari dan di arafah seharian, manfaatkanlah… jangan bazirkan dengan bersembang, tidur pun lagi ok, sebab tidur tu ibadah kalau diniatkan sebagai ibadah)…

9. MP3 or MP4 atau kalau handphone anda canggih pun dah ok dah. Tapi makesure lah dalam tu di install dengan zikir-zikir munajat, doa-doa taubat,doa-doa yang lainnya, zikir2 amalan harian, bacaan2 al-quran (dan bukan lagu mengarut kelengkung kelengkang (ayat mama) ) . Sebab nya ialah, yang saya nampak, ada 2 lah. 1, kadang-kadang ‘orang-orang biasa macam saya ne’ perlukan alat bantuan untuk menghadirkan rasa khusyuk untuk berzikir. Dan bila telinga dah melekap dengan ear phone mp3 tu, maka mulut secara spontan akan sentiasa berzikir dan dapat mengelakkan daripada bercakap perkara yang sia-sia.

10. Buku ne: makkah mukaramah dan madinah munawarah. Good reference. Tapi kalau dah hafal, tak payah bawak.




Lain-lain senarai, kalau anda berniat nak bersedekah, barang yang dicadang di bawa dari Malaysia adalah seperti:

1. Stokin – sebab ramai jemaah suka pakai stoking koyak / nipis. Mungkin mereka tak perasan. Kadang2 rasa kesal jer dalam hati sebab dah sah-sah solat tu tak sah. Saya pernah lah pinjamkan seorang makcik ne stokin sebab Saya pakai 3 lapis stoking. Jadi Saya bagi lah lapisan kedua tu kat dia. Kalau kita bawak banyak, kita boleh sedekah. Dapat pahala tau. Sebab tolong orang beribadah dengan sempurna. (or at least cuba mencapai tahap kesempurnaan itu.). Insya Allah.

2. Bawak strepsil / gula2 ubat batuk banyak2. Gunting kecik2 dan boleh bagi kat jemaah2 yang batuk kat masjid. Mesti diaorang suka. Erm Saya pernah demam kat mekah masa g umrah 2004 dan g haji 2011. Tapi masa g haji paling “terbaek” sebab dah di beri 3 paket antibiotic yang mana paket ke-3 tu Saya buang jer sudahnya. Tak berkesan langsung. Minum air zam-zam lagi mujarab. Insya Allah. Eh, sebenarnya nak cakap. Kat mekah ada satu antibiotic yang agak bagus. Tapi kena beli sendiri lah kat farmasi nya. MAHAL… itu sudah pasti. Tapi Alhamdulillah. Membantu. Nama antibiotic tu BAKTIXIM (kaler biru merah). Harga SR56 ada 6 biji, sehari makan 1 jer. Ubat ne dari Jordan if tak silap. If jumpa cari kat Malaysia bawak ler sesiap kalau harganya tak mahal. Tapi check with my SIL hospital Malaysia tak ada ubat ne.

hoccay...
sekian dahulu senarai semak yang sempat disenaraikan ^_^.
semoga bermanfaat ya.

p/s:  kalau rasa bermanfaat boleh lah tinggal kan komen atau kongsi link ne dengan kawan2...
kalau list ne tak lengkap atau merapu, boleh lah add in yang saya terlepas pandang kat kotak komen...

catatan asal : 18-Mei-2012 (Jumaat)
fakta benar berdasarkan pengalaman menunaikan fardhu haji musim 1432H (2011)

~re-post atas permintaan dan keperluan~
Semoga bermanfaat. Insya Allah

Monday, February 6, 2017

Pakej Haji 2017 - 1438H : 19 Agensi Sahaja Dilesenkan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ... 

Ahkak nak share ni - baru-baru ini Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan senarai agensi pelancongan yang diberi lesen bagi menguruskan pakej haji bagi tahun 2017 (1438H) tahun ini - dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Mohon panjang-panjangkan kepada saudara mara agar tidak berlaku kes-kes menipu tertipu ditipu dan lain-lain yang sama sewaktu dengannya.

Tarikh akhir pendaftaran bakal haji untuk menyertai mana-mana PJH ialah pada 26 Mei 2017.

Bakal haji yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pakej haji hendaklah menghubungi terus PJH yang berkenaan.

19 agensi pelancongan yang diluluskan bagi menguruskan pakej haji bagi tahun 2017 (1438H) adalah seperti berikut ;

  1. TH TRAVELS & SERVICES (THTS)
  2. ALIF TRAVEL & TOURS
  3. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS
  4. BATUTA TRAVEL & TOURS
  5. C.S. HOLIDAYS SDN. BHD
  6. CITRA TRAVEL & TOURS
  7. FELDA TRAVEL SDN. BHD
  8. GEMILANG TRAVEL AND TOURS SND BHD
  9. MISBAH TRAVEL & TOURS
  10. MASAMAS TRAVEL & TOURS
  11. MKM TICKETING TRAVEL & TOURS
  12. PLATINUM GESTURE TRAVEL & TOURS
  13. RAYHAR TRAVELS
  14. SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN
  15. TM TRAVEL & TOURS
  16. TOUCH ME TRAVEL & TOURS
  17. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE
  18. WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS
  19. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS




PJH tidak dibenarkan menggunakan logo TH dalam apa-apa aktiviti promosi yang mereka jalankan. Sebaliknya mereka akan menggunakan logo syarikat masing-masing pada Brosur Tawaran Perkhidmatan Haji (BTPH) dan borang Pengesahan Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Haji Oleh Bakal Haji (Borang TH-SW/07).

