Tuesday, May 25, 2010

Tabung Perubatan Mangsa Perang GAZA - Terima kasih

Assalamualaikum wbt...
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
***Makan Malam Amal***
Tabung Perubatan Mangsa Perang GAZA
23 Mei 2010// 9 Jamadil Akhir 1431H
Dewan Perdana Felda
*******************************************
.Jazakumullahu khayran khatira.
Moga Allah memberi sebaik-baik balasan kepada tuan/puan yang telah sama2 menderma untuk tabung perubatan gaza ini... Ameen
Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir – seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi sesiapa yang di kehendaki – Nya. Dan Allah Maha Luas (kurnia Nya) Lagi Maha Mengetahui.”(Al-Baqarah: 261)





Tabung Perubatan Mangsa Perang Gaza - sempena Makan Malam Amal.
Dua daripada penerima bantuan perubatan atas usaha pihak Aman Palestin dan rakyat malaysia yang menghulurkan bantuan...Jazakallah..

Mereka adalah antara ribuan mangsa keganasan israel. Memang israel sengaja mahu menjadikan rakyat palestin cacat anggota dengan tujuan untuk membunuh semangat perjuangan mereka. Ribuan mereka mengalami pelbagai bentuk kecacatan pada anggota kaki, tangan, badan, otak dan sebagainya, baik lelaki mahupun perempuan, dewasa hata kanak2 dan juga bayi yang tidak berdosa.

Lelongan Amal:
1. Replika Kubah Assakhra
2.Kepingan Logam Kubah Masjib Qibly.

Kepingan Logam Kubah Masjib Qibly.
Info:
Berasal dari zaman pemerintahan Al-Mamluki pada akhir kurun ke-8H.
Potongan daripada Kubah Masjid Al-Qibli ditanggalkan sekitar tahun 1950-an.
Masjid ini dikenali sebagai Masjid Qibli kerana terletak di bahagian selatan Masjid Al-Aqsa dan menghala ke Masjidil Haram di Makkah yang merupakan kiblat umat Islam. Ia asalnya merupakan masjid kecil yang dibina oleh Mu'awiyah bin Abi Sufyan sebagai tanda tempat solat Umar Al-Khattab ketika mula membuka Masjid Al-Aqsa. Saidina Umar menolak pelawaan ketua paderi al-quds ketika itu supaya bersolat di dalam gereja, kerana tidak mahu umat islam menuntut hak ke atas gereja tersebut.

Lelongan untuk kutipan amal.
Replika Kubah Assakhra.



Bacaan sajak oleh Prof Madya Dr. Lim Swee Tin – Fakulti Bahasa; UPM
Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Marjan





Persembahan Nasyid oleh Nazrey Johani


Bagaimana anda boleh terus membantu???
Terus hulurkan bantuan bagi meringankan beban:
Saluran boleh dihantar menerusi pertubuhan-pertubuhan yang ada bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan; antaranya seperti Aman Palestin.
Sumbangan boleh disalurkan ke:

AMAN PALESTIN BERHAD
menerusi:
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
1202 9010 0478 80

MAYBANK MALAYSIA BERHAD
5622 6301 0787

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Aman Palestin Berhad
No.1, Jalan 3/3b, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 03-8926 7019
Fax: 03-8925 9963
www.amanpalestin.net

atau mana-mana badan seperti global peace, viva palestina dll.

...Insya Allah...

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)