Assalamualaikum wbt...
Hmmm minggu depan ada ujian bahasa arab. Hahahaha... sengih sampai ke telinga masa ustaz maklumkan nak buat ujian minggu depan. Dalam hati dah kata NAK PONTENG. hahaha...
Adoiya... wahid isnani thalatha pun tak habis khatam, huwa huma hunna pun berterabur, camno nak ambek ujian ne. Tapi dah pakat ngan jiran kiri kanan nak "berbincang" (bahasa directnya MENIRU) hahahaha...
astaghfirullahaladzim...
Ne niat belajar dah salah ne. adoiya. tapi tak tipu lah. kelas bahasa arab adalah kelas yang paling aku banyak tersengih (bajet cun, rupanya salah bajet. hahahaha)...
yer lah, aku mana ada asas bahasa arab. sipi-sipi pun tak ada. Baca Al-quran boleh faham sikit2 kalau dengar ayat sebab aku selalu baca al-quran beserta terjemahannya. tapi kalau exactly one to one word, wassalam lah jawabnya.
Aku nak attend kelas bahasa arab ne sejak dari 3 tahun lepas, tapi asyik missed the class + asyik rasa malu yang tidak berbelah bahagi. tahun ne, dah tekad, apa jadi pun nak redah juga. sengih pun sengih lah. kalau aku tak mula sekarang, mungkin aku langsung tak akan mula sampai bila-bila.
hmmm belajar bukan sebab nak lulus ujian... Cari ilmu supaya dapat beribadat dengan lebih baik. Insya Allah...
Apa pun semoga boleh jawab dengan baik ujian minggu depan. Ameen.
Semalam belajar simple math dalam bahasa arab.hahaha...gelak lagi.
Orang suruh tulis dalam bahasa arab, haku dengan selamba yaya jer tulis dalam rumi/bm.
Ne kalau student aku tau cikgu diaorang tak reti simple math dalam bahasa arab, mau kena gelak. hahaha.... (tak per, student ku tak mungkin tau kewujudan blog ne.... hehee)
Tetiba teringat masa ambik ujian bahasa jepun kat universiti dulu. sama kes. seisi kelas tahu jawapan kepada soalan tu adalah JAGUNG. Tapi tak seorang pun ingat camna nak tulis jagung dalam bahasa jepun. hahaha. macam2 cubaan meniru dilakukan oleh seisi kelas a.k.a cubaan menyelak kamus tapi gagal. last-last semua pakat tulis in BM/BI ; jagung / corn. hahaha... kena pangkah besar-besar lah ngan lecturer.
kenangan betul.
hmmm wish me luck everyone... insya Allah...
As salaam
ReplyDeleteMinta izin download tuan