Friday, April 10, 2020

Diari MCO2020 (Day 24) : PKP Fasa 2 - akan adakah fasa ke 3 dan ke 4?

CATATAN SEMPENA COVID-19 
KERAJAAN MALAYSIA MEMPERKENALKAN 
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) / MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)

**************************************************************


Assalamualaikum dan salam kasih sayang.

Semoga semua masih tenang dan waras belaka.
Saya tengok luar tingkap.
Saya teks kawan-kawan, jiran-jiran dan ahli keluarga tersayang.
Supaya saya kekal waras.

Iya saya antara jutaan rakyat malaysia yang taat kerana sesungguhnya dah 24 hari saya tak keluar daripada rumah kecuali untuk buang sampai (2 hari sekali) dan untuk panaskan enjin kereta (ntah la berapa kali sekali sebab selalu terlupa).

Mendiami kediaman yang "tidak bertanah" ini sebenarnya agak kesian sebab lemau tau duduk dalam rumah tak keluar-keluar.
Nak keluar takut pula nak gunakan lif.
Tapi bila terkenangkan taat kepada perintah pemerintah, ikut apa Rasulullah s.a.w cakap kalau ada wabak - stay where you are. Moga-moga ada pahala di atas kesabaran ku yang tak berapa nak sabar ini.

Sebenarnya banyak nak coret. Saya ada derafkan Diari covid Day 11, tapi tak siap-siap. Dah day 24 dah. hihihi.

Topik perbualan dikalangan sahabat minggu ini ialah 

"Adakah PKP akan dilanjutkan ke Fasa 3"

Saya personally ada membuat beberapa unjuran tetapi untuk suka-suka study sendiri sahaja.

Berdasarkan analisis yang saya buat, pandangan ialah PKP ni sepatutnya sehingga selesai Aidil Fitri 2020.

What??? Seriously?

Iya kalau SEPATUTNYA

Sebab? 

1. Mid April we will see another wave.
    
As we have a few more cluster such as : 
Cluster balik kampung
Cluster kenduri kawen
Cluater matta fair.
Cluster degil - pergi bercuti oversea
Cluster oversea yang terpaksa berada di oversea atas urusan kerja dan sebagainya

Minimum we'll get +- 10 thousand people infected.

2. Last two weeks, my analysis shows that fatality at minimum will be +- 50 people but can rose up to +- 180 ke 200 .  nauzubillah.  
I really hope this is just my bad calculation.

But at Day 24 of PKP, the death number in Malaysia already 67 where we also have 72 in ICU.

3. Sebanyak 400 ++ pusat kuarantin telah disediakan 
    (maeps, akept memang dah dari awal, hospital / wad2 kusta dah start di prepare utk terima pesakit, hotel 3 hingga ke 5 bintang turut tidak terkecuali bagi memenuhi permintaan yang pelbagai)

Therefore, actually we can think the worse till end april, asif the next wave will take place in mid april. we need to have another 2 weeks of incubation. To play safe and secure for everyone the PKP should be extended until mid of May or after Hari Raya Aidil fitri.
You know when there is festive people will still having a good gathering.



So korang rasa sambung ke tidak?

Saya rasa sambung sampai hujung April itu sudah pasti.
Tapi Mei, mungkin 50 50. Perlu ada keep n release methodology.
Ada kaedah pelepasannya.  Akan ada industri yang dah boleh di release secara berperingkat dan bersyarat kerana

1. Ekonomi ni adalah rantaian. 
Ekonomi memberi kesan kepada seluruh rantaian kehidupan kita.
Sebagai pengguna, kita berusaha untuk menjadikan pendapatan terhad yang dimiliki, digunakan sebaiknya.
Sebagai pekerja - atau pekerja masa depan- kita mengambil tempat di pasaran pekerjaan, mengerjakan pekerjaan supaya memperoleh pendapatan untuk dibelanjakan.
Sebagai warganegara di negara kita, kehidupan kita dipengaruhi oleh keputusan kerajaan kita: keputusan mengenai cukai, keputusan mengenai perbelanjaan untuk kesihatan dan pendidikan, keputusan mengenai kadar faedah, keputusan yang mempengaruhi pengangguran, pertumbuhan dan pertumbuhan.

Sebagai penghuni di planet Bumi kita terpengaruh oleh keputusan ekonomi antara satu sama lain: udara yang kita hirup, air yang kita minum dan alam sekitar yang kita berikan kepada anak-anak kita semua dipengaruhi oleh keputusan ekonomi yang diambil oleh umat manusia secara kolektif.

Perlu mula digerakkan. Slowly but surely. Sektor pembuatan perlu digerakkan supaya rantaian perkhidmatan dapat digerakkan.

Perlu terkawal, berperingkat dan bersyarat.

2. Sumber kewangan
Orang kita takkan mampu nak duduk dirumah lebih lama tanpa sumber pendapatan terutama bagi yang bekerja sendiri. 70% responden yang bekerja sendiri yang menjawab Survei Khas ‘Kesan Covid-19 Kepada Ekonomi Dan Individu’ Pusingan 1 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, menyatakan mereka mempunyai simpanan yang boleh bertahan sebulan cuma.

Boleh rujuk link SINI






Lagi lama dikenakan PKP, kadar kepatuhan akan menurun.
Namun, alhamdulillah atas semua pakej ransangan dari kerajaan. Terima kasih "Tok Ayah" and team.
Sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 minggu ini rakyat boleh bertenang sedikit as they have food on the table.