Sekiranya terdapat agensi pelancongan yang tidak dilesenkan yang membuat promosi menawarkan perkhidmatan haji - tindakan itu adalah melanggar Akta 535 Akta Tabung Haji 1995. Sekiranya berlaku sedemikian, pengguna boleh melaporkan ke Bahagian Agensi Haji dengan mengemukakan laporan lengkap seperti nama dan alamat agensi pelancongan tersebut, tarikh, masa dan tempat promosi dibuat serta  gambar atau brosur yang diedarkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai PJH 1438H ini, sila kemukakan kepada anggota Bahagian Agensi Haji di talian berikut:

Haji Mat Admara Alang Azizdin | Pengurus Besar (Agensi Haji) | 
03-21616829

Haji Affandi Abdullah,| Pengurus Kanan (Agensi Haji)                       
03-20542482

Haji Jamaludin Ahmad,|Pengurus (Agensi Haji)                                  
03-20542361

Haji Hamdan Azhar Yousoff,|Ketua Unit I (Agensi Haji)                     
03-20542362

Haji Mohd Sapii Mohd Arop,|Ketua Unit II (Agensi Haji)                     

03-20542363

Semoga bermanfaat ye.
Insya Allah.

Friday, March 18, 2016

Menyembunyikan Mabrur ?

Assalamualaikum wbt.

Ceramah oleh ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar,Boleh download kat sini
kisah mabrur ne, boleh baca kat bawah ne (sumber)
Semoga bermanfaat buat semua....

*******************************************

Ada ke yang menyembunyikan MABRUR?


Rasa-rasanyalah apa hukuman yang sesuai bagi mereka yang buat kerja ni ?
Manasik yang Mabrur adalah cita-cita setiap muslim yang melaksanakan haji/umrah.
Setiap jamaah tentu mendambakan manasik mabrur , lantaran istimewa balasannya.
Syarat Awal Mabrur : "Al ma'rifatu bi kaifiyati ada' iha "
Persoalannya, apa hakikat mabrur dan apa indikator-indikatornya?
Kata mabrur, seperti diterangkan Ibn Mandhur dalam Lisan al-Arab, mengandung dua makna.

Pertama, mabrur bererti baik, suci, dan bersih. Jadi, haji mabrur adalah yang tak terdapat di dalamnya noda dan dosa -- untuk jual beli bererti tak mengandung dusta dan penipuan.

Kedua, mabrur bererti maqbul, ertinya mendapat redha Allah SWT.

Ketiga, Mabrur diambil dari kata al birru (kebaikan).

Dalam sebuah ayat Allah swt berfirman: “lantanalul birra hatta tunfiquu mimma tuhibbun. Kamu tidak akan mendapatkan kebajikan sehingga kamu menginfakkan sebahagian apa yang kamu cintai”. QS.3:92. Ketika diganding dengan kata haji maka ia menjadi sifat yang mengandung erti bahwa haji tersebut diikuti dengan kebajikan.

Tetapi pertanyaannya apa itu haji mabrur? Banyak orang menafsirkan bahwa haji mabrur adalah haji yang berlaku kejadian aneh dan luar biasa ketika menjalani ibadah tersebut di tanah suci. Kejadian ini lalu dirakam sebagai pengalaman ruhani, yang paling berkesan.

Bahkan kadang ketika ia sering menangis dan terharu dalam berbagai kesempatan itu juga dianggapnya sebagai tanda dari haji mabrur.

Imam Al Ashfahani menyebutkan haji mabrur ertinya haji yang diterima (maqbul).
(lihat mufradat alfadzil Qur’an, h. 114).

so, yang paling baik diusahakan adalah Mabrur adalah haji yang membentuk pelakunya menjadi lebih baik dari masa sebelumnya.

Dalam hadits Rasulullah: “Al hajjul mabrrur laisa lahuu jazaa illal jannah.” HR Bukhari, nampak titik temu yang saling melengkapi, bahwa haji mabrur akan selalui dikaitkan dengan perubahan dalam diri pelakunya dengan mengalirnya amal soleh yang tiada putus-putusnya.

Bila setelah berhaji seseorang selalu berbuat baik, sampai ia menghadap Allah swt, maka insyaAllah telah mendapatkan kemabruran yang berakhir dgn diredhai Allah untuk masuk syurga.

Lalu, siapa-siapa saja yang dapat meraih haji mabrur?
Boleh jadi jumlah mereka tak terlalu banyak.

Berikut kisah perjalanan haji Ibnu Muwaffaq yang dikutip al-Ghazali dalam Ihya 'Ulum al-Din .

Diceritakan, ketika Ibnu Muwaffaq berada di suatu masjid di Mina, ia sempat tertidur sejenak. Dalam tidurnya, ia melihat dan mendengar dialog dua orang malaikat. Seorang bertanya kepada temannya, ''Berapa jumlah jamaah haji tahun ini?'' ''Enam ratus ribu orang,'' jawabnya. ''Berapa orang dari mereka yang hajinya maqbul?'' tanyanya lagi. ''Enam orang saja,'' kata temannya, singkat. Mendengar jawaban ini, Ibnu Muwaffaq terjaga. Gemetaran ia termenung sejenak, memikirkan betapa besarnya jumlah jamaah haji ketika itu, tetapi betapa sedikitnya jumlah mereka yang maqbul.

