Wednesday, January 14, 2009

Mimpi @ Petunjuk???

salam.
hmm dah seminggu aku tak dapat tidur dengan lena kerana hampir setiap malam aku bermimpikan ttg peperangan. Aku tak pasti peperangan itu di mana tapi seolah-olah gambaran apa yang berlaku di dunia hari ini. kiri kanan ku dipenuhi letupan bom, tembakan dan hujanan peluru pelbagai jenis yang tiada berpenghujung, bedilan dari kereta kebal, bunyi tangisan, jeritan, hidup diselubungi ketakutan tiap detik dan waktu. yeah...aku seolah-olah boleh merasainya.aku seolah-olah berada di sana. apakah ini kerana saban waktu aku mengikuti perkembangan serangan zionis ke atas palestine? wallahualam....
tapi aku merasainya dan aku menangisinya. n the best part rite now, aku mengantuk kat opis ni...haila.....

kawan2...jom donate utk palestine....

http://www.amanpalestin.org/

Tuesday, January 6, 2009

rezeki...

rezeki bukan hanya soal rezeki. Dalam hidup ini, apa yang dicari adalah REZEKI yang HALAL. Rezeki itu keperluan… bahagian untuk diri. Halal itu tujuan… hak Allah sebagai matlamat ibadah kita

Monday, January 5, 2009

5 januari 2009

Moga Allah melaknat mereka yang memusuhi Islam

assalamualaikum wbt....


tahun baru dtg lagi....tahun baru 1430H dan juga 2009M. memetik kata2 Dr. Fatma spt dalam kelas tafsir pada 2 Jan 2009 yang lalu, semoga dengan pertembungan sambutan tahun baru Islam dan masihi ini akan memberi 1 petanda baik dalam hubungan muslim and non muslim. Insya Allah. sama-sama la kita doakan yer.


Tapi nampaknya pagi tahun baru saja, saudara kita di palastein terus sahaja dihujani dengan serangan yang tiada berpenghujung.



Tentera Israel terus melancarkan serangan ke atas penduduk Palestin tanpa mempedulikan kesengsaraan mereka sewaktu kemeriahan sambutan tahun baru di seluruh dunia.
Serangan terbaru oleh pesawat pejuang Israel awal pagi tahun baru memusnahkan bangunan Parlimen Palestin serta dua bangunan kerajaan lain dan 25 penduduk awam dilaporkan cedera.



Bangunan parlimen: lambang demokrasi sesebuah negara.namun apalah maknanya demokrasi di bumi palastin ketika ini????

AS sekali lagi telah menggagalkan usaha Libya untuk memujuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Genting Gaza.

Keengganan AS menyokong resolusi yang diusulkan oleh Libya itu sekali gus menggagalkan usaha damai di Gaza kerana usul seperti itu memerlukan sokongan sebulat suara.



Sampai bilakah semua ini akan berterusan. di manakah peranan kita? apakah terusan diam membisu....apakah turut sama menjadi juru ulas tak bergaji tatkala duduk berkumpul bersama rakan2 di meja makan?


mudah2 an doa2 ku terus kekal mengiringi perjuangan mereka dan mudah2 an ada sesuatu yang mampu kita :UMAT ISLAM dapat lakukan bagi membantu saudara2 kita yang ditindas, yang dihina yang dinafikan HAQ nya di tanah air sendiri. kita perlu BERSATU. UMAT ISLAM perlu BERSATU. Namun hingga kini kita masih berkonflik di antara satu sama lain. tak perlu pergi jauh, cukup sekadar kita perhatikan di sekeliling kita.....wallahualam...


sama2 la kita bermuhasabah diri dan berhijrah dari melakukan kemaksiatan, kemungkaran dan kerosakan.....

Allahuakbar.....






rgds...


nhh_318