Trip to Borneo - Part 1 | Trip to Borneo - Part 2 | Trip to Borneo - Part 3
Tadaaa.... Saya baru balik daripada trip yang panjang merentasi borneo (kecuali sabah - atas faktor keselamatan - ecece, padahal tak sempat)...
24 - 27 Mac 2013
SIBU - MUKAH - TATAU -BINTULU - MIRI - BRUNEI
Dimulakan dengan trgedi demam selama seminggu bermula 18 Mac 2013 - berjumpa doktor sebanyak 4 kali, emcee 3hari .
Nota: Not good lah itu doktor, sampai saya dah pengsan, kena masuk ubat, kena infection kuman dan bakteria baru nak bagi antibiotik... tu pun tak nak bagi emcee, alhamdulillah panjang umur... ingat dah 'p' dah kat depan hospital tu....saya selsema dia bagi ubat batuk, batuk dah teruk dia suruh minum air jer... ubat sakit tekak pun tak ada dengan pesanan "kalau nak juga - boleh pergi beli sendiri".... what the @#$%^&*_)(*&^...
Tapi tak apa, beliau telah saya maafkan...
22 Mac 2013 :
Saya masih lagi demam - 38.8 degree... almost pengsan di hospital. Doktor tu malas layan - dia bg jer apa ubat saya nak tanpa memeriksa dengan teliti... sebabnya, panjang lah cerita tapi kesimpulannya I HATE strongly dislike DOCTORS....
Punyalah tak ikhlas ubat tu, percayakah anda, ubat itu hilang dan saya tak makan pun antibiotik malam tu, hanya makan another soluble... makan ubat tidur dan zzzzsssss.... bangun pagi masih lagi demam dan ting tong...
terima kasih kak sue yang memapah saya ke hospital, tapaukan nasi dan sup dan belikan soluble...
perancangannya saya patut lepak bersama ili di Palm garder sempena saat-saat akhir beliau menjadi orang bujang juga dibatalkan kerana saya memang tak boleh bangun.
23 Mac 2013 :
Bangun pagi, agak OK sedikit (a.k.a boleh memandu), terus sekali lagi ke hospital, ambil darah, injection dan antibiotik (sebab dah terhilangkan semalam). Didiagnose mempunyai kuman dan bakteria dalam darah dan ditanya oleh inchi Dr., kenapa tak datang lebih awal... Kau rasa doktor2 kat putrajaya ne layak kena hukuman apa? hello,... aku dah p hospital 4 KALI okey...
what the #$%^&* ... eiii sabar huda sabar... nasib baik lah doktor pagi sabtu itu lebih baik dan budiman... selepas itu, beli sup dan bubur, balik rumah makan ubat dan tidur lagi... Ili singgah rumah, anta dan ambik barang, ku kirimkan oren...(vitamin C lah konon)...
Dalam hati berkata, jika by malam ini suhu tidak turun, batuk tidak berhenti, cancel lah trip ke borneo... nanti buat menyusahkan orang pulak... Tapi dalam hati masih berdoa agar sembuh supaya dapat pergi...
Petang, demam sudah kebah, tapi kepala masih terhoyong hayang... masih belum buat keputusan untuk pergi atau tidak trip esoknya. Tapi sudah boleh memasak... hehehe... saya masak sendiri lah, sup, tomyam dan ikan goreng yang sedap... (kesian... sakit pun kena jaga diri sendiri)... Alhamdulillah... Allah ada...
Dipendekkan cerita sebelum saya merapu dengan lebih panjang... Keputusan untuk pergi diambil pada jam 2.00 pagi ahad itu... Heheheeee... terus kemas bag (dan banyak menda tak bawak, yang penting selamatkan passport jer dulu).... dan zzzzzsssss.... mujur tak bangun lewat kerana flight begitu awal pagi....
24 Mac 2013 :
Bangun awal seh... alhamdulillah... terus soalt subuh dan bersiap untuk berangkat. terima kasih Ijan yang juga terpaksa bangun pagi untuk hantar saya ke erl... terima kasih banyakkkk...
Naik erl, sebenarnya kepala masih terhoyong-hayang ting tong, tapi cekalkan hati (a.k.a. degil) nak pergi juga...
naik erl, sampai KLIA, O'oooooo... panjang giler Q untuk drop bag sahaja... masa tu dah 8.00 pagi, dan Q sampai ke muka pintu KLIA... dalam hati, habis lah... Janganlah kena tinggal flight...
Q almost 30minit, sampai lah giliran untuk drob bag, dan lari2 ke pintu pelepasan.... serious aku lari tak tipu sebab flight jam 850 pagi dan masa tu dah jam 845 if tak silap... semput jap berlari... tapi akhirnya selamat lah sampai ke gate tanpa kena tinggal - lori petronas tgh tuang minyak...hehehe...
Lapar dan dahaga tak usah dikenang... masuk jer kapal terbang, sib baik breakfast nasik lemak...
setelah 2jam 15minit menempuh awan... maka tibalah saya di lapangan terbang sibu (1st time tahu)... erm, macam baru jer airport ne...
tunggu wani n family dalam 10 minit, mereka pun tiba setelah drive sejauh (tak tau berapa km) tapi 2 jam dari PUSA (korang tau ke Pusa tu kat ne? )...Huhuhu... masuk entri seterusnya...Insya Allah...
Airport SIBU
Pusing-pusing sekitar bandar Sibu, sebelum memulakan trip ke destinasi seterusnya...
Dan di bawah ini adalah TERMINAL PENUMPANG SIBU a.k.a terminal feri untuk ke KAPIT... kau tahu pasal Kapit? Okey, entri lain juga... sapa notty i hantar p kapit...
Jangan tanya kenapa angle gambar yang diambil out - kerana semua gambar ini diambil dari dalam kereta... Husband wani tanya, nak berenti ambil gambar ke... memandangkan perjalanan kami masih jauh, maka i said tak perlulah...
anakanda kecil ini, sudah usia setahun lebih baru dapat bersua... anak baik ini... Mula-mula confius "manalah datang makcik sorang ne sibuk2 ikut dia bercuti"... hehehe...
sepuloh kali sekejap dia intai auntie huda kat seat belakang... last2 dia nampak my big camera, terus dia nak lompat dok belakang...jadi best fren... hehehe...
oklah, sambung tulis nanti... cerita 24 Mac ne tak habis lagi tau...
stay tune... stay alive... stay healthy...
salam...
nhhas...
kak tunggu cerita fasal trip ni. teruja sebab tak pernah sampai...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteitulah masalah saya kak...
citer trip2 percutian saya semua saya citer separuh jalan...
pastu saya ada event, update terus citer baru, lupakan yang lama... hehehe...
but, Insya Allah, ne saya cubalah update... ;-)