Berikut ini merupakan syarat-syarat jika ingin menggapai kemabruran dan berhaji.

1) Ilmu. Tidak hanya disebabkan perbelanjaan dan tenaga yang tidak sedikit, tetapi memang semua amalan mesti dengan ilmu. Sehingga kita tidak umpama rusa masuk kampung, tidak taklid dsb.
Maka belajarlah, setelah mengerti baru laksanakan amalan tersebut.

2) Niat yang ikhlas kerana Allah swt, bukan ingin dipuji orang dan berbangga-bangga dengan gelar haji. Seorang yang tidak ikhlas, Allah swt akan menolak amal tersebut sekalipun di mata manusia ia nampak mulia. Kalau perlu hilangkan budaya penambahan titel haji dalam nama, kecuali pemilik dapat bertahan untuk tidak sombong dan merasa lebih dari yang lain atau perasaam-perasaan buruk lainnya. Hilangkan istilah haji politik, haji sponsor (dengan niat lain) atau haji bisnis.

3) bekalnya mestilah dari sumber halal. Haji yang dibekali dengan harta haram pasti Allah swt tolak. Rasulullah saw bersabda: “Sesunguhnya Allah baik dan tidak menerima kecuali yang baik.
Di akhir hadits ini Rasulullah menggambarkan seorang musafir sedang berdo’a tetapi pakaiannya dan makanannya haram, maka Allah tidak akan menerima doa tersebut.” HR. Muslim.
Demikian juga nasib ibadah haji yang dibekali dengan harta haram.

4)Istiqamah. Istiqamah itu terjemahan komitmen yang bulat total untuk mentaati Allah swt dan tunduk kepada-Nya, bukan saja semasa haji, bahkan semua masa dan dimana sahaja. Haji tidak akan bermakna jika sekembalinya dari tanah suci, seorang tidak menyedari title kehambaanya kepada Allah swt.

Jika tuntunan nafsu kesyaitanan kembali diagungkan. Merebut harta haram dan kemaksiatan menjadi kebiasaannya sehari-hari. Bila ini yang terjadi, bolehlah dianggap bahwa hajinya tidak mabrur.

Bukankah haji mabrur akan selalu diikuti dengan kebajikan. Perilakunya jelas. Apa yang Allah swt haramkan senantiasa ia hindari, dan apa yang diwajibkan selalu ia tegakkan secara sempurna.

Meski orang yang meraih haji mabrur tak dapat diidentifikasi secara pasti, namun Rasulullah SAW pernah menunjukkan beberapa indikatornya.

Ketika ditanya tentang kebaikan haji, beliau bersabda: Memberi makan dan bertutur kata yang baik.

Memberi makan di sini dengan makna yg luas, iaitu kesediaan kita untuk berkongsi rasa dengan sesama serta kesanggupan kita untuk menyumbangkan sebahagian harta yang kita miliki untuk fakir miskin dan mereka yang memerlukan.

Sedang yang dimaksud bertutur kata yang baik, menurut Imam Ghazali, adalah berbudi luhur dan berakhlak mulia. Setiap pelaku haji, demikian Ghazali, mesti memperhatikan betul soal akhlak ini, baik sewaktu berada di Tanah Suci maupun setelah kembali ke kampung halamannya. Inilah makna yang dapat difahami dari ayat 197 surah al-Baqarah.

الحَجُّ أَشهُرٌ مَعلومٰتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فيهِنَّ الحَجَّ فَلا رَفَثَ وَلا فُسوقَ وَلا جِدالَ فِى الحَجِّ ۗ

وَما تَفعَلوا مِن خَيرٍ يَعلَمهُ اللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدوا فَإِنَّ خَيرَ الزّادِ التَّقوىٰ ۚ وَاتَّقونِ يٰأُولِى الأَلبٰبِ


Kedua indikator yang disebut Nabi SAW di atas, berdimensi sosial. Ininya, haji yang mabrur pada hakikatnya adalah haji yang dapat membuat pelakunya semakin mengambil berat terhadap persoalan-persoalan sosial dan kemanusiaan.

Ia dan masyarakat memperoleh kebaikan dari ibadah haji yang dilakukannya. Oleh itu, syurga Allah memang layak baginya

Terakhir, seseorang yang naik haji akan di sebut haji mabrur setelah ia nampak bahwa hidupnya lebih istiqamah dan kebajikannya selalu bertambah sampai ia menghadap Allah SWT.
so rasa-rasanya berapa kah..

graduan Haji
dan alumni Makkah
rakyat Malaysia
yang bergelar : MABRUR

Masihkah ada mereka yang masih mahu menyembunyikan MABRUR ?
atau tak mampu menzahirkan MABRUR kerana tidak mampu 'memilikinya'..
"Faqidu syai La Yu'ty "
"Maafkan Ya Rabbi kerana lalai dalam Ibadah kami..Bantulah kami dengan hidayah dan taufiq mu...
bantulah kami agar msentiasa mengingatMu, agar sentiasa mensyukuriMu , dan sentiasa membaiki prestasi ibadah kami untuk Mu"

Wallahu a’lam bishshawab.
'Syarat' yang mesti : Sesuatu mesti dikorban..Selamat tinggal 'dunia' ku.. Maafkan ana atas
segalanya..diri ini tak sempurna namun menuju akan yang Maha Sempurna..

