Sunday, May 27, 2012

Angan-Angan Seorang Belia...

...di penghujung 'usia belia' bersempena sambutan Hari Belia Negara.///

Assalamualaikum wbt. 

Inilah dia kisah seorang belia dipenghujung 'usia belia' (menurut kata adeknya, padahal tidak pun sebenarnya),  yang mana jarak rumah belia ini dan tapak sambutan HBN2012 hanyalah sekitar +- 2.5km,  tapi sepanjang tempoh 5 hari berlangsungnya HBN ne, dia masih belum berjaya sampai ke HBN tersebut. 

Belia itu sebenarnya dalam keadaan keliru dan tertanya-tanya (dah hari last pun masih tidak dapat membuat keputusan... teruk betul belia tersebut).

ok ulang semula ayat tadi..

Belia itu masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang ada di HBN, dan kenapa beliau perlu pergi (sudahlah tidak terpilih sebagai icon belia negara (laaaaa.... ada hati ke???) ).  Jadi atas kapasiti apa belia itu harus menjustifikasikan dirinya untuk pergi menyertai jutaan belia yang membingitkan dan men jammed kan jalan depan rumahnya.

Dalam hati sebenarnya belia tersebut sudah merancang untuk 'berjogging'  di pagi ahad dari rumah nya ke tapak HBN.  Alaaaa... setakat 5km pergi balik, apalah sangat.  Tapi pagi tadi, belia tersebut tersangkut dihadapan TV mendengar kuliah daripada Ustaz Roslan menerusi Tanyalah Ustaz (tajuk pasal mengenali JAHIL). Ok, jam 8 pagi pula, nasi lemak kopi O. Juga bersiaran dari tapak HBN.  Waaaaahhhh... belia ini sudah teruja untuk pergi, dan meng 'hello' jiran tetangga yang juga merupakan senior di tempat kerja dengan ayat tak boleh blah.

"kak, tak g hari belia ke".
"owh, akak dah pergi malam tadi"
"laaa, tak ajak pun. Eh tapi kalau ajak pun, saya ada kelas malam tadi"
"jom lah kita g petang-petang karang"
"er, petang orang ramai. G pagi best sikit. Kita joging ja dari rumah".
"hmmm ok juga, JOM"
"Er tapi kak, apa ada kat HBN tu? Best ke?" 

(ok ini soalan tak bijak dan soalan mengelat. Dah lah dia ajak akak tu, pastu dia bagi justifikasi pulak tak nak pergi.Padahal boleh sahaja belia itu google mengenai program HBN menerusi web site seperti mana belia itu meng google sambutan FLORIA setiap tahun tanpa gagal).

ok, kita sambung dialog:

"erm, banyak betul aktiviti. ikut awak lah minat yang mana."
"nak g tu memang nak g, tapi saya ada homework tak siap lagi. kertas latihan budak2 pun tak habis semak lagi.  malam ne ada kelas. baju tak gosok lagi.  nasik tak masak lagi. "

(hah kau.  dengar belia itu sedang beralasan).

"tapi kan kan, yang sebenarnya saya MALAS. hahaha... tiada penawarnya. MALAS nak bersiap. MALAS nak memandu. MALAS cari parking. MALAS keluar rumah yang sebenarnya."

"Hmmm, matahari pun dah tinggi ne, kalau awak nak joging"
 
"Yes lah kakak. You memang absolutely BETUL. Dah panas. Jadi baik kita duduk rumah, buat homework, masak, petang karang kita g jusco, kalau traffic OK (rasanya takkan OK), kita singgahlah HBN. Malam kang saya ada kelas lagi"
 
"Yer lah tuh... ader jerlah justifikasi dan alasan awak. Heheheee"
...dan sebenarnya belia itu sedang berangan-angan dalam hati sambil sedang buat homework dipagi hujung minggu (sambil makan roti bakar, sosej, nuggets, keropok lekor, bubur jagung dan air nescafe)...

"Alangkah bagus kalau sekarang ini, aku sarung je jubah ne, pastu ada helikopter tunggu depan rumah dan bawak aku pergi HBN. Waaaaa.... best nya. aku bukan nak turun pun. Aku nak tgk jer holistik view HBN ne. Daripada 7 8 bijik heli ne berlegar dan membuat bising atas rumah aku, baik dia singgah ambik aku dan bawak bersiar2 ke HBN. heheheeeeee....
Haku bukan suka berjalan tak ada tujuan ne.  Jarak bukan penghalang. setakat jalan kaki 5 6 km tu, itu biasalah bro (rujuk dialog Ustaz Kazim). adoiya....  "Boss"... hantar lah sebijik heli. Huhuhuhu..."

Sekian.... angan-angan seorang belia di HBN 2012.

Harap-harap, kalau ada manfaatnya, sampailah belia ini ke HBN pada hari ini.  Kalau tiada manfaat, semoga Allah pelihara belia ini daripada menjejakkan kaki nya ke tapak tersebut.

Nota: perrrhhhh... tak pernah-pernah putrajaya jammed hari Sabtu Ahad, tetiba jammed sampai depan rumah.  Siren pun 10 kali sekejap berbunyi.  Tak tahulah siren ambulans ke, polis ke, bomba ke.  Tapi dah berpuluh kali dah bunyi siren ne keluar semalam. Hari ini tak tahu lagi.  Nasib baik belia itu hanya MALAS keluar ke HBN, tapi RAJIN MEMASAK dan RAJIN BELAJAR.  Kalau tak, gastric lah belia itu semalam, kerana food court pastilah ramai. 

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)