Monday, April 8, 2013

University of Statistics - fantacy or reality

(link : source)
 

Assalamualaikum wbt...
 
Yew... tatau how to start writing...
(ok saya masih hutang cerita trip to borneo...baiklah...baiklah... akan disudahkan...
padahal hutang Kembara Haji, Trip to CHina, Ramadhan di Bumi Melbourne pun tak sudah2... hahahah)
 
Tak apalah... saya update entri ne dulu... bersempena 'pengeluaran' keputusan SPM dan STPM tahun ne... dan keputusan-keputusan yang lain, seperti matrikulasi, a-level, diploma dll. lah yang sama sewaktu dengannya.
 
Melihat kepada trend keputusan peperiksaan sekarang, bagi saya adalah meng confuse kan hati perasaan dan pemikiran logik akal saya.  Kenapa? 
 
i. saya gembira bila ...
 
 
 
pastilah bergembira ayah ibu pelajar cikgu cikgi dengan kejayaan cemerlang anak-anak yang dididik... saya tumpang gembira... tahniah... tahniah...
 
ii. saya confuse bila
 
Bilangan institusi pengajian yang ada...
 
 
erm, kalau dah perfect score pun 15ribu (3.3%), makanya... yang 10A 1B, 9A dan lain-lain tu...
oh mak aih... dahsatnya persaingan adek-adek nak menempatkan diri di IPT dan dahsat juga persaingan untuk mendapatkan biasiswa dan pinjaman... huhuhu...
 
Dalam hati...
i. bersyukur sebab lahir awal.... hehehehe...
ii. adakah pelajar2 sekarang makin pandai @ soalan makin senang @ marking yang direndahkan.
 
menurut seorang rakan saya yang merupakan guru fizik dan penyemak kertas espeyem, jawapan beliau adalah ketiga-tiga di atas... hehehehe...
 
Apa-apa pun, saya doakan adek-adek yang baru abes sekolah ne, buatlah keputusan yang betul dan tepat... Jap lagi ada yang tanya... "kak, camna nak tahu keputusan kita tu betul dan tepat"...
uiseh... susah seh nak jawab soalan ne... lebih susah dari soalan espeyem yang diaorang ambil tu...
 
Ntahlah... susah nak jawab...
Tapi apa yang saya perhatikan dan diperdengarkan suara-suara adinda-adinda disekeliling yang sedang belajar ne... buat saya jadi sedih...
mereka-mereka ini scorer tak henggat nyer time espeyem, straight 11A, 12 A.... (dalam hati : apsal bijak sangat korang neh)...  pastu dengan result yang gempak tersebut, maka dapatlah mereka biasiswa dan pinjaman pelajaran untuk belajar sama ada di dalam mahupun diluar negara...
 
Masalah mula timbul apabila.... jeng jeng jeng...
 
Mereka terlalu cemerlang SEMUA MATA PELAJARAN... kerja mereka belajar-belajar belajar... dengan motivasi sekeliling ... mesti mesti dapat A mesti dapat A mesti dapat A ... kalau tak kau tak dapat masuk universiti malu kat jiran, malu kat sepupu...
tapi mereka confuse  keliru... apa minat mereka sebenarnya... mereka tak tahu dan tak pasti pun nak ambik kursus/ bidang pengajian apa... huhuhuhu kesian kot aku dengan bebudak zaman sekarang.
cam hidup diaorang buku buku buku... pastu jadi remaja keliru...
ada yang mohon engeneering, pastu nangis2 guling2 nak tukar course sebab susah... contact penaja, penaja tak bagi tukar... sudahnya end up grad dalam ketidakcemerlangan yang nyata... aduh... sedihnya...bila result tak bagus, kau jangan mimpi disiang dan dimalam harilah nak dapat kerja gempak...
 
sedangkan kawan-kawan yang result 'biasa-biasa jer',  masuk pun course biasa-biasa jer... end up dapat jer kerja yang lebih baik dan stabil...
 
sedih tau...@ sedih giler kot...
maka, berbalik kepada soalan tadi ... camna nak buat keputusan yang tepat dan betul?
 
i. tanyalah/ kenalilah diri sendiri -
apa minat kamu, apa kekuatan diri kamu. Jangan sesekali pilih course / universiti sebab ikut kawan.
 
ii. kalau tak tahu apa minat mu -
tanyalah orang sekeliling mu, guru-guru mu, senior2 mu, pandangan mereka apa kursus yang korang rasa2 cam boleh dan layak dipertimbangkan... Jangan berat mulut... jangan memandai-mandai sendiri..
 