***********************************
@loves_nhhas 2 Oct. 2011 (11:10 am)



Friday, October 3, 2014

Salam Aidil Adha - 1435H


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hari Jumaat ialah hari yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sebagaimana yang disebut dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

“Hari paling baik yang matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan,  pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan, kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”  [HR. Muslim].

Selamat berwukuf wahai dhuyufurrahman ...
Salam Aidil Adha buat muslimin muslimat diseluruh dunia...
Jangan lupa puasa 9 zulhijjah...

Jangan argue banyak2 lepas tu tak puasa... 
bukankah 10 hari awal zulhijjah itu hari yang terbaik ???






# RinduBaitullah...

terbau-bau wangian arafah... muzdalifah...mina... masjidil haram...masjid nabawi...
Semoga Allah sampaikan lagi suatu hari nanti... Insya Allah...







Above - was in Arafah... Wukuf 5 Nov 2011


Above : Muzdalifah


Above : Mina 






Above: 11.11.2011


Above: raya 2013 ... 
catch mas immediate after solat hari raya ;-)

me - de 1st muslim passenger on board MAS on noon hari raya 2013, and all of de anak kapal greet me happily "Selamat hari raya" ... so suweet of them...
mengalir air mata bila ingat mh17 dan mh 370.
May Allah grant them syurga firdaus... may they rest in peace.
Insya Allah...

Al- Fatihah... buat semua krew dan penumpang MH17  & MH370 yang beragama islam.

Salam Aidil adha...
Selamat berpuasa ... selamat melaksanakan ibadah korban..
Semoga Allah terima amalan kita semua... Insya Allah...
Ameen...

#DuitKorban @ Korbankan Duit ???

~ Loves : nhhas ~


Tuesday, April 1, 2014

Burtuqol

Nota:

Dear sis NOHAS - kenapa saya tak dapat komen di belog anda?  It show "blank page" at all. huhuhu

......
assalamualaikum wbt....

Jumpa entri ini dalam deraf box... Ntah bila punya deraf pun tak ingat dah... hehehe... 
Nak published - boleh?.... hehehe

penulis blog ini memang menyukai makanan...
^_^
free flow tau air ne. minum lah sebanyak mana yang korang lalu.
pastu nangis rebut toilet.
...hahaha...
opss... gambar tangan itu, bukan tangan saya...

sebab tu ustaz pesan, "makan cukup sekadarnya sahaja. boleh beribadah, boleh kenal orang, boleh jawab salam, sudah lah. jangan kemaruk sangat tengok makanan banyak2 ne".
...hehehe...

sangat betul. sebab tu kena jaga makan minum semasa hari masyaer supaya "tandas" bukan lah satu masalah kepada anda. dan paling penting, berdoalah banyak2 supaya anda tidak diuji dengan masalah tandas.

at least it works for me. saya berdoa sangat2 setiap saat dari Malaysia lagi agar saya tak diuji dengan masalah tandas seperti tak ada air, kena Q panjang, sakit perut yang ntah hapa2 dan sebagainya. Alhamdulillah. saya tidak menghadapi masalah dengan tandas di Arafah dan Mina dan Muzdalifah.... Alhamdulillah.  Akak peguam depan tilam kami di Mina siap boleh mandi 3 kali sehari. hahaha... cayalah kak.  tandas tu kongsi ye muasasah dengan pakej. so jgn lah kata g pakej ada privilage. sama jer. g pakej ne yang saya nampak, makan jer lah privilage nya. sangat banyak. tak sempat nak lapar. tapi dalam pada itu pun masih juga nak komplen.  iyalah, manusia ne, macam2 kerenah. mana pernah puas hati... yer dak....


p/s: ha... saya ngan adek dah jumpa air kotak ne kat alamanda.
semangat adek g panggil saya nak tunjuk. pastu dia kata nak beli "buat kenangan". hehehe

Daripada Aisyah r.a.h berkata ia kepada Rasulullah S.A.W." Bahawa kami dapati bahawa berjihad itu adalah amalan yang paling utama, mengapa kami tidak berjihad, maka sabda Rasulullah s.a.w Bagi kamu sebaik-baik jihad itu adalah haji yang mabrur ". (riwayat oleh al-Bukhari)

Monday, October 14, 2013

Doa pada hari Arafah... Untuk haji dan hajah jer ke?

