Monday, April 22, 2013

dah kuar dah kuar...hah, baru happy nak tulis blog...

assalamualaikum wbt...
sebenarnya tak perlu pon wat announcement...
tapi saya nak kuar kan gak entri "ustazah kok @#$%^&)(" tu...
sebab... dia telah menimbulkan rasa annoying dan nak marah tiap kali singgah blog...
sampai nak update entri Trip to borneo part 3 pun rasa SEBAL sebab teringatkan statement annoying orang itu.
manalah mungkin boleh mempunyai rasa annoying terhadap blog sendiri bukan?
adalah comot dah huduh sekali perbuatan dan perasaan tersebut...
lebih2 lagi sebab si @#$%^&*)(*&^# itu lah bukan...
(istighfar huda... istighfar....)
 
btw, sebelum saya sambung citer,  sempena kehangatan kempenan pilihan raya 13 malaysia... saya nak copy and paste lah penyataan UZAR kat sini...
mainly for me and me and me... (its alwizz me and me and mee bandung???)
apahal rasa nak kena pangggg pulak si huda ne karang...
entri looser cam hilang pedoman... eish....
 
Hoccay.... anggaplah ini entri bersiar-siar tak ada GPS, i.e. jalan secara rawak dan rambang... dan supaya tak kelihatan looser sangat... saya nak kongsi perkara berikut:
 
Pedoman Memilih...
ku pilih malaysia,...... (sambil buat mode iklan....)
pedoman ini, ku copy and paste dari blog UZAR  di bawah entri seruan menjelang pilihan raya.
Seruan dan pedoman ini disampaikan oleh murshid... erm... siapa MURSHID?
 
MURSHID adalah perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan Syariat Islam di dalam kehidupan mereka...
 

Berpegang kepada prinsip-prinsip fundamental yang telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam berkaitan politik, kepimpinan, hak warga yang dipimpin dan juga peranan segenap anggota masyarakat seumpama:
1. Prinsip Amanah
al-Quran: “Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58).
al-Quran (Ali Imran, (3): 103): “Berpeganglah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai…”
Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga berpesan: “Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas gembalaanmu” (HR al-Bukhari).
 
2. Prinsip ‘Adl wa Ihsan
“Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58)
Rasulullah Sallaallahu’alaihi wasallam, di antara lain yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) dalam semua perkara.” (HR Muslim)
Di dalam hadis lain, baginda juga ada menyebutkan: “Barangsiapa yang berupaya memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya” (HR Muslim);
Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga menjanjikan menurut hadis yang disampaikan oleh Abu Hurayrah: “Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim);
 
3. Prinsip Amar Ma’ruf Nahy Munkar (Mengajak kepada kebaikan melarang kemungkaran)
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (Al Imran (3): 110);
Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam yang menyentuh persoalan tersebut, antaranya: “Barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dia merubahnya dengan tangan, dan jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia menggunakan lisannya, dan jika tidak mampu hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, maka itu adalah selemah-lemah iman” (HR Muslim.)
Di dalam hadis yang lain pula, Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam bersabda: “Ketua para syuhada di syurga ialah Hamzah, dan seorang lelaki yang berdiri di hadapan pemimpin yang zalim dan menasihatinya, dan kemudian dia dibunuh” (Hadis riwayat al-Hakim.)
Baginda juga menyatakan di dalam makna yang sama: “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemimpin yang zalim” (Hadith riwayat al-Tarmidhi, Abu Daud dan Ibn Majah).
 
4. Prinsip Islah
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) ummatan wasata (satu umat yang pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang menjadi Syuhada (saksi dan pemberi keterangan) kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (al-Baqarah (2): 143)
Islah juga merupakan tema asasi perutusan para Nabi dan Rasul. Pendekata, Islam sepertimana yang telah diturunkan oleh Allah SWT ke atas manusia sekeliannya melalaui para Nabi dan Rasul mempromosikan Islah secara hebat. Islah adalah tugas utama para Khalifah di muka bumi sebagai manifestasi kepada pandangan dunia Tawhid mereka. Tanpa Islah, proses ubudiyyah tidak akan berlaku secara berterusan dan diwarisi turun temurun.
 
5. Prinsip Akhlak Mulia
Allah SWT menegaskan: “Bantu-membantulah kamu di dalam hal kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bantu-membantu di dalam hal maksiat dan permusuhan…” (Al-Maidah (5): 2)
Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam: “Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia (makarim al-akhlaq)” (Riwayat Malik b. Anas.)
Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam kepada Abu Bazrah ketika ia berkata kepada beliau: Wahai Rasululah, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat kepadaku.’ Beliau bersabda: “Lihatlah sesuatu yang menyakiti manusia, maka singkirkanlah dari jalan mereka.” (Riwayat Ahmad di dalam Musnad.)

