Tuesday, August 16, 2011

Emas

Assalamualaikum wbt...
Hmmm harga emas dah melonjak naik...Sehingga pagi tadi ialah RM175.06/ gram..
Emas... pelaburan yang sentiasa releven sejak dahulu kala.Tapi nak buat pelaburan pun perlu tahu kaedah dan hukum hakam transaksi nya ya.

Kerana ANDA SEORANG ISLAM dan jangan ingkar perintah Allah.

Paling penting jangan lupa tentang zakatnya. 
Hmm sedikit ilmu, Nisab ialah nilai semasa 85gram emas.  Uruf emas pula ialah kebiasaan pemakaian emas masyarakat setempat (mami jarum tidak diambil kira),  Berat uruf emas (mengikut PPZ) adalah bersamaan dengan 150 gram.

Bagi negeri Selangor,  nisab bagi tahun 2011 ialah RM10,650.

Hmmm kenapa tetiba cakap pasal emas yer?

1. Sebab harga emas dah mahal.  Hari tu nak beli gold stock, along advice NO. Sekarang rasa macam rugi plak sebab emas naik melonjak-lonjak.  tapi bila discuss dengan boy, ada gambaran sket tentang gold transaction ne, apa yang boleh apa yang tidak, halal haram shubhah nya.

2. Tetiba ada user call dari Wah Chan tanya data tentang gold transaction import and export.  Kuang kuang kuang... dah user tanya, terpaksalah aku g google database carik.... baru tau jabatan ada data gold transaction... hahahaha... ada juta data kat sini, of course lah tak fasih semua.   adei...

sekian,  sekadar tulisan kosong....

Nak cek data?  Boleh click SINI

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)