Assalamualaikum wbt...
Hari ini hari arafah... Jom puasa + banyakkan berdoa + banyakkan zikir...
Artikel di bawah saya copy paste dari belog Dr. Basit di sini.
semoga bermafaat yer....
*******************************************************************************
Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah. Maksudnya, doa ini paling cepat diterima atau diqabulkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Sehinggakan kita diperintahkan untuk berterusan dan mengambil berat untuk melakukan ibadah yang satu ini pada hari Arafah.
Lebih-lebih lagi untuk orang yang sedang berwukuf di Arafah.
Daripada ‘Aisyah rhodiyallahu ‘anha, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ؟

Maksudnya: “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu Allah berbangga dengan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [HR. Muslim no. 1348].
Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda,
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ .
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”. [HR. Tirmizi no. 3585. “Hasan”].
Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau dikabulkan. (Lihat Tuhfatul Ahwazi, 10: 33).
Persoalannya, apakah keutamaan doa ini hanya khusus bagi mereka yang wukuf di Arafah? Apakah termasuk juga keistimewaan ini bagi orang yang tidak menunaikan ibadat haji?
Ulama’ berbeza pandangan dalam masalah ini; Ada ulama’ yang mengatakan bahawa mustajabnya doa tersebut adalah umum, baik bagi yang menunaikan haji mahupun yang tidak. Ini kerana keutamaan yang ada adalah keutamaan pada hari Arafah.
قال الباجي رحمه الله: قوله: (أفضل الدعاء يوم عرفة) يعني: أكثر الذكر بركة ، وأعظمه ثواباً ، وأقربه إجابةويحتمل أن يريد به الحاج خاصة ؛ لأن معنى دعاء يوم عرفة في حقه يصح ، وبه يختص وإن وصف اليوم في الجملة بيوم عرفة فإنه يوصف بفعل الحاج فيه ، والله أعلم . انتهى . ” المنتقى شرح الموطأ ” (1 / 358) .
Berkata Al-Baji rahimahullah: Makna Hadis “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah” ialah: Zikir yang paling banyak berkat, paling besar pahala dan paling hampir dengan ijabah (diperkenan/diterima).
Pandangan yang kedua (Ihtimal) maksudnya ialah khas untuk jemaah haji sahaja, kerana makna doa pada hari Arafah untuk mereka memang sah, dikhususkan untuk mereka, walaupun disifatkan hari secara umumnya dengan nama Hari Arafah. Maka ianya disifatkan dengan perbuatan jemaah haji pada hari tersebut, wallahu a’lam”. [Al-Muntaqa’ Syarah Muwatto’ 1/358].
Bagi jemaah yang berwukuf, waktu untuk berdoa bermula pada siang hari 9hb itu, selepas matahari tergelincir ke barat (masukwaktu solat Zuhur) sehingga terbenamnya matahari (maghrib). Maka bagi mereka yang sedang berada di Arafah ia bererti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat.
Dalil bagi yang mengatakan ia adalah umum untuk semua ialah: Bahawa doa pada hari Arafah dilihat kerana kemuliaan hari tersebut, bahkan dapat kita lihat sebahagian dari salaf yang membolehkan ta’rif.
Ta’rif adalah berkumpul di masjid untuk berdoa dan berzikir pada hari Arafah. Antara yang melakukan seperti ini adalah sahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma yang berkumpul pada petang Arafah mengajar tafsir Al-Quran (bukan berdoa beramai-ramai).
Imam Ahmad juga membolehkannya walau beliau sendiri tidak melakukannya. Syaikh Soleh Al Munajjid -semoga Allah memberkati umur beliau- menerangkan: “Hal ini menunjukkan bahawa mereka menilai keutamaan hari Arafah tidaklah khusus bagi orang yang haji saja. Walau memang berkumpul ramai-ramai seperti ini untuk berzikir dan berdoa pada hari Arafah tidak pernah ada asalnya dari Nabi SAW.
Oleh kerana itu Imam Ahmad tidak melakukannya. Namun beliau memberi keringanan dan tidak melarang kerana ada sebahagian sahabat yang melakukannya seperti Ibnu ‘Abbas dan ‘Amr bin Harith radhiyallahu ‘anhum.”
[Syaikh Soleh Al Munajjid, Al-Islam Soal wa al-Jawab fatawanya no. 70282 -http://twitmail.com/email/397041104/59/false].
Para salaf dahulu saling ingat-memperingati pada hari Arafah untuk menyibukkan diri dengan ibadah dan membanyakkan doa serta tidak banyak bergaul dengan manusia. ‘Ata’ bin Abi Rabah
berkata kepada ‘Umar bin Al Warud, “Jika engkau mampu mengasingkan diri pada siang hari Arafah, maka lakukanlah.” [Ahwal Al-Salaf fi Al-Hajj, hal. 44].
Kesimpulannya, rahmat Allah swt sangat luas, perbincangan ulama’ ini menunjukkan kepada amalan berzikir dan berdoa pada hari Arafah ada dilakukan oleh sebahagian ulama’. Ada pula sebahagian yang lain melarangnya kerana berkumpul pada Hari Arafah hanya dikhususkan kepada jemaah haji yang berada di Arafah.
Maka apa yang sepatutnya ialah kita galakkan masyarakat Islam yang tidak mengerjakan haji agar berpuasa, menghidupkan sunnah puasa pada hari Arafah sebagaimana sabda Nabi SAW:
))صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي

قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ)) [رواه مسلم[

Maksudnya: “Puasa pada hari Arafah, aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [HR Muslim].
Doa orang yang berpuasa ketika berbuka puasa juga salah satu antara waktu mustajab doa.
Semoga Allah memudahkan kita untuk banyak melakukan amal ibadat di awal bulan Zulhijjah, menyibukkan diri dengan pelbagai amal kebajikan padanya, insya’Allah.
Akhukum, Abu Anas Madani,
Makkah, 4 Zulhijjah 1434H / 9 Oktober 2013M.

