Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan
Walau ia hanya sekadar lagu, tetapi ia memberi kesan yang mendalam kepada telinga dan hati aku yang mendengar.
Betapa setiap daripada kita ini inginkan hidup dalam keadaan yang aman, suasana yang harmoni, perjalanan yang kita rasa selamat, anak-anak bebas dan selamat ke sekolah, dipenuhi kegembiraan dan dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Menjadi nusa harapan bangsa. Bukan situasi di mana rumah dan bilik tidur bukan suatu jaminan tempat yang selamat untuk kita berlindung.
Namun hari ini, apa yang kita perolehi? Apa yang terjadi? Tangisan duka yang menyelubungi alam, dunia dipenuhi kisah manusia yang terluka, dilukai, dan melukai. (sesuatu yang luas untuk dibicarakan). Ianya tidak hanya menjurus peperangan yang telah terang lagi nyata berlaku secara berleluasa tanpa segan silu diserata dunia, namun ia juga membawa maksud, kita terluka dengan pencabulan hak dibumi sendiri, kisah remaja, pemuda harapan bangsa yang TIDAK LAGI BOLEH DIHARAPKAN gara-gara pengaruh sosial/ lemahnya iman atau adakah ia disebabkan didikan yang diterapkan itu sendiri? Gejala sosial, jenayah, penagihan dadah di mana2 sahaja. Kita terhina di bumi sendiri. Adakah ini satu kifarah dari Ilahi? Dan kita masih lagi hanyut leka dengan kesombongan diri sendiri???

Tangisan selubungi alam
Kisah manusia yg terluka
Terhina di bumi sendiri
Kifarah terbiar dari Ilahi
Kerakusan dan kesombongan manusia pada hari ini telah menyebabkan manusia hilang keTamadunan yang dibina. Kita kehilangan tamadun, peradaban, moral dan nilai-nilai hidup yang telah dibina, kehancuran yang memusnahkan segalanya. Sedar atau tidak, sebenarnya manusia pada hari ini ramai yang telah musnah ketamadunannya di mana tamadun dan peradaban manusia telah dicabuli telah dinodai. Oleh pelbagai faktor.

Hilang segala apa yg dibina
Kehancuran memusnah melata
Kehidupan insan tak bermaya
Dengan air mata
Suka bertukar duka
Cahya harapan berubah gelita
Kepayahan hidup yg amat sengsara
Namun, tidak aku nafikan, dicelah-celah kemusnahan dan kezaliman ini, masih terdapat tangan-tangan yang masih sudi menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, membina ikatan kasih sayang melalui perhatian dan pembelaan dengan penuh belas kasihan walaupun adakalanya suara-suara mereka ini kurang didengari dibiarkan sahaja seperti angin lalu, tangan-tangan mulus itu tidak kelihatan, atau pura-pura tidak kelihatan, namun, itulah kehidupan. Real life is just so real.
Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukan
Perhatian dan Pembelaan
Belas kasihan
Semaikan benih keimanan
Agar ia tumbuh subur
Memayungi kita
Jika anda memandang wajah insan-insan kecil yang baru melihat dunia itu, menemani mereka berbicara, menyelami harapan dan imaginasi mereka, anda pasti menitiskan air mata. Lihatlah dan dengarilah dengan mata hati kita. Betapa mereka begitu mengimpikan, mengharapkan sinar dan harapan akan tiba dan menerangi hidup kita semua. Mereka impikan dunia yang penuh ceria dan hidup yang aman, sentosa dan bahagia.
Sinar dan harapan
Pasti kan tiba
Menerangi hidup diri kita
Memerlukan pengorbanan semua
Masa hadapan yg kita impikan
Dunia yg penuh ceria
Hidup aman sentosa
Bahagia.....
nhhas – 30.7.09
full lyrics...as below:
***KEAMANAN***
Tangisan selubungi alam
Kisah manusia yg terluka
Terhina di bumi sendiri
Kifarah terbiar dari Ilahi
Hilang segala apa yg dibina
Kehancuran memusnah melata
Kehidupan insan tak bermaya
Dengan air mata
Suka bertukar duka
Cahya harapan berubah gelita
Kepayahan hidup yg amat sengsara
Keamanan, Kedamaian, Keharmonian
Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupanSetiap insan
( Kasih sayang sesama insan )
Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukan
Perhatian dan Pembelaan
Belas kasihan
Semaikan benih keimanan
Agar ia tumbuh subur
Memayungi kita
( kanak-kanak )
Sinar dan harapan
Pasti kan tiba
Menerangi hidup diri kita
Memerlukan pengorbanan semua
Masa hadapan yg kita impikan
Dunia yg penuh ceria
Hidup aman sentosa
Bahagia
Keamanan, Kedamaian, Keharmonian
Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan
Hulurkan bantuan
Hulurkan bantuan
Kepada yg memerlukan
Perhatian dan Pembelaan
Belah kasihan
Hentikan sengketa
Hilangkanlah penderitaan
Kita sesama manusia
Bersaudara
Hijjaz, Raihan, Rabbani, Brothers.
No comments:
Post a Comment
Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)