Monday, February 1, 2010

ISTIQAMAH vs IKHLAS

Salam,
Sebenarnya semasa diarahkan membuat pilihan destinasi yang ingin didiami selama 2 bulan setengah nnt, aku punya la kalut suspen tak ingat (as usual, aku kan mmg cepat kalut)… mana nak pilih ne. Aku ne dah la PENAKUT, SLOW, LAMBAT PICK UP, SELALU SESAT... Mula2 rasa tak mau pergi sebab aku “takut jaga orang” . Cuba bayangkan aku kena jaga kualiti kerja 60 orang bawah aku utk something yang aku tak pernah buat… oh sudah rasa suspen dalam hati. Tapi bila terkenangkan pulangan yang Nampak macam tak boleh blah (nota: maksudnya best la pulangan tu), maka ada secebis ruangan dalam hati rasa teruja utk projek tersebut. Tapi sesungguhnya cebisan hati yang lebih besar mmg lebih cenderung utk tak mau pergi… Jadi as usual, come back to the source. KENAPA PROJEK TU DIBUAT, SEJAUH MANA KEUPAYAAN AKU UTK HANDLE. Niat aku nak join projek tu, selain sebab experience (aku rasa 50% jer sebab experience), lagi 50% tu bercampur-baur, ada sebab nak pulangannya, ada sebab nak p holiday, ada sebab nak duduk umah along secara melampau 2bulan setengah, ada sebab macam2 la, kalau nak difikirkan dan diperhalusi semula, nawaitu yang 50% tu mmg totally lari dari niat dan matlamat sebenar. Maka, setelah duduk bermuhasabah, aku berdoa, moga Allah bukakan jalan, berikan aku perlindungan daripada memilih, dipilih ataupun ter pilih utk membuat sesuatu yang salah, was-was mahupun yang tak sepatutnya…
Doa ku, jika projek itu baik utk diriku, orang2 pimpinanku, agama, bangsa dan negaraku, mudah2 an Allah mudahkan urusan aku utk turut serta. Tapi sekiranya ianya membawa mudharat kepada ku, orang2 pimpinanku, kredibiliti aku, amanah ku, ikhlasku, mudah2 an Allah mudahkan aku utk tidak turut serta di dalamnya.
Dan last Friday, telah announce mereka yang terpilih utk projek tersebut, (w/pun tak muktamad lagi) dan aku tidak terpilih….Alhamdulillah…Pasti ada hikmah. Sesungguhnya aku sangat cool apabila tidak terpilih utk projek tersebut. Hihihi… 50% nawaitu yang dah lari tu, tak tau la kalau terpilih apa yang terjadi… ok aku mmg positif habis bila tak terpilih….
Moralnya, susah nak didik hati ne supaya ikhlas. Itu lah pernah aku tulis dulu, kita percaya tapi kita MUNGKIN belum yakin sepenuhnya.... (PERCAYA dan YAKIN).

Ikhlas dalam bekerja, macam mana kita nak JELAS yang kita ne sebenarnya IKHLAS dalam bekerja? Susah nak didik hati ne supaya ikhlas. Kadang2 nak berubah tu mudah, tapi nak istiqamah tu yang payah… Memetik tulisan UZAR dalam blog beliau,
“Memang mudah untuk melafazkan kata ikhlas, mudah juga untuk cuba menyakinkan diri bahawa diri ikhlas dalam perjuangan, namun untuk benar-benar memastikan hati sentiasa istiqamah ikhlas kepada Allah swt, ia bukan satu tugas yang mudah, namun ia maha penting dan penentu masa depan kita tatkala berdepan dengan Allah swt kelak. “
Nak ikhalas dalam bekerja, satu key yang aku selalu pegang, ALLAH is MY CEO. Bagi aku, bila aku remind diri sendiri tentang ALLAH is MY CEO, jadi hati akan lebih terdidik dan beringat to do the very best. Ikhlas tu mmg tak mau sebut sebab aku pun tak tau nak rasa ikhlas tu macam mana. Susah nak didik hati ne supaya IKHLAS YANG BENAR2 IKHLAS. Lebih susah lagi nak didik hati supaya ISTIQAMAH utk IKHLAS. Wallahualam…
Dan juga, selalu ingat pesan ayah, REZEKI TU ALLAH BAGI...SELAMA MANA KITA BERUSAHA, AMANAH DALAM KERJA KITA, MEMINTA PENUH PENGHARAPAN, PENGHAYATAN, DAN BERTAUBAT KEPADA - NYA, INSYA ALLAH, REZEKI YANG DATANG DALAM BENTUK YANG KITA TAK DUGA... TAPI ITU LAH BUKTI KASIH SAYANG ALLAH KEPADA HAMBA-NYA YANG BERIMAN DAN BERSERAH BULAT - BULAT KEPADA NYA, INSYA ALLAH...
hmmm lebih kurang begitulah pesan ayah... dan kisah BOSS TAK BAGI AYAH SERIBU TAPI ALLAH BAGI AYAH SEPULUH RIBU, mmg akan sentiasa terpahat dalam ingatan aku supaya menjadi seorang pekerja yang IKHLAS, dan AMANAH dalam bekerja... Insya Allah. Mudah2 an Allah berikan aku kekuatan utk berubah menjadi lebih baik setiap detik dan istiqamah dengan perubahan yang baik itu.... Ameen...
HUDA....PUT YOUR TRUST ON ALLAH... :)

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)