Monday, September 23, 2013

DOA ARAFAH


DOA ARAFAH
(amalan Al-Imam AL-Ghazali Rahimahullah)

Disusun/ diedarkan oleh
Ustaz Haji Shihabudin Alang Mat Piah

(guru pembimbing haji THTS 1432h)

dipimpin bacaan doa ne semasa wukuf di arafah last year, 2011 (1432H).
nota:  sesiapa berhajat nak text doa ini in full text  in arabic n malay,  tinggalkan emel anda di kotak pesanan.





 
 
catatan asal:
12.09.12 (5.38pm)
 
republished:
23.09.2013 sempena musim haji 1434H... Semoga bermanfaat... Insya Allah

Wednesday, August 28, 2013

Pakej Haji THTS ...

Assalamualaikum wbt...
Hmmm okay... kita lupakan kisah kesedihan semalam gara2 surat chenta JPJ = AES...
Tak apalah... dah buat salah ... kita tgk lah nanti macam mana kita boleh selesaikan masalah bayar saman tuh... huhuhuhu mahainya.... 300 tuh...
BTW, minggu lepas, rakan2 opis dok sembang lah pasal giliran diaorang nak pergi haji... bersekali dengan sembang2 petang pasal isu harga rumah yang makin tak masuk akal punya mahal...
Kawan2 opis saya, majoriti dah berkahwin dan mereka ramai juga yang dah beli rumah... So sekarang mereka dalam misi nak tunggu giliran ke "rumah Allah"...  tapi sambil gelak ramai2... giliran mereka ada yang ketika umur dan 84 tahun, 75 tahun... tak ada yang umur 60 tahun pun...  seorang rakan ne pulak siap nak p argue dengan tabung haji.... jangka hayat penduduk malaysia kan ke 72 tahun bagi lelaki, 77 tahun bagi perempuan... (sumber SINI) yang pergi bagi giliran sampai 84 tahun tu pasal apa... hehehehe... saya gelak jer sambil berkata..." yang hang tak p daftar awal tu pasal apa... nak kata tak dak duit, kaya dari aku" ... boleh tak alasan kenapa depa tak daftar sebab TH tak sediakan pendaftaran online n malas nak p kaunter.... hahahaha... yer lah tu....  seorang lagi kawan menyampuk... "tak apa lah, kita simpan duit, nanti kita pergi pakej..." sambil toleh kat saya "huda, awak pergi dulu pakej apa dan berapa ribu?"...
maka bermulalah kerja tak rasmi kami minggu lepas pergi google kos nak pergi haji... saya terus shoot tengok kat THTS sebab masa tu saya sekeluarga pergi dengan THTS...
nota: Jangan salah faham saya potong Q yer... saya dah daftar lama dah... tahun 2006 sebaik sahaja graduate dan kerja 3 bulan, terus saya daftar pergi haji.  Masa tu atas kertas TH tulis giliran 2013, tapi orang TH kat cawangan TI cakap biasanya dapat pergi 2 tahun lebih awal i.e. 2011, insya Allah... maka since 2006 saya dah tekad dalam hati nak pergi haji 2011... masa tu kerja swasta lagi... cuti tak banyak... abah tanya kalau masa pergi nanti tak dapat cuti macam mana? dengan yakin saya jawab "tak apa... berenti jer kerja cari kerja lain"... hah kau... begitu yakin dan tenang nya saya jawab... tapi Allah tu Maha Kaya.... 2007 (disember) saya dapat kerja gomen... walaupun gaji kecik berbanding di swasta, tapi cuti banyak... siap ada cuti haji lagi... antara menda terawal saya semak bila kerja gomen... "kelayakan cuti menunaikan haji"... habis dah pekeliling cari, call cc - ada sorang kerani tu bagitau kena minimum 4 tahun servis... saya kira2 2011 (oktober) - tempoh berkhidmat baru 3 tahun 10 bulan... aiseh, macam mana ne... so saya mula menyimpan cuti dari tahun 2009... dan akhirnya... pada pembukaan tahun 2011, cuti saya ada 80 hari +++ hehehehe.... cukup lah nak pergi haji... tapi lebih best lagi, masa saya dah nak berangkat ada pegawai kat admin cakap "cik layak lah guna kelayakan cuti haji 40 haritu, kan ke cik dah disahkan dalam jawatan".... yeaaaahuuuu.... alhamdulillah.... (tu ar, baca pekeliling tak update...hehehehe)....
eh tadi bukan nak cerita pasal harga pakej haji dah naik ke? hehehehe... always lah menyimpang cerita budak sorang ne...
btw, hasil "peng google lan" saya mendapati.... WOIIIIII mahalnya pakej THTS 2013... pakej yang saya pergi 2011 tu dah tak ada dah... mungkin hotel tu dah kena roboh dah kot... rasanya 2012 haritu saya check ada lagi pakej tuh. huhuhuhu.....
korang tengok neh... 2013 pakej yang paling murah pakej AQIQ ; rm29ribu (kurang 10 hengget 30ribu)...

bawah ne pakej haji tahun 2011...
paling murah delima (rm19ribu)
beza dengan yang paling murah pada tahun 2013 adalah sebanyak 10.5 ribu...

