Saturday, January 7, 2012

Mina:6 - 9 November 2011





Assalamualaikum wbt.
gambar atas ne, di hijacked dari google lah kan.
takkan lah saya boleh ambik gambar macam ne.
banyak lagi kerja lain yang lebih afdhal nak buat.
(er, sebenarnya buat masa ne mmg tak reti pun, kot...hehe)

erm. nak cerita. tengok orang ramai-ramai ne gerun kan?
saya tabik betul lah dengan mereka sebab dapat pergi melontar pada waktu afdhal.
saya rasa ne orang ramai sebab mereka pergi waktu afdhal.
jemaah malaysia kebanyakkannya pergi pada waktu malam.
erm, maka tidaklah kelihatan situasi seperti di atas ne.

gambar bawah ne...ha yang ne saya punya kerja.
(sebab tu gambar tak cantik sangat. asal ada jer konsepnya)...

see... besar tau jamrah ne.
5tingkat lagi...
tapi ne pergi waktu malam ler ; 12 zulhijjah
 (to be exac dah 13 zulhijjah, tapi tak masuk waktu melontar utk 13 zulhijjah.
jadi hanya boleh melontar utk 12 dan 11 zulhijjah. er, korang faham ke? harap faham ^_^


 hmm gambar bawah ne dah siang 13 zulhijjah.
dah boleh melontar untuk 13 zulhijjah.
melontar hari yang terakhir.
sangat sedih.
sebab waktu untuk meninggalkan bumi mina semakin hampir.
 
eh... dik... nnt dulu... jangan lontar lagi. nanti kena kepala orang.
rapat lagi ke jamrah...
 ha... sket lagi... sket lagi...

ha... kan dah dapat sampai ke depan.
(tapi ne gambar siang, 13 zulhijjah. dalam pukul 7.00 pagi kot, or before that)

ok... dah selesai melontar pada ketiga-tiga 3 hari tasyrik.
maka kena lah balik...

 selamat tinggal bumi mina.
semoga Allah menjemput kami lagi menjadi tetamu Nya lagi dan
berpeluang lagi ke sini.

gambar bawah ne, erm tau kan?
ha so bawa lah duit SR1 banyak2.
nanti boleh sedekah pada mereka.
tapi saya lebih suka bagi mereka makanan.
kesian kat kanak2 dan baby.

ha khemah malaysia sila ikut arah '"MOAISEM".
Kalau tidak, tatatititutu le ke zon negara lain.

ha, yang hujung sana tu tempat gunting rambut.
siap tulis "potong rambut" ke "gunting rambut".
alamak. lupa pulak. tapi nak bagitau memang tulis in malay lah.

bangunan atas ne mengingatkan saya kepada PUTRAJAYA.
Ade ker patut. adoiya.
nampak sangat hari unuk pulang semakin hampir....
sedey lagi...
sampai ada pakcik tu cakap; 
"kenapa yang kamu ne tak nak sangat balik malaysia.
 pakcik ne dah tak sabar2 nak balik".
adoiya... kena explain ke pak cik?



ok, adek asyik ambik gambar sampah. 
sebab dia berhasrat nak jadi "menteri kebersihan mina".
dia nak pesan kepada rakyat malaysia:
"jangan lah buat perangai macam ne. BERDOSA tau tak".

ok dah nak masuk terowong.
ne lah terowong MOAISEM. 
betul-betul lepas terowong ne je dah sampai khemah malaysia.


dalam terowong.
kami ne asyik lah dok ngikut jemaah indonesia.
sebab mutawif diaorang rajin bertakbir raya.
semangat sket nak jalan.
malaysia jalan macam relax jer.
ishishish..
th kena baiki ne.
supaya jemaah kita ada "soul".

btw, sekadar info. jarak khemah malaysia dan jamrah lebey kurang 2.9 km sehala.
jadi pegi balik dalam 5.8 km.
untuk 4 kali trip ke jamrah i.e. melontar bagi 10, 11, 12 dan 13 zulhijjah, jemaah malaysia telah berjalan sejauh 23.2 km.