iii. tanyalah Allah -
buatlah solat taubat, solat hajat dan solat istiqarah... mohon petunjuk dari Allah apakah sebaik-baik pilihan yang patut dipilih...
 
tak semestinya keputusan kau baik, kau mesti jadi doktor, mesti jadi jurutera... seperti entri di atas...
STATISTIK dan MATEMATIK juga satu pengkhususan baru yang mula diberi perhatian globally...
zaman saya dulu, kalau ada yang bertanya kita ambil kurus apa, apabila disebut sahaja ambil Ijazah Sarjana Matematik (Hons) semua buat muka confuse....
Yang bertanya : "eh, math je? bukan pendidikan math?"
yang menjawab : yer, math. bukan cikgu...
Yang bertanya : habis tu nanti nak kerja apa?
yang menjawab : semua kerja memerlukan matematik... so, apa masalah nya? nak jadi doktor, pun kena tahu math, engineering pun kena ada math, ... hehehe...
 
sebenarnya, math dan statistik adalah satu bidang yang saaaaangat luas dan menyeronokkan. walaupun susah giler kot math dengan tulisan2 cacing tuh... berpeluh juga nak grad (maklumlah tak cemerlang sangat)... banyak jer kerja yang memerlukan orang2 dalam bidang ne seperti kerjaya sebagai planner, quality exect, statistics officer....
ne semua kerjaya-kerjaya yang penting ne... korang tengok... kalau tak ada tukang plan, tukang men statistik kan keadaan, sapa nak kira gaji korang patut dapat berapa sebulan... tu GDP, CPI bagai tu sapa nak kira sebagai kayu ukur ekonomi sesebuah negara / tempat.... lebih kelakar lagi, indeks kegembiraan, indeks integriti pun golongan-golongan ne lah yang dok sibuk tukang kira...
hehehehe... peningkatan permintaan dalam bidang math/ statistics (seperti artikel yang pertama di atas), menyebabkan timbul satu study case yang opkos lah sedang di study...kemungkinannya:
University of Statistics - is it a fantacy or reality
 
Akhir kata (ehhhh dah habis dah??? )
Semoga adek2 semua dapat membuat keputusan yang tepat... Jika separuh jalan rasa susah, rasa down tak boleh buat,  jangan putus asa... ingat susah payah ayah ibu nak bagi korang sampai tahap ne... Kalau sekarang rasa susah... ingatlah 11 tahun korang skolah, Allah dah bagi korang senang + terang hati untuk belajar... so kaline Allah uji sket dengan ujian pelajaran yang lebih thrill...
So susah ke senang ke, semua Allah yang tentukan... Maka, janganlah sekali-kali kamu orang berpaling dari jalan Allah... mesti selalu mengharapkan pertolongan Allah dengan sebenar-benar pengharapan.
 
bagi orang yang bijak+pandai+ingat Allah,
apabila berjaya, mereka akan jadi hamba Allah yang lebih bersyukur dan merendah diri dan insaf...
kalau Allah tak tolong, mereka tahu mereka tak berjaya...  jadi mereka akan buat yang terbaik dalam hidup untuk tolong orang lain pulak supaya dapat berjaya macam mereka...
 
tapi apabila kurang berjaya,
mereka masih tetap yakin, Allah bersama mereka dan akan tunjukkan mereka jalan kejayaan yang sebenar... mungkin apa yang mereka sedang buat sekarang tak bagus sebenarnya...
 
bagi orang yang bijak+pandai+tapi tak ingat Allah,
apabila berjaya, dia rasa dia lah yang hebat dan penentu kepada kejayaan dia... akan cenderung untuk jadi orang yang sellfish... dan sombong orang macam ne... kesian betul...
 
tapi apabila kurang berjaya,
bila-bila Allah tarik nikmat dia,  mesti dia rasa nk tamatkan riwayat diri sendir jer... huhuhuhu... rasa cam that's it./.  tak boleh bangun lagi... berpotensi untuk memudaratkan diri sendiri dan orang lain...
 
huhuhuhu....
maka.... live well or live hell it's your choice with the help from Almighty Allah...
so never give up... Put your trust on Allah...
 
and.... finally.... good luck to all of you my dear brother and sister...
 
sehingga jumpa lagi...
stay tune...stay alive... stay healthy and happy...
 
salam,
nhhas....

1 comment:

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)