Monday, June 20, 2011

Allien of The Week

Assalamualaikum wbt...

Hmmm  out of office for one week for the purpose becoming allien of the week???  Apa lah yang ko dah pilih ne huda....Hwaaa.... seriously dah rasa macam allien ne... Tabah huda... tabah...

Besar ganjaran pahala bagi orang yang sabar dalam menuntut ilmu ne...

Bayangkan SEMUA dalam course ne gred F tetiba ada pulak allien ne gred E dok sebuk-sebuk turut serta...

Tapi before attend course ne, aku dah warning boss aku, jangan lah letakkan harapan yang tinggi sangat, balik ne aku jadi SIFU plak kat division... dan boss aku dengan selamba yaya nyer cakap, "Kalau you boleh faham 20-40% pun dah alhamdulillah"... waaahhh... ok lah, tak payah stress sangat... anggap ne mid exposure... mana tau lepas ne dia anta aku p Korea ka, Canberra ka... kan kan kan... masa tu tak dak lah terpinga-pinga, dah lah speaking korea ngan omputih... lagi lah Allien betul jadinya...

Aku rasa, aku VS programming and databases dan anak cucunya ne macam ada BADI lah...
(KISAH LAMA) Ish betul lah weih, adakalanya benda yang kita tak suka tu lah yang asyik "mengekori" kita... Mungkin itu adalah yang terbaik untuk kita... hihihi...

Sebenarnya aku kena hadiri course on databases, datawarehouse, business intelligence, data mart dan ahli keluarganya lah selama seminggu... Kursus ne kalau tanya hasrat hati, sampai mati pun aku tak nak pergi.  I HATE IT. seriously... dulu benci yang amat dengan subject IT ne. Kalau subject programming tu memang asyik lah mengelat, dan meniru... hihihi... Assignment memang tak pernah langsung buat sendiri... setakat tulis beberapa baris programming, yang tolong make things work adalah orang lain... hahaha... satu-satunya subject IT yang aku suka adalah artificial intelligence.... and itulah satu-satunya subject IT yang aku dapat A..

Tapi nak buat macam mana... Dah takdirnya nature kerja memerlukan aku berhadapan dengan semua menda alah ne... maka redha lah... Kena lah pergi menuntut ilmu... Walaupun sukar, aku yakin pasti ada jalannya...
Doakanlah Allah anugerahkan aku hikmah dan kebijaksanaan untuk faham semua subject ne dan boleh apply untuk bagi benifit kepada Jabatan dan negara... ameen...

Tapi instructure yang ajar ne, bukannya aku boleh tanya lebih-lebih sangat... Dia bukan ada pengalaman di jabatan aku dan faham our nature of work... Jadi aku kena absorb at least general knowledge and some technical knowledge so that balik nanti boleh propose a few things in my system development...  Kang aku tanya data mart kiteorang ne should go by survey or should go by type of DB or should go by process ka, dengan dia-dia sekali terpinga-pinga... dah satu hari suntuk pulak aku nak kena explain keperluan kiteorang... makanya selamat menjadi student cemerlang lah.... Memanglah jabatan aku ada IT Division, tapi kami selaku "owner" jabatan, kena jelas dengan kemahuan dan keperluan sendiri, barulah para2 IT boleh bantu develop system... Kalau kita pun tak tau apa yang kita nak, susah lah... kan kan kan.... susah lagi menyusahkan lah jadinya....
Aku risau ngan sistem yang sedang dikerjakan ne, kalau tak terbangun-bangun juga sampai Oktober ne, menangis lah aku... Aku nak cuti panjang ne... risau cuti-cuti tak datang terussss sampai bila-bila... adus... rasa sedih lah, sebab dah work out system ne for years...

Ya Allah...permudahkanlah perjalanan pekerjaan ku ini, moga-moga memberi manfaat untuk semua selama mana digunakan pada jalan yang benar... Ameen...

btw, i LOVE my gps... alhamdulillah... good cooperation given pagi ne masa nak datang tempat training... Boy dah bising suruh keluar pukul 6.30 pagi risau jalan jam... tapi 6.30 pagi baru nak iron baju... sebab semalam "siri lawatan ke hospital" dari bentong sampai ke selayang...  malam pulak boy belanja makan steamboat.... balik dah pukul 11, letih sungguh... makanya tak lah gosok baju... dan pagi tadi aku keluar rumah jam 7.20 pagi... hmmm lalu mex senyum jer, tak jammed, masa exit kat kuchai lama, hwaaaa nangis dah dalam hati...pesta break pun bermula lah... yer lah duduk putrajaya mana ada jammed teruk macam tu... tengok jam kat dashboard kete, dah pukul 7.40, adei.. sempat ke nak sampai before 8pagi sebab register pukul 8. Tapi aku positifkan diri, kelas mesti akan start pukul 8.30... hehehe... alhamdulillah, berjaya sampai 8.20 pagi...dan betul kelas start 8.45 pagi.... so ok lah.. not so early not so late....

So esok aku tak perlulah bertolak pukul 630 pagi... 730 pagi pun sempat lagi.... Insya Allah.... (sebenarnya dalam hati berdoa, kalau lah dapat skip course ne esok... ALANGKAH INDAHnya hidup aku.....)

(*_*) catatan si allien of the week...

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)