************************************************************************************************************
MAKA... uNtUk itu... pesanan kepada
 
PARA WARGA MALAYSIA MUSLIM YANG LAYAK MENGUNDI, AGAR:
 
1. Mengeji dan mengelakkan diri dari memberikan sebarang sokongan kepada usaha meraih undi melalui cara siaran gambar atau video berunsur lucah dan tidak bermoral sama ada ia melibatkan ahli atau pemimpin dari apa parti sekalipun. Dilarang juga menyebarluaskan video dan gambar terbabit hatta kalau ia benar sekalipun. Pihak berkuasa yang terlibat juga boleh membuat siasatan seadilnya berdasarkan undang-undang. Hal ini terpakai kepada seluruh warga Malaysia dari semua parti dan bangsa.
2. Memilih mereka yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang boleh menunaikan amanah, bersikap mesra-Islam dan juga mempunyai ciri-ciri pemimpin yang telah disebutkan di atas.
3. Memilih parti yang boleh memartabatkan Islam, berusaha ke arah tadbir urus yang baik (good governance), keadilan dan juga amalan politik yang sihat.
4. Memilih calon yang kuat berpegang dengan agama dan tinggi moralnya, hatta di kalangan bukan Islam sekalipun, kerana pegangan agama dan moral akan lebih menjamin keadilan, amanah dan integriti.
(me:  yang ne susah kot... kawasan aku semua kafir jer yang bertanding... nak pangkah sapa ntah)
 
5. Mempertahankan harga diri dengan tidak mengambil rasuah politik, samada, duit, material dan dalam bentuk seumpamanya.
(me :  mujur baca ne... baru ingat 'boleh' ambik duit balik kampung yang depa dok kata 'boleh ambik' tew...
banyak jer fatwa boleh dan tak boleh ambik... tapi bagi ai, tak mau lah ambik. apalah sangat 50 hengget tu pastu dalam hati was was... halal ke tak... huhuhuu... jangan risau... saya akan tetap mengundi... kerana...
ku pilih malaysia.... yeah..... 1M4U... tetiba...)
5. Berusaha mencari keyakinan terhadap seseorang calon yang bertanding, partinya dan gabungan bersamanya itu mampu dari sudut 'track record' untuk membawa lebih manfaat lebih baik kepada kebajikan awam. 'Track record' adalah faktor penting bagi menilai kebolehan dan skill calon, parti dan gabungannya untuk mentadbir negara Malaysia.
(me: macam dah nampak 'cahaya' sket kat seruan yang ne....  BERUSAHA okey...)
6. Memahami konteks politik di Malaysia yang mana terdiri dari pelbagai agama, bangsa, parti dan juga memahami jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan di Malaysia adalah 112 kerusi parlimen dari 222 seluruh kerusi parlimen. Justeru, pengundi disarankan agar tidak dibazirkan undi masing-masing kepada parti atau calon yang kurang faedah kepada penubuhan kerajaan yang baik dan ditegah dari sengaja merosakkan undi.
(me: hahahaa... kepada sahabat2 yang ada niat nak buat undi rosak, sebab tak tau nak pangkah sapa, tok sah ar angpa buang masa p beratur pastu p buat tocang kat muka orang2 yang bertanding... aku rasa ini perbuatan paling looser dalam hidup beb.....)
7. Menjauhkan diri dari terjebak dalam aktiviti kafir mengkafir secara specifik kepada orang Islam tertentu, ini kerana klasifikasi murtad atau jatuh kafir secara pasti tidak layak diberikan oleh orang awam tanpa perbicaraan yang lengkap.
(me: yer setuju... jangan kafir mengkafir, fitnah menfitnah, munafiq me munafiq... adei... pendek kata, tok sah bazirkan pahala anda kepada orang yang anda kata itew)
8. Menggesa agar semua pengundi yang berbeza kecenderungan politik dan parti yang disokong agar tidak (sekiranya tercipta) memanjangkan 'permusuhan', 'sengketa' dan dendam ingin memusnah kepada pihak yang berbeza. Sebaliknya, kembali berbaik dan hidup harmoni sebagai rakyat Malaysia.
 
***********************************************************************************************************
hoccay... itew jer...semoga bermanfaat
 


No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)