Uniknya Malaysia di saat ini.
Insha Allah kita ada pemimpin yang baik, PDRM yang baik, ATM yang baik, petugas KKM yang berdedikasi NGO turun padang membantu tanpa perlu disuruh dikerah. Pereka fesyen tolong jahit PPE. Yang duduk di rumah dengan sabar anda juga pejuang bersama barisan hadapan.

Semoga Allah merahmati pemimpin, petugas dan rakyat bumi Malaysia ini dan satukan hati kita jauh dari sebarang perpecahan. 

Ameen.

Last but not least sementara tunggu ucapan Tok Ayah jam 3 petang ni.... Saya kongsikan analisis ini untuk rujukan kalau ada yang minat nak baca.

Semoga bermanfaat.
Insha Allah


KEHIDUPAN PASCA PANDEMIK: SEBUAH NORMA BAHARU?
Kebetulan Senada dengan pandangan saya di atas. 


Dunia sdg bergelut menghadapi pandemik yg tlh mengakibatkan krisis kesihatan awam & ekonomi. Melihat kpd keadaan semasa, tiada perubahan yang drastik setakat ini. Namun, pernahkah kita bagaimana kehidupan selepas ini?

2. Kegawatan ekonomi itu seakan pasti dan hasil kajian daripada NBER menyatakan bahawa pandemik mampu menyebabkan KDNK mengecut sebanyak 6% hingga 8% dan  mungkin lebih 10% untuk sesetengah negara. Ini adalah dapatan kajian berdasarkan kesan pandemik Selesema Sepanyol dulu.


3. Kajian Fed & MIT yg juga berdasarkan kesan Selesema Sepanyol mendapati ekonomi gawat bukan kerana respon campur tangan kerajaan terhadap pandemik ttp krn kesan ke atas kesihatan. Orang awam akan lbh bimbang utk berbelanja lalu mengurangkan permintaan yg memberi kesan kpd ekonomi.

4. Mereka juga dapati yg bandar-bandar yg kuatkuasakan PKP lebih awal dan lama mencatatkan kurang jumlah korban dan ekonominya juga akan pulih lebih cepat. Jadi dgn utamakan kesihatan org awam dan kuatkuasakan PKP sebenarnya perkara yg bgs utk ekonomi kita bg jgka masa panjang.


5. Daripada segi sosial pula, kita perlu mengamalkan norma kehidupan baharu sementara menunggu adanya vaksin. Norma baharu adalah sentiasa mengamalkan pembatasan fizikal walaupun setelah PKP ditamatkan. Kajian daripada AEI tentang pembukaan semula AS dapat diambil iktibar oleh MY.

6. Kertas kajian AEI menyatakan fasa yang perlu dilalui selepas pandemik reda. Fasa 1 pembukaan berperingkat semua kedai, sekolah, tempat awam dan pejabat. Fasa 2 pula pengawasan,pengenalan dan penyembuhan jaringan baharu wabak. Fasa 3, usaha menambahbaik sistem kesihatan negara.

7. Untuk ke fasa 2 daripada fasa 1, perlu ada pengurangan kes dlm masa 14 hari, hospital dapat merawat semua pesakit, pihak kerajaan pula mempunyai kebolehan utk melakukan ujian ke atas semua pesakit yg mempunyai gejala dan juga mampu untuk mengawasi pesakit dan kontak rapat mereka.

8. Fasa 2, kerajaan perlu hemah dlm menghadkan amalan pembatasan fizikal dgn membenarkan pembukaan sekolah dan pejabat dan terus mengawal penularan wbk agar tidak kembali ke fasa 1. Bekerja dari rumah digalakkan dan golongan terdedah dan warga emas perlu teruskan pengasingan diri.

9. Kerajaan juga perlu wujudkan sistem pengawasan dan pengesanan yang berkesan untuk memastikan semua penyakit bergejala dan kontak rapat mereka dapat dikesan dengan cepat dan efektif. Vaksin akan ambil masa yg lama dan apabila sudah ada, barulah kerajaan boleh bergerak ke fasa 3.

10. Sukar untuk kita pastikan bagaimanakah norma kehidupan  setelah pandemik ini reda. Tetapi kita perlu sentiasa cakna dengan arahan dan juga larangan daripada KKM untuk pastikan penularan wabak ini dapat dikawal. Jadi duduklah di rumah dan jaga kebersihan diri masing-masing.

Pautan:

1. The Coronavirus and The Great Influenza Pandemic: Lessons from The Spanish Flu for The Coronavirus’s Potential Effects on Mortality and Economic Activity

2. National Coronavirus Response: A Roadmap to Reopening
3. Pandemic Depress the Economy, Public Health Interventions Do Not: Evidence from the 1918 Flu


@loves_nhhas

4 comments:

  1. Kalau duduk rmh, WFH lbh selamat, mmg sokong extend MCO..tapi kena jg dtg pejabat mnggu depan, InshaaAllah...business kena 'on' utk sustain & survival..

    ReplyDelete
    Replies
    1. take care akak.... semoga kita semua menang la ujian ni.

      Delete
  2. Setuju! Memang susah PKP ni, ramai yang tak dapat keluar cari rezeki etc tapi kena fikir masa depan. To be honest if nak betul2 contain aviation n kaki travel oversea kena berkorban. Sebab kalau nak betul2 heal kena 1 dunia heal. Kalau tak patah balik ke situ jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sal. tapi bukan mudah nak kawal manusia ni. huhuhu

      Delete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)