that is why bila saya balik malaysia semua tegur "cik huda waahhh, dh kurus. tak best ke makan kat sana".
hish... ada pulak tak best. best yang amat. saya enjoy makan semuanya di mekah, mina, arafah, madinah.
makan jer. sedap. kalau kita ingat makan tu satu ibadah, dan kita berdoa supaya ada selera nak makan. insya Allah kita akan makan dengan gembira. yer lah, kurus tu sebab banyak berjalan, insya Allah. saya suka duduk mekah. salah satu sebab nya, boleh jadi sangat sihat. (balik m'sia tak sampai sebulan dah mencapai berat badan 'ideal' semula. yerlah... asyik makan, makan, dan makan lagi. exercise nyer langsung ler tidak. harapkan puasa jer lah) 
ne kat mekah, sehari jalan g masjidil haram dekat 5km ada kot. jarak hotel masjid ; sehala 500meter. 
tapi tu baru kat lantai dataran or dipanggil plaza masjid. nak jalan lagi masuk dalam masjid, cari tempat sampai depan baitullah. ada kot lagi 300 ke 400 meter. habis kalau dah rajin tetiap waktu berulang balik hotel, tak ke 5km lebeh sehari kita berjalan...
asal balik hotel makan ayam golek sebelah hotel.  hehehe. dah lah murah, best pulak tu.
adek asal je lalu kat mekah tower, nyinggah beli twix. murah katanya. pastu asyik le makan kfc. sebab kfc depan masjid. hehehe. pastu sampai kat hotel, kat dewan SR, makan lagi.... hwaaa.... best tau makan.
aiks... ne entri pasal mkn ke?
tak tak tak. saya nak membetulkan tanggapan orang tentang "jemu makan", "tak ada selera".
sebenarnya ok jer. habis dah asyik sebut tak ada selera. memang ler tak ada selera dibuatnya.
cuba belajar bersyukur. banyak lagi orang lain tak ada makanan nak makan. jadi pesan saya yang serba kekurangan ne, jagalah hati dan lidah kita. iktikad kita.
apa yang kita nak sebenarnya??? apa nawaitu kita? yang paling penting cuba belajar 'sedar diri', siapa kita? apa pandangan Allah terhadap kita kalau kita ne dah lah kat malaysia Allah bagi nikmat macam2, dah sampai mekah, g pakej mahal2, makan sentiasa ada, tu pun lagi banyak nak komplen. agak2, kat mana "nilai" diri kita? 
kalau kita rajin baca kisah rasulullah s.a.w dan para sahabat, kita hayati dan renungi serta amalkan sunnah rasulullah s.a.w; insya Allah kita tak akan sanggup nak komplen dan komen macam-macam.

p/s: mungkin ada orang yang baca akan terdetik, hmm pergi pakej boleh lah makan best, makan banyak. muasasah makan dalam paket jer. tu pun dua kali sehari. astaghfirullahaladzim.  itu kata orang muasasah. orang pakej pulak asyiklah dengan komplen JEMU. padahal hotel dah bagi lauk yang best2.  itulah kisahnya, muasasah ke, pakej ke, sebenarnya kalau memang suka jer nak rasa "TAK PUAS HATI", tak kira dah pakej ke muasasah ker.sentiasa ada 'point' nak komplen. astagfirullahaladzim... kita ne tetamu Allah. Allah yang bagi kita rezeki untuk menjadi tetamu Nya. berusahalah menjadi tetamu Nya yang baik, yang istimewa dan penuh tunduk tawaduk.  Siapalah kita sebenarnya.  Wang ringgit tu, bukan kita punya. Allah yang punya. Allah bagi pinjam jer kat kita. Nak tengok macam mana respond kita. bersyukur ke tidak. banyak komplen ker tidak....
Kita adalah tetamu Allah. Bukan tetamu jemputan kerajaan arab saudi, bukan tetamu quota tabung haji. bukan wang kita yang bawa kita ke sana. Rahmat dan kasih sayang Allah yang bawa kita ke sana. Jemputan daripada Allah yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang..... Allahuakbar....
astagfirullahaladzim... Moga Allah ampunkan aku dari apa yang aku tahu dan tak tahu...
astagfirullahaladzim....

1 comment:

  1. salam, hehe2 naperlar tak jumpa sama wak masa melontar nih kann ;p

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)