so... simpan duit dan doa banyak2 na...

gayatnya...
apapun saya terkenang statement ne dari adek kesayangan saya, sebab ada insiden masa nak pergi ne... disamping nak pergi haji, saya tengah survey nak beli rumah... tapi saya amat tak mampu nak buat keduanya serentak... harga rumah terlalu mahal... keinginan nak pergi haji adalah dari usia saya 14 tahun... mana boleh lepaskan....
sebenarnya masa kami dah nak pergi, menjelang puasa, pakej no.2 termurah yang kami daftar tu (tak ingat Aqiq or Intan) di BATALKAN kerana masalah THTS dengan hotel di makkah (kalau x silap), nak patah balik pakej yang lebih rendah, dah penuh, nak ambil 1 pakej lebih mahal pun dah penuh, maka kenalah ambil one step further.(tapi tak lah sampai ke pakej nilam...) Bajet ada cukup2 jer untuk pakej asal, Allah.... Allahuakbar... Allah cukup kan belanja di saat-saat akhir... Alhamdulillah... 
masa saya dah susah2 hati fikir pasal duit nak pergi haji dan duit nak beli rumah, rilex jer adek saya jawab... "tak apa ngangah, ngangah tak pergi haji pun, belum tentu angah mampu/ dapat beli rumah...ntah2 duit angah abes sebab kena saman ke, eksiden ke, kete rosak ke... hah rugi betul... baik kita rilek2 gembira2 dan bersyukur jer dapat pergi haji, g buat dengan tenang, semoga dapat haji yang mabrur, untung2 Allah bagi kita rumah dalam Syurga"...  Allah... berlinang air mata tau dengan kata2 motivasi dari budak kecik tu.... motivator yang cukup bagus budak ne... i love u adek... waaaahhh angah rindu adek... meh bagi angah pinjam 100 dollar wat bayar saman... hahahaha.....

okay2 ... back to the story... jom saya nak kongsikan salah satu kaedah dari ribuan kaedah yang boleh dibuat  untuk rayuan kuota haji...

semasa menunaikan haji 2011, saya buat cam gini (atas nasihat orang TH caw. KL dan TI):

1.SEBAIK sahaja KT 1, 2010 (sekitar Dis. 2010) mendarat balik malaysia, esoknya terus submit surat rayuan ke TH terlebih dahulu : emel seperti berikut (saya buat surat rasmi) th-info@lth.gov.my
takpun, rujuk web site "
TABUNG HAJI"  - http://www.tabunghaji.gov.my/

p/s: surat rayuan saya bertarikh 13 Dis. 2010... saya emel jer... tak anta by pos pun... tapi sebelum tu, semasa middle 2010 rasanya, saya dah nyebok2 dah pergi hantar emel pemakluman kt th-info tu bagi pemakluman awal kat diaorang yang saya nak pergi haji... hahahaha...bila ingat2 balik kelakar betul perbuatan ne... nasib baik tak kena marah mahupun kena black list.... semangat betul saya nak pergi...

2. BERSEGERA ke cawangan TH or THTS terdekat dan isi borang untuk pergi secara berpakej. kemudian sertakan sekali surat rayuan yang TELAH dihantar ke TH. THTS akan buatkan permohonan sekali lagi untuk kita.... (atau bersegera lah pergi travel agent mana yang korang nak ikut, untuk isi borang, nnt diaorang akan tolong follow up dengan TH... pastikan pergi dengan travel agent yang berdaftar untuk mengelakkan kerumitan di kemudian hari...).

3. BERDOA dan BERTAWAKAL SETIAP SAAT. punyalah nak pergi, hampir setiap langkah kaki saya dalam tahun tersebut saya berdoa nak sangat2 dapat pergi... buatlah solat taubat dan solat hajat setiap hari. Kalau tak mampu bangun tahajud, buat lepas isya... memanglah bagusnya bangun di tengah malam... kena mujahadah lebih sket tuh ;-).

Tapi saya dah daftar dari tahun 2006. menghadiri kursus haji dari 2009-2011 di beberapa tempat. mula merayu dari tahun 2010 tapi memang dah mentioned nak pergi 2011....

Owh yer... kalau korang tanya ... camna nak pilih pakej haji yang best ... jawapan saya... saya tak tahu... yang ada dalam senarai pertimbangan saya THTS, Gemilang travel, dan andalusia jer... tapi my abah insist nak pergi dengan THTS, so saya ikutkan sahaja... tapi THTS memang agak mahal berbanding andalusia... gemilang, lebih kurang jer... Rayhar dan felda travel pun antara yang okay...
bag galas rayhar chantek oooo kaler purple... hehehehe.....
yang penting doa lah sungguh2 dapat tempat yang best... guru pembimbing yang best... rakan jemaah yang best... dan Allah terima kita sebagai hamba Nya yang the best....

