Tuesday, May 27, 2014

Situasi Semasa Fenomena El Nino

Assalamualaikum wbt....

Nak kongsi kenyataan akhbar oleh MOSTI...

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada 15 April 2014, fenomena El Nino berkemungkinan besar melanda dunia pada pertengahan tahun ini yang dijangka bermula antara Jun dan Ogos depan, namun demikian masih terlalu awal untuk menentukan tahap kekuatannya.


Fenomena  El Nino kebiasaannya mula terbentuk pada pertengahan tahun, memuncak pada penghujung tahun atau awal tahun berikutnya dengan tempoh hayat antara 6 hingga 18 bulan.  Kali terakhir fenomena ini terjadi adalah pada tahun 2009/2010 dengan kategori sederhana, di mana ia tidak memberi impak cuaca yang signifikan kepada negara. Manakala El Nino pada tahap kuat yang terakhir berlaku adalah pada tahun 1997/1998, di mana sebahagian kawasan negara telah mengalami cuaca kering dan panas serta dilanda jerebu rentas sempadan yang serius.


Impak  El  Nino  kepada  negara  secara  umumnya  bolemenyebabkan jumlah hujan diterima akan berkurangan, terutamanya bagi Sabah dan Sarawak. El Nino juga boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering yang seterusnya memudahkan berlakunya kebakaran hutan yang boleh menyebabkan kejadian jerebu tebal merentasi sempadan yang akan memberi kesan terutamanya terhadap kesihatan, aktiviti luar dan pertanian.

persediaan lebih awal yang boleh dilakukan bagi mengurangkan impak fenomena El Nino dan cuaca panas Monsun Barat Daya ialah:

i. memastikan mempunyai simpanan air yang mencukupi atau menyediakan  takungan  air  tambahan  untuk kegunaan masing-masing seperti kolam, perigi dan sebagainya;

ii. berjimat cermat dan mengamalkan budaya penggunaan air berhemah   mulai  sekarang.   Berdasarkan   kajian Pertubuhan    Bangsa-Bangsa    Bersatu    (PBB), penggunaan air sehari oleh setiap rakyat Malaysia adalah amat tinggi iaitu 310 liter berbanding syor piawaian antarabangsa PBB iaitu 165 liter, Afrika hanya 50 liter, India 100 liter sehari, manakala Singapura 150 liter;

iii. mengambil kira perubahan cuaca ini dalam merancang dan merangka aktiviti   luar    dalam   tempoh   masa berkenaan; dan

iv. menggalakkan orang ramai mempunyai simpanan topeng muka apabila diperlukan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung fenomena ini termasuklah ramalan cuaca, gempa bumi dan tsunami, sila hubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1MET. Perkhidmatan ini disediakan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu atau melalui emel kepada mmd@met.gov.my. Pengguna juga boleh melayari laman sesawang rasmi Kementerian www@mosti.gov.my  dan  Jabatan  Meteorologi  Malaysia www@met.gov.my.

6 comments:

  1. apa yang bakal berlaku semua di tangan Allah...
    hanya doa yang dapat dipanjatkan agar kita semua dijauhi dari bencana yang tak mampu ditanggung..

    ReplyDelete
  2. Teringat masa mengajar biologi dulu, ini antara sub topik yang diajar, sekarang cikgu ni pun dah ingat2 lupa.

    ReplyDelete
  3. ada juga terbaca. risau juga ni, sebab bulan jun ni nak bersalin

    ReplyDelete
  4. Doa banyak2 semoga dipermudahkan... Insya Allah...

    ReplyDelete
  5. Moga Allah pelihara keselamatan kita semua.. Aamiinn..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)