Wednesday, June 3, 2009

What you did last weekend - Part three

What you did last weekend….31.05.09

Part three…
Semua geng aku tidak pernah keluar hgway kearah utara kerana tiada seorang pun orang utara, so kena la aku yang guide diaorang kuar kl (kali ne aku tak sesat k…aku terer bab kluar dari pjya ne). singgah makan kat jejantas sg buluh…perh, tak pernah lagi dalam sejarah aku singgah kat jejantas tu pkl 7.50pg, tak ada parking dan orang begitu ramai sampai tak ada tempat duduk. Depa nak p makan kfc, tapi aku kn boikot semua2 kfc, mcD dan segala bagai tu, so aku ckp kat diaorang, korang p la makan, aku tapau jer la apa2 yang patut n mkn dlm kete…hihihi saja psycho diaorang… so setelah mencari2 tempat, so ada la seat utk kami ber 8.
Afta breakfast, meneruskan perjalanan ke utara sambil ber racing di hgway yang tak berapa smooth gara2 ramai sgt yang nak balik cuti skool.
Dalam kete asal cakap jer, semua nak kaitkan dengan peribahasa dan betapa teruknya, semua 4 gadis jelita ne hancur sekali peribahasa mereka. Semua dah lupa peribahasa yang dulu menjadi perkara yang plg diigati masa nak ambil exam espeyem. antaranya mendulang paku serpih menjadi menatang paku serpih.hihihihi(kete satu lagi, aku teka mereka sedang berkaraoke sambil membuat lirik sendiri seperti selalu)….


tiba dirumah kros at about 1..pm
2 kanak2 comel tu namanya dayah dan bakawali cikna,nani,me,mila,mai,lyn,ecah

Da-kck,cikna(perosak gambar),nani,mai,mila,lyn,ecah

the pengantin: kros n a.fan

jom pulang

the driver - mila F1

Semasa perjalanan pulang, dari cerita isu semasa, masuk cerita bab sejarah la yang paling tak tahan...bukan cerita pasal sejarah diri masing2, cerita mengenai sejarah melayu tau....
Cik mai dok bercerita sejarah Dang Anum dan Sultan Mahmud mangkat dijulang. Pastu abis la kuar citer parameswara, chin peng, puteri saadong dan segala bagai. Jap lagi depa suh aku citer ”weih sejarah perak mula macam mana?” kuang...kuang...aku rasa cerita yang paling terkenal ttg penentangan Datuk Maharajalela ke ats JWW Birch, tapi aku tak ingat sangat so aku just boleh pelawa depa ke pasir salak selepas ini. Hihihi...seteruk2 aku suka kenakan orang dengan kisah2 benar tapi yang bunyi macam dongeng tu, tapi aku tak berani nak tipu sejarah perjuangan bangsa, nnt kena tulah. Lgpun bagi aku ianya tak sepatutnya dijadikan bahan for jokes. Tapi mai bukan la buat jokes, mai cerita sejarah yang betul (aku rasa sama dlm buku sejarah malaysia). Kagum gak diaorang blh ingat....cayalah girls.... ”Tiada dulu tiada kini”.
(Nota: aku penah buat hosmates aku gelak sampai menangis gara2 cerita aku eksiden masa thn 2 kat U. Padahal cerita tu gile ngeri kena rempuh dgn storm masa naik moto-ngeri tak? Pastu siap kena seret lagi, sebulan aku tak blh berjalan walaupun kaki tak patah, tapi blh palk terjadi cerita lawak, aku pun confuse).hihihi. (nota lagi: sila la baca doa perjalanan.)

Kami tiba di putrajaya pada pukul 11 mlm, satu jam awal dari waktu yang dijangkakan. Thanx fren for sending me home safely....team satu lagi p holiday ke penang. Team aku tak blh sebab one of us ada hal. Balik tu, nasib baik dah singgah membersihkan diri kat hgway (1st time mandi kt hgway,hihihi) dah siap solat dan makan, balik umah cuci gigi cuci kaki, ambil wuduk dan Zzzzzz…..gudnite Malaysia.

Girls…you are the best dalam buat2 keje mengarut ne…tapi you all juga adalah kawan yang baik sebab sanggup bersusah payah demi kawan2…May Allah bless you all.

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)