Sebenarnya banyak juga ujian nak pergi ne, macam saya tulis kat atas tadi .... menjelang puasa, pakej no.2 termurah yang kami daftar tu di BATALKAN kerana masalah TH dengan hotel di makkah (kalau x silap), nak patah balik pakej yang lebih rendah, dah penuh, nak ambil 1 pakej lebih mahal pun dah penuh, maka kenalah ambil one step further.(tapi tak lah sampai ke pakej nilam...) Bajet ada cukup2 jer untuk pakej asal, Allah.... Allahuakbar... Allah cukup kan belanja di saat-saat akhir... Alhamdulillah...
Sebenarnya semasa raya pun kami (saya dengan adek jer) masih tak dapat pengesahan tempat utk menunaikan haji... Dalam hati dah sedih sangat... sebab dah raya aidilfitri masa tu tapi masih belum dapat jawapan. Akhirnya... sehari sebelum tanggal 16Sept.2011 (hari malaysia), cek online, baru dapat tawaran....  saya cek online setiap hari berkali2 dari 1st Syawal 1432h tew... punyalah nak pergi sampai termimpi2... saya siap dah nampak nama saya dalam senarai yang dihilite kaler kuning... ada nama adek... masa tu tak tau pun tu senarai haji... tapi bangun tidur terus senyum sambil berdoa, moga2 senarai nama yang nampak dalam mimpi tadi tuh adalah senarai nama yang dipilih nak pergi haji....berdebar pergi kerja, sambil doa agar nama naik...

Allahuakbar.... Hanya Allah yang tahu perasaan ketika cek online 15 Sept. 2011 tu dan dapat tawaran pergi haji... senyum sampai ke telinga... dan lusa terus join kursus haji perdana kat perak sebab kami jemaah haji dari Perak...(cerita pergi kursus haji perdana saya cerita lain kali kalau ada kesempatan, Insya Allah)...

Apa2 pun...  Alhamdulillah... Persediaan dan perjalanan haji selama 7 tahun i.e. dari mula daftar 2006 hingga tarikh pergi 2011, banyak mengajar saya satu hakikat dan nikmat yang saya tak pernah rasa sebelum ini iaitu PUT YOUR TRUST ON ALLAH... selama ini kata2 itu sebagai 'trademark' saya je di uni, tapi tak betul2 yakin dan penuh penghayatan.... tapi 7 tahun ini, Allah didik saya sampai dapat KEYAKINAN itu... Allahuakbar...

kalau korang ada kuota agensi ke, kuota menteri ke, saya rasa tak salah kot kalau korang cuba buat rayuan untuk pergi... merayu jer... jangan merasuah orang2 terlibat... jangan ambik hak orang... buat rayuan ikut prosedur... kalau ada rezeki, insya Allah sampai.. yang penting usaha dan doa, tawakal pada Allah...  apa rayuan yang saya tak buat? macam2 saya cuba ikhtiarkan dengan izin Allah... sebenarnya kalau Allah dah memang takdir nak pergi, Allah akan takdirkan/lorongkan sekali jalannya... yang penting kita kena usaha, betulkan niat dan yakin dengan Allah... Insya Allah... antara yang pernah saya buat:

I wrote a letter ke emel tah kat JAWHAR, pastu i minta tolong kat ustaz dan ustazah yang merupakan guru2 pembimbing TH buat follow up tentang senarai nama dan kuota... sampai masa kerajaan saudi keluarkan 10 ribu kuota tambahan, saya terpandang shout kat wall FB ustaz hasnil abu bakar - suruh sms or emel beliau kepada yang dalam waiting list kalau2 beliau boleh bantu untuk dapatkan tempat dalam 10 ribu kuota tambahan tu...
i did semua yang i mampu... supaya i sampai.... Alhamdulillah... thank you Allah... nikmat menunaikan haji adalah salah satu nikmat terbaik dalam hidup saya....alhamdulillah... thank you Allah... semoga Allah terima amalan kita semua.... ameen.....
sebenarnya masa 2009 dam 2010 ada orang offer saya pergi ikut kuota kementerian... tapi saya tak kerja dengan kementerian tu... so saya tolak... lagipun saya dah set dalam kepala saya since 2006, saya nak pergi tahun 2011... apa jadi pun nak pergi 2011 jugak... (tak tau kenapa....) so bila 2011 saya tak dapat lagi surat, saya sangatlah sedih dan stress.... tapi ada sikit jauh dalam hati saya, saya sangat yakin saya akan pergi tahun tu jugak... tak tau kenapa... hehehe.... apa2 pun...

alhamdulillah... thank you Allah... semoga Allah terima amalan kita semua.... ameen.....

4.  Rayuan kepada Pencipta... Rayuan kepada Allah... sebab yang jemput kita, kuota kita... bukan dari Tabung Haji, bukan dari kerajaan Arab Saudi... tapi dari Allah S.W.T....
Buat rayuan habis-habisan dengan Allah... Allah the Almighty... Allah the Merciful... Allah akan perkenankan doa-doa hamba Nya sesuai dengan apa yang patut kita miliki...Insya Allah...

Kuncinya, mohonlah, berdoalah kepada Allah agar menjemput kita.
Mohonlah kepada Allah SWT agar beri kita "bersedia".
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kesempatan masa.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kecukupan belanja dari sumber yang halal.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Nya.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi teman yang baik dalam perjalann kita.
Mohonlah kepada Allah SWT agar bagi kita kecukupan ilmu yang benar dan bermanfaat untuk diamalkan...

semoga bermanfaat...

stay tune... stay alive... stay healthy...stay happy and stay away from MASALAH.... hehehehe....
********************
salam sayang semua...nhhas...